JIRAN TETANGGA

Wednesday, April 22, 2015

Hari Terbuka Kolej Yayasan Pelajaran Johor

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Entri terperap yang baru hari ni mama nak postkan...entri ini adalah cerita semasa mama ke Hari Terbuka Kolej Yayasan Pelajaran Johor tempat anak mama belajar...anak mama sekarang ini sedang belajar dalam bidang kulinari di sini..hari ini adalah hari terbuka bagi kursus kulinari ini...Chef Jo adalah salah seorang jemputan khas yang dijemput hadir pada majlis hari terbuka itu..


Booth anak mama adalah booth yang menyediakan juadah atau makanan dari Negeri Korea...jadi semuanya terpaksalah menyediakan makanan dari Negeri Korea ini di sini...banyak jugalah makanan Korea yang disediakan di sini untuk para pengunjung merasainya sendiri makanan Korea itu... 


Inilah meja yang telah disediakan di sini dengan hidangan makanan Korea diletakkan dimeja sebagai hiasan...juga terdapat beberapa orang model terdiri dari pelajar kulinari ini sendiri dengan siap memakai pakaian tradisi Korea lelaki dan juga perempuan...tapi masa mama sampai hanya pelajar perempuan saja yang ada yang model lelakinya tiada..seolah-olah kita sedang berada di Negera Korea pulak bila berada di sini...


Ramai juga tetamu yang hadir singgah dan merasa makanan Korea di sini...



Bergambar bersama-sama pensyarah mereka...


Mama pun hadir pada hari itu untuk menyaksikan dan merasa sendiri makanan Korea di sini...sempat ambil gambar dengan model yang memakai pakaian tradisi Korea ni...dapat juga merasa "kimchi" dan "Japchae' buatan tangan mereka sendiri...bila dah tahu cara-cara nak membuatnya boleh request kat anak mama untuk membuatkannya nanti...



Di akhir majlis booth Korea anak mama ini telah memenangi "Award Best Of The Best Garde Manger Champions Ships" iaitu penyediaan makanan display yang terbaik dan menarik...hadiah itu telah disampaikan oleh Chef Jo dimajlis penutupnya...


Anak mama tak melepaskan peluang bergambar sekali dengan piala yang telah dimenangi oleh mereka semua itu...kerja berkumpulan yang baik sekali...


Akhir sekali mereka semua sempat juga bergambar dengan chef terkenal ini iaitu Chef Jo di akhir majlis itu..



Inilah award yang telah berjaya dibawa pulang oleh group "Korea Culture" pada hari itu..


Pensyarah pun turut berbangga dengan percapaian anak murid mereka yang telah berjaya dalam menjayakan majlis hari terbuka tersebut..di bawah ini adalah beberapa jenis makanan Korea yang ada disediakan pada hari itu...





3 comments:

  1. tahniah buat anak mama dan rakan2..
    terliur pulak tengok makanan tu..nampak sedap dan menarik..:)

    ReplyDelete
  2. saya nyicipin kerang boleh mba hehehe

    ReplyDelete

DUIT TABUNG