JIRAN TETANGGA

Monday, March 31, 2014

Header Baru Lagi...???

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Tukar lagi ke???Asyik la tukar header baru mama ni..awal tahun hari tu baru saja tukar ni tukar lagi memang rajin sesangat la mama ni...bukan rajin yer anak-anak dan kawan-kawan ! saja jer nak bagi kawan-kawan masuk ke blog mama dalam suasana yang baru...kalau asyik yang sama boring juga kadang-kadang bila melihatnya...

setiap 3 bulan mesti nak tukar header yang baru..baru terasa perubahan suasana yang baru...blog pun macam rumah juga perlu di jaga dan dikemas kinikan selalu agar perubahan dan suasananya akan sentiasa ada pada tuan rumah juga jiran-jiran yang datang berkunjung nanti...macam mana kawan-kawan tolong bagi komen sikit tentang header baru mama kali ini...okay ke tidak...?

p/s  suka juga perubahan sekali sekala...

Review 10 Hari Bersama Slim Fast Diet

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Mula-mula memang mama tak sangka boleh mendapatkan produk Slim Fast Diet ini...apabila terpilih memang terasa keterujaannya...mama terpilih dari giveaway yang dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan telah menjadi salah seorang dari 40 blogger yang terpilih untuk mencuba dan memberikan testimoni produk Slim Fast Diet ini...terimakasih Mia Liana dan juga My Beauty Herbs kerana memilih mama..


Slim Fast Diet ini adalah satu produk minuman untuk diet dan boleh mengurangkan berat badan seseorang...mulanya percubaan ini adalah untuk hubby tapi kerana ada masalah tentang pemakanan ubat dari hospital terpaksalah mama gantikan pula dengan anak mama untuk mencubanya...jadi hari ini mama reviewkan testimoni dari anak mama sendiri tentang Slim Fast Diet ini yang sememangnya ianya dapat mengurangkan berat badan seseorang...



Slim Fast Diet ini adalah satu produk minuman kesihatan diet yang amat berkesan bagi yang mahu berdiet..Formula Slim Fast Diet ini diperkayakan dengan kandungan organik seperti raspberry,apple,fiber,psyllium husk,oligo,collagen,orange de,acaiberry,grape seed,garnicia cambogia,hoodia,cassia angustifolia,I-carnitine,minerals dan vitamin.SlimFast diet ini akan dapat membantu mengurangkan berat badan dengan pantas dengan 6-8kilo mengikut tempoh serta metabolisma seseorang.



Hari pertama anak mama meminum Slim Fast Diet ini memang sudah terasa perubahan yang amat ketara sekali..berat badan anak mama sebelum menggunakan Slim Fast Diet ini adalah 60kg dan pada hari pertama meminum produk ini berat badannya telah menurun sebanyak 3kg...memang terasa perubahan menurun berat badan yang ketara dan kekerapan membuang air besar itulah puncanya penurunan berat badan dengan cara yang hebat sekali...

Paling ketara adalah ianya dapat mengempiskan perut kita,mengurangkan sembelit,mengurangkan bonjolan,menganjalkan kulit,penampilan diri kita dan membuatkan kulit kita kan lebih sihat dan berseri..selera makan pun sudah agak berkurangan tidak seperti selalu mudah cepat lapar...


Cara meminum Slim Fast Diet ini adalah 1sachet bagi yang mempunyai berat badan bawah 75kg dan bagi yang melebihi 75kg digalakkan meminum 2sachet sehari pagi dan malam..bagi anak mama setiap pagi sebelum sarapan dia akan meminum setengah gelas Slim Fast Diet ini dahulu...

Kita hanya perlu membancuh Slim Fast Diet ini dalam setengah gelas air suam saja...rasanya memang sedap terasa raspberry di dalamnya...dan amat digalakkan lebih kerap meminum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari bagi memudahkan pembuangan toksid dan lemak di dalam badan melalui proses membuang air kecil dan juga semasa berpeluh...
   

gambar sebelum dan selepas

perubahan amat ketara pada anak mama adalah dibahagian perutnya...dulu agak nampak kebuncitannya tapi sekarang setelah 10 hari menggunakan Slim Fast Diet ini semakin kempis dan slim pinggangnya...itu diakui sendiri oleh menantu mama bila melihat perubahan yang ketara berlaku pada berat dan perut isterinya iaitu anak mama...

Sebelum memakan produk Slim Fast Diet ini berat anak mama mencecah 60kg tapi sekarang sudah berkurangan hanya 55kg...alhamdullilah dengan meminum produk Slim Fast Diet ini anak mama sudah berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 5kg selama 10 hari menggunakan produk Slim Fast Diet ini...jika diteruskan meminumnya mungkin akan berterusan proses mendapat badan yang slim dan ramping semula...

Pada kawan-kawan yang ingin juga mencuba produk Slim Fast Diet ini bolehlah menghubungi alamat dan laman web yang tertera di bawah ni yer...produk yang cukup berkesan sekali...



Giveaway SlimFast Diet dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs dengan hadiah dan wang tunai bernilai RM 3,600 untuk dimenangi.

Sunday, March 30, 2014

Akhirnya Dapat Juga Berselfie Dengan Monopod

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Dapat juga mama memiliki monopod yang diinginkan ini petang tadi...secara kebetulan mama terbaca entri blogger Mialiana tadi...beliau pun mencari monopod dan beliau dah pun dapat membeli nya di Plaza Angsana dengan harga yang murah...tanya-tanya dengan Mialiana booth mana yang murah, terus pergi cari petang tadi juga...akhirnya dapat juga monopod yang diinginkan itu...

saja la mama ni orang dok sibuk guna monopod dia pun nak juga...biasalahkan keinginan atau nafsu kaum hawa ni melebihi dari kaum adam...mama ! mama ! macam perangai budak-budak jer...memang mengikut nafsu betul la mama ni..bukan mengikut nafsu yer kawan-kawan ! tapi mengikut keperluan masa sekarang ni ! tak naklah dikatakan ketinggalan zaman dari menggunakan teknologi canggih macam ni yer tak !... 
 
bukan apa kawan-kawan kehendak anak-anak tu yang terpaksa juga dicarikan...anak-anak sekarang ni memang suka sangat berselfie termasuklah mak anak-anak tu sekali...kalau jenjalan sekeluarga tu senang nanti nak bergambar ramai-ramai ! tak payah la nak letak stand kamera...lagi pula dah boleh ambil gambar beramai-ramai sekali gus lebih senangkan...

memang cepat,mudah dan pantas sekali bila kita menggunakan monopod ni... harga yang ditawarkan pun lebih murah dari yang dijual diinternet...selamat berselfie dengan monopod yer...

p/s keperluan teknologi canggih masa ni...

Friday, March 28, 2014

"Like & Win Contest"

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Assalamualaikum w.b.t
contest like & win

tekan banner di atas untuk menyertai 
-kelebihan join giveaway ini
+ dapat hadiah topup jika anda bertuah
+dapat masuh group MA BLOG
+ dapat mengeratkan ukhwah sesama blogger
+ dapat meninggatkan traffic blog
+ dapat meningkatkan lagi jumlah followers

apa yang anda tunggu lagi..cepat join sebelum tamat 
sekian.

"MR & MRS Hafiezy Mini Giveaway"

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Rebut peluang menang Wang tunai RM50 : Top Refferal, Wang Tunai RM50 : Best Wishes , Monopod x 2 : Random.Org , 100 pcs Namecard Blog Vanilla & Chocolate + Bookmark . Siapa yang berminat sila tekan banner di atas . Terima kasih :)

Segmen : Bloglist April 2014 By PERMATABIRU

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


pada yang nak join tekan sini...

Thursday, March 27, 2014

Sling Bag Untuk Samsung Mega Yang Cantik Dan Menarik

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Sepatutnya minggu lepas lagi mama dah postkn entri ni tapi dek kerana berbagai-bagai masalah jadi terpaksalah ditangguhkan dahulu...hari ni mama nak postkan entri beg sandang yang mama order dari blogger Siti Kektus...nak lihat hasilnya tekan sini...

memang cantik buatannya dan anak mama cukup berpuas hati sangat dengan hasilnya...  sebenarnya ada satu lagi tempahan anak mama untuk satu lagi beg sandang seperti ini dan ianya masih dalam pemprosesan pembuatannya......

pada kawan-kawan yang ingin mendapatkan sling bag/beg sandang seperti ini bolehlah ke blog Cik Siti Kektus untuk membuat tempahan...pasti kawan-kawan akan berpuas hati dengan hasil tangannya nanti...

Wednesday, March 26, 2014

Wordless Wednesday # 429...Ingatlah Wahai Anak-Anakku

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Wordless Wednesday # 428...Peringatan Untuk Kita Semua

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Tuesday, March 25, 2014

MH370 Berat Mata Yang Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamulaaikum...

Jika itu sudah ketentuan dari Allah kita sebagai manusia ciptaanNYA ini memang tidak boleh lari dari mempertikaikan apa jua kehendakNYA pun...terimalah semuanya itu dengan redha dan penuh ketenangan dihati...seluruh rakyat Malaysia berasa amat bersedih dan terharu dengan pengumuman dari Perdana Menteri kita semalam...pesawat MH307 telah disahkan berakhir di tengah Lautan Hindi...


Berita yang amat menyedihkan itu membuatkan kita semua merasa terharu dan pilu...walaupun kita semua tiada saudara mara yang menjadi mangsa tapi kita semua turut merasa kesedihan dan mempunyai perasaan kehilangan yang sama seperti ahli keluarga mangsa...diharap semoga ahli keluarga mangsa pesawat MH370 dapat menerima ketentuan Ilahi ini dengan redha dan mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian ini...

Sekarang ini gerakan untuk mencari bangkai pesawat dan kotak hitam pesawat MH370 untuk kita mengetahui punca kejadian sebenarnya apa yang telah berlaku di dalam pesawat MH370 itu...mudah-mudahan kita semua akan mendapat jawapan dari kotak hitam tersebut dan akan mengetahui punca apa yang berlaku dan mengakibatkan kejadian kehilangan pesawat MH370 ini...inshaAllah..



Al-Fatihah buat mangsa-mangsa pesawat MH370 yang beragama Islam juga takziah buat mangsa pesawat yang lain...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya...semoga semua ahli keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan besar dari Allah ini...sedih sangat-sangat bila mengenangkan bagaimana keadaan penumpang dan krew pesawat MH370 semasa berlaku kejadian itu...


p/s dari Allah Kita Datang Dari Allah Jualah Kita Kembali...

Monday, March 24, 2014

Hadiah Sudah Selamat Di Poskan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Alhamdullilah !! hadiah buat teman alam maya yang sudi singgah dan meninggalkan komen di blog mama ini telah selamat diposkan semalam...semoga hadiah ini akan segera sampai ke tangan pengomen-pengomen yang berjaya...terimakasih mama ucapkan buat semua teman alam maya ini kerana sudi menyokong dan datang bertandang ke blog mama selama ini yer...semoga ikatan ukuhwah diantara kita akan tetap kekal selama-lamanya dan inshaAllah jika dipanjangkan umur kita akan dapat bersua di alam nyata nanti...

Singkapkan Doa Kami - Riz

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

                        

p/s semoga pesawat dan penumpang MH370 akan dijumpai dengan segera...

Resepi Nasi Goreng Belacan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Bab sebut pasal makan ni memang semua orang suka makankan...yer la ! dalam hidup kita seharian ini memang perlu makan...kalau tak makan mana nak ada tenaga untuk melakukan kerja seharian kita...bila dah makan badan pun sudah memperolehi tenaga dan bolehlah kita menjalankan tugas seharian seperti biasa...hari ni mama nak bagi resepi nasi goreng belacan yang simple dan sedap buat kawan-kawan mencubanya sendiri...

bahan yang diperlukan...
nasi putih,ikan bilis,cili api,bawang merah,belacan,daun sup/daun bawang,garam,serbuk perasa dan bawang goreng untuk hiasan.

Cara membuatnya..
Hancurkan dulu nasi putih tu tepikan dulu...kita sediakan rencah untuk nasi goreng tu..ambil cili api,bawang merah tumbuk kesemuanya...kalau guna belacan biasa tumbuk sekali dalam rencah tu kalau guna yang serbuk tu tak perlu hanya masukkan saja...panaskan kuali goreng sedikit ikan bilis asingkan dulu..tumis bahan yang dah ditumbuk tadi ke dalam kuali...biarkan garing bahan tumis tu...

kalau guna belacan serbuk eloklah ditaburkan ke dalam nasi yang sedang digoreng juga kalau suka nak letak sayur boleh dimasukkan juga masa ni...masukkan garam dan serbuk perasa kacau dan akhirnya masukkan nasi yang telah dihancurkan tadi...gaulkan hingga sebati dengan rencah tadi...biarkanlah nasi tu garing masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi kacau nasi tu biar sebati dengan ikan bilis tu...bila nak dihidangkan tabur bawang goreng dan daun sup/daun bawang untuk hiasan...selamat mencuba yer kawan-kawan..

Bakal Seorang Ustaz

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Lama sungguh rasanya tak update blog mama ni...sebenarnya banyak cerita nak dituliskan di sini tetapi ada saja perkara yang menghalangnya...lebih-lebih lagi bila sibuk menjaga budak kecik ni yang sememangnya sudah semakin lasak sekarang ni...pasti ada saja kerja dan perkara yang baru yang nak dilakukannya...

tengok gambar kat atas ni dah tahukan...waktu kita nak solat ni dia pun sibuk cari kopiahnya nak ikut sekali bersolat...kena pulak dengan jubah pemberian dari moyang tempohari memang sesuailah lagaknya cucu grandma sorang ni...

betul tu perkara yang elok sememangnya haruslah diajar pada anak-anak kita semuakan...eloklah kita terapkan nilai-nilai sikap dan sifat yang baik buat anak-anak moga segala apa yang kita lakukan akan menjadi contoh yang baik buat anak-anak sehingga mereka besar nanti...

mudah-mudahan bila besar nanti Awisy menjadi seorang anak yang soleh dan berjaya menjadi seorang ustaz yer...grandma akan sentiasa mendoakan kejayaan cucu kesayangan grandma ni berjaya nanti yer...InshaAllah...Amin...


Wednesday, March 19, 2014

Wordless Wednesday # 427....Nak Juga Letak Gambar Sendiri....

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Wordless Wednesday # 426...Misteri Belum Terjawab

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s kita hanya mampu berdoa...


Tuesday, March 18, 2014

Resepi Masak Lemak Turi

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Inilah menu masakan mama pada hari Ahad lepas...pucuk turinya mama ambil dari depan rumah jer...inilah hasilnya bila berbudi pada tanah dapat juga dimakan pucuknya dan buat menu masakan tapi sayangnya pokok turi ni dah semakin membesar...bila la agaknya hubby nak mencantas sedikit supaya boleh tumbuh pucuk-pucuk yang baru semula...okay la kita tengok resepi masak lemak turi ni yer...

bahannya:
pucuk turi,santan,udang kering,bawang merah,dan serbuk kunyit sedikit,garam dan serbuk perasa..

Cara memasaknya memang senang dan simple...
kita ambil udang kering,bawang merah kalau nak pedas sedikit boleh tambah cili api dan ditumbuk semua bahan ini...dah siap masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk letakkan santan cair sedikit dulu kalau nak boleh letakkan keledek pun sedap...mama tak letak sebab lupa nak beli keledek tu...

masukkan pucuk turi ke dalam periuk dan sedikit serbuk kunyit nak bagi kuning sedikit kuahnya...kacau perlahan-lahan bila dah mendidih sedikit masukkan santan pekat kacau dan tambahkan garam juga serbuk perasa...akhirnya bila dah cukup rasanya bolehlah dihidangkan bersama sambal belacan dan ikan goreng bersama nasi panas...
selamat mencuba kawan-kawan semua...

Hadiah Dari Teman Blogger

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Terimakasih mama ucapkan buat teman blogger merangkap teman alam maya kerana memberi mama hadiah yang cukup istimewa ini..sekali lagi terimakasih buat Cik Lily Putih kita ni yer...semoga ikatan ukuhwah diantara kita akan terus berkekalan yer...

Mama minta maaf kerana tidak dapat berjumpa Cik Lily Putih pada minggu lepas...kalau dapat berjumpa secara live mungkin lebih bererti lagi agaknya kerana dapat bersua muka dan mengenali lebih rapat lagi...mungkin di lain masa inshaAllah kita akan bersua juga hendaknya yer...

p/s mood hepi dpt kenalan dr alam maya...

Monday, March 17, 2014

Resepi Masak Air Tempe Telur

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Hari ni masak lauk yang simple saja tapi sedap rasanya...bila pandang lauk ni teringat semasa duduk kampung dulu...arwah mak suka masak lauk ni siap ada sambal tumis ikan bilis atau sambal belacan dan ikan masin... memang seronok kalau makan ramai-ramai bersama nasi panas...wow memang orang cakap mak mentua lalu belakang pun tak sedar la...jom kita tengok resepinya...

Bahan-bahannya mudah dan senang didapati..
tempe,telur,soo hoon,bawang putih,ikan bilis,daun sop,bawang goreng,air,garam,serbuk perasa,daun kunyit dan sedikit minyak untuk menumis..

Cara memasaknya :
Rendam soo hoon biarkan..ambil bawang putih hiris dan ikan bilis tumiskan ke dalam periuk..dah garing sedikit masukkan air ke dalam periuk biarkan mendidih masukkan awal garam dan serbuk perasa secukup rasa...dah mendidih kecilkan api dapur dan pecahkan telur ke dalam kuah,biarkan telur tu masak...masukkan soo hoon,daun kunyit dan tempe ke dalam periuk biarkan sekejap...

Bila sudah siap bolehlah dihidangkan tabur daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasannya...hidangkan bersama nasi panas,sambal tumis/sambal belacan juga ikan masin...selamat mencuba hidangan yang cukup simple ini...

Sunday, March 16, 2014

Akhirnya Dapat Juga Barang Yang Diidamkannya...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Rutin yang selalu dilakukan pada hari Sabtu adalah mencari bahan masakan di Tesco Bukit Indah...menu yang harus dimasak semalam adalah permintaan anak bongsu mama iaitu "Nasi Ayam" nak tengok resepinya nanti dulu yer hari ni mama nak cerita lain dulu...mama pun apa lagi meneruskan pencarian mencari bahan untuk nasi ayam itu semalam...

 mula-mula mama nak cerita kes anak mama yang sulung ni...bila dah ke tesco ni memang ada bermacam-macam offer untuk barangannya bila hujung minggu ! anak mama memang suka membelek dulu barangan apa yang menarik dan murah harganya...belek punya belek terpandanglah dia satu barang yang memang sudah lama diidamkannya...

selalunya bila nak beli ada saja halangannya tapi kali ini memang terus ambil jer memandangkan harganya yang begitu murah...3 tier periuk itu hanya Rm 29.90 sahaja ! memang murah sesangat...biasanya memang tak dapat dengan harga begitu...


inilah barangan yang baru diangkut dari pasaraya tesco semalam periuk kukus serbaguna...lain barang yang nak dicari lain pula yang dibelinya...lepas ni lagi rajinlah anak mama membuat kek kukusnya itu..puas hati anak mama kerana telah berjaya membawa pulang sebuah periuk kukus itu semalam...


 sampai saja di rumah ! menantu mamalah yang mula-mula telah merasmikan periuk kukus itu semalam...menu pertama beliau semalam adalah mengukus jagung menggunakan periuk kukus itu...memang senang dan mudah sekali menggunakannya...sedap juga dapat makan jagung kukus hasil tangan menantu sendiri yang membuatnya..


Thursday, March 13, 2014

Memilih Kedai Yang Bersih

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Dari semalam hubby mama dah asyik sakit perut jer...kat opis pun asyik keluar masuk jamban jer...rupa-rupanya hubby ada makan makanan di sebuah restoren yang kurang elok agaknya...nak sangat makan lauk sambal petai di kedai tu katanya...tapi bila makan rasanya pun dah macam nak basi nasib baik hubby tak habis memakannya...kalau tidak mungkin lagi teruk la jadinya..

Pagi ni memang tak boleh jadi terus bawa hubby ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan...bila sampai giliran doktor check keadaan badan hubby lemah oleh itu doktor nasihatkan supaya masukkan air dahulu...terpaksalah mama menunggu sejam 2 untuk menghabiskan 1 tabung air garam tu kot...sementara nak menunggu air tu habis hubby boleh lena sekejap kat situ...

Alhamdullilah nampaknya beransur berkurangan sakit perut dan demam hubby mama tu...doktor dah bagi ubat dan MC supaya hubby dapat berehat saja di rumah...memang bahaya sekarang ni kalau hendak makan di restoren atau di kedai makan yang kurang elok tahap kebersihannya....oleh itu kawan-kawan kenalah kita berhati-hati bila kita hendak menjamu selera di luar tu...kena jadi seorang yang memilih kedai dan keadaan suasananya...pilihlah kedai yang bersih dari semua seginya yer...

p/s kesihatan perlu dijaga...

Wednesday, March 12, 2014

Wordless Wednesday # 425....Grandma Dan Grandpa Tumpang Seronok...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s grandma n grandpa pun teringin naik buaian...

Wordless Wednesday # 424...Calon Suami

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s berdoalah supaya MH370 ditemui...

Wordless Wednesday # 423...Sarapan Pagi

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

p/s kenyang perut suka hati...

Tuesday, March 11, 2014

GA Pertama Oleh Amir Khalis

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)


Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Jom kawan-kawan kita join giveaway dari blogger Zamani Abe ini...pada kawan-kawan yang ingin menyertainya sekali klik jer link kat atas tu...hadiahnya adalah power bank di atas buat blogger yang bertuah nanti...selamat mencuba yer..

MH370 DiMana Kau Menghilang

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Ke manakah dikau menghilang
Dimanakah dikau bersembunyi
Dimanakah ? Dimanakah ?
Dimanakah ianya berada sekarang
Hari ke empat sudah kehilangan mu
Semuanya mengharapkan kemunculanmu
mengharapkan kepulangan mu
Kehilangan mu masih menjadi misteri tanda tanya
kami mengharap kemunculan mu wahai MH370

Ya Allah berikanlah petunjuk MU
tunjukkanlah di mana mereka berada 
moga hilang semua keresahan
kerisauan,
kerinduan ahli keluarga mereka
 pulangkanlah ianya kembali
Pulangkanlah mereka Ya Allah
Pulangkan mereka ke pangkuan kami 
untuk bertemu insan-insan yang mereka kasihi...

MH370 Kemanakah Kau Menghilang...??


Monday, March 10, 2014

Berjaya Dalam Segmen Giveaway Di Blog Mialiana

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Alhamdullilah !! berjaya juga mama terpilih menjadi salah seorang pemenang dalam segmen giveaway SlimFat Diet yang telah diadakan di blog blogger femes kita iaitu Mialiana...terimakasih juga pada My Beauty Herbs kerana telah memilih entri jawapan dari mama...semoga misi untuk mengurangkan berat badan hubby mama akan berjaya dengan jayanya selepas ini...kena tunggulah reviewnya nanti yer...

Sunday, March 9, 2014

Berjimba Di WaterPark Legoland

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Semalam hari pertama bawa Awisy bermandi-manda di waterpark legoland...first time masuk ke dalam kolam Awisy dah mula menjerit ketakutan...nasib baik ada papa Awisy ajar dan bawa perlahan-lahan Awisy ke dalam kolam...



semua seronok bermandi manda bersama hanya mama dan anak mama yang sulung jer tak turun mandi kali ni...ada masalah orang perempuan masa ni jadi kena la tunggu di lain kali jer...


perlahan-lahan akhirnya Awisy sudah mula dapat mengatasi ketakutannya dan dia sudah mula boleh bermain air sedikit...



seronok dapat berjimba bersama family di hujung minggu begini...minggu depan boleh datang lagi dan boleh berjimba bersama lagi...
 

Renew Annual Pass Legoland

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

annual pass yang baru dengan nama yang baru..

Premium annual pass buat anak-anak mama telah siap direnew pada hari Khamis lepas...annual pass yang lama berwarna kuning dan ianya boleh digunakan untuk memasuki park legoland saja...kali ni setelah direnew warna pass juga sudah bertukar   dari kuning ke warna biru pula...pass untuk kali ini boleh digunakan bagi kedua-dua tempat iaitu park dan juga waterpark legoland...


ini ialah annual pass yang lama dan berwarna kuning...pass ini juga sudah direnewkan oleh anak mama bagi membolehkan mama dan hubby memasuki park juga water park legoland.....

"Giveaway 2014 By Syira Lokman"

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


jom kawan-kawan kita join segmen dari teman alam maya ini...pada kawan-kawan yang ingin menjoinkan diri bolehlah klik sini...
 banyak hadiah-hadiah menarik telah disediakan oleh pihak penganjur...tarikh tutup segmen pada 25 Mac 2014 ini..


Berdoa Untuk MH370

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Marilah kita rakyat Malaysia semua mendoakan keselamatan semua para penumpang-penumpang pesawat MH307 dan lebih-lebih lagi buat penumpang dari rakyat Malaysia kita sendiri...semoga mereka semua dapat kembali kepangkuan keluarga dengan selamatnya...moga Allah melindungi mereka semua..amin..


buat masa sekarang hanya berita dan cerita yang bermacam-macam dapat kita dengari dan janganlah kita membuat andaian yang bukan-bukan.. hanya doa dapat kita berikan buat masa sekarang buat mereka yang terlibat...diharap keluarga-keluarga penumpang yang terlibat banyak-banyakkanlah bersabar menunggu berita perkembangan terkini...

p/s Ya Allah Permudahkanlah Mereka...

Saturday, March 8, 2014

Resepi Daging Black Paper

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Bila dah ada stok daging dalam peti ais anak mama yang bongsu ni suka suruh maknya masakkan lauk kegemarannya ini...kekadang tu boring juga asyik nak masak lauk yang sama tapi dek kerana dah menjadi kesukaan anak-anak dan hubby maknya ni sanggup masakkan apa saja...ibu mana yang tak gembira bila lauk yang dimasak sendiri menjadi kesukaan familynya...

oleh itu kawan-kawan rajin-rajinkanlah diri kita menyediakan lauk kegemaran anak-anak dan suami kerana air tangan seorang isteri dan ibu itulah yang akan menjadi pengikat kasih sayang di dalam rumahtangga kita...alamak panjang pula mama ni membebel jomlah kita lihat resepi yang mama nak sediakan hari ini yer...

bahan-bahannya : daging,kicap pekat,kicap cair,sos tiram,serbuk lada hitam,cili api/cili hidup,bawang besar,bawang putih,halia,garam dan serbuk perasa untuk hiasan daun sop/daun bawang.

Cara memasaknya : mula-mula rebuskan daging hingga empuk,kalau guna daging yang lembut tak payah rebus pun boleh...bila daging dah lembut hiriskan nipis-nipis kemudian perapkan sekejap dengan kicap pekat dan kicap cair..tujuannya nak nampakkan daging tu gelap sedikit...

Selepas tu tumis bawang dan halia sekejap bila dah naik bau masukkan bawang besar dan cili yang telah dihiris-hiris terlebih dahulu...masukkan sos tiram,kicap pekat dan kicap cair kemudian masukkan hirisan daging yang telah diperap tadi kedalamnya...masukkan garam serbuk perasa dan serbuk lada hitam...gaulkan kesemuanya sehingga sebati...

Bubuh garam dan serbuk perasa mengikut kesuaian rasanya yer ! garam pula jangan bubuh terbanyak pula sebab sos tiram tu dah cukup masin...akhirnya daging lada hitam / black paper siap untuk dihidangkan... taburkan dengan hirisan bawang besar dan daun sup atau daun bawang untuk hiasannya...okay itu saja resepi yang simple dan senang buat kawan-kawan mencubanya yer...selamat mencuba...

Friday, March 7, 2014

Comel Gaya Budak Berdua Ni

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Bila seorang tidur seorang lagi pun mesti tidur juga kalau tidak memang inilah jadinya dok main cak-cak pulak...memang tak boleh dibiarkan tapi kalau dah bangun sorang ! lagi sorang tu mesti nak dikejutkan juga...yang dok dalam buaian tu seronoklah yer ada geng boleh kejutkan dia dari tidur... 


Inilah gelagat budak kecik dua orang ni Awisy dan Aiman petang tadi...kalau awisy dah bangun Aiman pun kena bangun tidur juga...nasib baiklah grandma bagi kedua-duanya tidur serentak jadi taklah susah sangat kerana kedua-duanya sudah dapat tidur lena bersama sebelumnya..

p/s seronok hari2 dpt lihat gelagat budak kecik 2 orang ni...

GA March 2014 By Emas Putih

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Assalamualaikum

Sila tekan banner di atas jika nak join.




DUIT TABUNG