26 May 2014

# info sihat

Ikan Tongkol Dan Khasiatnya

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ni mama nak kongsikan info ini bersama kawan-kawan semua..info tentang kebaikan isi ikan tongkol atau ikan kayu ni..ada setengah orang memang tidak suka dengan ikan tongkol ni tapi pada mama ikan tongkol inilah yang paling digemari oleh anak-anak mama kerana isinya dan yang paling sedapnya adalah isi hitam yang ada ditengah-tengahnya itu memang sedap...pada kawan-kawan yang berasal dari pantai timur pasti juga menyukai ikan tongkol ini..

Okaylah mama nak bagi tahu tentang info yang mama baca dari fb tadi...ikan tongkol ini adalah salah satu spesis ikan yang paling banyak mengandungi zat dan banyak kebaikkannya dan ianya sama macam ikan Salmon yang mempunyai zat protein OMEGA yang tinggi dan ianya amat bagus untuk perkembangan minda kita atau anak-anak kita.. ikan tongkol ni mampu mengaktifkan sel-sel otak bagi kanak-kanak dan membantu mereka untuk lebih berfikiran kreatif,baik untuk tubuh dan mata mereka...

Ikan tongkol juga mampu meransang pertumbuhan sel-sel darah merah dan boleh melambatkan proses penuaan..bagi mereka yang mengalami kekurangan sel darah merah dan kulit yang kusam boleh amalkan pengambilan ikan tongkol secara sihat iaitu dengan hanya merebus ikan dengan beberapa batang serai dan garam dan eloklah dimakan bersama nasi atau bubur nasi..pada kawan-kawan mulai dari sekarang eloklah menyediakan lauk yang berasaskan dari ikan tongkol ini kerana ianya dapat membantu perkembangan minda anak-anak kita...


8 comments:

  1. SA suka mkn ikan tongkol tp family x suka sgt....at last SA makan bila kawan2 bwk pi opis je..hihihi...

    ReplyDelete
  2. igt ikan tongkol, ikan lauk singgang ;-)

    ReplyDelete
  3. teringin nak makan.. tapi tak tau nak masak ape.. nanti nak try jugak

    ReplyDelete
  4. suka mkn ikan tongkol..belah belakang goreng garing2..hehe

    ReplyDelete
  5. Xsuka yg hitam tu..huhu..pahit!

    ReplyDelete
  6. ikan tongkol sedap kot..tapi anis takleh mkn sgt..sbb nty abis gatal2...sedih btol..

    ReplyDelete
  7. sedap ikn tongkol nih..kat sini panggil ikan kayu..:)

    ReplyDelete