JIRAN TETANGGA

Monday, February 16, 2015

Resepi Udang Galah Goreng Bercili

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Resepi yang simple tapi sedap...nak memasaknya pun memang mudah...kita layan udang galah pulak kali ni...jom kawan-kawan kita masak udang galah bercili ini..

Bahan-bahan yang diperlukan..
udang galah, serbuk kunyit
sedikit cili kisar(bawang merah,bawang putih dan belacan)
sedikit cili sos,garam dan serbuk perasa

Cara-cara memasak...
1-Mula-mula kita bersihkan udang galah dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam,panaskan minyak dan goreng udang itu sedikit..
2-Angkat toskan dan tepikan udang itu dahulu...
3-Tumiskan cili kisar dalam minyak gorengan udang galah tadi...biarkan cili itu garing sebentar...bila cili sudah garing masukkan sedikit sos cili ke dalamnya...kacau sehingga sebati...
4-Bila cili dan sos sudah sebati masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya..
5-Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng tadi...kacau hingga sebati dengan udang tadi...udang goreng bercili siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan lauk-lauk yang lain juga...selamat mencuba kawan-kawan semua...




2 comments:

  1. Selalu udang galah ni mama sha masak sweet sour.... part paling best tang kepala tu.. perghh

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbth

    salam sis..
    Mujur dtg lawat blog sis ni TA dah bersarapan...



    ekekekkeke..
    nice post sis..nak copy leh..

    ReplyDelete

DUIT TABUNG