21 April 2014

# Cerita Aiman Nuqman

Aiman Dah Pandai Berjalan Awisy Ada Geng Mengemas

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Sebenarnya dari minggu lepas lagi entri ni nak dipostkan tapi memandangkan ada saja yang menghalangnya terpaksalah mama pendingkan dulu...lagi pun bila dah hujung minggu masa itu la kami sekeluarga bercuti ! memang ada saja plan nak berjalan bersama...Aiman semenjak minggu lepas lagi dah mula dapat kaki...budak-budak ni kalau dah dapat kaki mula la tak bolehlah nak duduk diam...ada saja tempat nak diterokainya...semakin besar dah budak-budak kecik berdua ni...

Bila sorang saja berjalan memang masih boleh dikawal lagi tapi bila kedua-duanya dah boleh berjalan memang haru la jadinya...semua barang dah jadi rebutan,barang-barang hiasan grandma pun dah tak boleh nak letak sebarangan pasti kedua-duanya asyik nak mengusiknya...kalau sorang dah pegang barang ! yang sorang lagi mesti nak juga...kalau sorang ada yang sorang ni pasti menjerit nak juga...bila dah boleh berjalan macam ni pula gayanya...

 p/s besar dah mereka berdua...

4 comments:

  1. jap dah bujang...jap gi nak kawen dah...hhheee

    ReplyDelete
  2. comelnya ! betul tu, hazy ada anak buah yang bila dah boleh berjalan, tak reti nak duduk dah. minum pun sambil berjalan.. hehe

    ReplyDelete
  3. makin meriah la umah grandma kalo awisy dah ada geng ni.

    ReplyDelete
  4. okala..mengemas ke menyepahkan..hehe

    ReplyDelete