29 May 2014

# cerita grandmama

Mainan Happy Meal

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Masa anak kecik-kecik dulu suka belikan dan kumpul semua mainan yang ada dari set happy meal ni...sekarang ni anak-anak dah besar dah berkurangan nak beli ! malulah konon-kononnya sebab dah tak ada anak kecik lagi...jadi kalau nak pi kat kaunter McD tu hanya mampu tengok jer...banyak juga koleksi yang mama simpan dulu tapi bila dah pindah ke Johor banyak juga yang dah dibagi dengan anak-anak jiran lama...


sekarang ni anak mama pulak yang mengikut jejak langkah mama dulu...kalau dulu ada mainan free sibuk jer mama belikan untuk dia sekarang ni dah menurun pula kat dia..anak mama dah mula belikan Awisy set happy meal ni dan mula nak kumpul mainannya pulak...dulu mak kumpulkan untuk dia sekarang ni dia pulak kumpulkan untuk cucu mama Awisy...

p/s dah macam tradisi turun temurun pulak...

2 comments:

  1. Cute-cute kan mainan ini. Kakak dulu pun ada tapi bila budak-budak kan ramai main sama-sama banyak yg dah tertanggal dan buang..

    ReplyDelete