SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Semalam adalah final Kilauan Emas musim ke 4...tahniah pada peserta yang berjaya ke peringkat akhir ini...Ben, Arip dan Zain memang terbaik la mereka semalam...merekalah  finalist yang bertanding semalam...suara mereka memang mantap sungguh walaupun sudah bergelar otai...dengan kemenangan Arip semalam tercapai juga hasrat beliau untuk membawa ibunya ke Mekah untuk menunaikan haji...janji seorang anak yang baik walaupun beliau hanya seorang pembancuh minuman di sebuah restoren...juga doa seorang ibu untuk anaknya...


Arip yang berasal dari Raub Pahang telah menjuarai Juara Kilauan Emas Musin Ke 4 ini dan beliau juga telah merangkul Anugerah Terbaik Juri semalam..beliau juga menerima Rm 100,000,sebuah kereta Toyota Camry,trofi,langganan majlah MIDI selama setahun dan juga percutian ke Bali...tahniah buat Arip..


Tempat kedua disandang oleh Zain...beliau dahulunya memang seorang penyanyi era 90an...nama Ringgo menjadi sebutan oleh peminatnya dan beliau juga menganggotai ahli kumpulan Arrow...hadiah yang dimenangi berupa RM 50,000,sebuah kereta Nissan X-Gear,trofi,langganan majalah MIDI selama setahun juga pakej percutian ke Vietnam...tahniah juga buat Zain..


Tempat ketiga telah disandang oleh Ben yang berasal dari Sabah...suara beliau memang mantap tapi semalam tidak menyebelahi Ben sebab tidak dapat menyanyi dengan baik semalam kerana demam...beliau juga telah mendapat RM 30,000,sebuah kereta MyVi,trofi,langganan majalah MIDI setahun dan tiket melancung ke Bandung...tahniah juga buat Ben...