resepi masakan

Resepi : Ikan Talapia Goreng Bercili

Tuesday, September 30, 2014 Mas Zull 2 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Resepi minggu lepas baru nak update hari ni...tak pe la janji ada juga entri resepi dari mama untuk kawan-kawan semua...jom kita lihat menu ini...

bahan-bahanya...
Ikan talapia
cili api,bawang besar,bawang putih,
cili merah,belacan,daun sop untuk hiasan
garam,serbuk perasa,sedikit gula
serbuk kunyit

Cara-caranya..
1-Mula-mula ikan talapia yang sudah disiang direndam dengan air asam jawa...biarkan sekejap untuk menghilangkan bau hanyirnya...
2-Toskan dan gaulkan serbuk kunyit dan garam pada ikan talapia tadi...panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing...angkat dan tepikan dahulu...
3-Cili merah,cili api,bawang merah,bawang putih dan belacan ditumbuk dahulu sebelum di tumiskan...tumbuk bahan-bahan itu jangan terlalu hancur yer...
4-Panaskan minyak,tumis bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga garing...tambahkan dengan bawang hiris kalau suka...bubuh gula sedikit,garam dan serbuk perasa secukupnya...letakkan sedikit air asam jawa dan biarkan kering sekejap...
5-Bila dah kering tutup api...tuangkan sambal bercili itu ke atas ikan talapia yang telah digoreng tadi...taburkan dengan daun bawang/ daun sop...ikan talapia bercili siap untuk dihidangkan bersama nasi panas...selamat mencuba kawan-kawan...

2 000 jiran datang mendoakan mama:

Aiman Nuqman,

Frozen Salah Satu Cerita Faveret

Tuesday, September 30, 2014 Mas Zull 2 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Beginilah hari-hari bermacam gayanya budak-budak kecik 2 orang ni bila melihat cerita kartun frozen ni...bukan main lekanya mereka berdua tu...inilah salah satu cerita yang akan buat budak kecik 2 orang ni diam...memang jadi faveret budak-budak cerita frozen ni sekarang...tak kira la budak perempuan atau lelaki memang suka sangat bila tengok cerita katun frozen ini...termasuk la 2 budak kecik lelaki kat rumah grandma ini...

p/s suka bebenor tengok..

2 000 jiran datang mendoakan mama:

Legoland Water Park

Seronok Awisy Bermandi-manda Di Legoland Waterpark

Tuesday, September 30, 2014 Mas Zull 10 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Lama juga tak bawa Awisy bermandi-manda di Waterpark Legoland ni...hari minggu lepas dapat juga kami sekeluarga berjimba di waterpark bersama-sama..


Seronoknya Awisy dapat main air sepuas-puasnya di sini...grandma,grandpa dan papa Awisy gembira tengok Awisy seronok bermain air...


Grandma dok sibuk melayan awisy bermain brick lego besar di dalam kolam untuk kanak-kanak ini...grandpa pula gembira melihat Awisy seronok bermain...


habis kena sembur dengan air pancut yang ada disebelah kami...


 Kali ni bawa Awisy bermain slide pula...


Sempat bergambar dulu sebelum air dalam tong besar kat atas tu tumpah ke bawah...


 bawa Awisy berhanyut pula..kami mengelilingi kawasan waterpark ini...sekali pusingan memang tak puas rasanya...berkali-kali kami berhanyut di sini...


hello !! peace...


sempat bergambar grandma dan grandpa Awisy ni...seronok rasanya kami dapat berjimba bersama di hari cuti di hujung minggu begini...


 Bila semuanya dah penat kami berehat sekejap mengisi perut kami yang kelaparan...sambil menjamu selera staff waterpark ini datang untuk menguji minda kami dengan soalan yang telah disediakan...jawapan kami berikan dan ada pula hadiah saguhati diterima...


Kebetulan Awisy dapat berjumpa kawan rupanya di sini...semakin seronok la ada teman bermain..


Lihatlah tu terpancar kegembiraan Awisy bermandi-manda bersama Umairah anak kawan mama Awisy...

p/s hepi together...

10 000 jiran datang mendoakan mama:

contest,

Giveaway : Saya Nak Sihat

Friday, September 26, 2014 Mas Zull 12 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
 

Bagi memenuhi jemputan dari blogger BuduBilis mama join juga giveaway ini...seperti biasa kena follow pihak penaja dan selepas tu kena tag pula kawan blogger kita...satu lagi kenalah lengkapkan slogan ini...
 "Saya nak sihat kerana kesihatan amat penting untuk badan dan diri kita untuk melakukan kerja seharian...kalau kita sihat dari semua segi memang hidup dapat dijalani dengan gembira dan sempurna...diharap Allah akan memberikan kita kesihatan tubuh badan yang baik tapi kita perlu juga menjaga setiap pemakanan dan jalanilah hidup dengan melakukan senaman untuk tubuh badan kita..."

Okay mama nak tag 2 orang kawan blogger pula untuk join sekali giveaway ini..



12 000 jiran datang mendoakan mama:

info agama

Sikap Sangkaan Buruk Dan Baik Dalam Diri Kita

Friday, September 26, 2014 Mas Zull 7 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Salam Jumaat...

Setiap manusia di dunia ini memang ada berbagai-bagai perangai dan sikap...ada yang suka mengata,ada yang suka menghina orang lain,menghasut dan macam-macam lagi... salah satunya sikap yang buruk itu adalah berprasangka buruk dan baik sesama manusia...

memang sukar kita hendak membendung sikap manusia yang begini..biarkanlah mereka dengan perangai yang tidak elok itu hanya Allah saja yang mampu membalas semua perbuatan mereka sendiri... 

Berprasangka buruk..
-orang beribadah disangka riak
-orang yang 'relax' disangka malas
-orang yang pakai bau baru disangka hendak menunjuk
-orang yang pakai baju buruk pula disangka zuhud
-orang yang makan banyak disangka pelahap
-orang yang makan sikit disangka 'diet'
-orang baik disangka buruk

-orang yang buruk disangka baik
-orang senyum disangka mengejek
-orang masam disangka merajuk
-orang bermuzakarah disangka mengumpat
-orang diam disangka menyendiri
-orang menawan disangka memakai susuk
-orang nampak ceria disangka membela

inilah diantara perkara-perkara yang selalu membuat manusia menjadi berburuk sangka sesama manusia..moga kita dijauhkanlah dari sikap yang kurang elok begini...

p/s dah hari Jumaat sekejap jer masa berlalu...

7 000 jiran datang mendoakan mama:

resepi masakan

Resepi : Jejari Ketam Goreng

Thursday, September 25, 2014 Mas Zull 13 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

 Hari ni teringin pulak nak buat jejari ketam goreng...makan kudupan macam ni masa minum petang memang sedap ni...nasib baik dah keluarkan awal-awal jejari ketam dari peti ais 
tadi...bila dah lembut senang sikit nak carik-carikkan jejari ketam tu....


 Ini dia proses mencarik-carikkan jejari ketam itu menjadi kecil...kalau kecil macam ni dapat banyak sikit...kalau besar-besar memang sekejap jer habisnya.....


  Bila dah siap masukkan pula daun kari untuk mendapatkan aromanya yang sedap nanti...kalau kawan-kawan suka pedas boleh letak sedikit serbuk cili atau serbuk kari ke dalam jejari ketam itu...


sepatutnya proses menggoreng jejari ketam tu dulu tapi terlupa pulak nak snap masa menggoreng tadi...jadi inilah jejari ketam goreng yang sudah siap untuk dimakan...kalau banyak bolehlah letakkan dalam bekas kedap udara dan boleh diulang memakannya...okay pada kawan yang ingin mencuba bolehlah melakukannya yer...selamat mencuba semua...

p/s mama buat sikit jer tadi sekali hadap dah selesai...

13 000 jiran datang mendoakan mama:

Aiman Nuqman,

Sarapan Pagi Tadi Nasi Goreng Kicap

Thursday, September 25, 2014 Mas Zull 5 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pagi ni grandma bagi sarapan nasi goreng kicap jer untuk budak kecik 2 orang ni...itulah sarapan pagi tadi yang mama masakkan dan suapkan untuk budak kecik 2 orang ni...waktu pagi eloklah bagi sedikit sarapan buat kedua-duanya...sarapan ini penting bukan untuk budak kecik 2orang ni jer tapi bagi kita yang dah dewasa ni pun memang kena isi juga sedikit..buat alas perut sehingga waktu makan tengahari nanti...sarapan pagi juga boleh memberikan tenaga pada badan dan ianya boleh membuat otak kita berfungsi dengan elok...

p/s tengoklah tu mata tetap pandang tv...

5 000 jiran datang mendoakan mama:

Aidijuma

Koleksi Terbaru Aidijuma Green Label (GL)

Wednesday, September 24, 2014 Mas Zull 5 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Semalam sampai juga tudung AJ yang anak mama beli...ini pun atas kiriman kawan-kawan anak mama yang berada di Kay Ell...tudung AJ green label ni sebenarnya hanya di jual di booth sewaktu ada konvo di mana-mana universiti di negara kita ini...kiranya susah juga la hendak mendapatkannya...nasib baik ada kawan anak mama yang boleh tolong belikan di sana...nak tunggu konvokesyen di UTM pulak bila lagi agaknya...

p/s tambah koleksi lagi...

5 000 jiran datang mendoakan mama:

video lagu

Khatijah Ibrahim - Ku Pendam Sebuah Duka

Wednesday, September 24, 2014 Mas Zull 2 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



p/s layan lagu jap....

2 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

Wordless Wednesday # 478...Sedapnya Tengok

Wednesday, September 24, 2014 Mas Zull 2 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



p/s cuaca panas2 macam ni sedap kalau dapat makan benda sejuk2...

2 000 jiran datang mendoakan mama:

resepi masakan

Resepi : Ikan Kembong Masak Cuka

Wednesday, September 24, 2014 Mas Zull 2 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Disebabkan ada kawan yang nak resepi ini jadi mama buatkanlah satu entri resepi untuk masakan simple ini tapi best...maaf Cik Mat Gebu resepi diubahsuai sedikit yer...jom kita tengok bahan-bahannya dibawah ini....

Bahan2nya...
Ikan kembong
serbuk kunyit dan garam lumurkan kat ikan perapkan sekejap
bawang besar potong 6,bawang putih belah 2 jer
halia dihiris nipis,hiris cili merah dan hijau memanjang
2 sudu besar cuka makan
sedikit serbuk kunyit,sedikit gula,garam,serbuk perasa
sedikit air

Bahan penumisnya..
1 btg kulit kayu manis,1kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih,buah pelaga dan sedikit biji sawi

Cara-cara memasaknya...
1-Ikan yang dah diperap tadi hendaklah digoreng...bila ikan dah masak angkat dan tumiskan bahan penumisnya dulu...
2-Masukkan sekali halia dan bawang putih dahulu selepas tu masukkan sedikit air, gula dan cuka..
3-Selepas itu bolehlah dimasukkan ikan dan bahan-bahan yang lain seperti bawang dan cili  yang sudah dihiris tadi juga letakkan biji sawi ke dalamnya..letakkan perasa secukupnya..masak sekejap dan akhirnya resepi siap untuk dihidangkan...


2 000 jiran datang mendoakan mama:

resepi masakan

Wordless Wednesday #477...Ikan Kembong Masak Cuka

Wednesday, September 24, 2014 Mas Zull 1 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Mencuba resepi ini dari blog blogger Cik Mat Gebu...sedap rasanya seolah-olah macam ada rasa acar pulak...pada yang ingin mencuba tekan sini dan boleh la intai-intai resepi di blog beliau...selamat mencuba yer kawan-kawan...


1 000 jiran datang mendoakan mama:

Aiman Nuqman,

Kanak-Kanak Mengikut Apa Yang Kita Lakukan

Tuesday, September 23, 2014 Mas Zull 2 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Beginilah perangai budak kecik dua orang ni bila grandma selesai solat...yang eloknya masa grandma solat masing-masing tengok jer apa yang kita lakukan...bila selesai jer dua-dua terus nak juga mengikut cara kita melakukan solat juga...beginilah gelagat kedua-duanya comel pulak bila tengok mereka berdua ni..

Itulah perangai kanak-kanak ni apa yang kita lakukan akan terus jadi panduan pada mereka.. jika kita melakukan sesuatu yang baik baguslah bagi mereka tapi jika salah mereka juga akan turut memerhati dan melakukan seperti apa yang kita lakukan...oleh itu kita sebagai orang dewasa terpaksalah melakukan sesuatu  perkara yang elok bila di hadapan mereka moga kelak mereka akan menjadi insan yang mulia dan terpuji...

p/s marilah kita membentuk mereka ke arah kebaikan...

2 000 jiran datang mendoakan mama:

Aiman Nuqman,

Comotnya Budak Kecik Berdua Ni...

Monday, September 22, 2014 Mas Zull 4 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ni menu simple untuk makan tengahari budak berdua ni..goreng ikan letak kicap jer...mama pun makan bersama-sama dengan mereka berdua ni tadi...sesekali makan lauk budak-budak ni sedap juga rasanya...

p/s comot kicap jer muka kedua2nya tadi...


4 000 jiran datang mendoakan mama:

resepi masakan

Siakap ! Oh ! Siakap...

Monday, September 22, 2014 Mas Zull 3 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Haii !! ikan siakap tengahari ni tak boleh nak masak kau sebab orang tak ada kat rumah ni...kalau masak sekarang malam nanti memang dah tak sedap nak makan kau... jadi kau akan dimasak malam nanti...bersiap sedia untuk dimasak malam nanti yer wahai siakap...

p/s nak masak 3 rasa jer la...

3 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita family,

Berjimba Di Hari Minggu Ke JPO

Monday, September 22, 2014 Mas Zull 6 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari minggu hari kami sekeluarga berjimba bersama-sama walaupun anak yang kedua tu kerja...Awisy kalau bab berjalan ni memang dia suka dan seronok sangat...kali ni bawa Awisy jenjalan ke JPO Johor Premium Outlet di Kulai...


Memang terdapat banyak kedai-kedai berjenama di sini...pilih saja nak beli yang jenama apa Carlo Rino,Timberland,Adidas,Polo,Guess,Puma semuanya ada... pasti kita boleh buat pilihan dan bajetnya sendiri la sebab duit kat poket kita sendiri...


Memang best la kalau shopping kat sini...harga pun berpatutan dan sama juga harganya kat shopping centre di luar...


Awisy bab jalan mula-mula saja boleh tapi bila dah penat habis semua orang kena bertukar-tukar mendokongnya...


Papa Awisy yang selalu jadi mangsanya...kalau tak di dokong pasti menangis...inilah gayanya kalau dah penat berjalan..nak letakkan kat stroller memang Awisy tak mahu...

   
Awisy kena tinggal kat luar dengan papa dia...tak dibagi masuk itulah gayanya menjerit depan pintu mohon minta pintu dibukakan...dah mula nak meroyan la tu...


Mama Awisy pula kalau dah jumpa kedai kasut memang ada yang berkenan di hati boleh meroyan kalau tak beli heheheeeee...makin bertambahlah koleksi kasut mama Awisy...itu sebab Awisy pun banyak juga koleksi kasut mama Awisy la punya kerja...


Ini dia mama Awisy asyiklah test kasut yang mana berkenan...mula-mula mama layankan juga bila dah penat biarkan dia memilih sendiri...



Tu dia mama Awisy sibuk tanyakan kat papa Awisy pula mana satu yang cantik...mama pulak malas nak layan lagi terus layan instagram dan facebook pulak...lama sangat mama Awisy memilih akhirnya tak jadi beli sebab Awisy dah meroyan ajak balik....

p/s lain kali la datang balik...

6 000 jiran datang mendoakan mama:

Muhamad Darwisy Zulkarnain

Spiderman Nak Makan Ayam KFC Juga

Monday, September 22, 2014 Mas Zull 5 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Ini cerita hari sabtu lepas...saja mama nak tuliskan cerita si kecik Awisy ni...sebenarnya saja nak ikut hubby melihat pekerja yang dibawah pengawasan hubby sedang bertugas di Aeon Taman Universiti...sambil menyelam minum air la ni...bawa Awisy jenjalan sekali...Awisy memang suka dapat berjalan-jalan...sambil berjalan sempat lagi singgah ke restoren KFC...wah !! suka sangat spiderman kecik ni bila melihat grandpa nak order sesuatu untuk Awisy...apa lagi merengek la dia nak melihat juga...akhirnya dapatlah juga duduk atas kaunter KFC tu..sibuk sungguh Awisy ni nak melihat apa yang berlaku...

p/s suka Awisy..


5 000 jiran datang mendoakan mama:

contest,

Giveaway 2014 Mialiana.com

Sunday, September 21, 2014 Mas Zull 15 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...





Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

15 000 jiran datang mendoakan mama:

info agama

Allah Maha Pengasih Dan Penyayang

Friday, September 19, 2014 Mas Zull 4 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Kita sebagai manusia ni kekadang memang akan diberikan ujian dari Allah..Allah itu sebenarnya memang sengaja hendak melihat sejauh mana tahap kesabaran manusia yang sedang diuji itu...jika kita sedang diuji dengan seribu satu masalah hadapilah ianya dengan hati yang redha kerana akan ada kebaikan yang akan kita perolehi dikemudian hari nanti...

hanya kita sebagai manusia ini mampukah kita mengatasi semua ujian-ujian dari Allah itu? jika kita mampu dan bersabar jalani semua ujian itu dengan hati yang lurus.. makanya kehidupan yang akan kita tempuhi seterusnya akan beroleh seribu satu kebaikannya...itulah janji Allah pada setiap umatnya...Allah Maha Mengasihani sesungguhnya carilah rahmat keredhaan dari Allah di dalam hidup kita ini...sentiasa ingat dan memohonlah selalu denganNYA maka pasti Allah akan mendengar doa-doa itu dan doa-doa itu akan dikabulkan.. 


4 000 jiran datang mendoakan mama:

info agama

Rezeki Itu Datangnya Dari Allah

Friday, September 19, 2014 Mas Zull 10 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Sesungguhnya apa jua yang kita perolehi hari ini semuanya datang dari Allah...hargailah apa jua yang kita ada pada hari ini...berbuat baiklah selalu moga kita akan selalu mendapat keberkatan dari NYA...

Dan Allah kamu berfirman :"Berdoalah kamu kepada KU nescaya AKU akan perkenankan doa permohonan kamu.Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada KU,akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina.."surah Ghafir : ayat 60


10 000 jiran datang mendoakan mama:

DIY

DIY : Botol Plastik Terbuang Jadi Menarik

Wednesday, September 17, 2014 Mas Zull 11 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ni mari kita lihat barangan yang tidak lagi digunakan boleh diguna pakai semula...memang kreatif sungguh dari botol-botol plastik yang kosong boleh dijadikan satu hiasan dan ianya menjadi satu benda yang menarik untuk dipandang...jom kawan-kawan kita lihat hasil dari bahan yang terbuang ni...


boleh dibuat pasu untuk menaman sayur atau pokok bunga... lihatlah betapa kreatifnya mereka membuatnya...









lepas ni botol plastik kosong kat rumah nanti boleh la disimpan untuk membuat diy kita sendiri..bermacam-macam diy yang kita boleh bentuknya...pada kawan-kawan yang ingin mencuba bolehlah menyimpan botol plastik ni dan lakukanlah seperti yang diatas ini...selamat mencuba kawan-kawan semua...


11 000 jiran datang mendoakan mama: