JIRAN TETANGGA

Friday, May 29, 2015

Majlis Kenduri Kawin

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Siap juga pemasangan khemah untuk majis kenduri kawin rumah jiran sebelah mama ni...kali ni majlisnya bertemakan warna hijau putih...majlis kenduri kawin menjemput menantu untuk anak-anak lelaki kembar mereka..seronok bila tengok anak-anak jiran dah berkahwin semuanya...memang meriah majlis kali ini sebab akan ada 4 orang pengantin dan dah tentu ramai juga jemputannya...

majlis kenduri kawin sekarang ni semuanya lebih mudah...makan minum semuanya disediakan oleh pihak katering...dah tak payah nak berewang-rewang lagi...cenderahati pun dah ada siap sedia semuanya cuma disuruh datang makan jer...bila pergi ke rumah pun dah tak ada apa yang nak dibantu semuanya sudah siap sedia...majlis kawin sekarang semuanya mudah dan senang...cuma sediakan duit jer...



P/s dah tak ada rewang2 lagi skg ni...


0 000 jiran datang mendoakan mama:

Post a Comment

DUIT TABUNG