JIRAN TETANGGA

Tuesday, February 24, 2015

Ais Krim 1 Malaysia

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Memang sedapkan kalau dapat makan ais krim 1 MALAYSIA ni memandangkan cuaca sekarang ini dalam keadaan yang panas...bila dapat makan memang terasa lega sesangat kat tekak ni... 


 Ini dia ais krim 1 Malaysia yang telah siap mama buatkan untuk anak mama...mengidam nak makan ais krim 1 MALAYSIA rupa-rupanya...gigih jugalah grandma dok membuatkannya...sediakan apa yang perlu dan bolehlah kita membuatnya...memang senang sangat kalau kita nak membuatnya sendiri..nak tahu macam mana nak membuatnya bolehlah mama tunjukkan cara-caranya di sini yer...

Bahan-bahan yang perlu ada...
plastik ais krim,gula pasir
asam boi (kalau nak buat yang lain pun boleh)
air panas

Cara membuatnya...
1-Bancuh gula pasir dengan air panas...kacau sehingga gula pasir larut dan biarkan sejuk sedikit...
2-Ambil plastik ais krim dan masukkan dahulu asam boi ke dalam plastik tu...buat sehingga habis..
3- Ambil corong dan bolehlah memasukkan air gula yang telah dibancuh tadi ke dalam plastik yang berisi asam boi tadi...
4-Masukkan air gula itu mengikut saiz ais krim yang kita kehendaki...tinggalkan sedikit hujung plastik itu untuk senang kita mengikatnya...
5-Buat sehingga habis dan setelah itu bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais...tunggu sehingga ais krim itu beku dan bolehlah ianya dimakan...
Selamat mencuba semua...




3 comments:

  1. mama, kalau ana kan tambahkan limau kasturi dalam air tu, lagi kaw2 hehe :)

    ReplyDelete
  2. Jual. Bisnes askrim mesia.laku ni kak

    ReplyDelete

DUIT TABUNG