16 October 2014

# info sejarah

Asal Usul Nama "BAKRI" Di MUAR

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Bila baca asal usul BAKRI ni teringat mama masa kecik-kecik dulu...inilah kampung yang telah banyak memberikan kenangan terindah dalam hidup mama ini...dari kecil sehingga dewasa inilah kampungku yang tercinta Kampung Bakri Batu 2..duduk kampung dah lama tapi asal usul nama kampung pun tak tahu... 

bila dah ada info macam ni eloklah mama kongsikan bersama-sama untuk pengetahuan semuanya...akan ada info lagi tentang nama-nama yang telah di berikan pada setiap daerah di Muar ini...info diperolehi dari SINI...

ASAL USUL BAKRI
Sepanjang Perang Dunia Kedua, Bakri atau Bukit Bakri menjadi tapak pertempuran Tentera Jepun yang mara ke Singapura melalui Parit Sulong dan Kluang. Terdapat banyak perkuburan Islam, Cina, Hindu dan Kristian di bandar Bakri termasuk tanah perkuburan perang bersejarah Jepun dari Perang Dunia Kedua.

Bandar Bakri sebenarnya merupakan sebuah pekan kecil terletak di Batu 6, Jalan Bakri, Muar. Ia lebih dikenali sebagai Pekan Bakri. Pekan Bakri dan Bandar Maharani dihubungkan oleh Jalan Bakri yang telah dibina oleh peneroka Kampung Bakri iaitu Haji Mohamad Noh bin Haji Lebai Muhamad (1850-1923) seorang saudagar raja dari Cerebon pada tahun 1869. Jalan ini kemudiannya diperbaiki dan diluruskan oleh Dato’ Bentara Luar Johor, Dato’ Mohd Salleh bin Perang pada tahun 1890 dan dinamakan Bakri sempena nama Sultan Abu Bakar.

Nama ini diberi sebagai tanda kesetiaan penduduk Bakri yang terdiri dari orang-orang Jawa dan Melayu Pagoh yang mempunyai ikatan tali persaudaraan dengan Orang Kaya Muar.
Jalan Bakri sebelum merdeka memegang rekod sebagai jalan terpanjang dan terlurus di Johor yang diukur dan dibina oleh Dato’ Mohd Salleh bin Perang. Jalan ini pernah menjadi kemegahan orang Muar khasnya orang Bakri apabila menceritakan keadaan jalan yang dianggap terbaik di Johor ketika itu.
Sebelum kawasan ini dikenali sebagai Bakri, kampung ini dikenali sebagai Kampung Jawa, dibuka pada tahun 1869 atas titah Temenggung Abu Bakar kepada Orang Kaya Joned. Orang Kaya Joned telah menyuruh anak angkatnya Haji Mohd Noh bin Haji Lebai Muhamad, seorang saudagar raja dari Cerebon yang kaya berasal dari Jawa dan baru menetap di Muar dengan orang-orangnya menebas hutan dan kampung.
Apabila Haji Mohd Noh mewakafkan sebahagian tanahnya untuk mendirikan Sekolah Melayu yang dibuka pada tahun 1900 di Batu 2 dan dikenali sebagai Sekolah Melayu Jalan Bakri, nama Kampung Jawa pun terus bertukar kepada Kampung Bakri dan kekal hingga ke hari ini.

p/s mood teringat kampung halaman..

5 comments:

  1. Mula2 tgk tajuk mama ..ingat BAKRI tu nama orang ..Tapi nama tempat rupanya ... hehhee

    ReplyDelete
  2. Esok baru dapat balik kampung halaman...

    ReplyDelete
  3. Biasa lalu jln bakri muar nak ke parit sulong. tapi tak pernah singgah pekan muar

    ReplyDelete