JIRAN TETANGGA

Friday, June 19, 2015

Kitaran Kehidupan Manusia

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Inilah kitaran kehidupan manusia yang perlu kita ketahui...dari kelahiran hinggalah menuju kematian...
1- Ketika kamu dilahirkan,kamu akan diazankan tanpa solat dan ketika kamu meninggal kamu disolatkan tanpa azan...
2-Ketika dilahirkan kamu dibersihkan dan dimandikan dan ketika kamu meninggal dunia kamu akan dimandikan,dibersihkan dan disolatkan.
3-Ketika dalam perut ibu kamu berada di dalam kegelapan dan kesempitan dan ketika kamu meninggal kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan..
4-Ketika dilahirkan kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu dan ketika kamu meninggal kamu juga akan dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu..

Hiduplah engkau sesuka hati mu kerana engkau pasti akan mati dan buatlah apa saja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas mengikut amal perbuatanmu...


6 comments:

  1. assalamualaikum
    singgah pagi jumaat
    tq for sharing

    ReplyDelete
  2. terima kasih di atas perkongsian serta peringatan ini mama...

    ReplyDelete
  3. Semua kita akan merasa, Kuasa Allah tiada terlepas cuma masa jer tak tahu bila.

    ReplyDelete
  4. Insaf bila baca ini..
    Rasa takut pula menuju usia semakin meningkat ni.

    ReplyDelete
  5. dah lama tak singgah sini..salam ramadhan

    ReplyDelete

DUIT TABUNG