30 October 2014

# info sejarah

Asal Usul PEKAN GERSIK MUAR

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


ASAL USUL GERSIK
Mengikut sejarah yang dapat dikesan daripada pendaftaran tanah dan cerita orang tua-tua pembukaan Kampung Resik (Gersik) ini bermula pada tahun 1883 dan berakhir pada tahun 1960 dimana ketika itu semua hutan telah habis diterokai dan menjadi kawasan pertanian. Peneroka asal kampung ini ialah Orang Kaya Ali dan para pengikutnya dari Muar yang menyusuri pantai Selat Melaka setelah terlibat di dalam pertengkaran keluarga.
Nama Sungai Resik ini adalah mengambil sempena wujudnya bekas laluan air (alur) seperti anak sungai yang terdapat di kawasan kampung ini, manakala perkataan Resik pula adalah istilah Jawa yang bermaksud bersih. Ini kerana alur sungai itu berkeadaan bersih dari semak samun dan airnya pula mengalir dengan baik. Itulah sebabnya sehingga kini bahagian laut,jalan dan paritnya tidak lurus, malah bengkang bengkuk seperti sungai.
Peneroka Kampung Sungai Resik sentiasa bertambah dari semasa ke semasa beransur-ansur hinggalah abad ke-19 dimana terbinanya jalan keretapi dari Sungai Pulai,Muar ke Semerah. Generasi mudanya kian mencapai pembangunan yang pesat, terutamanya dengan penemuan sebuah kawasan yang penuh lagenda (Kolam Air Panas) oleh Tuan Haji Abd Rahman Getu pada tahun 1911, dimana kawasan ini telah menjadi destinasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri hingga kini.


p/s sejarah asal usul...

1 comment:

  1. semalam dah baca pasal pekan panchor, hari ni baca pasal pekan lain pulak..menarik ni... mama teruskan menulis...

    ReplyDelete