JIRAN TETANGGA

Friday, February 20, 2015

Resepi Ketam Bercili

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Cuti-cuti macam ni memang bagus kita dapat memasak di rumah dan berkumpul makan bersama keluargakan...jom kita cuba memasak resepi ketam bercili ini sebab ianya mudah dan sedap...pada kawan-kawan yang ingin mencuba memasaknya bolehlah ke resepi mudah mama ini yer...jom kita memasak...

Bahan-bahannya...
Ketam,cili kisar ( cili kering,bawang merah,bawang putih dn belacan)
sedikit gula,serai,garam dan serbuk perasa,hirisan daun bawang untuk hiasan

Cara-cara memasak...
1-Bersihkan ketam dan tepikan dahulu...
2-Ambil cili kisar dan tumiskan cili sehingga garing..masukkan sekali serai yang dititik sedikit ke dalamnya...
3-Biarkan cili garing sebentar atau pecah minyak...masukkan gula,garam dan serbuk perasa secukupnya...letakkan sedikit air..
4-Akhirnya masukkan ketam dan gaulkan sehingga rata..tutup ketam dengan penutup dan biarkan ketam masak secukupnya...
5-Angkat penutupnya dan jika ketam masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan...hiaskan dengan hirisan daun bawang...dan bolehlah dihidangkan bersama nasi panas...
selamat mencuba...

2 comments:

  1. ahhah..suka ketam. sedapnya masak cili. lg sebab kalau akak bagi.hehhe

    ReplyDelete
  2. Sedap tu mama, ana semalam masak lemak ketam juga, anak balik bercuti nak makan ketam pula.:)

    ReplyDelete

DUIT TABUNG