JIRAN TETANGGA

Friday, April 3, 2015

Resepi Telur Goreng Mata Kerbau Bersos Masam Manis

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Memang malasnya nak memasak hari ini...memandangkan hubby pun tak balik tenghari ni jadi masak menu simple jer...menu campak-campak jer ni janji sedap kat tekak sendiri...nak resepi mama yang simple ni bolehlah mama kongsikan kat bawah ni..

Bahan-bahan...
telur,sos tomato,sos cili
bawang merah,cili api kalau nak pedas
garam,serbuk perasa.gula
daun limau kalau suka...

Cara memasak...
1-Goreng telur mata kerbau atau mata lembu bantai jer la bunyinya...dah goreng letakkan dalam mangkuk tepikan ...
2-Tumis bawang dan masukkan cili api..bila dah garing dan naik bau masukkan sos tomato dan sos cili...
3-Gaulkan rata-rata...masukkan garam,gula serbuk perasa dan daun limau...kalau suka berkuah cairkan sedikit dengan air.
4-Biarkan sekejap bila dah siap tutup api dan tuangkan sos masam manis itu diatas telur mata kerbau tadi...menu simple siap untuk dihidangkan dengan nasi panas...nyummm...
okay selamat mencuba menu simple,mudah dan cepat ini...

3 comments:

  1. ayu selalu gak masak gini time nak cepat..hehehe

    ReplyDelete
  2. Sedapnya mas
    Nampak simple tp berselera :)

    ReplyDelete
  3. tengok telur, teringat nak sedara yg ska sgt makan telur...

    ReplyDelete

DUIT TABUNG