JIRAN TETANGGA

Saturday, November 29, 2014

Parah Kena Rempuh

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Memang haru dibuatnya hari ni...kena rempuh orang sebab nak rebut tudung AJ black label yang baru keluar hari ni...bukan rempuh teruk pun saja nak buat gempak jer ni..paling tak suka buat kerja macam ni tapi kesiankan anak mama tak dapat sehelai pun disebabkan dia rendah sehelai tudung AJ pun dia tak dapat nak capai... orang  yang berdiri di baris hadapan saja yang terlebih dahulu mendapatkan tudung AJ yang ada...

Bila tengok macam tu kesian juga mama tak ada seorang pun nak hulurkan kat dia...cewahhh dengan semangat yang berkobar mama pun terus mencelah dicelah ramai-ramai peminat AJ yang ada dikedi tu...terus rempun dengan cara yang sopan la kan marah pulak orang lain nanti...akhirnya mama dapat juga ke baris hadapan dan dapat juga capai beberapa helai tudung yang hendak dibeli dan berkenan di hati...

Paling tak suka bila ada warga suami-suami ni datang menyibuk dan menyelit juga dicelah-celah warga kaum wanita ni...boleh pulak kita duduk bawah ketiak dia tu ! kalau nak pun angkatlah elok-elok tangan tu...memang nak kena soundlah dengan mama...kalau ye pun agak-agaklahkan ! kami kaum wanita ni dah la rendah jangan ikut suka jer biarkan orang duduk kat bawah ketiak awak...

Bila dah kena sound pun masih tetap juga nak terjerit minta pekerja AJ tu balingkan tudung tu kat dia...boleh pulak cakap perkataan yang macam orang tak berfikiran jer..."Dik balinglah tudung tu kat sini abang pun nak pakai tudung ni juga..." rasa mama nak sound jer kat dia " dah tukar jantina ke bang..." tapi memikirkan ramai orang malas mama nak melayannya pekak kan telinga jer walaupun lelaki tu masih berada disebelah mama...macam-macam ragam kalau nak membeli tudung AJ ni..

Dari 8 design black label yang baru kali ini...inilah saja yang dapat dibeli hari ini...

p/s sepatutnya kaum bapa2 ni x payah la nak menyibuk menyerbu sekali...duduk diam2 jaga anak jer la..

Friday, November 28, 2014

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Kalender Islam 1436-1437H

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



p/s sekejap jer masa berlalu...

Saraf Otak Sudah Bersambung

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Petang-petang macam ni kalau dah siap semuanya mama duduk berehat sekejap...selain dok lihat fb dan blog ni sempat jugalah layan juga cucu yang sorang ni bermain...elok jer tengok Awisy menyusun brick tu...wayar minda dah banyak bersambung tu yang dah pandai buat macam-macam.. 


Inilah dia susunan yang telah dibuat oleh si kecik Awisy ni siap juga akhirnya...entah apa yang difikirkan tak tahu la...mungkin menara tertinggi kot...dah siap susunan tu seronoklah Awisy kerana telah berjaya melakukannya...lepas tu buka balik buat pula susunan yang lain pulak.. 

 
p/s minda sudah berkembang...

Tazkirah Jumaat BERSYUKURLAH

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..

ALLAH datangkan orang memarahi kita,memfitnah kita,membebel pada  kita,berkata pedas pada kita dan berbagai lagi.Itu semua tanda ALLAH sayang pada kita dan tanda ALLAH sedang menguji tahap iman kita.Kita hanya perlu SABAR dan terima dengan hati yang REDHA dan jangan sekali MENGELUH tapi BERSYUKURLAH...

Tazkirah Jumaat : JANGAN MUDAH LUPA

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Setiap manusia rezeki tidak sama ada yang dapat pekerjaan bagus,ada yang dapat peluang sambung belajar tinggi-tinggi,ada yang murah rezeki,sentiasa untung,cukup semua keperluan dan macam-macam lagi yang ALLAH bagi...

TAPI JANGAN pernah SOMBONG sebab itu semua pinjaman dari ALLAH SWT...Kita kena ingat KESENANGAN juga adalah satu DUGAAN untuk kita...
BERSYUKURLAH ATAS SEGALANYA....



Thursday, November 27, 2014

Asal Usul PARIT BUGIS MUAR

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


ASAL USUL PARIT BUGIS
Kampung Parit Bugis terletak dalam Mukim Sungai Balang, Daerah Muar. Parit Bugis adalah salah satu kampung rangkaian yang mempunyai 12 kampung kecil iaitu Parit Masjid, Parit Gantung, Kampung Melayu, Parit Begelen, Simpang Sekolah, Parit Bugis, Parit Nombor 1, Parit Nombor 2, Parit Nombor 3, Parit Nombor 4, Parit Nombor 5 dan Sungai Balang Kecil.
Mengikut sejarahnya, Parit Bugis telah diteroka pada tahun 1904 oleh orang-orang Bugis yang diketuai oleh Daeng Saribut dan Daeng Abu Bakar dari kepulauan Riau, Indonesia. Pada mulanya, orang-orang Bugis ini telah membuka kawasan hutan di sini dan mengusahakan tanaman getah. Memandangkan tanaman getah tidak sesuai dengan keadaan tanah gambut di sini pada ketika itu, maka setelah tempoh lima tahun orang-orang Bugis tersebut telah meninggalkan kampung ini dan kerja-kerja membuka hutan di sini diambil alih oleh orang-orang Jawa yang berasal dari Kabupaten Ponorogo, Pulau Jawa, Indonesia untuk mengusahakan tanaman kelapa pula.
Masyarakat Jawa tersebut kekal mendiami kampung ini sehinggalah sekarang yang mana penduduk kampung ini adalah generasi ketiga atau keempat keturunan mereka dan melalui perkahwinan, hampir kesemuanya saling bersaudara. Peneroka awal ini juga turut mengembangkan kawasan ini lalu membentuk beberapa buah kampung lagi. Ketua Kampung yang pertama dikenali sebagai Wak Bawok manakala Penghulunya pula bernama Abu Hassan.


Akhirnya Berjaya Mendapatkannya

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Akhirnya berjaya juga anak mama yang bongsu ni mendapat kereta pink nyer...mula-mula bila hendak membelinya susah betul nak mendapatkan stok kereta Perodua yang berwarna pink ni...ada banyak color yang lain tapi anak mama tetap hendak kereta Myvi berwarna pink ni juga...sebulan jugalah menunggu akhirnya semalam berjaya juga anak mama mendapatkan kereta pink yang di idam-idamkannya itu..siap dah ada nama yang diberikan oleh anak mama pada kereta baru pinknya itu "Baby Pinky" katanya..

Lesen belum lagi dapat kereta dah ada dahulu...macam mana ni sayangg ! jawabnya memang adalah orang lain yang menggunakannya dulu yer...jangan marah tau ! tunggu dapat lesen dulu barulah boleh dapat memandu "Baby Pinky" ni yer...seronoklah tu bila dah dapat kereta pink ni...lepas ni bila dah ada lesen bolehlah pergi kelas bawa "Baby Pinky"ni yer...jaga-jaga kereta baru tu dan perangai tu pun kena juga jaga elok-elok... jangan degil-degil lagi tau dengar kata mak ayah...belajar sampai berjaya dan mencapai cita-cita yang diidamkan...

p/s puas hati ayah dpt belikan sesuatu untuk kegunaan anak2nya...

Tahniah ! Tahniah ! Buat Mereka

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Tahniah ! Tahniah ! buat anak saudaraku,buat cucu saudaraku kerana telah berjaya dengan keputusan yang cemerlang dalam UPSR yang baru dikeluarkan semalam...

Buat anak saudaraku Lydia Rahman tahniah kerana berjaya mendapat 4A 1B, buat cucu saudara ku Sofea Nizam juga telah berjaya mendapat 5A dalam keputusannya dan seorang lagi cucu saudaraku Nur Nadia Aleeya juga telah berjaya mendapat 5A dalam keputusan peperiksaannya semalam...

Semoga kalian semua akan terus berjaya dan akan terus mencapai cita-cita menuju ke menara gading dan akan berjaya di masa hadapan...
Good Luck Sayanggg...

p/s suka melihat mereka berjaya...

Wednesday, November 26, 2014

Wordless Wednesday # 506...Benar Ke Tidak ?

SA:LAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Wordless Wednesday # 505...Be Thankful

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Segmen Bloglist Disember DJH 2014

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pencarian bloglist bagi bulan Disember 2014 di Diari Jejaka Hangat bermula pada hari ini, 24 November 2014, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 November 2014, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk Segmen Bloglist Disember DJH 2014   
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.   
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Senang dan mudah kan?

Mereka yang bertuah akan dipilih untuk masuk dalam bloglist DJH untuk bulan Disember dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Diari Jejaka Hangat  ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada. 1 Disember 2014.

Kredit untuk Kak Mialiana

Wordless Wednesday # 504...Don't Be Afraid

 SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
 

Asal Usul PARIT PECHAH MUAR

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..


ASAL USUL PARIT PECHAH
Adalah dipercayai kampung ini telah berpenghuni kira-kira penghujung abad ke-19 tetapi tidak mempunyai namanya. Namun nama Parit Pechah yang diabadikan adalah bermaksud pecahan dua puak yang mendiami kampung itu. Dipercayai lagi bahawa diperingkat permulaan masyarakat di situ terdapat dua puak yang datang dari Kampung Haji Abu bin Abdul Rahman, Bandar Maharani dan satu puak lagi ialah orang-orang atau pengikut Daing Kelewang yang berasal dari Singapura (1904).
Pada 29 September 1911,Bodot bin Haji Ahmad telah mendapat ‘Tauliah’ daripada DYMM Sultan Johor bergelar “Naib Penghulu Mukim Parit Pechah”. Kawasan mukim meliputi dari kawasan sebelah laut hingga ke daratnya lebih kurang 8 kilometer panjang. Namun kampung tersebut telah didaftarkan dalam ‘Daftar Orangkaya-Orangkaya, Penghulu-Penghulu dan Naib-Naib Bagi Daerah Muar’ pada tahun 1917 yang menyebut kali pertama telah didengar nama Mukim Parit Pechah dan Naib Penghulunya iaitu Bodot bin Haji Ahmad telah disebut dengan secara rasminya.

Wordless Wednesday # 503...Hargailah Suami Kita

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Tuesday, November 25, 2014

Azhael - Hujung Waktu (Official MV)

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Kau selalu meragukan
Apa yang disembunyikan minda
Oh selalu
Kau selalu bertanyakan
Apa benar ku rasakan cinta
Oh selalu
Ku rasakan
Tetapi ku hanya kaku
Dan membisu kelu

Aku cinta padamu
Walau tiada lagi
Hijau bumi masih terabadi
Aku cinta padamu
Biarpun bintang jatuh
Langit gugur hingga hujung waktu

Bila tahu isi hati
Ku tahu kau akan lari pasti
Ku rasakan
Biar jadi tanda tanya
Biar ku simpan di dada saja
Ku rahsiakan
Sampai mati masih ku membisu
Walau aku merasakan

Aku cinta padamu
Walau tiada lagi
Hijau bumi masih terabadi
Aku cinta padamu
Biarpun bintang jatuh
Langit gugur hingga hujung waktu

Mengapa baru terjaga
Mengapa baru ku sedar
Melihat duniaku
Kian runtuh tanpamu
Bodohnya ku menyendiri
Segalanya ku sembunyi
Namun ku harus luahkan jua

Aku cinta padamu
Walau tiada lagi
Hijau bumi masih terabadi
Aku cinta padamu
Walau tiada lagi
Hijau bumi masih terabadi

Aku cinta padamu
Biarpun bintang jatuh
Langit gugur hingga hujung waktu

Terpaksa Juga Di Potong

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Pokok turi yang kat depan rumah mama ni sudah tinggi menjulang nampaknya...terlampau besar untuk dipetik daunnya lagi...ni yang buat hati nak suruh hubby potong jer terus...memang harus di potong juga dan biarkan pokok ini mengeluarkan pucuk turi yang baru nanti...mula-mula nak trim jer tapi bila fikir-fikirkan eloklah dipotong terus jer...dulu dah trim sekali tapi masih tetap membesar jadinya..nak tahu ceritanya tekan sini...


Ayah dan menantu bergotong royong memotong dan membersihkan dahan-dahan pokok turi yang sudah siap dipotong itu..satu persatu dahan dapat dipotong dengan perlahan-lahan..


Tiga dahan sudah dipotong hanya tinggal lagi sebatang dahannya saja...berhenti minum dan rehat sekejap...


Akhirnya siap juga proses pemotongan dahan-dahan pokok turi yang dah besar panjang tu...terasa lapang bila memandang ke sini...tiada lagi daun-daun dan bunga-bunga turi bertaburan di kawasan ini lagi...kalau tidak memang banyak daun-daun dan bunga turi ni jatuh ke bumi...tak ada lah nak kerap menyapu di bawah kawasan pokok turi ini...

p/s bila la nak berkebun lagi..

Nuffnang Tambah CPUV Lagi

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Wah!! tak sangka semalam jer masuk 6 CPUV kat blog mama ni...mekacih Mr.Nuffnang sebab bagi earning kat blog mama ni...semuanya masih belum dikreditkan lagi...alhamdullilah !! semakin bertambah income di blog ni...terima kasih juga buat kawan-kawan alam maya yang sudi singgah bertandang ke sini yer...

p/s semakin bertambah duit tabungan blog ini..

Resepi Nasi Daging Dan Air Asam

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ni mama nak tunjukkan resepi mudah untuk membuat Nasi Daging...pada kawan-kawan yang ingin mencuba bolehlah memasaknya nanti yer...

Bahan-bahannya...
Beras basmathi (kalau nak cantik nasinya) beras biasa pun boleh digunakan
daging,halia,
bawang merah,bawang putih,
minyak sapi,minyak kelapa,rempah 4 sekawan
daun pandan,garam dan serbuk perasa,
daun sup dan bawang goreng

Cara-cara memasaknya...
1-Rebus daging terlebih dahulu..biarkan empuk dan tepikan dagingnya..hiris daging nipis-nipis...tapis air rebusan daging itu untuk memasak nasinya nanti...
2-Ambil beras di basuh dan di toskan...Hiris halia,bawang merah dan bawang putih...
3-Panaskan minyak sapi campur sedikit dengan minyak biasa ke dalam periuk dan tumiskan rempah 4 sekawan,bawang merah,halia dan bawang putih tadi sehingga garing...
4-Ambil beras yang sudah ditoskan tadi dan masukkan rempah tumisan tadi bersama air rebusan daging tadi...sukat ikut beras yang hendak dimasak...
5-Masukkan garam,serbuk perasa,daun pandan ke dalam nasi daging tadi secukup rasa...juga masukkan hirisan daging ke dalamnya dan bolehlah dimasak..
6-Masakkan nasi di dalam periuk nasi sehingga masak..
7-Bila nasi daging sudah masak kacau perlahan-lahan dan taburkan dengan daun sup dan bawang goreng..

Air Asam Daging

Bahan2nya...
cili merah
cili api asam jawa
bawang hiris
tomato

Cara membuatnya..
1-Ambil cili api,cili merah dan belacan dan ditumbuk...Kalau suka boleh ditumbuk,kalau tak boleh dihiris saja bahan-bahan itu...
2- Bila dah hancur masukkan pati air asam jawa tambahkan dengan garam n serbuk perasa secukupnya...garam jangan banyak yer sebab belacan tadi sudah cukup masin...
3- Tambahkan dengan hirisan bawang merah dan hirisan tomato...bolehlah di hidangkan dengan nasi daging tadi yer...kalau nak lebih sedap bolehlah ditambahkan dengan air limau nipis ke dalam air asam tadi...

Selamat mencuba kawan-kawan...

p/s sakit perut pulak hari ni...

Akhirnya Tertewas Dengan Godaan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..


Kalau nak masuk Aeon Bukit Indah ikut pintu belakang ni mesti jumpa dan lalu di kedai Padini Store ini...kalau ada sale kat sini mesti nampak dulu...kebetulan hari minggu lepas terlalu la kat sini...ada sale pulak tu...pantang nampak perkataan "SALE" tu mesti nak tengok dan masuk dulu...


Bila dah masuk dan tengok ada jer yang berkenan di hati..apa lagi bawa pi test memang ngam terus tak cerita panjang la terus bayar,ukur panjang seluar tu dan potong...terbeli juga akhirnya seluar jeans ni...ni lah padahnya kalau singgah bila ada sale macam ni...keluar juga duit tu sebab nak beli seluar ni...wawaawaaa...

p/s fikir reward utk diri sendiri jer la...

Wajah Kebanggaan Orang Muar 7

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


WAJAH KEBANGGAAN MUAR

Allahyarhamah Yasmin Ahmad (7 Januari 1958 - Julai 25, 2009) merupakan seorang sutradara, penulis lakon layar dan kolumnis di Malaysia. Beliau yang dilahirkan di Muar, Johor ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom.



Yasmin memulakan kerjaya dalam pengiklanan di Ogilvy & Mather, kemudian sebagai pengarah kreatif di Leo Burnett Kuala Lumpur. Filem-filem dan iklan-iklan beliau banyak merangkul anugerah berprestij dari dalam mahupun luar negara. Iklan televisen dan filemnya terkenal di Malaysia kerana unsur lucu dan kasih sayang di antara budaya, terutama sekali iklannya bagi Petronas, syarikat minyak dan gas kebangsaan. Hasil kerjanya pernah memenangi anugerah dalam dan luar Malaysia.

Pada 23 Julai 2009, Yasmin tiba-tiba pengsan ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, TV3 . Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Damansara dan menjalani pembedahan di kepala. Cecair di kepala dikeluarkan bagi mengurangkan tekanan disebabkan otaknya yang membengkak. Darah beku di otak kerana saluran darahnya yang pecah. Rundingan diadakan dengan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Eksekutif Media Prima Bhd) untuk menghasilkan filem dan tayangan berbentuk komersial bertemakan 1Malaysia dan perpaduan kaum.

Beliau kemudiannya dihantar ke Pusat Pakar Perubatan Damansara. Para doktor berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan kira-kira jam 6 petang untuk mengurangkan bengkak di otaknya. Yasmin mempunyai darah tinggi dan mungkin menjadi punca beliau mendapat serangan angin ahmar.

Setelah tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan tersebut, Yasmin akhirnya kembali ke rahmatullah pada 25 Julai 2009, pukul 11.25 malam.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq. Beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya pada 12.40 tengah hari keesokannya.

Sumber Info

Monday, November 24, 2014

Pelengkap Hidupku - Eren ft Romi (Lyric)

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Eren Takkan Pisah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



sayang aku ingin berbicara kepada mu..
tentang apa yang tengah aku rasakan
ada apa, ada apa katakanlah semuanya
ku kan dengarkan duhai cintaku


bila nanti orang tuamu tak meridhoi dengan
apa yang ku rasakan padamu
semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
begitu pun orang tuaku

kau takkan tinggalkanku
takkan pernah, sayangku
janjimu janjiku untukmu

reff:
takkan ada yang pisahkan kita
sekali pun kau telah tiada
akan ku pastikan
ku kan memeluk menciummu di surga

jangan kau pergi tinggalkan aku
bawa aku ke mana kau mau
janji ku padamu
jiwa dan ragaku mati pun ku mau



p/s layan lagu mlm ni...

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....


Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!! 
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang 
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu  menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta  kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu. 
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi. 
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan. 
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh  badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar?  Mama Maszull sendiri

Umur pengguna?  47 tahun

Jantina pengguna?  Perempuan

Jenis kulit? Berminyak dan Kombinasi

Masalah kulit yang dihadapi jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.
Masalah kulit yang mama hadapi sekarang ini adalah masalah jeragat jadi mama ingin mencuba Ephyra Skin Bar ini untuk menghilangkan masalah jeragat mama dan mengurangkan masalah kulit yang berminyak dan kekadang kulit menjadi kering..

Setelah meminum produk Ephyra ini kulit muka mama memang sudah terbukti semakin baik,kulit ,kelihatan lebih cerah, jeragat pun telah berkurangan,lebih awet muda tapi memandangkan ada Ephyra Skin Bar yang baru ini mama lagi lebih teruja ingin menggunakannya sebab banyak testimoni yang memberikan maklum balas yang amat memberansangkan.Jadi mama memang amat perlukan Ephyra Skin Bar ini untuk menghilangkan saki baki jeragat yang ada di muka ini.Semoga dengan penggunaan Ephyra Skin Bar ini nanti masalah jeragat mama ini akan terus hilang kulit wajah mama akan terus kekal berseri dan awet muda..
Produk Ephyra tetap memikat hati mama selamanya...

Pengguna Ephyra ? Ya

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


Wajah Kebanggaan Orang Muar 6

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


WAJAH KEBANGGAAN MUAR
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO dilahirkan pada 15 Mei 1947 di Muar. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail di Muar. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).
Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (1970) dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974). Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Y.B. Tan Sri Dato' telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Perjawatan, Pengarah Urusan Sri Saujana Berhad serta Pengarah Syarikat Equity Mal Sdn Bhd.
Y.B. Tan Sri Dato' kini mengetuai UMNO Bahagian Pagoh iaitu jawatan yang beliau pegang sejak April 1985 lagi. Sebelum itu beliau telah dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh pada tahun 1976. Dari situ karier politiknya terus berkembang apabila beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia (1982). Pada tahun 1985, buat pertama kalinya, Y.B. Tan Sri Dato' Muhyiddin dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Jawatan ini digunakan sepenuhnya untuk menabur bakti dan kemudiannya menjadi tokoh yang dipilih menduduki kerusi Naib Presiden bermula September 1993 sehinggalah ke hari ini.
Y.B. Tan Sri Dato' pertama kalinya dipilih menjadi wakil rakyat apabila beliau memenangi kawasan Parlimen Pagoh pada pilihan raya tahun 1978. Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi parlimen berkenaan pada pilihan raya umum pada tahun 1982 telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor selepas Pilihan Raya Umum ke-7 apabila memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Serampang. Di bawah kepimpinan beliau, negeri Johor terus berkembang pesat dan menjadi antara negeri yang termaju di Malaysia.
Y.B. Tan Sri Dato' juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri pada tahun 1981, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada tahun 1982 dan Menteri Belia dan Sukan selepas Pilihan Raya Umum ke-9 iaitu pada Mei 1995. Empat tahun kemudian, beliau dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mulai bulan Disember 1999. Pada bulan Januari 2004, beliau diberi kepercayaan mengetuai Kementerian Pertanian berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan.

sumber info fb


Seluar Baru Untuk Awisy

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Memandangkan hari minggu semalam kami sekeluarga pergi berjimba di Aeon Bukit Indah...saja nak bawa Awisy jenjalan di hari cuti... boring juga kalau asyik duduk terperap jer kat rumah...biar minda Awisy boleh berkembang dengan lebih luas bila berada di luar...memang betul Awisy sekarang ini memang semakin aktif lagi...bila keluar berjalan tu ! laju jer tanpa mengira orang ramai...terpaksalah papa Awisy yang mengikut dia ke mana saja arah tujuannya...

Bila dah sampai Aeon ni ada jer pandangan mata yang menarik perhatian...ada sale kat Aeon sekarang ni...jualan penghujung tahun...mama Awisy apa lagi memang pantang la kalau ada jualan murah ni..belek punya belek jumpa la seluar yang ini terus acukan kat Awisy dah ok jer grandma terus bayarkan...inilah dia kalau dah ada cucu sorang ni memang macam ni la gayanya..semuanya nak belikan untuk cucu jer...

Alhamdullilah !! grandma pun tempohari ada menang segmen dari sini...jadi dapatlah juga belikan Awisy seluar ini...kiranya duit dari berblog la ni yer...yer !! sikit-sikit ada juga hasilnya berblog ni kan...dapat juga beli apa yang patutnya untuk Awisy juga...

p/s berblog pun boleh buat duitkan..

Gendang Gendut Tali Kecapi Kenyang Perut Suka Hati

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Dah tengahari rupa2nya patutlah perut ni lapar semacam jer rasanya...pagi tadi tak sarapan itu sebab baru pukul 11 pagi perut dah terasa laparnya...buka tudung saji ada baki sambal sotong kembang semalam dan ikan masin...nasi awal-awal tadi dah masak jadi kena tambahkan sayur ni...nak makan sayur kenalah cepat-cepat goreng sayur kailan ikan masin ni sebab perut memang dah pedih betul ni...

sekejap jer goreng sayur tu ! semua dah siap siang okay ! dah siap bolehlah kita makan...menyelerakan rasanya ! makan dengan nasi panas sayur pun panas-panas lagi memang best laju jer makan tadi...kalau dah makan macam ni memang sampai ke petanglah perut ni masih kenyang...kiranya dah jadi menu untuk makan tengahari kalau makan nasi macam ni...

p/s alhamdullilah ! kenyang perut dah...

Siapa Tak Sayang Suami ??

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Cerita semalam...pagi-pagi lagi mama dan hubby dah ke Tesco Di Bukit Indah...selepas menghantar anak pergi kerja di Legoland kami pun singgahlah ke sana...mama sebenarnya memang nak cari stok lauk untuk seminggu di Tesco ni...beli la mana yang perlu buat stok dalam peti ais tu...senang bila nak masak hari-hari nanti...bila dah sampai ke rumah memang banyaklah kerja yang perlu dilakukan...

Bila bab siang menyiang ni memang banyak yang perlu dilakukan jadi kerja begini mama serahkan pada hubby sebab dia sendiri yang mengoperkan diri untuk menyiang ikan,ayam dan sotong...mama hanya melakukan tugas memasak untuk menu makan tengahari saja...senang sikit la kerja mama sebab bab siang menyiang ini memang satu kerja yang rumit dan memakan masa sekali jadi bila hubby nak menolong memang seronok la mama...

seronok sebab hubby ada sekali menolong di dapur sambil melakukan kerja masing-masing kami berdua sempat juga berbual-bual dengan cerianya di dapur..itulah yang buat semakin sayang mama kat hubby ni...ini dah kes memuji hubby sendiri pulak ! tapi tak apa la janji kami bahagia...


Bila dah siap semua kerja yang perlu hubby lakukan ! tugas untuk menyimpan diserahkan semula kepada mama.. jadi mama lah yang memasukkan semua stok itu ke dalam tupperware dan menyusun satu persatu tupperware itu ke dalam peti ais dengan cara yang betul dan tersusun...itu pun masih tak muat nak masukkan lagi jadi letak jer dalam plastik beg...

p/s siap juga proses penyiangan,pembersihan dan penyimpanan...

Awisy Paling Menyibuk !!

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Inilah dia budak paling menyibuk sekali...masa grandpa nak pilih selipar dia pun mula nak menyibuk juga habis semua selipar kat atas tu diserakkannya....Awisy ! Awisy ! dah mula lah tu nak buat perangai dia...kesian kakak yang jadi juru jual tu dok mengemaskan balik selipar-selipar yang Awisy sepahkan...akhirnya grandpa cepat-cepat pilih dan bayar kalau tidak habis satu kedai tu jadi lain pulak..

p/s boleh terbalik kedai tu nanti...

GRANDMA ON PAPER

GRANDMA ON PAPER