JIRAN TETANGGA

Saturday, June 20, 2015

Resepi Mee Kari

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
 
Bulan Ramadhan memang ramai yang sibuk mencari menubila dah garing yang sedap untuk berbuka puasa..salah satu menu yang boleh disediakan untuk menu berbuka adalah mee kari...sesekali nak juga bertukar menu berbuka puasa...hari ni kita layan mee kari pulak...Jom kita ke dapur mama dan mencuba resepi ini untuk berbuka puasa nanti...

Bahan-bahan yang diperlukan...
Mee kuning, tauhu, daging tetel, kentang, bawang goreng, kerang rebus
Rempah kari, tomato, telur rebus, cili hijau, fish kek, tepung jagung
Udang, sotong,tauge bawang goreng, daun sup untuk hiasan
Garam, gula,serbuk perasa! Bunga lawang dan kulit kayu manis

Cara-cara memasaknya..
1-Daging tetel hendaklah direbus terlebih dahulu..biarkan empuk...air rebusan itu boleh digunakan untuk kuahnya...mee kuning dicelur terlebih dahulu..toskan airnya..telur direbuskan hingga masak...bersihkan sotong dan udang biarkan ke tepi dulu..
2-Hiriskan bawang, fish kek, cili hijau, cili merah, tomato, daun sup..ambil rempah kari bancuh sehingga menjadi paste...
3-Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang, bunga lawang dan kulit kayu manis terlebih dahulu sehingga bawang garing dan naik bau..
4-Masukkan pula paste rempah kari tadi...biarkan sehingga rempah kari garing sepenuhnya...bila rempah sudah garing masukkan air rebusan daging tadj dan mengikut sebanyak mana kuah yang diperlukan.masukkan dahulu kentang yang telah dihiris empat segi..
5-Biarkan kuah mendidih kemudian masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya..masukkan daging yang telah direbus tadi,fish kek, udang, sotong dan kerang sekali...tepung jagung diperlukan hanya untuk memekatkan kuah saja..
6-Bila kuah sudah mendidih dan rasa sudah mencukupi...mee kari sudah boleh disediakan...masukkan mee dan kuah ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan-bahan hiasan seperti cili, tauge, bawang goreng, telur, tomato, daun sup..kalau suka boleh perahkan air limau nipis...selamat mencuba semuanya dan selamat berbuka puasa..

1 comment:

  1. Wowww!!!
    Terliur pulak nengok tambahan bulan puasa gini..
    Dah lama teringin nak makan mee kari :D

    ReplyDelete

DUIT TABUNG