Nuffnang

Rezeki Di Bulan Ramadhan

Thursday, July 31, 2014 Mas Zull 7 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Wah !! buka jer nuffnang banyak juga CPUV yang akan masuk ke blog mama ni...semuanya dalam proses...alhamdullilah ada juga rezeki pada bulan puasa yang lepas...walaupun tak seberapa tapi tetap bersyukur ada juga kawan-kawan yang sudi klik iklan di blog mama ini...terima kasih juga pada pihak nuffnang kerana dengan iklan ini dapat juga menaikkan jumlah tabung seharian mama berblog ni...

p/s thanks NUFFNANG...

7 000 jiran datang mendoakan mama:

Aidil Adha,

Aidil Fitri Kedua Gastrik Melanda

Tuesday, July 29, 2014 Mas Zull 2 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari raya kedua hilang nikmat beraya sebab mama hanya terbaring di rumah mengalami sakit gastrik yang teruk...hubby ingin membawa ke klinik tapi mama yang tak mahu pergi dengan alasan sikit saja sakitnya...makan ubat dan berehat saja di rumah...

Sebelah petang adik-adik dan anak saudara datang beraya sambil melawat mama yang sakit ini...alhamdullilah !! terimakasih buat hubby yang banyak membantu menyediakan juadah untuk tetamu yang datang..nasib baik ada anak yang menolong hubby di dapur....

Terima kasih juga buat adik-adik dan ibu tersayang datang beraya ke rumah sambil menziarahi mama yang sakit ini...itulah dugaan yang terpaksa mama hadapi di hari raya kedua...walaupun sakit tapi bersyukur kerana masih boleh melihat ahli keluarga hadir ke rumah..

p/s sakit penghapus dosa-dosa kecil kita...


2 000 jiran datang mendoakan mama:

Aidil Adha,

Aidil Fitri Raya Pertama Kami

Monday, July 28, 2014 Mas Zull 2 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Selamat hari raya buat teman-teman alam maya moga sambutan hari raya Aidil Fitri tahun ini disambut dengan penuh kegembiraan dan jika ada teman yang berduka sebab kehilangan orang tersayang pada raya tahun anggaplah ianya adalah dugaan buat kita..selepas solat raya kami sekeluarga bermaaf-maafan dan sesi bergambar sekeluarga untuk kenangan...


Raya tahun ini kami sekeluarga menyambutnya secara sederhana saja..tahun ini menyambutnya tanpa anak mama yang pertama sebab beliau sekeluarga beraya bersama mentua..sedih Awisy tak beraya bersama pada tahun ini dan lebih terasa lagi raya tahun ini masih terasa kehilangan arwah abah...raya pertama tanpa arwah abah...

 SELAMAT HARI RAYA  buat teman alam maya ini...maaf jika ada salah silap mama selama kita berkenal di alam maya ini...moga ikatan ukhuwah kita tetap kekal selamanya...



2 000 jiran datang mendoakan mama:

Aidil Adha,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2014 1435H

Friday, July 25, 2014 Mas Zull 13 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..



Dikesempatan ini mama ingin mengucapkan selamat hari raya buat semua teman alam maya yang sudi berkunjung ke sini...maaf jika ada salah silap,terkasar bahasa mama selama ini dan moga hubungan ikatan ukhuwah di antara kita akan tetap kekal selamanya...

Walaupun persiapan raya mama pada tahun ini tidak semeriah selalu tapi alhamdullilah dapat menyediakan sedikit sebanyak untuk menyambut Aidil Fitri bersama-sama anak-anak dan hubby...persiapan ala kadar saja tahun ini..hubby pula terpaksa bekerja pada hari raya nanti tapi nasib baik la kampung halaman dekat Johor saja...boleh juga berulang alik dari tempat kerja ke kampung...

Pada kawan-kawan yang berada disekitar Johor sudi-sudikanlah datang ke teratak biasa mama pada hari raya nanti yer...pada yang ingin pulang ke kampung halaman untuk berhari raya sentiasalah berhati-hati semasa memandu...selamat bercuti kawan-kawan semua...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN IKHLAS DARI KAMI SEKELUARGA...

13 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita grandmama

Kesabaran Menghadapi Ujian Allah

Thursday, July 24, 2014 Mas Zull 5 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Sekali lagi hidup ini diuji
Ujian datang menguji keimanan
Walaupun luaran nampak ketenangan
Di dalam hati hanya Allah yang tahu...

Ujian adalah tarbiyah dari ALLAH
Apakah kita akan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari ALLAH....

Ya ! ALLAH...
 Jadikanlah aku penyabar dan bersabar
dengan setiap semua dugaan dan ujian dari MU..
Ya ! ALLAH...
Berikanlah aku kesabaran dan kekuatan dalam menjalani
kehidupan ini agar aku bisa melepasi setiap ujian dari MU...
Ingatlah !
Setiap apa jua ujian yang ALLAH berikan pasti akan ada hikmahnya...
semakin ALLAH sayang pada hambanya semakin kuatlah ujian dariNYA untuk kita..
Semoga KAU berkatilah doa hamba kerdil MU ini dengan sinar cahaya
kebahagiaan diakhirnya nanti...
INSHALLAH...



p/s lagu peransang semangat...

5 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

Wordless Wednesday # 462...Pasangan Terbaik Untuk Kita

Wednesday, July 23, 2014 Mas Zull 10 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Dato Dr.Haji Mohd Fadzilah Kamsah " Allah takkan temukan kita dengan pasangan yang silap,sebab pasangan yang silap hingga timbul masalah dan konflik dalam rumahtangga,mari hisab diri,usaha sungguh2 dan berdoa agar kita menjadi insan yang terbaik untuk pasangan kita"

10 000 jiran datang mendoakan mama:

besday Agong

Selamat Hari Lahir Buat Perdana Menteri Malaysia

Wednesday, July 23, 2014 Mas Zull 6 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Selamat hari lahir yang ke 61 hari ini buat 
PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO' SRI MOHAMMAD NAJIB BIN ABDUL RAZAK...
semoga dipanjangkan umur
diberikan kesihatan yang baik untuk menjaga keamanan MALAYSIA
moga tabah menghadapi tanggungjawab dalam menghadapi cabaran dan masalah negara
semoga dapat mengatasi semuanya dengan cara yang paling baik..
semoga MALAYSIA dibawah pimpinan DATO'SRI
 MALAYSIA akan terus maju,cemerlang,dan gemilang...
semoga nama Malaysia akan terus bersinar di mata dunia...
Terimakasih atas setiap pengorbanan dan semangat juang untuk mempertahankan negara
MALAYSIA selama ini...

''SELAMAT HARI LAHIR DATO' SRI''

6 000 jiran datang mendoakan mama:

Kad Raya

Kad Raya Dari Teman Blogger

Wednesday, July 23, 2014 Mas Zull 3 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Dapat kad raya yang kedua semalam..seronoknya masih ada juga yang sudi menghantarkannya kepada mama...sekarang ni susah juga nak dapat orang sibuk nak menghantar kad hari raya...takut hilang pula budaya menghantar kad raya pada saudara,sahabat handai dan rakan taulan...kad raya kali ini adalah dari teman blogger Khairil Mazri.com...terima kasih Khairil dengan pemberian kad raya ini...

kalau mama budaya menghantar kad raya ni eloklah diteruskan bagi anak-anak kita sekarang ni...sebab ramai anak-anak sekarang ini sudah jarang nak menghantar kad raya secara pos begini...mereka lebih moden dan canggih dan cara menghantar kad pun nak canggih juga hanya menggunakan sms dihandphone atau di facebook saja.. 

p/s elok diteruskan budaya menghantar kad raya ni...

3 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

Wordless Wednesday # 461...Krew MH17 Dalam Kenangan

Wednesday, July 23, 2014 Mas Zull 1 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s  Al-Fatihah Dan Takziah Buat Mereka  krew MH17...

1 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

Wordless Wednesday # 460...Zakat Fitrah

Wednesday, July 23, 2014 Mas Zull 9 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s alhamdullilah ...


9 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita grandmama

Perumahan Elit Memang Penduduknya Tidak Mengenali Jiran Ke???

Tuesday, July 22, 2014 Mas Zull 17 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari minggu lepas mama berpeluang mengikut hubby melawat ke kawasan pos kawalan yang dibawah selian hubby...salah satunya adalah pos di kawalan perumahan elit di Horizan Hills di Bukit Indah Johor...kawasan ini adalah salah satu kawasan perumahan elit yang ramai dihuni oleh warga Singapura...memang besar kawasan perumahan ini dan harga rumahnya pun sudah mencecah jutaan ringgit...


Semua pekerja yang di bawah selian hubby di sini semuanya terdiri dari pekerja yang berasal dari Nepal...sekarang ini memang banyak permintaan untuk pekerja dari Nepal ini..oleh itu banyaklah tender-tender yang diperolehi sekarang ini memang memerlukan khidmat dari pengawal berbangsa Nepal ini...pekerja dari Nepal ini boleh dikatakan senang nak dikawal dari pengawal rakyat kita sendiri kerana pekerja Nepal ini hanya menjalankan tugas mengikut apa yang kita arahkan... cuma mereka ada masalah tentang bahasa percakapan mereka saja tapi lama-kelamaan mereka akan faham juga.kekadang ada juga pekerja Nepal ini yang sudah boleh berbahasa melayu jadi senang pada mereka yang kurang faham...janji kerja yang dilakukan oleh mereka baik dan mendapat kepuasan dari pelanggan...


Kawasan perumahan ini memang elit tapi bila masuk ke dalam kawasan perumahan ini seperti ketiadaan penghuninya...kawasan perumahan elit begini memang seronok bagi mereka yang suka...kawasan perumahan yang sunyi tanpa gangguan tapi ada juga satu masalahnya jika duduk di kawasan perumahan elit begini...semua penduduk yang menetap di sini mungkin tidak ada sikap kejiranan langsung...sememangnya kita tidak akan berjumpa penduduknya yang berada di luar rumah bersembang atau melakukan aktiviti bersama-sama jiran yang lain...semua penduduk di sini mungkin melakukan aktiviti mereka sendiri di dalam rumah agaknya...


tengok la ni rumah mewah yang memang kita tak nampak siapa penghuni di dalamnya itu...masuk ke dalam kawasan ini pun mesti tahu alamat arah tujunya kalau tidak memang tidak dibenarkan langsung memasuki kawasan perumahan elit begini...memang susah nak jumpa penghuni di sini berada di luar rumah mereka ketika mama memasuki kawasan perumahan elit ini tempohari...nak jumpa budak-budak bermain pun susah ni kan ibubapa mereka...nampak sungguh penduduk yang menduduki perumahan di sini memang tidak memerlukan semangat kejiranan langsung hanya akan melakukan aktiviti mereka dengan cara mereka sendiri saja...


Memang tersergam indah lot-lot banglo di sini...pemain bola sepak Johor JDT ada juga yang tinggal di sini seperti pemain bola kembar Aidil Zakuan dan Aidil Safuan, Safie Sali dan ada beberapa orang lagi pemain Johor...satu kebaikannya jika kita menduduki kawasan elit begini memang terjamin la keselamatan penghuninya dan keadaan suasananya taklah sibuk seperti kawasan perumahan yang biasa...pada yang suka memang boleh la menetap di kawasan yang berstatus elit begini...


kalau teringin nak duduk di kawasan yang begini memang kita tak boleh la nak berjiran hanya boleh membuat hal masing-masing dan tak akan kenal dengan jiran tetangga kita sendiri...itulah keadaannya kalau kita menduduki kediaman elit yang begini serba serbinya sendiri la yang tanggung...


Inilah rumah salah seorang pemain Johor iaitu Aidil Zakuan...memang cantik rumahnya terasa sangat bila kita masuk dalam kawasan perumahan orang kaya begini...


p/s harta dunia tapi harta akhirat kena juga cari kn...

17 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita anak-anak

Projek Si Suami Pula...

Monday, July 21, 2014 Mas Zull 13 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Bila si isteri ada kerja projek membasuh tudungnya si suami pulak jalankan projek mengecat pagar pula...semalam menantu mama sibuk pula dengan kerja mengecat pintu pagar yang dah berkarat tu...alhamdullilah ada juga menantu yang boleh menolong melakukan kerja-kerja berat begini..anak lelaki memang tak ada nak di suruh buat kerja-kerja berat macam ni tapi sekarang ni mama bernasib baik mempunyai seorang menantu yang rajin menolong melakukan kerja begini...

p/s skg dah ada anak lelaki dan dah boleh di harapkan...

13 000 jiran datang mendoakan mama:

Aidijuma,

Proses Besar-Besaran Nampaknya...

Monday, July 21, 2014 Mas Zull 9 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Inilah dia projek besar-besaran yang dilakukan oleh anak mama pada hari minggu semalam...memandangkana semalam adalah hari bercuti dari bekerja inilah kerja yang dilakukan oleh anak mama semalam...terkejut mama melihatnya koleksi tudung Aidijuma anak mama ini semalam dah macam kedai untuk lelongan tudung pulak...kedai dobi mama beroperasi penuh semalam...

Rupa-rupanya dah semakin banyak sangat koleksi tudung Aidijuma anak mama ni...memang setiap hari ada saja tudung yang berlainan yang akan digunakan oleh anak mama untuk ke opisnya..bila fikirkan dah banyak macam ni rasa macam nak suruh dia berhenti dari membeli dan menyimpan koleksi tudung ni jer ! tapi bila difikirkan biarlah dia dengan hobinya itu bukan buat jahat pun lagi pun duit dia sendirikan...eloklah tu dari beli barang yang membazir lebih baik beli tudung untuk menutup aurat mereka juga....


Bila dah kering kena pula lipat dan sangkutkan tudung-tudung itu ditempat yang sesuai sebab dah terlampau banyak terpaksalah guna 2 helai tudung atau 3 dalam satu hanger tu...suka tengok cara anak mama menyimpan tudung-tudungnya ini...bila mama teringin nak gunakan tudung pinjam jer dari sini...tapi bila dah guna kena letak semula ditempatnya balik sebab anak mama ni memang tak suka tengok koleksi tudungnya bersepah-sepah...

p/s setiap minggu ada jer keluaran baru dari Aidijuma ni...

9 000 jiran datang mendoakan mama:

Muhamad Darwisy Zulkarnain

Pantang Dengar Bunyi Azan

Monday, July 21, 2014 Mas Zull 7 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Beginilah kelakuan Awisy bila dengar bunyi alunan azan bersiaran di tv...siap ambil songkok dan cuba melakukan cara-cara kita hendak bersolat..pandai sungguh cucu grandma ni moga akan berterusan hingga besar yer sayangg...comel jer bila tengok cara Awisy melakukan solat tu...

p/s moga besar jadi cucu yang soleh hendaknya inshaAllah...

7 000 jiran datang mendoakan mama:

contest,

Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com

Saturday, July 19, 2014 Mas Zull 8 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com bermula pada hari ini sahaja, 19 Julai 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

20 blogger yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan akan menerima kad raya dari Mia Liana. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Julai 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

8 000 jiran datang mendoakan mama:

kematian,

Kapal Terbang MH17 Di Tembak AL-Fatihah Dan Takziah

Friday, July 18, 2014 Mas Zull 13 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Berita yang amat mengejutkan mama pagi ini bila mengetahui mengenai kejadian kapalterbang MH17 pula ditembak di Ukraine... ini adalah kejadian kedua setelah kejadian kehilangan kapalterbang MH370 dulu...memang sedih mendengarnya setelah 4 bulan berlalu tanpa berita MH370 hilang timbul pula berita yang terbaru ini...

Innalillahiwainnailaihirojiun....menurut sumber Astro Awani kapalterbang MH17 telah terputus hubungan di sempadan Ukraine dan Rusia..pesawat MH17 itu telah berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan telah ditembak di sempadan Ukraine dan Rusia...

Seramai 280 orang penumpang dan 15 orang krew kabin dilaporkan berada di dalam pesawat ini..walaupun ada berita menyatakan kapalterbang MH17 Malaysia telah ditembak oleh puak pelampau di Ukraine namum masih ada pihak-pihak yang masih belum mengakui melakukan tembakan ini...

Semoga ahli keluarga yang terlibat bersabar dengan dugaan yang terjadi ini lebih-lebih sekarang ini kita masih lagi berada di dalam bulan Ramadhan...kesedihan yang amat perit bagi mereka yang terlibat...marilah kita mendoakan semoga semua krew dan penumpang yang terkorban di dalam nahas MH17 ini akan diberikan rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

P/S AL-FATIHAH N TAKZIAH...

13 000 jiran datang mendoakan mama:

Sahrul Gunawan - Ketika Hati Mati

Friday, July 18, 2014 Mas Zull 0 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


0 000 jiran datang mendoakan mama:

besday mak ayah

Doa Untuk Hubby Di Hari Lahir Mu

Thursday, July 17, 2014 Mas Zull 9 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

 17 Julai !! Selamat hari lahir sayang ! Mr.DZOLKARNINE BIN HASSIM
doa seorang isteri untuk mu suamiku di hari lahir mu hari ini...


Ya !! ALLAH terima kasih pada MU kerana telah menghadirkan suamiku... pinjamkan suamiku buat melindungi kami sekeluarga...aku bersyukur diberikan masa untuk mengenali erti kasih sayang dari seorang lelaki yang bergelar suami...terima kasih juga kerana telah memberikan aku peluang bersamanya dalam kehidupan di dunia ini...aku berdoa semoga KAU panjangkanlah umur suamiku,diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan...aku juga memohon kau bukakanlah hati kami berdua untuk terus mengingatiMU selalu..moga suamiku akan sentiasa diberikan senyuman walaupun ketika menghadapi dugaan dari MU Ya ALLAH ! dan izinkanlah kami hidup bersama hingga akhir hayat kami nanti...KAU permudahkanlah segala apa yang dilakukan oleh suamiku untuk mencari rezeki yang halal buat kami semua...amin

Terima kasih sayang kerana hadir mu sungguh membahagiakanku..


p/s hadiah nanti yer x sempat nak pi beli...

9 000 jiran datang mendoakan mama:

Muhamad Darwisy Zulkarnain

Terapi Minda Awisy Setiap Hari

Wednesday, July 16, 2014 Mas Zull 9 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Pagi-pagi lagi dah menghadap tv budak kecik sorang ni...inilah salah satu rancangan kegemaran Awisy selain Hi5 dan cerita Upin Ipin...bila dah hari-hari mendengarnya Awisy pun turut ikut sekali berzikir dalam bahasa yang kita sendiri tak berapa nak faham...biasanya zikir ini kita boleh lihat di tv Oasis di cannel Astro setiap kali hendak masuk waktu solat 5 waktu...

Sebenarnya grandma rakamkan terus alunan zikir ini ! jadi bolehlah Awisy dapat menontonnya selalu...itulah yang selalu Awisy lakukan bila dia minta dibukakan rakaman ini...yang paling ketaranya adalah bila azan berkumandang Awisy akan membuat isyarat mulutnya dengan jarinya siap berbunyi lagi tu...dah faham sangat dengan isyarat itu yang mahu semua orang senyap bila azan dialunkan...

bila dah selalu mendengarnya Awisy dah semakin pandai mengikut alunan zikir tu...dari zikir mulut si kecik ni faham jugalah sepatah dua ayat yang mampu Awisy sebutkan...tak apa la lama-lama bila dah pandai bercakap nanti pandai jugalah Awisy nak melagukannya zikir itu...grandma doakan moga bila besar nanti bolehlah jadi seorang Ustaz yer...

p/s bagus untuk membentuk minda kanak-kanak...

9 000 jiran datang mendoakan mama:

Aiman Nuqman,

Cerita Hantu Pun Boleh Layan

Tuesday, July 15, 2014 Mas Zull 10 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Memang pelik pulak budak kecik 2 orang hari ni...selalunya mesti nak buka rancangan kegemaran mereka jer tapi hari ni aunty Awisy buka cerita hantu hindustan boleh pulak dia orang tu dok menghadap tv...macam paham jer bila tengok cerita tu...macam-macam perangai budak kecik 2 orang ni...sekejap okay sekejap tak okay...tak apa la janji mereka berperangai elok jer hari ni....kekadang tu ada juga mereka buat perangai tapi biarlah budak-budak memang macam tu janji mereka tak menangis atau mengacau sudah la...

10 000 jiran datang mendoakan mama:

sukan

Piala Dunia Berakhir

Monday, July 14, 2014 Mas Zull 6 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....


Akhirnya selesai juga musim bola ni...tahniah pada pasukan Jerman kerana telah memenangi 1gol mengalahkan pasukan Argentina pagi tadi... tahniah juga sebab dah berjaya menggodol Piala Dunia yang menjadi pujaan pemain bola sepak di seluruh dunia setiap 4 tahun sekali...

Tiada lagi la tv akan bersiaran di malam hari...malam ini pasti ada kawan-kawan yang akan dapat tidur yang lena kembali...mesti ada yang mengalami pengalaman yang begitu di musim bola sepak yang lepas ni..begitu juga dengan mama malam ni dah boleh la nak pegang remote control tv dan dah boleh tidur lena sebab musim bola dah selesai...

p/s selamat tinggal Piala Dunia kita jumpa pd 2018 nanti inshaAllah...

6 000 jiran datang mendoakan mama:

contest,

Segmen : Saya Nak Kad Raya Dari Ekatikah

Monday, July 14, 2014 Mas Zull 6 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




Pada zaman era moden ini, amalan kirim-mengirim kad raya tidak dilupakan. Walaupun zaman sekarang orang ramai lebih gemar mengirim balas ucapan Hari Raya menggunaan pesanan ringkas SMS, WhatsApp dan sebagainya, kad raya masih antara yang the best. Hehe

Oleh itu, satu Segmen: Saya Nak Kad Raya Daripada Ekatikah diadakan. Bermula hari ini 13hb July dan berakhir pada 20hb July jam 12 tengah hari. Sesiapa yang nak kad raya, dijemput untuk sertai.

Syarat-syarat:
1. Follow blog Bila Jari Mula Menaip, add to circle G+ EkaTikah.
2. KLIK   .
3. Buat entri bertajuk Segmen: Saya Nak Kad Raya Daripada Ekatikah.
4. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Credit to MiaLiana.Com

5. Tinggalkan URL entri di ruangan komen entri ini.

Pilihan Pemenang:
1. 20 orang pemenang akan dipilih menggunakan Ramdom.org.
2. Pemenang akan diumumkan sama tarikh tamat penyertaan.

 Selamat menjoinkan diri  

6 000 jiran datang mendoakan mama:

Kad Raya

Kad Raya Pertama Tahun Ini

Sunday, July 13, 2014 Mas Zull 4 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Terimakasih buat blogger Kathy R'bain kerana telah menghantarkan sekeping kad hari raya pada mama tempohari..maaf la Kathy akan kelewatan entri ni yer...ini adalah kad raya yang pertama mama dapat untuk tahun ini...terima kasih yer..seronok rasanya sebab ada juga kawan-kawan alam maya yang ingat dan sudi mengirimkan kad hari raya pada mama...

p/s kawan2 dah dpt byk kad raya tak..

4 000 jiran datang mendoakan mama:

contest,

Segmen Raya 2014 Bubblynotes : Dengan Ingatan Tulus Ikhlas

Saturday, July 12, 2014 Mas Zull 21 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


http://www.bubblynotes.com/2014/07/segmen-raya-2014-bubblynotes-dengan.html
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ini dibawakan khas untuk uolss bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma beberapa minggu jer lagi ni. ^_^... Dalam masa yang sama kira2 macam Blog E-Card dari Bubblynotes.Com kepada uolss jugaklah... Tak dapat or tak sempat nak hantar Kad Raya pakai pos, pakai Blog E-Card pun boleh juga ye tak??? Janji ucapan sampai... Sebab kalau nak diikut2kan iolss nak ajer hantar Kad Raya pada semua readers Bubblynotes yang selama ini sudi datang menjenguk dan membaca entri2 Bubblynotes.Com selama ini... Dalam masa yang sama segmen ini bertujuan nak rapatkan lagi silaturahim sesama weolss semua, follow memfollow serta blogwalking. Semua blogger tak kira baru atau lama, famous atau tak, retis atau tak, glam atau tak adalah dijemput untuk memeriahkan segmen ini. 10 pemenang akan dipilih oleh Pakcik Random.Org dan kesemua pemenang yang terpilih akan disenaraikan di dalam Bloglist Segmen Bubblynotes.Com bagi menggantikan Bloglist Segmen yang terdahulu. 

"Tarikh Segmen: 12/7/2014 sehingga 19/7/2014"

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com dan ADD TO CIRCLE G+ Farah Waheda Wahid
2. Buat entri bertajuk Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas... 
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Credit to MiaLiana.Com
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen entri ini. 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Random.Org. 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/7/2014 yang mana kemudiannya akan dimasukkan terus ke dalam senarai bloglist pemenang segmen. 

21 000 jiran datang mendoakan mama:

DIY,

Misi Mengilatkan Tembaga Arwah Bonda

Saturday, July 12, 2014 Mas Zull 7 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Bila kemas stor semalam terjumpalah tembaga peninggalan arwah bonda angkatku...rupa-rupanya tersimpan dalam stor jer barangan antik ni...bila dah jumpa tu terus keluarkan dan nak cuba kilatkan balik harta warisan pusaka ini...dulu ada banyak barangan tembaga arwah mak ni tapi hanya ini saja yang dapat..walaupun tak banyak tapi alhamdullilah boleh juga dijadikan kenangan arwah bonda...



Bila dah jumpa tu mulalah memikirkan macam mana nak mengilatkan tembaga ini kembali..mama cuba google cari petua macam mana nak buat dan yang paling senang rendam dalam air cuka dan garam...cuka ada garam pun ada jom kita mulakan operasi pengilatan tembaga ni pula yer....


Proses ke dua bila dah direndam dalam air cuka dan garam bolehlah dikeringkan dahulu sebelum ke proses seterusnya...bila lihat gambar di atas ni kelihatan sudah berkilat sedikit dari hari sebelumnya...sebenarnya barangan tembaga ini masih lagi belum dilakukan apa-apa proses menggosoknya pun...lepas ni kita lakukan proses menggosok pula...


Proses ketiga meletakkan autosol untuk proses pengilatannya...sapukan autosol itu ke barangan tembaga itu..maka bermulalah proses menggosok barangan tembaga hingga berkilat yer...dari petang dah bermula tapi terpaksa mengambil masa sedikit untuk menyiapkannya sebab berhenti dahulu untuk proses memasak makanan untuk berbuka pula...jadi terpaksalah dibiarkan sebentar barangan tembaga tu malam baru sambung kembali..



Akhirnya berjaya juga misi mama nak menyiapkan tembaga yang dah kusam itu menjadi bercahaya semula..tapi perlu ada kerajinan bila nak melakukannya sendiri yer kalau tidak memang tak berkilat la tembaga tu... dengan melakukan sedikit proses yang perlu akhirnya alhamdullilah kembali bercahaya warisan peninggalan dari arwah bonda ini dan ianya akan terus mendapat jagaan yang baik dariku...pada kawan-kawan yang ingin mencuba mencantikkan barangan tembaga yang lama bolehlah ikuti cara yang mama telah lakukan yer..Selamat Mencuba...

p/s puas hati bila lihat barangan tembaga arwah bonda dah berkilat semula...

7 000 jiran datang mendoakan mama:

Kerana Terpaksa Aku Relakan OST Nadia Aqilah Patah Sayap lirik

Saturday, July 12, 2014 Mas Zull 0 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



0 000 jiran datang mendoakan mama:

Shopping online

Bershopping Di Nile.com.my

Friday, July 11, 2014 Mas Zull 9 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Memang dah tergoda sakan dengan soping online ni...mula-mula baca entri dari blog Papa Ben Ashaari kalau nak tahu tekan sini...dah mula nak cuba juga masa tu tapi tahan sabar lagi masa tu...masih dok fikir-fikir best ke soping kat Nile.com ni...bila terbaca pula entri dari blog  Ayue Jean nak tahu klik sini...apa lagi terus jer klik cepat-cepat...


mama ni dah mula la tak sabarnya nak bersoping...terus buka laman web Nile ni...bila buka rasa mcma biasa jer tapi bila pilih dan tengok barang-barang yang dijual kat situ banyak kali ! memang ada benda yang berkenan di hati mama...mulalah terfikir dan berkira-kira nak beli apa yang berkenan tu...patutlah ramai yang suka soping online kat Nile ni rupanya memang best la...harganya pun boleh tahan,barang yang dijual kat situ pun cantik-cantik... tu yang terus jadi membeli kat Nile.com.my ni...jom kawan-kawan kita bersoping yer...



p/s nak shopping online ni kena juga tengok feedback customernya...pilih yang betul2 yer...

9 000 jiran datang mendoakan mama:

info agama

Marilah Kita Bersolat Dhuha

Friday, July 11, 2014 Mas Zull 6 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Jom kita melakukan solat dhuha..banyak kelebihannya bila kita melakukannya antaranya dimurahkan rezeki dan menolak kemiskinan...pada kawan-kawan dibawah ini ada cara-caranya untuk kita melaksanakan solat dhuha ini...


1-Niat diiringi dengan Takbiratul Ihram
2-Membaca doa Iftitah
3-Membaca surah Al-Fatihah
4-Membaca satu surah dalam Al-Quran
5-Bacaan yang afdal adalah dari surah Asy-Syam pada rakaat yang pertama
6-Ruku'
7-I'tidal
8-Sujud pertama 
9-Duduk antara dua sujud
10-Sujud kedua
11-Setelah selesai rakaat pertama lakukan rakaat kedua sama seperti raakat pertama kemudian tasyahud akhir.
12-Memberi salam

6 000 jiran datang mendoakan mama:

contest,

Segmen 2 Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

Thursday, July 10, 2014 Mas Zull 14 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Jom kawan-kawan kita join segmen dari blogger Zamani Abe ini pada kawan-kawan yang ingin turut serta boleh tekan sini...hadiah yang ditawarkan memang menarik hati dan tarikh tutup masih dalam perancangan...jom join yer...


14 000 jiran datang mendoakan mama:

contest,

GA Cash RAYA RM1000 By Emas Putih

Wednesday, July 09, 2014 Mas Zull 10 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


As-Salam

[Sila Tekan Banner Diatas If Nak Join]




10 000 jiran datang mendoakan mama:

Aiman Nuqman,

Pagi-Pagi Dah Buat Onar

Wednesday, July 09, 2014 Mas Zull 11 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Pagi-pagi lagi budak kecik 2 orang ini dah buat onar yer...grandma kemas tempat lain dia 2 orang kemas tempat lain juga yer...aduhhh !! cucu-cucuku ini buat grandma pening kepala jer...selagi tak tidur budak kecik 2 orang ni memang macam ni la gayanya...pakar meyepahkan mainan tu...

Kalau tak ada geng memang senyap dan elok jer langsung tak berusik pun bakul mainan tu...bila dah ada geng memang menjadi-jadilah semangat nak bermain...habis semua mainan dalam bakul tu dilambakkan...habiskan masa bermain ni ye sayang ! lepas ni grandma buatkan susu dua-dua boleh tidur tau..

p/s proses pembesaran...

11 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

Wordless Wednesday # 459....Kata Ustaz

Wednesday, July 09, 2014 Mas Zull 3 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


3 000 jiran datang mendoakan mama:

DIY

DIY TIPS : Hilangkan Habuk Dan Bulu Di Karpet Hanya Guna Salotape

Tuesday, July 08, 2014 Mas Zull 7 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ni mama nak bagi tips bagaimana nak menghilangkan habuk atau bulu di permaidani di rumah...bila dah nak musim raya ini memang kita perlu membersihkan semua karpet di rumah kekadang tu guna vakum pun masih ada lagi habuk yang melekat di karpet kita...gunakan roll bertape pun boleh tapi dek kerana roll mama dah habis jadi terpaksa gunakan cara lain yang boleh digunakan di rumah...

Tips mama untuk menanggalkan bulu dan habuk tu mama hanya gunakan cara yang mudah dan senang...mama cuma gunakan salotape yang biasa kita gunakan untuk kegunaan di pejabat tu je..kalau ada yang besar lagi elok dan kerja akan cepat dilakukan...hanya ambil tape tu terus lekatkan kat karpet yang ada habuk dan bulu-bulu tu kemudian tarik tape tu pasti bulu atau habuk akan melekat di bahagian salotape itu..lakukanlah sehingga habuk dan bulu-bulu tiada lagi melekat di situ...itulah caranya yang cukup senang dan simple..okay kawan-kawan selamat mencuba yer...


7 000 jiran datang mendoakan mama: