26 February 2015

Ikut Suka Hati Jer La...

February 26, 2015 5 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Bila dah kehabisan bateri inilah jadinya...tak kira berada dimana saja tab itu akan tetap dicaskan dengan segera...kalau kat dapur kat dapurlah tab tu berada...tengoklah tu kat bakul bawang pun boleh jadikan...masalahnya kat situlah terdapatnya plug yang kosong dan tidak digunakan.. jadi bila dah kerap guna akaun Instagram memang kuatlah penggunaan bateri kat tab mama ni...jadi kena la off kan dahulu barulah kena cas kan tab tu sekejap....


p/s aman rasanya bila 2 org budak kecik ni tido...

Hadiah Pengomen Tegar Blog Mialiana.com

February 26, 2015 3 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Jutaan terimakasih pada blogger Mialiana kerana memberikan hadiah ini sebagai satu penghargaan buat pengomen tegar di blog beliau..tahniah-tahniah juga pada kawan-kawan seperjuangan yang berjaya juga...dari semangat berblogwalking dan berblog maka terhasil satu ikatan ukhuwah sesama blogger...selain dapat ramai kawan,mengekalkan silatulrahim hadiah pun boleh dapat jugakan..hehehee itulah adalah salah satu rasa keseronokan bila kita berblogging ini... moga ikatan kita itu akan terus utuh selama-lamanya yer...

p/s seronok dapat hadiah dr teman blogger...

25 February 2015

Wordless Wednesday # 455...Tengok Gambar Jer La

February 25, 2015 3 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



p/s rasa lapar tengok gambar ni...

Wordless Wednesday # 454...Tips Sihat

February 25, 2015 4 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

24 February 2015

Ais Krim 1 Malaysia

February 24, 2015 3 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Memang sedapkan kalau dapat makan ais krim 1 MALAYSIA ni memandangkan cuaca sekarang ini dalam keadaan yang panas...bila dapat makan memang terasa lega sesangat kat tekak ni... 


 Ini dia ais krim 1 Malaysia yang telah siap mama buatkan untuk anak mama...mengidam nak makan ais krim 1 MALAYSIA rupa-rupanya...gigih jugalah grandma dok membuatkannya...sediakan apa yang perlu dan bolehlah kita membuatnya...memang senang sangat kalau kita nak membuatnya sendiri..nak tahu macam mana nak membuatnya bolehlah mama tunjukkan cara-caranya di sini yer...

Bahan-bahan yang perlu ada...
plastik ais krim,gula pasir
asam boi (kalau nak buat yang lain pun boleh)
air panas

Cara membuatnya...
1-Bancuh gula pasir dengan air panas...kacau sehingga gula pasir larut dan biarkan sejuk sedikit...
2-Ambil plastik ais krim dan masukkan dahulu asam boi ke dalam plastik tu...buat sehingga habis..
3- Ambil corong dan bolehlah memasukkan air gula yang telah dibancuh tadi ke dalam plastik yang berisi asam boi tadi...
4-Masukkan air gula itu mengikut saiz ais krim yang kita kehendaki...tinggalkan sedikit hujung plastik itu untuk senang kita mengikatnya...
5-Buat sehingga habis dan setelah itu bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais...tunggu sehingga ais krim itu beku dan bolehlah ianya dimakan...
Selamat mencuba semua...




Nuffnang Bagi CPUV Lagi

February 24, 2015 4 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Dapat lagi CPUV Mi Sedap Krisipi dari Mr.Nuffnang...makin bertambahlah earning dari nuffnang kat blog mama ni...terima kasih buat pengunjung yang selalu datang menyinggah ke sini yer...tanpa kalian semua sunyilah blog mama ni kan...moga ikatan ukhuwah sesama kita tetap kekal di hati dan di jiwa kita semua..

p/s macam boring pulak hari ni...

23 February 2015

Resepi Daging Goreng Berempah

February 23, 2015 5 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Inilah menu simple untuk tengahari ini ...menu simple tapi sedap memang disukai sangat ahli keluarga mama...kalau kawan-kawan nak tahu resepinya jom kita ke dapur mama yer...kawan-kawan boleh mencubanya sendiri nanti...

Bahan-bahan yang diperlukan...
Daging,kicap pekat dan cair.rempah kari
sos tiram,sos cili,hirisan bawang besar
cili merah dan cili api,halia,bawang putih
garam dan serbuk perasa
untuk hiasan boleh letak daun sup

Cara-cara memasaknya...
1-Daging perlu direbus dahulu biarkan empuk sebentar...bila daging dah empuk hiris nipis-nipis kesemuanya...letak dalam bekas gaulkan dengan kicap cair, kicap pekat dan sedikit rempah kari...gaulkan sehingga sebati kesemuanya...
2-Goreng sebentar daging yang telah digaul tadi...angkat dan tepikan dahulu..
3-Hiris bawang besar, cili merah,cili api biarkan ketepi...
4-Ambil sedikit halia,bawang putih dan bawang merah tumbuk sehingga lumat...
5-Panaskan minyak dan tumiskan dahulu rencah yang telah ditumbuk lumat tadi...biarkan garing sekejap dan masukkan sedikit air...
6-Masukkan sos cili,sos tiram,sedikit kicap manis,kicap pekat dan rempah kari...gaulkan kesemuanya dan biarkan didih sekejap..masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya...
7-Akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng tadi juga masukkan hirisan bawang besar dan cili merah dan cili api..gaulkan kesemuanya sehingga sebati...
8-Daging goreng berempah siap untuk dihidangkan bersama-sama nasi panas...
Selamat mencuba resepi simple dan sedap daripada mama ini yer...

p/s nak tengok lego the movie...




Segmen 12 Jam Bloglist # 13 Mialiana.com

February 23, 2015 8 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Februari 2015, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #13 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

22 February 2015

Love Story: Andy Williams

February 22, 2015 4 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Where do i begin to tell
the story of how greatful love can be
The sweet love story
That is older than the sea
That simple truth about the 
love she bring to me 
Where do i start

With the first hello
she gave the meaning to this
empty world of mine
that never did 
Another love another time

She came into my life
and made a living fine
She fills my heart

She fill my heart 
with very special thing
With angel song
with wild imaginings
She fill my soul with so much love
that anywhere i go 
I am never lonely

With her along who could be lonely
I reach for her hand its always there
How long does it last 
Can love be measured by the hours in a day
I have no answer now but
this much i can say
I know I"ll need her till the star all burn
And she'll be there




You Mean Everthing To Me : Neil Sedaka

February 22, 2015 0 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..


You are the answer to my lonely prayer
You are an angle from above
I was so lonely till you came to me
With the wonder of your love

I don't know how i ever lived before
You are my life my destiny
Oh my darling.i love you so
You mean everthing to me

If you should ever,ever go away
There would be lonely tears to cry
The sun above would never shine again
There would be tearsdrop in the sky

So hold me close and never let me go
And say our love will always be
Oh my darling i love you so
You mean everthing to me

20 February 2015

Resepi Ketam Bercili

February 20, 2015 2 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Cuti-cuti macam ni memang bagus kita dapat memasak di rumah dan berkumpul makan bersama keluargakan...jom kita cuba memasak resepi ketam bercili ini sebab ianya mudah dan sedap...pada kawan-kawan yang ingin mencuba memasaknya bolehlah ke resepi mudah mama ini yer...jom kita memasak...

Bahan-bahannya...
Ketam,cili kisar ( cili kering,bawang merah,bawang putih dn belacan)
sedikit gula,serai,garam dan serbuk perasa,hirisan daun bawang untuk hiasan

Cara-cara memasak...
1-Bersihkan ketam dan tepikan dahulu...
2-Ambil cili kisar dan tumiskan cili sehingga garing..masukkan sekali serai yang dititik sedikit ke dalamnya...
3-Biarkan cili garing sebentar atau pecah minyak...masukkan gula,garam dan serbuk perasa secukupnya...letakkan sedikit air..
4-Akhirnya masukkan ketam dan gaulkan sehingga rata..tutup ketam dengan penutup dan biarkan ketam masak secukupnya...
5-Angkat penutupnya dan jika ketam masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan...hiaskan dengan hirisan daun bawang...dan bolehlah dihidangkan bersama nasi panas...
selamat mencuba...

18 February 2015

Wordless Wednesday # 453...Doa

February 18, 2015 1 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Wordless Wednesday # 542...3 Jenis Orang

February 18, 2015 2 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Wordless Wednesday # 541....Syukuri Nikmat

February 18, 2015 2 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Wordless Wednesday # 540...Betul Ke..???

February 18, 2015 5 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Wordless Wednesday #539...Syurga Bukan Milik Mu

February 18, 2015 2 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Resepi Ayam Masak Hitam

February 18, 2015 12 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ni resepi dari mama adalah resepi ayam hitam atau black chicken...wah !! resepi pun dah hitam...memang hitam legam la ayam ni jadinya...walaupun hitam legam tapi rasanya tetap sedap tau...anak mama memang suka kalau mama masak resepi ayam hitam ni...kalau kawan-kawan nak tahu resepinya jom kita tengok resepinya di bawah ini yer...resepi yang simple tapi sedap...

Bahan-bahannya...
ayam, halia,bawang putih
kicap pekat,sos tiram,garam,serbuk perasa
hirisan bawang besar atau cili merah dan daun bawang untuk hiasan..

Cara-cara memasaknya...
1-Mula-mula bersihkan ayam dan tepikan dahulu...
2-Ambil bawang putih dan halia kisar hingga hancur...ambil separuh dan masukkan dalam bekas ayam tadi...separuh lagi untuk menumis sosnya nanti...
3-Letakkan sedikit kicap pekat gaulkan ayam dengan bahan kisar tadi hingga sebati...perapkan dahulu ayam itu selama 1jam..lagi lama perap lagi sedap...
4-Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap tadi...setelah masak angkat ayam tadi letakkan dalam bekas...
5-Gunakan sedikit minyak gorengan ayam tadi untuk menumis baki bahan kisar tadi...tumis sehingga garing..
6- Kemudian masukkan sos tiram dan sedikit air...letakkan serbuk perasa dan garam secukup rasa..garam jangan banyak sangat sebab sos tiram sudah masin...masukkan hirisan bawang merah dan cili merah...kacau sebentar...
7-Angkat dan siram sos tadi ke atas ayam yang sudah digoreng tadi...hiaskan dengan hirisan daun bawang...ayam hitam siap untuk dihidangkan bersama nasi panas...
selamat mencuba yer kawan-kawan...

17 February 2015

Awisy Dan Aiman Seronok Mandi Kolam

February 17, 2015 1 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Seronok sangat budak kecik berdua ni dapat mandi kolam semalam...Awisy dan Aiman sesekali dapat main air macam ni memang suka...duduk berjam lama pun tak kisah dia...dah 2 jam dok mandi pun masih tak juga puas...bila diajak masuk. masing-masing tak mahu juga..Aiman pulak dah mengigil-gigil badan tu tapi masih juga tak mahu keluar dari kolam tu...akhirnya grandma pun terpaksa membiarkan saja mereka berdua...tengok jer la keletah budak kecik 2 orang ni bermain air...sampai masing-masing rela nak keluar sendiri dari dalam kolam tu...itulah keseronokan yang teramat sangat dapat Awisy dan Aiman rasakan agaknya bila mereka dapat bermain air dan mandi kolam bersama-sama...

p/s seronok tengok budak kecik berdua ni...

Resepi Brokoli Rebus Cicah Air Asam

February 17, 2015 1 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..


Tekak mama hari ni rasa tak sedap jer nak makan...nak kata mama diet tidak juga...hari ni terasa nak makan sayur saja...rebus dan cicih air asam pun dah cukup sedap rasanya...oleh itu inilah menu simple mama untuk mengisi perut hari ini...rebus sayur brokoli dan cicah air asam makan dengan nasi panas memang sedap rasanya...pada kawan-kawan yang suka resepi air asam boleh la lihat dientri mama ini tekan sini yer...

Cara merebus sayur supaya tidak terlalu lembik...
1-Mula-mula masukkan sedikit garam dalam air rebusan.. 
2-Bila air sudah mendidih masukkan sayur brokoli ke dalamnya...tutup api dapur dahulu...
3- Balik-balikkan sayur itu sekejap...kemudian angkat dan tapiskan airnya...
4-Masukkan sayur brokoli ke dalam air yang berais untuk mengekalkan kesegaran sayur hijau   itu...sayur akan tetap kekal rangup...
5-Keluarkan sayur dari dalam air berais itu dan toskan airnya...sayur pun sudah boleh dimakan bersama nasi panas...memang simple tapi sedap...
Selamat mencuba yer...

16 February 2015

Resepi Udang Galah Goreng Bercili

February 16, 2015 2 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Resepi yang simple tapi sedap...nak memasaknya pun memang mudah...kita layan udang galah pulak kali ni...jom kawan-kawan kita masak udang galah bercili ini..

Bahan-bahan yang diperlukan..
udang galah, serbuk kunyit
sedikit cili kisar(bawang merah,bawang putih dan belacan)
sedikit cili sos,garam dan serbuk perasa

Cara-cara memasak...
1-Mula-mula kita bersihkan udang galah dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam,panaskan minyak dan goreng udang itu sedikit..
2-Angkat toskan dan tepikan udang itu dahulu...
3-Tumiskan cili kisar dalam minyak gorengan udang galah tadi...biarkan cili itu garing sebentar...bila cili sudah garing masukkan sedikit sos cili ke dalamnya...kacau sehingga sebati...
4-Bila cili dan sos sudah sebati masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya..
5-Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng tadi...kacau hingga sebati dengan udang tadi...udang goreng bercili siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan lauk-lauk yang lain juga...selamat mencuba kawan-kawan semua...




Hadiah Untuk Besday Girl

February 16, 2015 1 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Dek kerana peminat fanatik Hello Kitty hadiah yang mama bagi kali ini pun adalah beg dari jenama Hello Kitty juga...mama tahu mesti anak mama seronok bila dapat hand beg ini...nak belikan hadiah yang mahal-mahal tak termampu mama rasanya jadi setakat hand beg Hello Kitty ini okay la pada mama janji anak-anak suka dan seronok...

p/s alhamdullilah dapat juga sediakan hadiah buat anakku...

Dessert Makan Ais Krim Mcflurry Buatan Sendiri

February 16, 2015 4 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Bila sudah makan stimboat semalam kami sekeluarga layan ais krim pulak...dessert la katakan...dessert la sangat...kebetulan memang ada beli ais krim vanilla dan biskut Oreo jadi lebih best buat sendiri Mcflurry sendiri macam kat McD tu...wah !! memang best sangat dapat makan ais krim Mcflurry buatan sendiri macam ni...memang terbaikkk...

p/s nak buat lagi la hari ini...


Celebrate Besday Berstimboat

February 16, 2015 3 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Semalam adalah hari lahir anak mama yang kedua...kami sekeluarga tak nak keluar makan-makan kat luar kali ni...kami hanya buat stimboat kat rumah saja..makan-makan bersama tengahari semalam...sesekali dapat buat makan-makan sekeluarga macam ni memang seronok rasanya...terasa perut kekenyangan dan bila dah makan ramai-ramai semuanya jadi seronok sangat....

p/s enjoy sekeluarga semalam...


15 February 2015

Selamat Hari Lahir Anakku

February 15, 2015 6 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
 

15 Feb 2015 genap sudah usia anak mama yang ke 25tahun hari ini... sekejap jer masa dah berlalu rasanya baru semalam mama melahirkan anak mama ini...

15 Februari 1990 anak mama yang kedua ini selamat mama lahirkan tepat jam 1 tengahari...betul-betul tengah matahari tegak di kepala...orang kata anak kedua ini ada sedikit sikap kedegilannya...lagi pulak tu masa lahir pun tengahari memang betul2 agaknya ada sikap  degil itu padanya...apa saja yang dia mahu lakukan dia pasti akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh...


Hari ini mak ingin mendoakan semoga anak mak ini berjaya di dunia dan diakhirat...jadilah seorang insan yang mulia walaupun diri dihina orang...biar wajah kurang cantik tapi janji bahasa dan tingkah laku diri dijaga sentiasa...mak doakan moga adik dipanjangkan umur,sentiasa dimurahkan rezeki,sentiasa menjadi anak yang baik,berjaya dalam kerjaya dan moga bertemu jodoh dengan seorang insan yang beriman dan soleh yer...In sha Allah amin..

SELAMAT HARI LAHIR ADIK...
NURUL AZLIN BINTI DZOLKARNINE


12 February 2015

Resepi Kurma Ayam

February 12, 2015 11 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Lama rasanya tak update resepi kat blog mama ni...hari ni kita boleh cuba memasak resepi kurma ayam pulak...walaupun mama tak makan ayam tapi tetap kena juga masakkan resepi ayam buat ahli keluarga yang lain..jom kita lihat resepinya di bawah ini...

Bahan-bahan yang diperlukan...
ayam,rempah kurma,rempah tumis 4 sekawan
kentang,cili merah,halia,bawang putih,bawang merah
garam dan serbuk perasa

Cara-cara memasaknya...
1-Ayam dibersihkan dan dibiarkan dahulu... 
2-Ambil halia,bawang putih dan bawang merah...tumbuk hingga lumat dan hiriskan sebiji bawang merah untuk menumis...
3-Ambil rempah kurma kacau dengan air sedikit...
4-Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan dan bawang hirisan tadi...
biarkan sedikit garing dan masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan air tadi ke dalamnya...
5-Kacau sehingga rempah kurma garing dan pecah minyak...masukkan air dan kentang ke dalam periuk tadi..
6-Biarkan sehingga kentang empuk dan masukkan pula ayam tadi ke dalamnya..
7-Biarkan ayam masak dan kuah kurma mendidih sebentar...masukkan cili merah/hijau, garam dan serbuk perasa secukupnya...
8-Akhirnya kurma ayam kita siap untuk dihidangkan bersama nasi panas...
selamat mencuba kawan-kawan semua..


11 February 2015

Layankan Anak-Anak

February 11, 2015 5 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Semalam menu masakan dari pagi hingga tengahari bantai nasi lemak jer jadi bila dah malam masing-masing perut dah lapar...nak masak memang dah malas la kalau dah malam-malam ni jadi apa lagi anak-anak pun suka..jom kita drive thru jer beli McDonald untuk makan malam...lagi la suka mama ni senang kerja tak payah la nak buka dapur bagaikan...yang segera dah ada sekarang ni sediakan duit dan pergi beli jer..


Layankan anak-anak belikan patung Hello Kitty ni kat Mc Donald...dah ada koleksi lagilah suka mereka bila dapat Hello Kitty ni...ni pun masih ada lagi koleksi yang belum ada...satu-satu beli yer anak-anakku...

p/s layan kerenah anak-anak...

Wordless Wednesday # 538...Mimpi

February 11, 2015 1 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Wordless Wednesday # 537...Selamat Hari Rabu

February 11, 2015 1 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hepi Wednesday...

10 February 2015

Periuk Nasi Baru

February 10, 2015 10 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
 

Entri dah diperam lama dalam draf ni...mula la dah jadi pelupa grandma ni.. dah 2 minggu kot dok simpan entri ni jer..hari ni grandma pelupa ni akan postkan entri ni yer...pada kawan-kawan yang belum tahu cerita periuk nasi lama grandma bolehlah tekan sini...

Bila yang lama dah rosak terpaksalah cari pengganti yang baru...walaupun ada satu lagi periuk nasi yang kecil tapi kena juga ada simpanan periuk nasi yang besar sedikit...mana tahu ada saudara-mara yang datang bertandang bolehlah digunakan periuk nasi yang besar untuk memasak nasi...inilah dia penggantinya lebih besar sedikit dari yang dah rosak tu...kalau besar lebih senang sebab boleh masak banyak bila ada tetamu datangkan...

p/s patah tumbuh hilang dah ada pengganti...


CPUV Lagi Dari Mr.Nuffnang

February 10, 2015 1 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Lama tak singgah ke web Mr.Nuffnang ni tiba-tiba tergerak hari ni nak jengah juga...bila buka alhamdullilah bersyukur mama sebab Mr.nuffnang sungguh bermurah hati bagi beberapa CPUV kat blog mama ni...

Terimakasih Mr.Nuffnang sebab sudi bagi CPUV kat blog mama ni...pada kawan-kawan yang sudi jadi penyumbang terima kasih banyak2 yer...sudi-sudikanlah selalu jadi penyumbang dan juga sudi singgah ke blog mama ni...

p/s rezeki lagi...

Darwisy Sibuk Betulkan Basikal

February 10, 2015 4 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Bab-bab mengacau memang no satu budak kecik sorang ni...pantang nampak grandpa buat sesuatu mesti dia pun nak mencuba melakukannya juga...tu dia semua benda nak cuba dilakukan sendiri...inilah dia budak kecik yang mana minda saraf otak Darwisy dah semakin mengembang..semua sarafnya dah saling sambung menyambung membuatkan otak Awisy semakin bijak...


Grandpa nak betulkan basikal Awisy pun sama juga.. 
beria-ia Awisy nak membuatnya sendiri...


p/s dah besarkan ! nak jadi abang dah...