JIRAN TETANGGA

Monday, March 9, 2015

Mengidam Aidijuma Bunga

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Bila dah mengidam ni memang ada saja kerenahnyakan...begitu jugalah anak perempuan mama ni...sekarang ni masih dalam trimester pertama masih dalam sesi perubahan hormon badan...muntah dan mabuk-mabuk tu biasalah bagi ibu yang mengandung ni...itulah asam ragamnya bila 3 bulan pertama ni memang tak boleh dielakkan bila dalam keadaan begitu...

Dalam mabuk-mabuk tu masih juga sibuk nak beli tudung keluaran AJ yang baru ni...kali ni telah bertukar cara membelinya pulak...dulu sibuk-sibuk di kedai AJ berebut-rebut membeli tapi kali ni rebut-rebut kat dalam online pula...tukar caranya bila dah mengandung ni...duduk hadap PC jer bila nak order...

selera mengandung anak mama kali ini memang lain dari yang anak pertamanya dulu...yer la lain anak lain pembawaannya kan...kali ni nak beli tudung AJ pun nak yang berbunga-bunga saja...yang corak lain kurang berkenan di hatinya...habis semua tudung AJ yang label pink ni diborongnya...pink label ni memang semua coraknya berbunga tu yang makin seronok nak bersoping online...akhirnya dapat juga apa yang berkenan dihati ibu mengandung ini...bukan main seronok lagi sebab dapat juga tudung AJ bercorak bunga-bunga...

p/s kalau dapat cucu perempuan kali ni pun best juga...


0 000 jiran datang mendoakan mama:

Post a Comment

DUIT TABUNG