JIRAN TETANGGA

Wednesday, April 30, 2014

Selamat Hari Lahir AnakKu

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Selamat Hari lahir Sayang !!!
mak doakan semoga anak mak ni akan sentiasa beroleh kebahagiaan... 
menjadi seorang anak yang sentiasa solehah,
semoga sentiasa dikurniakan iman yang sempurna,
mempunyai akhlak yang terpuji, 
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang diberkati,
hidup yang dirahmati selalu 
di dunia dan akhirat...
Selamat Hari Lahir Sayang..!!


Wordless Wednesday # 439...Macam Comei Jer Macam Cute Jer

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..


p/s Hello Kitty Land... Awisy 8 bulan...

Tuesday, April 29, 2014

Yusry Dan Lisa "Kekasih Abadi"

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s best pula layan lagu ni...


Monday, April 28, 2014

Rajin Sungguh Nak Menolong

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Satu lagi rutin Awisy yang bila grandma buat dia pun nak buat juga...inilah dia kerjanya patah ekor tauge...mula-mula memang elok jer dia tak mengusik tapi lama kelamaan dia datang dan nak tolong sekali apa yang kita buat tu...tapi bila dah penat dan malas habis semua sayur tauge tu disepahkannya...

nak dimarah kesian pulak mesti menangis bila grandma tak bagi dia usik sayur tauge tu...jadi terpaksalah grandmanya kena cepat-cepat buang ekor tauge tu dan bagitahu Awisy semuanya dah siap dan grandma nak simpan pula...barulah puas hati Awisy bila kerja yang grandma buat tu dah habis...seolah-olah macam dia jugalah yang menolong grandma buat kerja tu..

p/s sesekali kena biarkan juga dia ikut perkara yang kita buat tu tapi biarlah yang baik yer..

Si Kecik Mengemas Rumah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Budak kecik ni kalau grandma nak buat kerja mesti dia nak juga menolongnya...kecik-kecik lagi dah pandai nak menggunakan vakum cleaner tu tak payah grandma nak tunjukkan cara nak menggunakannya lagi sebab Awisy dah pandai dengan sendirinya... 

agaknya Awisy dah biasa tengok grandma guna dan buat hari-hari agaknya...bila kita tutup suisnya dia pula yang bukakan suisnya...bila suis dah terbuka mulalah sibuk mengangkat hose vakum tu...pandai Awisy mengayakan cara nak menggunakan vakum tu...

Kecik lagi dah nak menolong grandma membersihkan rumah yer...bila dah besar nanti jangan malas sudah la yer... bila dah besar nanti senang grandma nak minta tolong dengan Awisy bersihkan rumah grandma yer...

p/s semangat rajin menolong perlu dipupuk sejak dari kecil lagi...

Masak Lemak Cili Api Ayam Bernenas

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ni kita berkongsi pula resepi 'Ayam Masak Lemak Cili Api Bernenas'pula...benar kata blogger masak kita Cik Mat Gebu kalau yang bernenas macam ni mestilah cara style orang Johor...kita yang buatnya suka kita jer nak letak apa pun janji bila makan mesti jadi sedap...jom kita lihat resepinya...

bahan-bahannya...
nenas
ayam,serai
cili api,bawang merah,kunyit hidup
asam keping,
garam dan serbuk perasa

Cara-caranya...
1-Bersihkan ayam letak tepi dulu...
2-Ambil cili api,kunyit hidup,bawang merah ditumbuk halus atau diblander saja..
3-Masukkan rencah yang telah ditumbuk halus ke dalam periuk..masukkan asam keping dan serai yang telah dititik sedikit ke dalam periuk...
4-Masukkan sedikit santan cair dahulu bersama ayam tadi...biarkan sehingga ayam itu masak sekejap dan menyerap bahan rencah tadi...
5- Akhirnya masukkan santan pekat ke dalam periuk tadi,masukkan garam,serbuk perasa dan biarkan sekejap...kacau selalu jangan biarkan santan itu pecah...setelah cukup rasa boleh ditutup api dan boleh dihidangkan bersama nasi panas...
selamat mencuba yer kawan-kawan...


Sunday, April 27, 2014

Mini GA Cash RM350 By Emas Putih #Part 2

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 ini dianjurkan oleh Emas Putih 
dan disponser oleh Syiera , Iskandar Daughter , Saidatul dan Syira Lokman dan Mahamahu :)

Saturday, April 26, 2014

Resepi Makaroni Bakar Berkeju

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....


dah lama teringin nak mencuba buat makroni bakar ni tapi ada saja yang menghalangnya...
semalam berjaya juga mama membuatnya...tak tahu cara-cara nak membuatnya,terus cari resepinya kat blog blogger Cik Mat Gebu..
di situlah mama ketahui cara-cara hendak membuatnya...tapi ada juga bahan yang mama tak gunakan cuma ambil sebahagiannya saja...jom kawan-kawan kita tengok resepi yang mama cilok dari blogger masak kita ini...




bahan-bahan yang diperlukan...
200 gram makaroni
sedikit mentega,keju mozarella 
daun pasley tak ada gunakan daun kucai jer...
(maaf Cik Mat resepi dah diderhakakan)
lada hitam hancur

Bahan untuk intinya...
Daging cincang,bawang holland potong dadu
bawang putih (cincang halus)
halia (cincang halus),air
sos cili,sos tomato,cendawan,karot,sederi (potong dadu)
cendawan butang,kacang panggang
garam secukupnya dan lada hitam hancur

Sos putihnya...
Susu cair,tepung gandum,
lada hitam dan garam

Cara-cara membuatnya...
1-Rebus makaroni dengan sedikit garam..rebus sehingga kembang dan toskan...
 gaulkan dengan sedikit mentega...ketepikan dahulu dan kita buat intinya pula.. 
2-Panaskan minyak tumiskan bawang holland yang telah dipotong dadu,halia,bawang putih..setelah garing sedikit masukkan daging, karot dan air dahulu...bila daging dah berubah warna sedikit masukkan pula sos tomato,sos cili,seleri,kacang panggang ,lada hitam hancur dan air..
3-Biarkan sebentar,kacau masukkan garam,dan rasa...j
jika okay biarkan inti itu kering sedikit dan tutup api tepikan..
kita buat sos putihnya pula..
4-Panaskan mentega dengan api kecil,masukkan susu cair dan tepung gandum..kacau sehingga rata jangan biarkan sos putih itu berketul...bila dah sebati tutup api dan tepikan dulu...
5-Panaskan oven pada suhu 180c,lenser bekas kaca/loyang...masukkan 1/2 makaroni dulu     lapiskan dengan 1/2 inti daging,tekan sedikit biarkan ianya rata,selepas itu tuangkan 1/2 sos putih pula ratakan dan taburkan dengan keju mozarella..ulang proses yang sama diselang selikan akhirnya taburkan daun kucai yang telah dihiris halus juga tabur keju diatasnya...
6-Bakar makaroni selama 40-45 minit atau sehingga permukaannya perang..bila dah masak keluarkan dan hidangkan dengan sos kesukaan kita...

siap juga makaroni bakar berkeju yang telah diderhakakan dari resepi Cik Mat Gebu...

Friday, April 25, 2014

Khas Buat Puteri-Puteri Ku

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Khas buat puteri-puteri ku...
Ingatlah wahai anak-anakku
kamu semua adalah harta yang paling indah 
yang pernah mak miliki satu ketika dulu..
hadirnya kamu ke rahim ibu mu ini
adalah hasil kasih sayang mak dan ayah 
dan ianya
adalah satu anugerah terindah yang tak pernah mak bayangkan..

Anak-anakku...
keletihan bukan kepalang rasanya
membawa kamu semua di dalam rahim mak
Lahir jua kamu setelah 9 bulan 10 hari
ke hulu kehilir membawa perut yang memboyot
tanpa ragu,malu dan sangsi di hati..
mengharapkan sinar mata mu bila melihat raut wajah mu
membuat hati mak merasa amat merindu
ketika kamu semua dilahirkan dulu..

Wahai anak-anakku...
Ingatlah tiada yang lebih bernilai dari semuanya
Hanya kamu semua di hati mak selama ini..
lahirnya puteri-puteri dengan wajah kesayangan mak
setelah berjaya ingatlah wajah ibu tua mu ini
jangan kamu lupa akan semuanya
sesekali pandanglah ke belakang
ingatlah dari mana kamu semua hadir ke dunia ini...
asal usul mu jangan dilupa
jika kamu kecewa janganlah dibenci takdirNYA
bila telah berjaya dipuncak dunia
Ingatlah itu semua pinjam semata
jangan kamu lupa wahai anak-anakku
wajah tua ini..

Hanya doa mak akan sentiasa mengiringi kamu semua..
Di dunia dan juga di akhirat nanti.
Moga ingatan kamu pada wajah tua ini
 akan kekal 
terpahat dan melekat di sanubari hatimu
bila wajah tua ini sudah tiada nanti..
Ingatlah semua yang mak telah lakukan buat kamu
hidup kita di dunia ini hanya sementara dan
bersedialah dengan bekalan di hari tua mu nanti...
Moga kamu berjaya wahai anak-anakku
cahaya permata hatiku...



Happy Birthday to You !!! Nurul Ain Binti Dzolkarnine

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...





Selamat hari lahir anakku Nurul Ain Binti Dzolkarnine...semoga kamu akan sentiasa diberkati di dunia dan diakhirat..jadilah seorang isteri,anak yang solehah sentiasa menghormati ibubapa mu juga ibubapa mentua mu...semoga kamu akan terus berbahagia disamping suami dan anak tercinta didalam melayari alam rumahtangga dan teruskanlah menjadi seorang isteri yang solehah aminn...

Cloak Untuk Disewa

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Dah lama jubah atau cloak Red Riding Hood anak mama ni tersimpan di dalam almari...pakai hanya sekali itu pun semasa annual dinner anak mama pada tahun lepas...daripada tergantung dalam almari rasanya eloklah mama sewakan pada sesiapa yang ingin menghadiri jamuan makan malam yang bertema fairy tales macam ni...


Beginilah bila kita hendak memakainya...topi atasnya tu masih boleh ditarik ke depan lagi...baju di bahagian dalamnya pula kenalah sediakan sendiri yer...malam annual dinner tahun lepas anak mama membawa tema Red Riding Hood muslimah sebab itulah ianya digayakan dengan tudung dan baju kurung...cloak ini labuh hingga ke bawah...

 jadi di sini mama ingin sangat  memberitahu kawan-kawan semua jika ada sesiapa yang berkenan dan teringin nak menyewa jubah/cloak Red Riding Hood ini untuk party atau annual dinner bertemakan fairy tales bolehlah menghubungi mama di whassap 017-6700049...tentang harga dan kos penghantarannya kita masih boleh berbincang...

Mee Maggie Goreng Sambal Belacan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ni mama nak tunjukkan satu resepi yang paling senang dan mudah sangat untuk disediakan buat sarapan pagi kita...sebabnya mama rasa dah jemu pulak makan maggie yang biasa kita sediakan tu ! oleh itu inilah caranya untuk mengubah rasa maggie itu mengikut selera kita..

nak kata mudah sangat tu tak la sebab kita kena juga menumbuk dan menyediakan bahan rencahnya...kalau yang bekerja boleh menyediakan rencahnya awal malam bila pagi just gorengkan saja...jom kita tengok resepinya yang paling mudah ni yer...

Bahan yang perlu...
mee maggie ikut suka nak buat berapa bungkus
bawang merah,cili api/cili merah(ditumbuk)
belacan(ditumbuk),sedikit minyak
garam dan serbuk perasa
daun bawang/daun sup untuk hiasan
bawang goreng untuk hiasan

Caranya...
mee maggie itu perlulah direbus dulu..bila dah kembang toskan dan tepikan dulu...ambil rencah yang sudah ditumbuk tadi dan tumiskan...biarkan rencah tu garing sekejap...jika ada yang suka sayur dan telur bolehlah dimasukkan sekali semasa menumis tu...mama tak letak pun tadi sebab stok sayur dah habis...

bila dah garing kecilkan api masukkan garam agak-agak la yer ! jangan terlebih garam sudah lah juga serbuk perasa ikut rasa...gaulkan semuanya dan masukkan mee maggi yang telah ditoskan tadi ke dalam rencah itu...gaulkan sehingga sebati dan mee maggie goreng sudah sedia dihidangkan untuk hiasan taburkan bawang goreng dan daun bawang atau daun sup...

okay kawan-kawan selamat mencuba resepi yang senang dan simple ini yer...

Thursday, April 24, 2014

Resepi : Masak Lemak Cili Api Sardin Campur Pucuk Ubi

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..


Dah tak tahu nak fikir menu apa yang nak dimasak hari ni..nampaknya ada setin ikan terkurung dalam almari..terus jer dapat menu apa yang patut dimasak..keluar rumah melihat pokok ubi kayu yang hubby tanam...boleh ambil pucuknya untuk dimasukkan didalam kuah lemak sardin nanti mesti sedap ! anak-anak pun suka sangat...jom kita ke dapur untuk memulakan sesi ketuk-ketuk kuali...heheee pandai jer nak ubahkan...

Bahan yang diperlukan...
1 tin sardin
pucuk ubi,santan
cili api,asam keping
bawang merah,kunyit hidup
garam n serbuk perasa

Cara-caranya...
Rebus dulu pucuk ubi kayu itu sehingga lembut...bila dah lembut toskan ketepikan dulu...ambil cili api, bawang merah dan kunyit hidup...perlu ditumbuk halus atau diblander saja...bila dah siap masukkan rencah itu ke dalam periuk letakkan santan cair dan asam keping..

Asingkan sos sardin dengan isinya...mama suka gunakan isi sardin saja..masukkan ikan sardin itu ke dalam periuk tadi...biarkan sekejap masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya...

bila dah mendidih kecilkan api masukkan pula santan pekat dan pucuk ubi ke dalamnya...kacau kuah supaya santan tak mudah pecah biarkan sekejap..tutup api dan selepas itu boleh la dihidangkan bersama nasi panas dan ikan masin...selamat mencuba dan selamat menjamu selera yer kawan-kawan...

Wednesday, April 23, 2014

Wordless Wednesday # 438...Zikir Harian

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Wordless Wednesday # 437...Waktu Doa Mustajab

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s berdoalah selagi kita mampu...Allah pasti mendengar doa dr hamba2NYA....

Resepi Kerang Goreng Berempah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Nak kongsi lagi resepi simple dan mudah kat sini dan bolehlah kawan-kawan mencubanya nanti yer..biasanya kalau nak lebih tahu kenalah buat praktikal barulah tahu sedap ke tidak resepi yang kita masak sendiri...okay kita lihat resepinya dan cara-cara hendak memasak Kerang Goreng Berempah ini...

Bahan-bahannya...
Kerang
santan kalau suka,serai ditumbuk sedikit
ketumbar,jintan manis,jintan putih
bawang merah,bawang putih
cili api kalau nak pedas
daun limau purut untuk hiasan
garam,serbuk perasa

Cara-caranya...
Kerang eloklah dibersihkan sebersih-bersihnya dahulu...bila dah siap ketepikan dulu kita siapkan rencahnya pula..ambil cili api,ketumbar,jintan manis,jintan putih,bawang merah,bawang putih blander halus...

Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah diblander tadi bersama serai yang ditumbuk sedikit..biarkan rencah itu garing dahulu baru dimasukkan santan..biarkan sekejap masukkan garam dan serbuk perasa terlebih dahulu kacau kemudian masukkan kerang yang telah dibersihkan tadi ke dalam rencah...gaulkan sehingga rata semuanya dan tutup kerang tadi biarkan ianya sehingga masak...bila ada kerang yang dah terbuka tu bermakna kerang-kerang itu dah cukup masak dan ianya dah boleh dihidangkan...okay kawan-kawan selamat mencuba...

1st Giveaway Sulaman Lace Heaven

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/sulamanlaceheaven-1stga.html

Semua dijemput untuk sertai GIVEAWAY ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:
  1. Follow blog Fuza, Follow Instagram Sulaman Lace Heaven, dan Follow blog Mia Liana
  2. Buat satu entri bertajuk 1st Giveaway Sulaman Lace Heaven
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen INI.
  5. Pemilihan pemenang adalah melalui random.org
  6. Giveaway ini akan TAMAT pada jam 11.30 malam 12 Mei 2014
Sila klik pada banner untuk join. Jom....

Wordless Wednesday # 436...Orang Yang Allah Sayang

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



 p/s sayanglah Allah juga...

Tuesday, April 22, 2014

Resepi : Telur Masak Kurma

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ni mama nak kongsikan bersama kawan-kawan semua resepi yang memang cukup senang untuk memasaknya...resepi yang simple tapi sedap...jom kita bersama-sama mencubanya yer...

Bahan-bahan yang diperlukan...
telur yang telah direbus
rempah kurma,kentang
halia,bawang merah,bawang putih
rempah 4 sekawan 
santan/susu cair jika suka
cili merah/cili hijau
garam,serbuk perasa

Cara-cara memasaknya...
Nak memasaknya memang senang...biasanya mama akan memasaknya tanpa santan sebab hubby lebih suka tanpa santan...senang juga bolehlah jimatkan kos beli santan dan kurang sikit kolestrol kat badan...mula-mula bahan seperti halia,bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus tinggalkan sedikit bawang merah yang dah dihiris untuk menumis nanti...

panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris bersama rempah 4 sekawan dulu..bila dah sedikit garing masukkan rempah yang telah ditumbuk halus tadi..biarkan rencah itu garing sedikit baru dimasukkan rempah kurma tadi ke dalamnya...

Biarkan sehingga garing barulah dimasukkan sedikit air...biarkan sehingga rempah itu pecah minyak dan barulah dimasukkan santan/susu cair ke dalam kuah kurma tadi..juga masukkan sekali telur yang telah direbus bersama kentang..biarkan kentang empuk masukkan pula garam dan serbuk perasa bersama cili hidup merah/hijau...biarkan sehingga kuah pekat dan akhirnya bolehlah dihidangkan bersama nasi panas dan ikan masin...okay kawan-kawan bolehlah mencuba nanti yer...selamat mencuba..

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Monday, April 21, 2014

Tudung Labuh Online Butik Baju Muslimah Moden


SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Tudung Labuh Online Butik Baju Muslimah Moden

 Isu tudung sekarang ni memang dah jadi lumrah bagi kita kaum hawa sekarang ini..jadi untuk kawan-kawan yang sibuk ingin membeli fesyen tudung terkini yang menutup aurat bolehlah mengunjungi blog Tudung Labuh Online untuk fesyen terkini tudung yang patuh syariah.

Kami adalah pengedar sah untuk tudung labuh muslimah bagi pengeluar tudung jenama Nur dan Modern Hijab Exclusive..
1. Tudung Nur dan Pelbagai Fesyen Tudung Labuh Terkini keluarannya.
Insyallah, semua produk keluaran tudung nur patuh syariah dan berkualiti tinggi. Tudung bidang 60 dan aneka saiz menurut citarasa anda ada terdapat disini.

Di bawah ini terdapat beberapa koleksi tudung labuh keluarannya..jom kawan-kawan kita lihat tudung terkini yang begitu cantik dan ia telah direka khas untuk untuk wanita-wanita islam selesa dan kemas bila memakainya..

1. TUDUNG DAISI
fesyen tudung labuh terkini muslimah moden

Tudung Daisi diperbuat daripada kain koshibo, nama dah macam nama jepun kan. 
Kenapa bagus sangat kain Koshibo ni? Mesti ada dari kita rasa yang memakai tudung labuh ini tidak selesa bukan?
pentingnya pemilihan kain untuk pembuatan tudung. Bahan yang betul akan membantu wanita muslimah mentup aurat dengan sempurna.

koleksi tudung labuh muslimah
Terdapat lebih daripada 35 pilihan warna untuk anda.
Dan pada masa yang sama kelihatan anggun, sopan dan selesa. Kelebihan kain koshibo adalah:
1. Selesa untuk pemakainya
2. Tekstur yang lembut
3. Semestinya Sejuk dan tidak merimaskan
4. Tidak berbulu apabila dibasuh mesin/handwash 
5. Bahan yang ideal untuk tudung
6. Warna kain koshibo tidak luntur dan kelihatan lusuh walau dibasuh berkali-kali
Sememangnya pilihan muslimah sebagai gaya tudung raya 2014

2. TUDUNG FRANCE SATIN
koleksi tudung labuh pengantin selendang

Tudung France Satin sering menjadi pilihan pengantin muslimah yang ingin kelihatan jelita di hari bahagia. Tampil anggun dan sopan di mata suami semasa majlis walimatul urus.

selendang pengantin muslimah cantik labuh
Rekaan tudung ini sangat cantik dan semestinya menutup aurat

Tudung satin ini selesa di pakai dan didatangkan dengan 16 warna untuk digandingkan bersama busana muslimah.
Pasti menjadi kenangan yang terindah buat pasangan suami isteri
butik selendang muslimah moden
Fesyen Selendang pengantin pelbagai corak dan warna 
Selain pilihan tudung, kami juga mempunyai koleksi tudung pengantin muslimah

Cik puan boleh klik link di atas untuk selendang pengantin labuh yang cantik untuk digunakan semasa hari bahagia.

3. TUDUNG SEKOLAH 
kedai tudung labuh online
Tudung sekolah juga ada disediakan untuk kegunaan pelajar. Kain tudung dari jenis tissue. 

tudung sekolah labuh
Tekstur kain yang lembut dan selesa. Pilihan warna disediakan untuk kegunaan yang berbeza (Persatuan dan kelab di sekolah)

4. TUDUNG AZILEA
beli tudung labuh terbaru

Tudung Azilea memberikan sahabat sahabat semua 44 warna pilihan untuk tudung tanpa corak (plain). 

  tudung labuh bidang 60 bulat awning
Dengan kain peach chiffon sebagai bahan tudung, anda semua pasti terpukau dengan sentuhan kelembutan kain tundung Azilea.
Menutup aurat dengan sempurna, tidak jarang, rasa nyaman dan segar kepada pemakainya.

5. TUDUNG ZUHAIRAH
tudung bulat awning selendang labuh
Tudung Zuhairah dengan motif bunga bungaan kecil sebagai hiasan. 
Zuhairah bermaksud bunga-bungaan kecil dan dihiasi taburan batu-batu jernih kecil membuat tudung ini lebih berseri...

selendang pengantin labuh muslimah
Corak corak dan warna yang pelbagai pada tudung zuhairah
Ciri Ciri Menarik Tudung Zuhairah :
1. Warna Plain - Nampak ringkas dan sopan
2. Berkualiti - Dengan harga berpatutan 
3. Tidak Jarang - Mentup aurat dengan sempurna
4. Tahan Lasak - Tidak mudah koyak
5. Sejuk - Memberi keselesaan kepada muslimah
6. Senang Dibentuk - Menjimatkan masa pemakaian
7. Mesra Cucian Mesin - Ibu dan suri rumah bekerjaya pasti menyukainya
8. Kasual & Santai - Sesuai untuk pelbagai kegunaan

tudung zuhairah awning
Tudung zuhairah awning didatangkan dengan 16 warna dan 4 pilihan corak bunga sulam
Berita baik untuk cik puan semua, rekaan tudung zuhairah awning juga terdapat untuk memudahkan anda mengenakan tudung dengan kemas dan pantas.

6. TUDUNG HANAN
jual tudung hanan online terkini

Tudung Hanan mempunyai 14 pilihan warna untuk kesesuaian anda. 

tudung bidang 60 hanan
Diperbuat daripada kain wool peach dan tudung hanan didatangkan dalam bentuk tudung empat segi, selendang bundar dan bulat.

7. TUDUNG JAUHARI
tudung muslimah jauhari moden
Tudung Jauhari untuk wanita muslimah yang versatil. Tudung ini mempunyai 2 corak dan memberikan lebih banyak pilihan kepada pemakainya.

Dapat dipadankan dengan lebih banyak pakaian muslimah. Sangat sesuai untuk muslimah bekerjaya.

tudung labuh jauhari raya
Menjimatkan masa dan wang ringgit, tidak perlu membelanjakan wang untuk tudung yang banyak.
Tudung Jauhari menggunakan kain kapas (cotton) yang sejuk, mudah dibentuk dan memberi keselesaan untuk dipakai. 

8. TUDUNG MAWAR
tudung mawar butik online
Tudung Mawar diperbuat dari kain New Wool Peach. Buat sementara ini mempunyai 2 pilihan warna sahaja iaitu putih dan hitam.


tudung labuh mawar online
Ciri ciri tudung mawar

1. Warna Plain
2. Sejuk
3. Senang dibentuk.

9. TUDUNG OMBRE
kedai tudung ombre labuh muslimah
Tudung Ombre diperbuat dari kain Gauze dengan ciri ciri berikut
1. Sejuk 
2. Ringan
3. Ada Tekstur
4. Tidak Licin
5. Mudah dibentuk
tudung labuh ombre merah
Rekaan fesyen tudung ombre memaparkan perubahan tona warna yang menyegarkan mata. 

Pada masa yang sama memberikan banyak kemungkinan kepada anda untuk memadankan dengan mana mana fesyen pakaian muslimah yang bersesuaian dan tema majlis.

10. TUDUNG HELWA
tudung helwa labuh
Tudung Helwa adalah tudung labuh muslimah kegemaran ramai. Buktinya, tudung ini mendapat permintaan yang sangat menggalakkan.

Alhamdulillah kali ini, ada LAPAN warna BARU menjadikannya 15 warna kesemuanya untuk pilihan sahabat semua. 

warna ini terdiri daripada tudung labuh berwarna terang,  lembut, dan warna gelap untuk pilihan pelanggan. 

tudung helwa berdagu labuh terkini
Ciri Tudung labuh Helwa yang paling dominan ialah warna tudung ini mempunyai Dwi- rona warna
Jenis kain digunakan pula daripada jenis Peach Chiffon/ sama jenis dengan kain Azilea.


11. TUDUNG DELIMA
tudung delima labuh online

Tudung Delima menggunakan bahan kain Coast White dan mempunyai banyak pilihan warna.

tudung delima fesyen muslimah terkini
Itulah dia antara fesyen tudung terkini keluaran pengeluar tudung labuh terkenal Tudung Nur.

                                      11. TUDUNG KAKTUS
Selain itu, stok tudung kaktus juga ada disediakan. Boleh klik untuk maklumat tudung muslimah tersebut.

12. TUDUNG SAFFRON
tudung saffron labuh online terkini jubah muslimah

jubah muslimah online
Tudung Raya Terkini 2014Koleksi Tudung Saffron Yang Kemas Selesa Dan Patuh Syariah
Dengan ketibaan hari raya aidil fitri tahun ini, koleksi tudung raya 2014 yang memenuhi citarasa semua orang pasti menambahkan lagi suasana hari kemenangan umat islam berpuasa sebulan di bulan ramadhan.

pasti sahabat semua ingin menutup aurat dengan tudung yang sopan selesa dengan fesyen terkini Tudung Saffron


Insyaallah, inilah tudung labuh online shop yang memenuhi kehendak saudari semua...pada kawan-kawan yang ingin mendapatkannya bolehlah ke  Tudung Labuh Online...

DUIT TABUNG