24 October 2014

Resepi Apam Susu Belang

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Memang rajin anak mama buat apam susu bercolor ni semalam...balik dari kerja jer terus mengempam dia heheee...bukan apa saja terasa nak makan tu yang rajin sangat nak buat...mama pulak keluar semalam petang balik jer apam ni dah siap terletak atas meja...apa lagi terus ngap masuk mulut la...jadi hari ni mama nak kongsi resepi dengan kawan-kawan semua Apam Susu Belang ni yer...


Bahan-bahannya...
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovalate
1 cawan gula pasir
4 sudu besar susu pekat
2 cawan tepung gandum
pewarna

Cara-caranya...
1-Blend telur,esen vanilla,ovalate,gula pasir dan susu pekat sampai kembang
2-Masukkan tepung dan gaul sebati dalam aduan tadi..
3-bahagikan beberapa bahagian dan warnakan..
4-sapu loyang dengan sedikit majerin,masukkan adunan ke dalam loyang diselang selikan dan akhir sekali kukus selama 45 minit...siap untuk dihidangkan..

Selamat mencuba kawan-kawan...


4 comments: