JIRAN TETANGGA

Tuesday, April 7, 2015

Resepi Sambal Petai Ikan Bilis

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Bila nampak petai yang matanya cantik macam ni memang geram sangat..semalam kebetulan ada pasar malam...bila dah terjumpa petai yang montok macam ni...apa lagi terus suruh menantu mama belikan....memang sedap kalau buat sambal ikan bilis petai...jom kawan-kawan kita lihat resepinya kat bawah ni...

bahan-bahannya...
petai,cili kisar (cili kering,bawang merah,belacan)
ikan bilis,garam,serbuk perasa dan gula
minyak untuk menumis,sedikit air asam jawa


Cara-cara memasak yang senang...
1-Sediakan cili kisar dahulu...kopek petai dan tepikan dahulu...
2-Panaskan minyak dan tumis cili kisar tadi sehingga garing...bila dah garing masukkan ikan bilis terlebih dahulu...
3-Kacau sehingga cili benar-benar masak...masukkan gula,garam dan serbuk perasa secukup rasa...
4-Akhir sekali masukkan sedikit air asam jawa dan juga petai...gaulkan sehingga sebati...biarkan sambal kering sedikit...siap untuk dihidangkan bersama lauk-lauk yang lain juga...selamat mencuba yer...

3 comments:

  1. sedapnya mama,sambal petai tu..memang tak pernah masak pun sambal petai ni,selalunya beli kat luar je sbb ahli keluarga tak makan petai...

    ReplyDelete
  2. fuhh mama the best lah ni :) tak yah lauk lain dah .

    ReplyDelete
  3. sedapnya petaii. dahh lama xmakan petai. kalau mama nak tahu, sy suka bila makan laksa or masak megi kopek petai makan sekali dgn megi or laksa tu. sedap!!! hihi.

    ReplyDelete

DUIT TABUNG