teman blogger

Takziah Buat Blogger Adza Irdawati Adenan (Mak Dara)

Friday, May 30, 2014 Mas Zull 13 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Sekalung takziah buat keluarga blogger Mak Dara atau Adza Irdawati Adenan atas kepergian suami tercinta tadi...kami semua berharap Adza akan tabah menghadapi dugaan besar ini...hanya doa dari jauh yang mampu mama ucapkan buat Adza dan keluarga...
Al-Fatihah


p/s hanya kepada DIA kita dikembalikan...

13 000 jiran datang mendoakan mama:

resepi masakan

Resepi : Ikan Selar Goreng Kicap Bertaucu

Friday, May 30, 2014 Mas Zull 9 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Bahan-bahan yang perlu ada...
ikan selar
taucu
bawang merah,bawang putih
cili api,cili merah
halia,kicap
sedikit minyak dan daun sup utk hiasan

Cara-cara memasaknya...
1-Goreng ikan selar tu terlebih dahulu dah siap tepikan dalam bekas..
2-Hiris bawang merah,bawang putih,halia,cili api,cili merah...
3-Tumiskan halia dan bawang putih...bila dah naik bau masukkan sedikit air..kemudian
masukkan kicap,taucu,bawang merah,cili api,cili merah yang telah dihiris2 tadi..
4-Tambah garam dan perasa secukupnya...biarkan sekejap kalau nak cair tambahkan air sedikit...
5-Tutup api dan tuangkan kuah kicap diatas ikan yang telah digorang tadi...letakkan daun sup untuk hiasan...
6-Siap dan bolehlah dihidangkan bersama nasi panas...

selamat mencuba kawan-kawan resepi simple ini..

9 000 jiran datang mendoakan mama:

info sihat

Perkongsian Info Yang Menarik

Thursday, May 29, 2014 Mas Zull 4 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ini mama nak kongsikan info yang pasti menarik buat kawan-kawan semua...semoga info ini dapat memberikan kita manfaat yang dapat diikuti oleh semua dalam hidup kita seharian...jom kawan-kawan kita lihat infonya di bawah ini sumber info...


8 jenis makanan yang paling baik untuk mencegah penyakit
-Delima
-Yogurt
-Bawang putih
-Bawang merah/besar
-Teh hijau
-Oat
-Labu
-Brokoli

3 perkara yang boleh membawa penyakit
-Banyak bercakap
-Banyak tidur
-Banyak makan

4 perkara yang merosakkan badan
-Dukacita
-Sedih 
-Kebulur
-Tak tidur malam

4 perkara yang menambah seri muka
-Taqwa
-Jujur
-Pemurah
-Jaga kehormatan

4 perkara menarik rezeki
-Qiamulail
-Banyakkan beristiqhfar di 2/3 malam
-sentiasa bersedekah
-Berzikir di awal pagi dan petang

4 perkara menjauhkan rezeki
-Tidur waktu pagi
-tidur lepas asar
-sedikit bersolat
-malas


4 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita grandmama

Mainan Happy Meal

Thursday, May 29, 2014 Mas Zull 2 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Masa anak kecik-kecik dulu suka belikan dan kumpul semua mainan yang ada dari set happy meal ni...sekarang ni anak-anak dah besar dah berkurangan nak beli ! malulah konon-kononnya sebab dah tak ada anak kecik lagi...jadi kalau nak pi kat kaunter McD tu hanya mampu tengok jer...banyak juga koleksi yang mama simpan dulu tapi bila dah pindah ke Johor banyak juga yang dah dibagi dengan anak-anak jiran lama...


sekarang ni anak mama pulak yang mengikut jejak langkah mama dulu...kalau dulu ada mainan free sibuk jer mama belikan untuk dia sekarang ni dah menurun pula kat dia..anak mama dah mula belikan Awisy set happy meal ni dan mula nak kumpul mainannya pulak...dulu mak kumpulkan untuk dia sekarang ni dia pulak kumpulkan untuk cucu mama Awisy...

p/s dah macam tradisi turun temurun pulak...

2 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

Wordless Wednesday # 446....Al-Fatihah

Wednesday, May 28, 2014 Mas Zull 3 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Al-Fatihah atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Sultan Perak 
19 April 1928-28 Mei 2014


3 000 jiran datang mendoakan mama:

ais krim

Makan Ais Krim Perisa Baru

Wednesday, May 28, 2014 Mas Zull 3 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Baru beli ais krim ni semalam kat Aeon Taman Universiti ! pantang tengok ada ais krim berperisa baru terus jer beli...bila tengok jer pasti dah terbuka selera tekak ni...bila dah masuk ke mulut lagilah nyaman jer rasanya...layan makan ais krim ni berdua dengan anak mama tadi...memang sedap sungguh rasanya bila masuk mulut terasa ada almond hancur kat dalamnya...

3 000 jiran datang mendoakan mama:

Muhamad Darwisy Zulkarnain

Minat Baru Awisy

Wednesday, May 28, 2014 Mas Zull 4 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Awisy dah mula tunjukkan minat dia dalam bidang muzik pulak...bila bawa jenjalan dan singgah di kedai muzik inilah tempat yang ditujunya dulu...pandai pulak Awisy menggayakan jarinya untuk menekan punat piano tu...kena carikan mainan berbentuk piano la lepas ni...

Seronoknya Awisy bila dapat menekan punat piano tu dan ianya boleh mengeluarkan bunyi bila ditekannya...apa lagi terus jer nak duduk di kerusi yang disediakan sambil menekan-nekan piano tu...tunggu Awisy besar sedikit lagi yer ! baru boleh hantar ke kelas belajar piano nanti....moga Awisy seronok dengan minat barunya ini...kalau dah minat ni memang kena jugalah diasah minat Awisy ini sejak dari kecil lagi...

p/s nak kena beli piano pulak nanti mahal hoooo...

4 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

Wordless Wednesday # 445...Hargailah Kehidupan Ini

Wednesday, May 28, 2014 Mas Zull 7 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



7 000 jiran datang mendoakan mama:

resepi masakan

Resepi : Ikan Tongkol Goreng Bercili

Tuesday, May 27, 2014 Mas Zull 4 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Resepi masakan yang anak-anak mama suka...kalau masak lauk ni pasti semuanya akan bertambah-tambah nasi dipinggan...lebih-lebih lagi kalau makan dengan nasi panas memang sedap...okay jom kita tengok resepinya di sini...

Bahan-bahan yang diperlukan...
1 ekor ikan tongkol dipotong-potong sederhana nipis
cili kering *(kisar)
bawang merah,bawang putih*(kisar)
belacan*(kisar)
garam,perasa,serai
sedkit minyak,sedikit air asam jawa
sedikit daun sup utk hiasan

Cara untuk memasaknya...
1-Cili kering dikisar bersama bahan * yang diatas...
2-Panaskan minyak goreng ikan tongkol dahulu, dah siap asingkan..
3-Tumiskan cili yang telah dikisar tadi bersama serai yang dititik sedikit..
3-Biarkan cili garing dan keluar minyak..masukkan air asam jawa,garam dan perasa secukupnya..
4-Akhir sekali masukkan ikan dan biarkan sebentar...bila sambal sudah siap bolehlah dihidangkan bersama nasi panas...Selamat mencuba...

4 000 jiran datang mendoakan mama:

Aiman Nuqman,

Macam Nak Pergi Taska Gayanya

Monday, May 26, 2014 Mas Zull 2 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....


Comel jer budak kecik 2 orang ni...bila dah siap mandi macam ni la gayanya...sorang dah menyusu sorang lagi masih sedang menyusu...leka mata Awisy tengok tv tu...Aiman pula leka pula dengan buku tu...hari ni pakai baju sama lagi dah macam nak pi taska pulak gayanya...cuma tak ada beg dan tak pakai kasut jer...

p/s macam mana agaknya bila sama2 nak pi taska nanti...

2 000 jiran datang mendoakan mama:

info sihat

Ikan Tongkol Dan Khasiatnya

Monday, May 26, 2014 Mas Zull 8 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ni mama nak kongsikan info ini bersama kawan-kawan semua..info tentang kebaikan isi ikan tongkol atau ikan kayu ni..ada setengah orang memang tidak suka dengan ikan tongkol ni tapi pada mama ikan tongkol inilah yang paling digemari oleh anak-anak mama kerana isinya dan yang paling sedapnya adalah isi hitam yang ada ditengah-tengahnya itu memang sedap...pada kawan-kawan yang berasal dari pantai timur pasti juga menyukai ikan tongkol ini..

Okaylah mama nak bagi tahu tentang info yang mama baca dari fb tadi...ikan tongkol ini adalah salah satu spesis ikan yang paling banyak mengandungi zat dan banyak kebaikkannya dan ianya sama macam ikan Salmon yang mempunyai zat protein OMEGA yang tinggi dan ianya amat bagus untuk perkembangan minda kita atau anak-anak kita.. ikan tongkol ni mampu mengaktifkan sel-sel otak bagi kanak-kanak dan membantu mereka untuk lebih berfikiran kreatif,baik untuk tubuh dan mata mereka...

Ikan tongkol juga mampu meransang pertumbuhan sel-sel darah merah dan boleh melambatkan proses penuaan..bagi mereka yang mengalami kekurangan sel darah merah dan kulit yang kusam boleh amalkan pengambilan ikan tongkol secara sihat iaitu dengan hanya merebus ikan dengan beberapa batang serai dan garam dan eloklah dimakan bersama nasi atau bubur nasi..pada kawan-kawan mulai dari sekarang eloklah menyediakan lauk yang berasaskan dari ikan tongkol ini kerana ianya dapat membantu perkembangan minda anak-anak kita...


8 000 jiran datang mendoakan mama:

mak ayah

Ya Allah Aku Memohon Doa Dari Mu Permudahkanlah

Sunday, May 25, 2014 Mas Zull 8 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Fikiran melayang memikirkan keadaan kesihatan ayahanda yang semakin hari semakin teruk...tiada harapan dan hanya aku berharap agar jika itu sudah ketentuan dari Allah akan ku redhakan jua...dapat juga ku menatap wajah tua ayahandaku sebentar tadi...sayunya melihat keadaan kesihatan ayahanda yang semakin sukar di duga sekarang ini..hanya mampu berserah pada Allah jika hanya setakat ini saja usia ayahanda akan ku redhakan jua...hanya Allah jua yang Maha Mengetahui Segala-galanya...moga Kau berikan aku ketabahan hati ini dan Kau permudahkanlah segala-galanya buat ayahandaku...amin

p/s perlu keredhaan hati saat ini...


8 000 jiran datang mendoakan mama:

Muhamad Darwisy Zulkarnain

Ambil Angin Bawa Awisy Jenjalan

Sunday, May 25, 2014 Mas Zull 0 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Bawa Awisy jenjalan di bangunan pusat bandar yang baru di NusaJaya...sambil jenjalan suka tengok cuney buat sesuatu...bila nak dekatkan Awisy suruh usik air kat kolam tu dia jadi takut...jerit-jerit tak mahu tapi lama-lama bila tengok cuney buat Awisy jadi leka pulak..tengok la tu buka main beria-ia pandang cuneynya buat apa...seronok bawa Awisy jenjalan tapi kekadang penat dibuatnya sebab Awisy malas sangat nak berjalan sendiri nak juga suruh grandma yang dukung dia..

p/s melayan cucuanda Awisy..

0 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita anak-anak

Belajar Bermain Gitar

Sunday, May 25, 2014 Mas Zull 3 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Dalam keadaan yang tak senang hati sempat juga layan anak dara sorang ni belajar bermain gitar...bukan senang nak belajar bermain gitar ni ! kena ada caranya juga ! bukan main bantai petik tali gitar tu yer..nak kena tahu kotnya nak kena pandai tunekan tali gitarnya...macam-macam nak kena tahu dan pelajari..

macam manalah anak dara sorang ni boleh tersuka pulak nak bermain gitar ni...kalau nak bermain gitar ni kalau kena cara dan ketekunan pasti akhirnya akan pandai juga...sekarang ni dah boleh sedikit-sedikit anak dara sorang ni memainkan gitarnya itu mengikut caranya sendiri...kena belajar dengan lebih tekun lagi yer wahai anakanda kalau nak mahir memetik tali gitar tu..

p/s nak ikut Najwa Latif ke...

3 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita grandmama

Fikiran Melayang Entah Ke Mana

Sunday, May 25, 2014 Mas Zull 1 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Seronoknya bila tengok si Kembang ni tidur...terasa nikmatnya dapat melelapkan mata walaupun sekejap...keadaan cuaca kat luar pun dah mendung ! dah semacam je bunyi guruh sudah kedengaran di langit mungkin sekejap lagi pasti hujan akan turun menyimbah bumi...entah kenapa terasa susah betul nak melelapkan mata ini...

fikiran sekarang ni dok melayang entah kemana agaknya...hanya entri ini yang mampu dilakarkan di sini hari ni...tengoklah bila dah relax sekejap nanti ! mungkin baru kembali nak fokus menaip entri kat sini lagi..

p/s nak solat sekejap mohon doa utk ayahandaku...

1 000 jiran datang mendoakan mama:

sukan

Tetap Nombor Satu

Friday, May 23, 2014 Mas Zull 4 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Jejari tangan menaip tapi masih sempat juga nak pandang tv kat tepi ni...nak juga tahu siapa yang bakal menang untuk games kali ni kan tapi kalau tengok gaya Dato Lee Chong Wei masih lagi mendahului setiap games kali ini...

mudah-mudahan Malaysia akan mara ke pusingan akhir nanti...marilah kita doakan Dato Lee Chong Wei dan group Malaysia boleh menang malam ini dan akan mewakili Malaysia ke pusingan akhir Piala Thomas nanti..
Gud luck Malaysia...

4 000 jiran datang mendoakan mama:

video lagu

Arjuna Beta - Fynn Jamal

Friday, May 23, 2014 Mas Zull 3 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


3 000 jiran datang mendoakan mama:

Muhamad Darwisy Zulkarnain

Demam Nak Tumbuh Gigi Geraham

Friday, May 23, 2014 Mas Zull 3 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Kesian nyer Awisy demam pulak dia...semalam elok jer tapi mama Awisy cakap badan Awisy dah mula dari malam tadi...kesian nyer cucu grandma ni tak sedap badan yer...sebab Awisy demam ni mungkin nak tumbuh gigi geraham dia...bila buka mulut grandma nak tengok Awisy tak bagi...bila pujuk-pujuk barulah Awisy buka mulutnya... elok jer nampak gigi geraham Awisy dah mula nak timbul...itu sebab makan pun dah berkurangan sangat tak macam selalu...

p/s sedih nyer dia...

3 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita grandmama

Penyusunan Masa Itu Perlu

Thursday, May 22, 2014 Mas Zull 8 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Dah pandai sekarang budak kecik 2 orang ni bermain...seorang satu dapat naik kereta kecik tu...nasib baik ada 2 kereta kecik tu jadi tak la nak berebut dan bergaduh...pandai dah keduanya menolak kereta tu perlahan-lahan pusing-pusing dalam rumah...masa bermain sibuklah keduanya nak bermain dan kalau dah sampai masa untuk tidur memang dah tak boleh nak bermain lagi... 

 Dari mula-mula mama jaga budak kecik dua orang ni memang mama dah atur dan praktikkan masa untuk mereka...jadi kenalah setkan waktu bila mereka nak tidur,bermain,menyusu, makan dan mandi jadi senanglah mama nak melakukan rutin harian mama pulak nanti...yang penting cara penyusunan masa kita buat mereka itu yang perlunya...

mereka pun boleh ikut bila ada masa yang telah ditetapkan macam tu...kiranya lebih senanglah bila mama dapat praktikkan masa macam tu...mudah-mudahan biarlah sehingga mereka besar nanti mereka sendiri sudah tahu untuk membahagikan masa dan dapat menentukan masa depan untuk mereka sendiri juga...

p/s peraturan dan menyusun masa mmg perlu dalam hidup kita...


8 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

Wordless Wednesday # 444...Seronoknya Jenjalan

Wednesday, May 21, 2014 Mas Zull 5 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s comel jer anjing ni naik motor ! siap pakai helmet...

5 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

Wordless Wednesday # 443...Doa Mohon Murah Rezeki

Wednesday, May 21, 2014 Mas Zull 11 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



11 000 jiran datang mendoakan mama:

resepi masakan

Resepi Lontong Goreng

Wednesday, May 21, 2014 Mas Zull 4 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..


Inilah sarapan pada pagi minggu lepas air tangan anakanda sulung mama...sedap juga hasil air tangannya...jom kita tengok resepinya...

Bahan-bahannya...
4-5 biji lontong
-bawang merah(blander)
-bawang putih (blander)
-cili kering (blander)
-udang kering (tumbuk sikit saja)
-daging cincang halus
-daun sup/daun bawang
-tauge (kalau suka)
-bawang goreng
-minyak,garam,perasa

Cara-cara membuatnya...
1-Potong dadu lontong mini kepada 4 bahagian...ikut suka kita kalau nak comel-comel potong kecil jer..
2-Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah diblander,masukkan juga udang kering tadi juga masukkan daging cincang ke dalamnya...biarkan daging itu sehingga lembut...
3-Bila bahan-bahan itu dah pun garing masukkan garam,gula,serbuk perasa secukup rasa gaulkan sehingga rata kemudian masukkan lontong yang telah dipotong-potong tadi...kalau suka nak letak tauge masukkan sekali..
4-Gaulkan sehingga sebati lontong goreng tadi..bila dah siap ! tutup api ! lontong goreng kita siap untuk dihidangkan...
5-Akhir sekali taburkan dengan bawang goreng,daun sup atau daun bawang...siap untuk dijamukan pada keluarga...
selamat mencuba kawan-kawan semua... 


p/s memang best buat sarapan pagi...

4 000 jiran datang mendoakan mama:

contest,

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1

Tuesday, May 20, 2014 Mas Zull 15 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

 
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah. 

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss... 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.

15 000 jiran datang mendoakan mama:

info agama

Peringatan Untuk Kita Semua

Tuesday, May 20, 2014 Mas Zull 10 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ni mama nak kongsikan bersama kawan-kawan semua tentang info yang mama baca di fb tadi...bila kita sering terjaga dari tidur di malam hari maknanya itu adalah satu anugerah dari Allah S.W.T kerana DIA mengirimkan pada kita malaikatNYA untuk mengejutkan kita supaya kita dapat bangun dari tidur dan beribadah kepada Allah...

Walaupun kita tidak bangun untuk beribadah pada malam itu cukuplah dengan berdoa pada Allah walaupun sedikit tapi adalah lebih elok jika kita dapat bersolat di malam hari... dengan bersolat kita akan dapat membuatkan diri kita akan lebih tenteram dan tenang...jika kita tidak bangun atau beristighfar berkemungkinan pada malam kedua atau ketiga dan malam yang seterusnya malaikat tidak akan datang lagi menjenguk dan mengejutkan kita...

Ingatlah kawan-kawan jika kita tersedar di malam hari itulah tandanya malaikat telah datang menjenguk kita untuk menyuruh kita beribadah kepada Allah...semoga kita akan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah... 


p/s info FB... 

10 000 jiran datang mendoakan mama:

besday mak ayah

Redha Dengan Ketentuan Mu

Monday, May 19, 2014 Mas Zull 2 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


 Ya Allah Kau permudahkanlah semuanya buat ayahandaku ini...Kau berikanlah ayahandaku ini dengan kelapangan dan ketenangan hatinya menerima nikmat sakit dari MU ini..hanya Kaulah yang memberi dan Kau juga yang menyembuhkannya...hanya pada MU Ya Allah aku berserah dan jika ini sudah ketentuan dari Mu akan ku redhakan jua...

p/s sambungan dari entri ini...

2 000 jiran datang mendoakan mama:

contest,

Segmen Blogging + Menang Hadiah !

Monday, May 19, 2014 Mas Zull 15 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam

15 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita grandmama

Bebelan Mama Hari Ni...

Sunday, May 18, 2014 Mas Zull 6 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
 


Beberapa hari lepas anak mama ada order begtangan dari seseorang secara online diinternet..pagi ni baru sampai barang yang diorder tu...mama pun buka la sampul barangnya dan bila nak pasang tali panjangnya terus klip tempat lubangnya tercabut sebab klip yang sebelahnya memang sudah tak ada...macam berangin juga rasa di hati tapi nak buat macam manakan redhakan jer la...dah memang salah diri sendiri pun...

Mulalah terasa macam tak berpuas hati pula beli barang online macam ni...terpaksalah anak mama tanya balik owner yang menjual beg tu macam mana nak dibuat..penjual tu bagi 2 cara yang boleh dibuat sekarang ni...
1-Penjual pulangkan Rm15 dari harga beg tu
2-Poskan balik tukar saja yang baru..duit penghantaran ditanggung penjual...
Mama ambil cara yang kedua tu poskan semula..terasa serik juga bila terjadi macam ni...



hubby dah bagi tahu awal-awal jangan beli secara online ni sebab kita tak dapat tengok sendiri barang tu tapi degil ! nak juga beli secara online... bila dah jadi macam ni baru sedar diri ini...terasa diri ini degil pulak bila teringat kata-kata hubby tu...tapi nasib baik hubby tak cakap banyak tadi bila ada masalah macam ni...dia hanya berkata " bila dah beli tu redha jer la benda dah jadi macam ni nak buat macam mana lagi " mekacih abang sebab tak marah sebab dah habiskan duit sayang macam ni...

Nasihat mama pada penjual barang kat online sekarang ni ! bila dah ada order tu kenalah berhati-hati dengan barangan yang hendak dihantar kepada customer tu...kena cek dan double cek barang yang hendak diposkan mana tahu jika terdapat kesan atau barang yang tak cukup lengkap...bila dah puas hati barulah boleh diposkan...bukan apa takut ada masalah yang bakal terjadi jika barang yang diposkan itu ada masalah nanti... hilang pula rasa percaya customer pada penjual online nanti...

p/s kena berhati-hati bila nak beli barang secara online....

6 000 jiran datang mendoakan mama:

contest,

Mini GA Cash Rm50 By Emas Putih #Part3

Sunday, May 18, 2014 Mas Zull 6 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash Rm50 by Emas Putih #part3 ini dianjurkan oleh Emas Putih 

6 000 jiran datang mendoakan mama:

hadiah teman blogger

Pertambahan Koleksi FM Lagi

Friday, May 16, 2014 Mas Zull 9 Comments

SALAM1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Dapat lagi fridge magnet yang baru dari teman dan anak mama...FM dari Cherating tu adalah
hadiah cenderhati dari seorang teman yang baru pulang bercuti dari Cherating Pahang..2 FM lagi tu adalah pemberian dari anak mama yang baru pulang dari bercuti di Universal Studio Singapore...bertambah lagi koleksi FM di peti ais mama ni sekarang...memang seronok dapat lihat satu-satu FM yang ada dihadapan peti ais tu...

p/s suka kawan2 bagi FM kat mama...

9 000 jiran datang mendoakan mama:

hari guru

Selamat Hari Guru

Friday, May 16, 2014 Mas Zull 5 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Selamat Hari Guru buat teman yang bergelar pendidik hari ini...semoga guru-guru semua akan terus memberikan ilmu pada anak bangsa semuanya...jasa mu guru tetap akan terus dikenang hingga akhir hayat kami...

''SELAMAT HARI GURU''


5 000 jiran datang mendoakan mama:

Muhamad Darwisy Zulkarnain

Kidal Ke?? Tak Awisy Tak Kidal Pun...

Wednesday, May 14, 2014 Mas Zull 9 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Bila dapat pen dan kertas ni lah kerja Awisy dah mula nak belajar memegang pen dan menulis...entah apalah yang ditulisnya itu grandma pun tak tahu la...tengok dari cara Awisy memegang pen tu memang dia tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang kidal...kalau kidal memang dah mengikut jejak macam mama Awisy la...tengok tu elok je Awisy memegang pen untuk menulis disebelah tangan kanannya...

p/s dah semakin besar cucu grandma ni...

9 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

Wordless Wednesday # 442...Kesian Bayi Ni...

Wednesday, May 14, 2014 Mas Zull 8 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s manusia dah tak ada perasaan sekarang ni...bertindak mengikut hati je...

8 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

Wordless Wednesday # 441...Ingat Mengingati

Wednesday, May 14, 2014 Mas Zull 5 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s tak lama lg Ramadhan bakal menjelma...

5 000 jiran datang mendoakan mama:

besday mak ayah

Abah Sakit

Wednesday, May 14, 2014 Mas Zull 10 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Ucapan yang tak dapat nak diluahkan bila melihat keadaan abah yang semakin uzur dan tenat ini...tapi ku cekalkan hati menerima semua ketentuan dari Allah ini...setiap penyakit ada ubatnya dan setiap penyakit adalah penghapus setiap dosa-dosa kita...semoga abah akan segera sembuh dan sihat seperti sediakala...


kami semua sebagai anak-anak akan tetap menjalankan tanggunjawab menjaga mu wahai abah...setiap detik sekarang ini adalah satu anugerah yang amat berharga bagi kami sehingga akhir usia mu nanti...walaupun susah untukku luahkan semuanya yang terbuku dihati...ku tatap jua wajah uzur mu dan ku fahami bahawa kasih sayang dari anak-anakmu adalah satu yang amat kau perlukan di saat ini ..disetiap riak wajahmu dapat ku rasa betapa sakitnya kau menahan kesakitan yang dialami ini...

Ya !! Allah kau sembuhkanlah penyakit ayahandaku ini..KAU permudahkanlah semuanya dan jika ini sudah ketentuan dari MU dan jika ini sudah kehendakMU akan ku redha juga...jika sudah sampai masanya nanti akan ku iringi jua pemergiannya dengan rela hati...walaupun aku tidak dibesarkan olehnya tapi kini dapat jua ku rasa kasih sayang seorang abah terhadap anak kandungnya ini...semoga abah sembuh kembali bersama anakanda dan cucuandanya semua...

10 000 jiran datang mendoakan mama:

video lagu

Neil Sedaka - You Mean Everything to Me (1960)

Monday, May 12, 2014 Mas Zull 8 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..



p/s kenangan terindah...

8 000 jiran datang mendoakan mama:

video lagu

Motif Band - Tuhan Jagakan Dia with Lyrics

Monday, May 12, 2014 Mas Zull 2 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



p/s layan lagu pulak mlm ni...

2 000 jiran datang mendoakan mama:

family.cerita

Cerita Hari Minggu...

Monday, May 12, 2014 Mas Zull 6 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Pagi-pagi minggu lagi dah ada rutin yang perlu dilakukan oleh hubby dan menantu mama...kononnya nak trim pokok turi depan rumah mama tu tapi rupa-rupanya die orang potong terus dahan pokok turi tu...senang kerja agaknya tak payah nak potong sikit-sikit lagi...sesekali menjengah juga kat tingkap bilik elok jer dua beranak tu membuat kerja mereka dok menebang dahan-dahan pokok turi tu...sempat snap gambo ni..

mama pulak tak sempat nak menolong sebab dok mengemas ruang dalam rumah...hari cuti hujung minggu macam ni la dapat buat semua kerja-kerja mengemas rumah...kalau hari-hari biasa tu tak dapat la nak mengemas sepenuhnya disebabkan budak kecik 2 orang tu...jadi hari minggu la dapat dilakukan dari ruang atas hingga la ke bawah...semua habuk kat ruang rumah perlu juga disedut kalau tidak memang penuh la sawang-sawang dan sampah...


p/s kawan-kawan bagaimana pula apa yg dilakukan cuti hujung minggu..?

6 000 jiran datang mendoakan mama:

video lagu

Afgan - Jodoh Pasti Bertemu | Video Lirik

Sunday, May 11, 2014 Mas Zull 4 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Lirik Lagu Jodoh Pasti Bertemu – Afgan
Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Jika aku (jika aku) bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu

(Jika aku bukan jalanmu)
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu..

P/s jodoh itu pasti ada hanya kita yang perlu mencarinya...



4 000 jiran datang mendoakan mama:

contest,

Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com

Sunday, May 11, 2014 Mas Zull 11 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




Buat julung kalinya mama melancarkan Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com disertai  beberapa para sponsor yang hebat dengan menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada para pemenang. 

Follow Blog :


Like Page :



Syarat utama :
  1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
  3. Copy coding yang telah disediakandan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.
  4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
  5. Giveaway ini akan berlangsung pada 10 Mei pukul 12 tengahari dan berakhir pada 20 Mei 2014 pada  12 tengahari juga.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mei 2014 berdasarkan random

Hadiah Giveaway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang 
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M  dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :

34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.

11 000 jiran datang mendoakan mama: