SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Pada hari Sabtu yang lepas mama baru perasan kat Tesco Mutiara Rini yang baru dibuka itu sebenarnya ada lot parking "Khas Untuk Pemandu Wanita Yang Berseorangan" saja...kalau tak pandang betul-betul memang tak nampak tulisan kat atas tu...patutlah lot parkingnya lain dari yang lain tiang dan kotak parkingnya bercolor pink... ingatkan parking kat sini semuanya sama jer rupa-rupanya tidak...ada sebab rupanya lot parking ini bercolor pink...


Bila dah parking kat situ baru perasan ! itu pun selepas kami berjalan keluar dari pasaraya Tesco tersebut ke tempat parking lot tu...baru ternampak tulisan kat tiang atas tu "Khas Untuk Pemandu Wanita Yang Berseorangan"... kami dengan selambanya terus jer park kat situ tadi tanpa pandang kiri kanan...sepatutnya tulisan tu diletakkan di bahagian bawah juga jadi pemandu walau tak boleh nampak tulisan yang diatas tapi boleh nampak tulisan yang tertera kat sebelah bawah pulak...tapi tak tahu la mama adakah pemandu-pemandu yang parking kat sebelah kami itu pemandu wanita atau sama macam kami memang tak nampak tulisan kat parking lot tu.. 

p/s itu sebab permerhatian pemandu pentingkan...