17 January 2014

# resepi masakan

Resepi Sambal Telur Goreng Yang Simple Jadi Lauk Sarapan Pagi

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ini tiada sarapan yang boleh dimakan stok lauk pun dah habis nak tunggu hubby pergi beli...perut pun dah mula berbunyi ni... buka peti ais hanya tinggal 4 biji telur saja...apalah yang boleh dibuat dengan telur 4 biji ni ek...mulalah berfikir nak menjadikan telur tu satu lauk yang boleh dimakan...akhirnya bermulalah operasi di dapur mama ni...

buka bekas cili ada sedikit cili boh yang tinggal dan hanya dapat buat sedikit sambal telur saja...semuanya boleh la asalkan dapat dimasak dan untuk sarapan pagi ni daripada kelaparan nanti...inilah hasilnya sambal telur dimakan dengan nasi putih yang panas...alhamdullilah kenyang perut pagi ni dah tentu kekenyangan ini akan sampai ke tengahari nanti...

Bahan-bahannya:
4 biji telur, cili boh,serai, garam,serbuk perasa,bawang besar dan untuk hiasan 
sedikit daun sup

cara-caranya:
mula-mula telur direbus dulu dan kemudian goreng telur rebus...asingkan dan tumis cili boh hingga garing dan masukkan serai...setelah garing masukkan sedikit air asam,garam dan serbuk perasa...akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng tadi dan letakkan bawang besar yang telah dihiris dan sedikit hiasan daun sup...sambal telur sudah siap dan boleh dihidangkan bersama nasi panas...

9 comments:

  1. telur simple cenggini pun kalau kena gaya nambah ni nasik. nina suka telur buat cm nih :)

    ReplyDelete
  2. sekali sekala buat lauk simple mcm ni mmg sedapkan mama...

    ReplyDelete
  3. mudah saja gayanya mama :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum Budu Bilis...mmg mudah membuatnya simple n senang je...x lama utk memasaknya...:)

      Delete
  4. kecuq ayaq liuq tgk kakkk!!! :)

    ReplyDelete
  5. Ow...sy suka ni... Sambal telur...senang nak buat dan sedap....

    ReplyDelete
  6. kalau sudah pakar, masak apa-apa pun boleh. hehehe.
    sambal telur tu nampak sedap je.... :)
    nyum nyum

    ReplyDelete
  7. nyum nyumm. ni makan dengan nasi lemak pon sedap. tapi kalori lebih lah gamaknya. hihii

    ReplyDelete