JIRAN TETANGGA

Friday, April 10, 2015

Resepi Kari Ikan Mayong Terung Berkerisik

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Banyak pula stok ikan mayong dalam simpanan mama...asam pedas dah masak kali ni nak masak apa la pula yer...bila teringat hubby suka makan kari tanpa santan maka misi mama masak kari ikan mayong berterung la hari ni..jom kawan-kawan kita lihat resepinya kat bawah ni...

Bahan-bahannya..
ikan mayong,rempah kari ikan babas
terung,cili merah,halia,bawang putih
bawang merah,buah keras,biji sawi,halba,
jintan manis,daun kari,sedikit kerisik
garam,serbuk perasa,minyak

Cara-cara memasak...
1-Bersihkan ikan mayong dan rendam dengan air asam..tepikan dahulu..bancuh rempah kari ikan dengan sedikit air sehingga jadi pes...
2-Ambil halia,bawang merah dan bawang putih tumbuk hingga lumat...sedikit hirisan bawang merah untuk menumis..
3-Panaskan minyak tumiskan hirisan bawang dan bahan yang telah ditumbuk halus..masukkan biji sawi,halba dan jintan manis,daun kari...biarkan sehingga harum dan kekuningan..masukkan pula pes rempah kari ikan tadi ke dalamnya...kacau selalu sehingga garing...
4-Dah garing masukkan air ke dalamnya dan juga kerisik...masukkan ikan mayong yang telah direndam tadi..tambah garam dan serbuk perasa secukupnya...biarkan mendidih..akhir sekali masukkan terung dan cili merah ke dalamnya...kari ikan mayong siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan lauk pauk yang lain juga...selamat mencuba yer..

3 comments:

  1. yumyumyum..fapnya tgk..terliur..huhuhu

    ReplyDelete
  2. ikan mayong ni sedap.tp jarang makan sbb sya x pandai masak ikan besar2..

    ReplyDelete
  3. zaza pun suka kari tanpa santan hehe..

    ReplyDelete

DUIT TABUNG