JIRAN TETANGGA

Monday, April 27, 2015

Resepi Ayam Masak Madu

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ini mama nak kongsikan juga resepi yang simple dan senang dimasak...pada kawan-kawan yang ingin memasak dengan kadar segera dan simple mungkin resepi ini boleh diperlukan...cubalah memasak resepi simple ini yer...jom kita ke dapur...

Bahan-bahan yang diperlukan..
ayam ikut suka berapa banyak 
sedikit cili kisar,serbuk kunyit
bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus
bawang besar dihiris,sos cili
cili merah dihiris,sedikit daun sup (utk hiasan)
madu,sedikit serbuk lada hitam (kalau suka)
garam dan serbuk perasa
sedikit air

Cara memasaknya...
1-Bersihkan ayam..letak garam dan serbuk kunyit lalu digoreng kekuningan...angkat dan biarkan ditepi dahulu...
2-Gunakan minyak gorengan ayam tadi sedikit dan tumiskan sehingga naik bau...masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili garing..
3-Masukkan pula sos cili,madu,serbuk lada hitam dan sedikit air kalau nak berkuah...masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya...
4-Akhir sekali masukkan ayam,hirisan bawang besar,hirisan cili merah ke dalam sos dan gaulkan sehingga rata dan masak sehingga pekat sedikit...
5-Ayam masak madu siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan lauk yang lain juga..untuk hiasan bolehlah taburkan daun sup atau bawang...
selamat mencuba resepi simple dan mudah ini yer..


7 comments:

  1. salam sis..
    lapo....pleaseeee,,,,,,,nak sikit tapau erk

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum mama, yang simple tu lah yang sedap makan panas-panas kan.

    ReplyDelete
  3. Sedap itu yg kakak boleh kata.
    Memang dgn nasi putihlah gandingan mantapnya kalau masak macam ini:)

    ReplyDelete
  4. Tq mama for sharing this recipe. Will try later :)

    ReplyDelete
  5. Simple tu yg sedap Mass.. macam nak mencuba pulak resepi mudah ni :)

    ReplyDelete

DUIT TABUNG