JIRAN TETANGGA

Monday, February 23, 2015

Resepi Daging Goreng Berempah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Inilah menu simple untuk tengahari ini ...menu simple tapi sedap memang disukai sangat ahli keluarga mama...kalau kawan-kawan nak tahu resepinya jom kita ke dapur mama yer...kawan-kawan boleh mencubanya sendiri nanti...

Bahan-bahan yang diperlukan...
Daging,kicap pekat dan cair.rempah kari
sos tiram,sos cili,hirisan bawang besar
cili merah dan cili api,halia,bawang putih
garam dan serbuk perasa
untuk hiasan boleh letak daun sup

Cara-cara memasaknya...
1-Daging perlu direbus dahulu biarkan empuk sebentar...bila daging dah empuk hiris nipis-nipis kesemuanya...letak dalam bekas gaulkan dengan kicap cair, kicap pekat dan sedikit rempah kari...gaulkan sehingga sebati kesemuanya...
2-Goreng sebentar daging yang telah digaul tadi...angkat dan tepikan dahulu..
3-Hiris bawang besar, cili merah,cili api biarkan ketepi...
4-Ambil sedikit halia,bawang putih dan bawang merah tumbuk sehingga lumat...
5-Panaskan minyak dan tumiskan dahulu rencah yang telah ditumbuk lumat tadi...biarkan garing sekejap dan masukkan sedikit air...
6-Masukkan sos cili,sos tiram,sedikit kicap manis,kicap pekat dan rempah kari...gaulkan kesemuanya dan biarkan didih sekejap..masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya...
7-Akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng tadi juga masukkan hirisan bawang besar dan cili merah dan cili api..gaulkan kesemuanya sehingga sebati...
8-Daging goreng berempah siap untuk dihidangkan bersama-sama nasi panas...
Selamat mencuba resepi simple dan sedap daripada mama ini yer...

p/s nak tengok lego the movie...




5 comments:

  1. waahhh mmg sedap ni kan mama... makan dgn nasi putih layan je kan :D

    ReplyDelete
  2. Oh.. kena letak rempah
    Boleh jugalah kakak cuba lain kali:)

    ReplyDelete
  3. wahhh sedapnyerr.. nak cubalah nanti :)

    ReplyDelete
  4. Gulp. Rindu nk mkn mskn Mummy. Dok sorang2 ni xfeel nk msk

    ReplyDelete

DUIT TABUNG