JIRAN TETANGGA

Saturday, June 20, 2015

DIY Jahit Langsir

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..

Bila nak raya ni semuanya sibuk nak cari semua barang keperluan untuk mencantikkan persekitaran rumah...salah satunya kena cari kain langsir baru untuk rumah kelihataan berwajah baru semasa perayaan nanti...bagi mama tak tahu lagi nak tukar yang baru atau pun tidak...kain langsir raya tahun lepas pun masih elok lagi...tengok la macam mana nanti kalau ada rezeki lebih boleh juga tukarkan dengan yang baru...kalau nak tukar pun mama akan cari kain langsir yang murah dan simple jer...


Lipatkan dan jahit bahagian tepinya dahulu...kalau nak jahit tepi pun boleh juga...
Ini adalah kain langsir mama untuk raya tahun lepas...mama jahit sendiri saja..kalau nak upah memang mahal harganya sekarang ni...jadi jahit sendiri jer la lebih jimat kos..jom kita tengok cara mama jahit langsir yang simple ini..mula-mula kenalah gunting kain langsir itu ikut panjang tingkap rumah kita..


Selepas tu lekatkan kain lapik penyangkut besinya..sebelum menjahitnya mama sematkan dahulu dengan peniti supaya sama rata..jadi bila siap menjahitnya nanti kain langsir tu tidak akan senget...bila dah siap dijahit dibahagian atasnya bolehlah mulakan menjahit dibahagian bawah langsir pula mengikut panjang yang diperlukan...


Bila dah siap menjahit dibahagian atasnya bolehlah menjahit dibahagian bawah langsir pula..


Beginilah rupanya kain langsir yang sudah siap dijahit dengan lapik penyakut dibahagian atasnya..


Jahit pula dibahagian bawah kain langsir itu mengikut ukuran panjang yang telah diambil..siap juga kain langsir simple yang mama jahit sendiri..bila dah siap mama terus sangkutkan terus...kalau dah berlipat nanti mesti kena digosokkan semula jadi lebih senang gantungkan terus..


Gambar kain langsir raya tahun lepas...bila dah siap dijahit terus gantungkan terus...

4 comments:

  1. cadang nak diy langsir tahun ni tapi macam xjadila mama. hehe. kita tunda tahun depan nampaknya. hihihi

    ReplyDelete
  2. Saya ni mesin ada tp xpandai menjahit

    ReplyDelete
  3. Bestnyer pandai jahit sendiri..
    Puas hati, kan..

    ReplyDelete
  4. untung sgt kalau pandai jahit sendiri langsir umah. Mmg jimat berbaloi2
    Kalau nak beli kain langsir yg murah dan cantik jemput dtg Globe kl. Kat lvl 7 ada banyak kain langsir yg cantik2

    ReplyDelete

DUIT TABUNG