SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Alhamdullilah !! rezeki hari Jumaat dapat lagi pemberian dari jiran baik mama...tu dia seplastik kerang segar dari ladang...katanya dapat dari Pontian lupa pulak mama nak tanya lebih lanjut sebab nak cepat jer tadi...itulah adat kita berjiran sesama memberi sesama merasa... 

ada hadis yang menyatakan menjalinkan hubungan baik sesama manusia dan jiran ada di dalam firman Allah SWT yang bermaksud :

"...dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa,kaum kerabat,anak-anak yatim,orang-orang iskin,jiran tetangga yang terdekat,jiran tetangga yang jauh,orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki..."