27 August 2014

# cerita family # jenjalan

Puteri Harbour Nusa Jaya

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Kalau mama tercepat sampai ke Nusajaya legoland untuk mengambil anak balik dari kerja, tempat inilah yang hubby selalu bawa pergi...sambil menunggu masa cukup kami akan berjimba sekejap dan bersiar-siar di Puteri Harbour dahulu...


Memang cantik pemandangan kat sini... suasananya pun nyaman bila berada di sini..Puteri Harbour ni letaknya berdekatan dengan Taman Tema Hello Kitty Di Nusa Jaya....datang sini berjalan di waktu petang memang seronok...boleh melihat pemandangan yang cantik di sini.. 


kalau hujung minggu memang ramai orang yang datang bersiar-siar ke sini...kekadang tu ada juga pasangan pengantin yang datang mengambil gambar perkahwinan mereka di sini...


 sambil menyelam minum air... sambil menunggu anak mama balik kerja boleh juga hirup angin petang dan dapat juga mencuci mata di sini...


...melayan Awisy bermain dan berehat di sini...


...seronok jer la Awisy dapat berjalan dan bermain sekejap di sini..


bila sudah cukup masa kami terus bergerak balik ke legoland semula...

6 comments:

  1. cambest jer tgk bot kt ctu.
    nampk mewah.
    mmg patut ramai nk photoshoot kt ctu.

    ReplyDelete
  2. salam mama,dah banyak kali jugak ke sana...seronok kalau bersantai petang2 kat sana..

    ReplyDelete
  3. Cantik sgt..
    view cam oversea dah

    ReplyDelete
  4. Bestnyerr Awisy jalan2 ngan grandma...Hehhee mesti seronok sangat tuu

    ReplyDelete
  5. Cantik betul tempat ni Mama..

    ReplyDelete