HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Friday, October 31, 2014

Asal Usul Nama PAGOH MUAR

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


ASAL USUL PAGOH

Pagoh yang bermaksud ‘bagus’ mengikut Bahasa Melayu Tua telah dibuka oleh Dato’ Bendahara Wan Sulaiman dari Kota Tinggi pada tahun 1707.

Penduduk asalnya terdiri daripada orang Jawa, Minangkabau dan Bugis. Pagoh adalah asas penempatan kawasan hulu Muar dengan beberapa kesan sejarah silam yang menjadikan Sungai Muar sebagai penghubung utama dengan Empayar Kerajaan Melayu Melaka.

Pagoh merupakan satu tempat terpenting yang mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan Empayar Melayu Melaka. Lokasinya yang terletak di pinggir sungai terdapat sebuah kubu yang terletak di Kuala Sungai Pagoh merupakan kubu terakhir angkatan Melaka apabila diserang oleh Portugis pada tahun 1511. Terdapat sebuah lagi kubu yang dipanggil Kubu Malini di satu kawasan tidak jauh dari kubu tersebut.

Terdapat sebuah perkuburan di kawasan ini yang dikenali dengan pusara Pahlawan Mat Berani yang dikatakan salah seorang pahlawan Melayu dari negeri Pahang yang datang membantu angkatan Sultan Melaka bagi mempertahankan kawasan ini, tetapi telah kecundang dan telah dikuburkan di situ.

Makam Sultan Alauddin Riayat Shah (I) terletak dipinggir Sungai Pagoh. Baginda telah dimakamkan bersama adindanya yang terkenal iaitu Almarhum Berdarah Putih. Kedua-duanya mangkat di situ dan dimakamkan di tanah perkuburan kawasan Masjid Jamek Kampung Raja.

Almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah (I) telah memerintah Melaka 1477-1488, merupakan salah seorang raja yang tegas menjalankan tugasnya dan baginda sendiri dikatakan berkawal menghapuskan perompak lanun yang mengganas di Melaka semasa pemerintahannya.

Satu batu peringatan telah dibina oleh pihak Muzium Negara untuk merasmikan makam ini dalam satu upacara penuh istiadat pada 24 Disember 1971.



Biskut Cinta Anak-Anak

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Semalam punya cerita...masing-masing seronok dengan biskut yang dibuat sendiri...itulah dia cerita anak-anak mama...saja suka-suka nak buat biskut di rumah...nak kata susah tak lah susah sangat pun nak buat biskut comel-comel ni...cuma uli-uli, terap, bakar dan akhirnya hiaskan...bila dah siap inilah dia hasilnya "biskut cinta" wawawaaaa ada nama pulak tu..bukan apa bentuk pun dah bentuk hati itu yang jadi namanya biskut cinta...saja jer kami nak buat suasana di dapur rumah kami ini jadi lebih hangat lagi... 



p/s mood hepi lihat anak-anak hepi juga...

MINILAND STAR WARS DI LEGOLAND

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
 
Jom kawan-kawan kita lihat gambar-gambar miniland Starwars yang terdapat di Legoland...semuanya diperbuat dari brick-brick lego...pada kawan-kawan yang ingin bercuti pada cuti sekolah nanti bolehlah membawa anak-anak ke Legoland...memang menyeronokkan dan rasailah pengalaman bersama anak-anak kita bila berada di sana nanti...














p/s mood sakit perut pulak...

Kupon Penjimatan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Kebetulan semalam anak mama nak cari printer yang harganya murah-murah saja...cuma nak menggantikan printer yang biasa digunakan kat rumah ni yang dah rosak...jadi terpaksa jugalah cari printer yang biasa dan murah jer...kebiasaannya kat tesco ada jual barangan elektrik yang murah..jadi kami terus ke sana dan cuba survey dulu kalau ada promosi barangan elektrik minggu ini lagi bagus...

Kami pun ke Tesco Bukit Indah..survey punya survey memang kebetulan ada promosi barangan elektrik...printer jenama Canon Pixma di jual dengan harga Rm 160...alhamdullilah !! ada juga printer yang dicari,murah dan berjenama pulak tu...apa lagi terus angkat satu kotak masuk dalam troli...


dalam pada itu sempat juga mama rembat satu blander Penasonic ini...harga yang dijual pun murah hanya Rm39.90 sebuah...harga biasanya dalam 50 atau 60 ringgit sebuah...pantang nampak barangan yang murah cepat jer nak sambar...kihkihkih manjakan diri sekali sekala apa salahnyakan...


Kebetulan minggu ini ada harga perjimatan...setiap barangan yang dibeli dalam satu resit bernilai Rm30 akan mendapat kupon Rm5 dan jika bernilai Rm60 akan mendapat kupon penjimatan bernilai Rm10...dapatlah juga kami dua kupon penjimatan semalam bernilai Rm20...promosi bermula 30Okt-12Nov ini...

p/s mood sakit perut ni...

Thursday, October 30, 2014

Aidijuma Lagi !!

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Beli lagi ! betul-betul memang dah jadi fanatik tudung AJ anak mama ni..pantang ada keluaran yang baru mesti beli...tak apa la benda yang dipakai untuk tutup aurat rasanya tak salah kalau nak dibeli pun...itupun kenalah ikut kemampuan diri juga ni....kali ni anak mama beli pun berdekatan rumah di UTM jer...lagi pun pesta konvo akan berlangsung dan ada banyak booth termasuklah booth AJ di tapak pesta konvo UTM ni..pada kawan-kawan yang duduk berdekatan Skudai ni bolehlah singgah ke tapak pesta konvo UTM ni yer..

p/s mood nak pergi juga...

Cerita Kartun Yang Kurang Elok Untuk Kanak-Kanak

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Sebut pasal cerita kartun ni memang semua suka menontonnya baik kanak-kanak atau kita orang dewasa ini...tapi berhati-hatilah dengan cara dan penyampaian isi kandungan jalan cerita kartun itu sendiri...kita sebagai ibubapa kenalah pandai memilih cerita kartun yang boleh dijadikan tauladan dan pengajaran untuk anak-anak kita...

 Pada pendapat mama la antara cerita kartun yang memang tidak elok untuk dijadikan tontonan kanak-kanak adalah cerita kartun "Hagemaru" dan kartun "Crayon Shin Chan"..rasanya isi kandungan jalan cerita kartun ini memang tidak elok la untuk tontonan anak-anak kecil kita di rumah...Cerita kartun ini pula memang kerap disiarkan di kaca tv sekarang ini...

Lihatlah perangai dan tingkahlaku yang ditunjukkan dalam jalan cerita kartun ini memang tidak sesuai sama sekali..perangai Hagemaru dan Shin Chan dalam cerita kartun ini memang mama sama sekali tak menggemarinya...setakat ini memang mama tidak membenarkan Darwisy dan Aiman menonton cerita kartun ini...takut nanti boleh jadi ikutan budak-budak kecik berdua ini...biarlah tengok cerita Upin Ipin buatan Malaysia tu penuh dengan pengajarannya...dari nak bagi tengok Hagemaru dan Shin Chan yang gatal ni memang tak payah la... 


Boleh kalau ada ibubapa yang membenarkan anak mereka menonton cerita kartun ini tapi dengan syarat ibubapa kena turut serta sekali menontonnya...jadi kita sebagai ibubapa bolehlah memberitahu mereka akan mana-mana ketidakeloknya perangai Hagemaru dan Shin Chan dalam cerita ini...tapi seboleh-bolehnya janganlah dibiarkan anak-anak kita menonton cerita ini bersendirian takut nanti anak-anak akan mudah terikut cara yang ditunjukkan dalam cerita ini...

Itu semua terpulanglah pada pandangan kawan-kawan semua...mama cuma menyatakan pendapat mama tentang jalan cerita yang kurang elok dalam cerita kartun ini..semuanya ada kebaikkan dan keburukkannya pada anak-anak kita...kita sebagai ibubapa inilah yang dapat membentuk anak-anak kita sendiri ke arah kebaikkan dan menjadi anak yang baik dari segala-galanya...pilihan di tangan kita sendiri...

p/s mood membebel dah ni..


Segmen Pencarian Bloglist November & Disember 2014

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Assalamualaikum



29 Oktober 2014 sehingga 30 Oktober 2014


Jom Support Kisahsidairy.com

Asal Usul PEKAN GERSIK MUAR

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


ASAL USUL GERSIK
Mengikut sejarah yang dapat dikesan daripada pendaftaran tanah dan cerita orang tua-tua pembukaan Kampung Resik (Gersik) ini bermula pada tahun 1883 dan berakhir pada tahun 1960 dimana ketika itu semua hutan telah habis diterokai dan menjadi kawasan pertanian. Peneroka asal kampung ini ialah Orang Kaya Ali dan para pengikutnya dari Muar yang menyusuri pantai Selat Melaka setelah terlibat di dalam pertengkaran keluarga.
Nama Sungai Resik ini adalah mengambil sempena wujudnya bekas laluan air (alur) seperti anak sungai yang terdapat di kawasan kampung ini, manakala perkataan Resik pula adalah istilah Jawa yang bermaksud bersih. Ini kerana alur sungai itu berkeadaan bersih dari semak samun dan airnya pula mengalir dengan baik. Itulah sebabnya sehingga kini bahagian laut,jalan dan paritnya tidak lurus, malah bengkang bengkuk seperti sungai.
Peneroka Kampung Sungai Resik sentiasa bertambah dari semasa ke semasa beransur-ansur hinggalah abad ke-19 dimana terbinanya jalan keretapi dari Sungai Pulai,Muar ke Semerah. Generasi mudanya kian mencapai pembangunan yang pesat, terutamanya dengan penemuan sebuah kawasan yang penuh lagenda (Kolam Air Panas) oleh Tuan Haji Abd Rahman Getu pada tahun 1911, dimana kawasan ini telah menjadi destinasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri hingga kini.


p/s sejarah asal usul...

Wednesday, October 29, 2014

Wordless Wednesday # 491...Sentiasa Mendoakan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s mood teringat mak...

Wordless Wednesday #490...Kereta Idaman

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s mood berangan-angan ni...

Wordless Wednesday # 489...Ingatlah Semua

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s mood lapo ni..

Wordless Wednesday #488...Peringatan Buat semua

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

p/s ingatan utk semua n diri sendiri juga...

Monday, October 27, 2014

Berjimba Di KOMTAR JAY BEE

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Rutin pada hari cuti mingguan adalah membawa budak kecik seorang ni berjimba-jimba...kali ini kami sekeluarga membawa Awisy ke KOMTAR Johor Baharu pusat shopping kompleks yang baru diubahsuai..Kompleks beli belah ini dah lama ada tapi sekarang ini baru lepas proses ubahsuainya...masih banyak ruang kedai yang belum di isi lagi...tengok la tu Awisy sibuk nak tekan directory yang disediakan diruangan shopping kompleks ini...


tengok dari atas ada perasmian media rupa-rupanya untuk tapak permainan Angry Bird di sini...ramai jugalah ibubapa membawa anak-anak ke sini...tapi kalau dah buka pusat aktiviti Angry Bird ni mesti lagi ramai ibubapa dan anak-anak mereka di sini.. mungkin hujung tahun ini sudah boleh dilawati agaknya...



  Darwisy sedang leka tengok Angry Bird di skrin tv tu...


p/s mood relax sambil hadap laptop...


Mr.Nuffnang Terima Kasih

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum.




Terima kasih Mr.Nuffnang ada 5 lagi CPUV nak masuk ni...ada juga rezeki kat blog mama ini walaupun tak banyak tapi alhamdullilah ada juga...banyak juga hasil yang diperolehi dari iklan nuffnang kat blog mama ini...terima kasih juga pada kawan-kawan yang singgah dan klik iklan kat blog mama ni yer...

p/s mood bila la nak cash out ni...

Resepi Popiah Jejari Ketam Berkeju

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari-hari cuti hujung minggu ini ada saja yang hendak dibuat untuk dimakan...seronok rasanya kalau dapat menjamu ahli keluarga dengan hasil air tangan kita...inilah yang mampu dibuat untuk kudapan minum petang ini tapi kudapan ini pun boleh dimakan untuk sarapan pagi...jom kita lihat resepi mudah dibawah ini..


Bahan-bahannya...
Jejari ketam,Cheese dan kulit popiah,minyak untuk menggoreng..


Cara-caranya...
1-Ambil kulit popiah letakkan cheese dan isi ketam dan gulung seperti membuat popiah biasa saja...mudah dan senang saja lakukannya sehingga habis... 


 2- Akhir sekali panaskan minyak dan goreng popiah jejari ketam berkeju ini di dalam minyak yang panas...kalau tak nak cheese terkeluar semasa digoreng simpan sekejap dalam peti ais sebelum menggorengnya...

p/s mood penat hari ni...

Sunday, October 26, 2014

Resepi Jeruk Asam Boi...Sedap ! Cara Baru Makan Mangga

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Kalau bab mangga muda ni memang tak boleh la nak cerita mesti kecur air liur ni...kan dah jadi trend kat fb makan jeruk mangga muda dengan asam boi...tengok gambar jer dah boleh buat kita merana nak makan jeruk mangga asam boi ni...bila dah asyik kecur jer lebih baik la buat sendiri kalau tunggu lama-lama memang kempunan la jadinya nanti...jom kita tengok resepi mudahnya ini...


Bahan-bahan yang diperlukan...
mangga muda,asam boi,cili api,garam dan gula...


Cara-cara membuatnya...
1-Potong mangga muda dan asingkan dalam bekas...
2-Ambil cili api hiris2kan letakkan dalam bekas mangga tu..
3-Masukkan asam boi,garam dan gula..tutup bekas dan siap sekejap dalam peti ais...
dah sejuk boleh lah dimakan begitu saja..

Selamat Mencuba yer...

p/s mood boring ni...

Saturday, October 25, 2014

Giveaway Contest Rm700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 By Emas Putih

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Mohon Keampunan Dari Allah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

...Sehitam mana sekali pun sejarah hidup kita 
selagi kita bernyawa kita tetap berpeluang menjadi ahli syurga...
Jangan pernah berputus asa untuk berubah dan mencari keampunan
 YANG MAHA ESA...

p/s mood mengantuk...


SALAM MAAL HIJRAH

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..

Jadikanlah tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...
In Syaa Allah...


p/s Salam Maal Hijrah...

Friday, October 24, 2014

Tahniah Buat Tunku Mahkota Johor ( TMJ )

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Merafak sembah dan tahniah buat DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atas pernikahan baginda dengan pasangan Che Puan Khaleeda Binti Bustamam...pasangan ini telah selamat bernikah di Istana Besar Bukit Serene Johor Baharu pada pagi tadi..jom kawan-kawan kita lihat gambar pada majlis pagi tadi...
sumber info gambar tekan sini...






Bertambah seorang lagi ahli baru keluarga kerabat Di Raja Johor...

p/s mood hepi ni n tahniah ! Tahniah ! buat TMJ...


Resepi Apam Susu Belang

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Memang rajin anak mama buat apam susu bercolor ni semalam...balik dari kerja jer terus mengempam dia heheee...bukan apa saja terasa nak makan tu yang rajin sangat nak buat...mama pulak keluar semalam petang balik jer apam ni dah siap terletak atas meja...apa lagi terus ngap masuk mulut la...jadi hari ni mama nak kongsi resepi dengan kawan-kawan semua Apam Susu Belang ni yer...


Bahan-bahannya...
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovalate
1 cawan gula pasir
4 sudu besar susu pekat
2 cawan tepung gandum
pewarna

Cara-caranya...
1-Blend telur,esen vanilla,ovalate,gula pasir dan susu pekat sampai kembang
2-Masukkan tepung dan gaul sebati dalam aduan tadi..
3-bahagikan beberapa bahagian dan warnakan..
4-sapu loyang dengan sedikit majerin,masukkan adunan ke dalam loyang diselang selikan dan akhir sekali kukus selama 45 minit...siap untuk dihidangkan..

Selamat mencuba kawan-kawan...


Kabinet Barangan Mainan Darwisy

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamulaikum...


Memandangkan hari Rabu lepas cuti Hari Deepavali kami sekeluarga ambil kesempatan berjimba bersama-sama...sempat lagi tu singgah ke Tesco Plentong...singgah ke food court dulu pekena mee goreng sambil minum petang...kononnya nak window shopping jer tapi bila dah nampak barang yang berkenan dan murah terus jer beli...hubby dok geleng kepala jer sambil tersenyum...fitrah tu sayang belikan apa yang isteri nak...wawaaaa gelak jahat ni...


semalam pasang sendiri jer kabinet ni sebab semuanya sibuk bekerja...itu yang cucu sorang ni dok mengacau masa nak memasangnya tapi akhirnya siap juga...bila dah siap letakkan di satu sudut... letak semua barang mainan Awisy supaya senang tak la bersepah-sepah...bila dah main kena ajar dia supaya letakkan semula barangan mainan tu kat tempatnya balik...

Darwisy Yang Rajin Menolong

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Salam Jumaat...

kalau kita buat sesuatu ada saja dia nak mengacaunya...apa yang kita lakukan Darwisy pun nak juga...grandma nak pasang almari kecik ini pun dia dah mula juga ambil dulu skru drivernya...


Beria-ia Darwisy hendak melakukannya sendiri...pandai cucu grandma sorang ni rajin dia nak menolong grandma yer...bagus kalau macam ni kena biasakan diri Darwisy dengan sikap rajin dan tolong menolong...dah besar nanti senang grandma nak minta tolong buatkan sesuatu kerja yer...


Budak-budak memang seronok melakukan sesuatu perkara yang baru pada mereka...apa juga yang kita lakukan mereka akan terus ingin membuatnya sendiri...beginilah caranya mereka akan tahu bagaimana menggunakan sesuatu alat itu...urat saraf minda Darwisy dah mula berkembang sekarang ini...inilah masanya kita perlu memberikan ruang untuk mereka memantapkan lagi daya pemikiran yang baik dengan melakukan perkara-perkara yang baik pada mereka....

p/s mood gembira...