23 April 2014

# resepi masakan

Resepi Kerang Goreng Berempah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Nak kongsi lagi resepi simple dan mudah kat sini dan bolehlah kawan-kawan mencubanya nanti yer..biasanya kalau nak lebih tahu kenalah buat praktikal barulah tahu sedap ke tidak resepi yang kita masak sendiri...okay kita lihat resepinya dan cara-cara hendak memasak Kerang Goreng Berempah ini...

Bahan-bahannya...
Kerang
santan kalau suka,serai ditumbuk sedikit
ketumbar,jintan manis,jintan putih
bawang merah,bawang putih
cili api kalau nak pedas
daun limau purut untuk hiasan
garam,serbuk perasa

Cara-caranya...
Kerang eloklah dibersihkan sebersih-bersihnya dahulu...bila dah siap ketepikan dulu kita siapkan rencahnya pula..ambil cili api,ketumbar,jintan manis,jintan putih,bawang merah,bawang putih blander halus...

Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah diblander tadi bersama serai yang ditumbuk sedikit..biarkan rencah itu garing dahulu baru dimasukkan santan..biarkan sekejap masukkan garam dan serbuk perasa terlebih dahulu kacau kemudian masukkan kerang yang telah dibersihkan tadi ke dalam rencah...gaulkan sehingga rata semuanya dan tutup kerang tadi biarkan ianya sehingga masak...bila ada kerang yang dah terbuka tu bermakna kerang-kerang itu dah cukup masak dan ianya dah boleh dihidangkan...okay kawan-kawan selamat mencuba...

8 comments:

  1. kita pun suka masak kerang berempah ni tapi tak de guna banyak rempah. pakai yang segeranya senang.. hehhhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yer ke...x pe janji sedap kn...

      Delete
  2. emmm..sedapnyer ..lma xmkn kerang nie..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. cuba la masak maria sedap...

      Delete