JIRAN TETANGGA

Friday, June 12, 2015

Resepi Urap Pucuk Ubi

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
Hari ni petik pucuk ubi kat depan rumah mama ni...tapi masih terfikir nak buat menu apa dengan pucuk ubi ni...bila terfikir dah lama teringin nak makan urap pucuk ubi maka jadilah menu hari ini...jom kita tengok resepi mudah urap pucuk ubi ini yer..



Bahan-bahannya...
Pucuk ubi
Kelapa parut, cili api kalau suka pedas
Cili merah, bawang besar, ikan bilis
Garam, serbuk perasa, belacan

Cara memasaknya...
1-Ambil pucuk ubi dan rebus dahulu hingga lembut...bila dah siap toskan air dan hiris kecil-kecil dan tepikan dahulu...
2-Tumbuk lumat bahan-bahannya cili api, cili merah, bawang, belacan dan ikan bilis...
3-Ambil kelapa parut dan gaulkan dengan bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga sebati dan akhir sekali masukkan pucuk ubi yang telah dihiris ke dalamnya...gaulkan lagi sehingga sebati...masukkan sekali garam dan serbuk perasa secukupnya...
4-Panaskan kuali dan gorengkan bahan yang telah digaul tadi tanpa minyak..goreng sehingga urap masak dan bolehlah dihidangkan bersama nasi panas dan lauk yang lain juga...selamat mencuba kawan-kawan semua...


2 comments:

DUIT TABUNG