SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Throwback hari Jumaat...bila dah puas bermain-main budak kecik 2 orang ini memang dah kepenatan badan pun dah jadi letih sangat...bila dah cukup masa grandma mandikan kedua-duanya tapi kena sorang-sorang dahulu kalau tidak memang gamat jadinya bunyi dalam bilik air tu nanti....

Bila dah mandi badan dah selesa barulah grandma buatkan susu seorang sebotol...puas hati kedua-duanya bila dapat minum susu masing-masing...kalau keadaan mereka betul-betul keletihan semasa menyusu lagi mata mereka berdua mungkin boleh terlelap...begitulah senangnya jaga mereka berdua ni Awisy dan Aiman...

p/s sekejap jer dah besar budak kecik berdua ni...