JIRAN TETANGGA

Saturday, April 25, 2015

Resepi Ikan Cencaru Masak Kicap Pedas

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Masakan yang simple lagi ni...masakan simple itulah yang tetap sedap ditekak ini...hari ini mama nak kongsi pula dengan resepi simple ikan cencaru masak kicap pedas...pada sesiapa yang bekerja masakan simple dan mudah tu lah resepi yang paling senang dan mudah untuk dimasak...jom kita ke bawah yer...

bahan-bahan simple nyer...
ikan cencaru (ikan lain pun boleh)
cili api,cili merah dihiris
bawang merah hiris
daun bawang dipotong untuk hiasan
halia,bawang putih,bawang merah, buah keras (tumbuk)
kicap manis,sos tiram,sos cili
garam,serbuk perasa,serbuk kunyit

Cara memasaknya...
1-Siang ikan cencaru...gaulkan dengan serbuk kunyit,garam..panaskan minyak dan gorengkan sehingga kekuningan...dah masak tepikan dalam bekas..
2-Tinggalkan sedikit minyak gorengan ikan tadi di dalam kuali dan tumis bahan yang ditumbuk tadi...biarkan sehingga naik bau...
3-Masukkan cili sos,sos tiram dan kicap manis....kalau pekat tambah air sedikit...kacaukan dan biarkan sehingga didih...tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya...
4-Akhir sekali masukkan hirisan bawang merah dan hirisan cili api tadi ke dalam sos..bila dah masak tutup api dan tuangkan kuah sos kicap tadi ke atas ikan yang sudah digoreng tadi...hiaskan dengan daun bawang...
siap juga masakan simple kita ikan cencaru masak kicap pedas ini..bolehlah dihidangkan bersama-sama lauk yang lain juga bersama nasi panas...
selamat mencuba semua..

p/s autopost entri...

1 comment:

  1. Rasa nak masak kicap pulak hari ini, bila tengok masak kicap mas ni..
    CH tak pernah letak buah keras tu, cuma letak rempah tiga sekawan tu aje ;)

    ReplyDelete

DUIT TABUNG