30 January 2014

Drive-thru McD Malam Ini

January 30, 2014 12 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
.
Malam ni kita sama-sama layan McD drive-thru je yer...anak-anak mama malam ni sibuk teringin nak makan McD...apa lagi layankan jer la ! lagi pun mak budak-budak pun teringin juga nak makan burger McD ni sekali...oleh itu jom kawan-kawan kita layan bersama-sama malam ni yer... 


29 January 2014

Wordless Wednesday # 413...Menu Minum Petang

January 29, 2014 14 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s sedapnya minum petang hari ni...

Wordless Wednesday # 412...Cari Resepi Menarik

January 29, 2014 12 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s dah x tahu nak masak menu apa ni...

Wordless Wednesday # 411...Apa Nak Kata !!

January 29, 2014 13 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



27 January 2014

Teringat Awisy Belikan Baju

January 27, 2014 7 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Bila jalan2 ke Giant UMall semalam asyik la teringat kat cucu grandma Awisy...semalam Awisy balik ke kampung moyang nya di Muar...moyang Awisy sakit dan telah ditahan di Hospital Muar jadi Awisy,papa n mama telah pulang ke Muar untuk melawat moyang Awisy yang sedang sakit....

Tanpa Awisy mama tetap nak berjalan semalam...boring juga duduk kat rumah tanpa dengar gelak tawa Awisy semalam...jadi grandma/pa telah ke Giant UMall...bila dah jenjalan tu mesti teringat kat Awisy...masuk giant jer dah terpandang baju budak kecik yang dijual di sana lagilah teringat sangat kat Awisy...sedih rasanya walaupun berpisah sekejap tapi terasa juga kehilangannya..bila dah asyik teringat tu ! apa lagi terus tangan mencapai baju sehelai dua untuk Awisy... seronok rasanya dapat beli baju untuk Awisy...


p/s utk cucu semuanya boleh...

Cenderahati Dari Mekah

January 27, 2014 8 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Petang semalam mama telah ke rumah kakak untuk melawat beliau yang baru pulang dari umrah...seronok dengar cerita akak semasa beliau berada di sana...teringin juga di hati mama nak pergi mengerjakan umrah dahulu sebelum mengerjakan ibadah haji...moga dipermudahkan semuanya hendak menjejakkan kaki di tanah suci...

Sebelum pulang kami telah diberikan cenderhati dari Mekah...anak-anak mama mendapat seorang satu gelang tangan yang diperbuat daripada biji buah kurma,kopiah untuk Awisy,jubah untuk hubby,minyak attar,tasbih,air zam-zam dan sedikit coklat dan manisan dari sana...

p/s tak sabar nak menjejakkn kaki di tanah suci..

25 January 2014

Air Tangan Anak dan Suami

January 25, 2014 7 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ni mama relax sikit..tak turun ke dapur sebabnya tukang masak lain dah ambil alih dapur mama hari ini...anak dan hubby dah take over dapur untuk memasak ! tengahari anak ! malam ayahnya pula...masakan anak mama tengahari tadi adalah sup tulang saja tapi telah mama tambahkan dengan mee hoon jadilah mee hoon sup tulang yang yummy...


sebelah malamnya hubby pula turun ke dapur darilah menyiang ketam hinggalah memasaknya...semuanya hubby yang melakukannya sendiri...tukang kacau mama ni cuma tengok saja hari ni...inilah dia hasil tangan hubby mama malam ini ketam goreng bercili...memang best dapat makan hasil tangan anak dan hubby hari ni...sayang u all ketat-ketat...seronoknya mama hari ni ! lain kali bolehlah mama bercuti dari memasak lagi yer...

24 January 2014

Kanak-Kanak Cepat Mengikut Tingkah Laku Orang Dewasa

January 24, 2014 10 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Macam-macam budak kecik sorang ni ada saja akalnya tu...mama pun tak sedar bila la Awisy ambil tisu lembab tu...patutlah senyap jer dia ingatkan tengok tv tu ! rupa-rupanya ada kerja lain yang dilakukannya...

Wah !! tengok-tengok jer awisy tengah dok mengelap almari tv tu...memang pandai budak sorang ni tahu pula kegunaan tisu lembab tu...apa tak nyer kekadang grandmanya pun lap almari tu gunakan tisu lembab tu ! itulah agaknya Awisy ni pandai menggunakkan tisu lembab tu...budak-budak sekarang ni memang bijak ! pandai mereka mengikut semua perbuatan orang dewasa ni...

kalau perbuataan yang baik tu masih bolehlah diterima tapi kalau yang kurang elok tu baiklah elakkan dari mereka melihatnya...pengajaran buat kita semua jangan lakukan perbuatan yang tidak elok depan anak-anak pasti satu hari nanti anak-anak akan mengikut semua perbuatan kita itu juga...

p/s kena berhati-hati la lepas ni...


Berkongsi Pahala Dan Berkongsi Entri

January 24, 2014 1 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pahala pada hari Jumaat...blogwalking ke blog Yumida tadi terbaca entri beliau tentang berkongsi pahala ini...terimakasih Yumida atas perkongsian info ini...memang benar apa yang dikatakan oleh hadith di bawah ini:

Dari 'Aisyah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda :
"Apabila seorang isteri menyedekahkan makan dari persediaan yang ada di rumahnya tanpa
mengurangi keperluan rumahtangganya,maka si isteri itu mendapat pahala kerana dia yang menyedekahkannya dan si suami mendapat pahala kerana dia berusaha (menghasilkannya) dan seorang bendahari juga mendapat pahala tanpa berkurang sedikit pun.."

Alhamdullilah ! kiranya makanan yang mama berikan kepada jiran tetangga mama tadi mendapat keberkatannya...orang yang dalam keadaan miskin,susah dan sukar mendapat rezeki amat digalakkan bersedekah supaya mendapat rezeki yang luas...oleh itu marilah kita bersedekah yer kerana ianya tidak perlu tunggu kita kaya pun..bersedekah itu banyak keistimewaannya diantaranya adalah:
-penghapus dosa-dosa kita
-kita diberikan umur yang panjang oleh Allah 
-kita akan dimurahkan rezeki 
-kita akan dijauhi dari bala/masalah
-diberikan Allah 700 kali berlipat ganda pahalanya
-memadamkan api siksaan di dalam kubur


Selamat Hari Lahir Blogger Mak Dara

January 24, 2014 3 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Selamat Hari lahir buat blogger Mak Dara...
mama doakan semoga Adza Irdawati Adenan nama sebenar Mak Dara 
-berjaya dalam semua bidang...
-semoga Allah memberikan umur yang panjang
-dimurahkan rezeki yang halal
-ilmu yang berguna untuk semua
-jodoh yang membahagiakan
-akhlak dan budi pekerti yang mulia
-hidup yang dirahmati Allah di dunia dan di akhirat
  
Happy besday Mak Dara !!!


Jom kawan-kawan kita ke blog Mak Dara dan 
ucapkan selamat hari lahir buat beliau hari ini..


Rezeki Dari Allah Jua

January 24, 2014 8 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
  

Alhamdullilah ! rezeki hari ni... seperti biasa hari ni mama Aiman menghulurkan pada mama sampul angpow berisi duit...inilah dia duit hasil daripada mama menjadi pengasuh Aiman...setiap bulan duit tu mesti diletakkan di dalam sampul angpow...setiap bulan mendapat hasil dari titik peluh mama menjaga budak-budak kecik 2 orang ni...

kiranya ada jugalah gaji mama setiap bulan..walaupun sedikit tapi alhamdullilah dan hasilnya dapat juga menambah duit tabungan untuk pergi ke tanah suci nanti..inshaAllah kalau panjang umur,ada rezeki dan masa bolehlah ke sana nanti...

p/s alhamdullilah rezeki dari Allah...


Kimchi ! Dapat Juga Merasanya

January 24, 2014 10 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Semalam kimchi yang diorder dari teman blogger Rai @ Siti Zainon Jamin telah selamat sampai ke tangan mama...alhamdullilah rasa kimchinya yang cukup sedap...barulah kami sekeluarga dapat merasa bagaimana rasa kimchi yang selalu mama dan anak-anak tengok di dalam drama Korea tu...

bila dah merasanya barulah terasa puas dihati...nak membeli di pasaraya tu bukannya apa ! takut dan terasa was-was juga ! kekadang tu ada juga anak-anak dok sibuk suruh mama membelikan kimchi yang ada dipasaran tu.. 

biasalah kita tak tahu bagaimana cara dan apa bahan yang digunakan untuk membuatnya ! halal ke tidak benda tu ! bila mama dah tahu ada blogger yang menjualnya barulah mama cuba membuat tempahan...kiranya dapat jugalah anak-anak merasa bagaimana rasanya kimchi korea tu..puas hati mereka sekarang kerana dah dapat merasa kimchi itu sendiri....

pada kawan-kawan yang teringin nak merasa bagaimana rasanya kimchi tu boleh la cuba menempahnya di sini...resepi dan cara-cara untuk membuat kimchi pun ada disediakan kalau teringin bolehlah mencubanya sendiri yer...

23 January 2014

Semak Keputusan BRIM 3.0

January 23, 2014 6 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Semalam mama terbaca entri info yang bagus dari blogger Hasrulhassan tentang bagaimana kita ingin mengetahui keputusan permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M 3.0...pada kawan-kawan yang dah mendaftar bolehlah menyemak keputusan permohonan BRIM ini pada bulan Februari nanti yer...jangan sekarang yer nanti permohonan itu tidak akan dilayan...

kawan-kawan boleh menggunakan talian telephone dengan mendail di talian 1-800-88-2716 dari jam 9 pagi hingga 5 petang...jika talian sibuk kita juga boleh menghantar email ke br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my dan perlu dinyatakan nama dan no kad pengenalan di dalam email itu...jika kawan-kawan ingin tahu lebih lanjut klik jer ke blog www.hasrulhassan.com...

22 January 2014

Bersediakah Kita Bila Menjadi Kaya?

January 22, 2014 7 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Persoalan yang susah untuk dijawab...semua manusia ingin kaya tapi adakah kita sudah betul-betul bersedia dengan semua amanah dan tanggungjawab yang harus kita tunaikan nanti...ingat yer kawan-kawan...

Jika kita beroleh rezeki dan menjadi kaya janganlah mudah lupa diri kerana harta itu bukan untuk kita sendiri tapi ada bahagian empunyanya...bersedialah dengan huluran tangan kanan dan jangan mudah menjadi seorang yang lupa diri...ianya adalah satu amanah yang amat besar dan penghuni syurga diakhirat nanti semuanya akan dipenuhi dengan orang yang miskin hartanya di dunia ini...



Oleh itu jadilah orang kaya yang kaya dengan semuanya dari segi agama,budi bahasa,amalan,tidak kedekut,pemurah,murni hatinya dan sentiasa menghulurkan hartanya ke jalan yang diredahi Allah...

"Orang yang bahagia bukannya orang yang hebat
 dalam segala hal tapi orang yang sederhana dalam hidupnya dan selalu bersyukur dengan nikmatNya.."




Wordless Wednesday # 409....Macam-Macam Perangai Si Awisy Ni

January 22, 2014 6 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


habis ditumpahkannya bedak tu...macam-macam perangai budak sorang ni dah semakin panjang akalnya...tengoklah tu rupa dah macam tepung keromak jer dah penuh dengan bedak...

Wordless Wednesday # 408...Doaku

January 22, 2014 6 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


21 January 2014

Pratonton Channel Baru Di Astro

January 21, 2014 8 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Semalam anak mama telah mendapat tiket percuma dari opisnya untuk pratonton filem baru The Journey di Astro... majlis preview menonton rancangan baru ni diadakan di Aeon TGV Cinema Bukit Indah...channel China baru ini akan berada di Astro dan channel ini akan menayangkan filem-filem terbaru...seperti channel Astro First la semua ceritanya adalah dari pawagam dan kita hanya perlu menempah untuk melihat filem-filem terbaru...semua staff opis anak mama telah diberikan tiket percuma ini dan diharuskan pergi untuk pratonton filem itu...

nilah dia cenderhati kenangan dari pihak Astro semalam...

Mula-mula anak mama mengajak mama pergi sekali ke pratonton ini tapi kesian kat Awisy susah nanti dia nak tidur...Awisy pun dah tidur awal semalam...jadi keputusannya biarkanlah mereka saja yang pergi dan mama dirumah saja menjaga cucu yang sorang ni...
 

Hi 5 Kegemaran Awisy

January 21, 2014 10 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Kegemaran baru Awisy suka sangat dia menghadap depan tv tu rancangan kanak-kanak Hi 5  ni...inilah dia channel Disney Junior di Astro 615 kegemaran Awisy....kalau ada saja rancangan ni mesti duduk diam jer depan tv tu... puas grandma dah suruh Awisy duduk jauh sedikit dari skrin tv tu tapi sekejap saja lepas tu pergi balik depan skrin tv tu...bukan apa kawan-kawan takut rabun pula mata tu...nanti kecik-kecik lagi dah kena pakai spec pula... 

rancangan kanak-kanak Hi 5 berbentuk pelajaran dalam nyanyian dan tarian... memang seronok bagi kanak-kanak menontonnya... nyanyiannya memang sesuai untuk kanak-kanak ada jalan cerita dalam nyanyian,menari tu yang membuat kanak-kanak suka menontonnya...setiap hari ada saja lagu baru yang dinyanyikan diajar dengan cara menari...menyeronokkan juga tu kekadang grandma pun turut sekali menontonnya...
 

20 January 2014

Kembang Sakit

January 20, 2014 7 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Pada hari Sabtu lepas mama terpaksa pergi ke klinik haiwan di Bandar Baru Uda untuk membelikan ubat buat si comel mama ni...kesian kat Kembang beberapa kali keluar masuk bilik air tapi susah nak buang air kecik kalau ada cuma sedikit jer air kencingnya yang keluar...masih boleh dikawal lagi sakitnya jadi mama dan hubby hanya pergi untuk mendapatkan ubat untuk Kembang saja...alhamdullilah sekarang ni Kembang dah semakin sihat dan dah boleh membuang seperti biasa...

p/s haiwan pun sampai masa sakit juga...

Selamat Hari Lahir Buat Mialiana

January 20, 2014 16 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Selamat hari lahir Mialiana...
-mama mendoakan semoga ulangtahun kelahiran Mialiana pada tahun ini 
lebih bermakna lagi...
-semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik
-semoga dimurahkan rezeki selalu
-sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang dilakukan
-semoga segala apa yang dihajatkan tercapai pada tahun ini
-sentiasa berbahagia disamping orang-orang yang tersayang
-sentiasa dibawah lindungan Allah jua
-sentiasalah ceria dan senyum-senyumlah selalu 
SMILE..SMILE...SMILE
-amin-

jom kawan-kawan kita singgah ke blog Mialiana yer...


19 January 2014

Teman Blogger

January 19, 2014 10 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Buat teman blogger-blogger kenal tak dengan blogger ni...tentu ada yang masih ingat dan kenalkan... pastinya masih ingat dengan nama blog beliau iaitu http://ailylrozanna.com...kalau nak lihat fb beliau klik ini yer...sebenarnya lama juga mama dah tak dengar cerita dari blog beliau sebab blog beliau diprivatekan....nak masuk blog beliau pun dah tak boleh..

harap beliau dapat open balik blog beliau untuk tatapan teman-teman alam maya ni...sebenarnya dulu anak mama bekerja satu office dengan blogger ini tapi sekarang masing-masing dah ada kehidupan sendiri dan dah berhenti dari office lama tu...

First Time Gunting Rambut

January 19, 2014 4 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Semalam mama dan papa Awisy bawa Awisy pergi ke kedai gunting rambut..rasanya inilah pertama kali Awisy nak gunting rambut setelah bercukur selepas pantang dulu...memang lama betul rambut Awisy ni nak panjang-panjang dah setahun 4 bulan umur baru boleh digunting rambut tu...rambut Awisy ni memang jenis susah nak panjang...bila dah panjang pun masih nampak sedikit je...jom kita lihat gelagat Awisy kat kedai gunting rambut semalam...

 tu la rambut Awisy sebelum di gunting panjang tapi nipis...bila masuk kedai gunting jer dah mula menangis...takut agaknya sebab baru pertama kali gunting kat kedai...

 tu dia menangis tak ingat macam nak kena potong leher je...

kesian tukang gunting terpaksa mengikut rentak kepala Awisy agar tak tergunting..

 sampai ke sudah tak juga henti-henti menangis jer...
apa la Awisy ni kan gunting rambut pun nak nangis...kan dah hancem bila dah siap digunting rambut tu...

18 January 2014

Resepi Nangka Masak Lemak

January 18, 2014 20 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Pagi-pagi hubby dah ke pasar untuk membeli stok lauk yang dah kehabisan kat dalam peti ais tu...balik dari pasar tadi hubby ada membeli sepeket nangka muda...dah lama tak makan katanya masak lomak pun sodap...nangka muda memang sedap kalau buat gulai lemak ni...apa lagi cepat-cepatlah mama menyiang dan merebus nangka tu dulu...

kalau ditambah dengan daging pasti lagi sedap jadinya gulai lemak ni tapi hubby boleh pula terlupa nak membeli sedikit daging...hanya ikan saja yang dibelinya tapi tak apa la tak ada daging pun gulai lemak ni jadi sedap juga untuk dimakan...jom mama tunjukkan resepi untuk memasaknya...

Bahan-bahannya:
cili api,bawang(ikut suka),kunyit hidup,santan,udang kering,asam gelugor dan daun kunyit

Cara-caranya:
Rebus nangka muda tu sekejap jangan lembik sangat,akan dimasukkan dalam kuah lemak tu nanti...ambil cili api,bawang,kunyit hidup,udang kering tumbuk sehingga hancur...kemudian masukkan ke dalam periuk bahan yang telah ditumbuk tadi letakkan di atas dapur masukkan santan cair dahulu yer...bila dah mula mendidih masukkan daun kunyit,asam keping ke dalam periuk dan dimasak semula...

bila nangka dah cukup lembutnya akhir sekali masukkan santan pekat pula kacau sehingga cukup masak...gulai lemak yang sudah siap dimasak boleh di hidangkan bersama nasi panas,ikan masin atau sambal belacan...memang sedap hingga menjilat jari...okay kawan-kawan selamat mencuba yer...

Selamat Hari Lahir Abah

January 18, 2014 5 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
 

Selamat hari lahir buat ayahanda tercinta hari ini...walaupun berjauhan tapi abah tetap di hati anakanda...moga Allah sentiasa memberikan kesihatan yang baik buat abah,dipanjangkan usia abah untuk sentiasa bersama anak cucu cicit semua dan moga sentiasa bahagia disamping mak dan diberkati selalu...inilah ucapan iklas dari anakmu yang jauh ini...
walaupun kita jarang berjumpa tapi ingatan ayahanda sentiasa dihati selalu...biar apa orang nak kata tapi abah tetap di ingatan anakanda selalu...sayang abah selalu...
SELAMAT HARI LAHIR ABAH...


17 January 2014

Layan Mangga Muda Petang Ni...

January 17, 2014 17 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Sedapnya petang-petang macam ni layan makan mangga muda ni sedapnya...terliur tengok gambar tu tak kawan-kawan...mama ni sememangnya penggemar makan mangga muda ni tu sebabnya badan mama ni sentiasa kurus jer...wawaaawaa dah mula la perasan mama ni kan tapi itulah sebenarnya makan benda masam-masam ni sememangnya boleh membuatkan badan kita boleh kurus tapi makan tu jangan terlebih sangat yer nanti memudaratkan pula...

Buah mangga ni mengandungi lebih kurang 130 kalori,tiga gram fiber dan pelbagai jenis vitamin,disebabkan buah mangga mengandungi kandungan gula yang tinggi kita perlu hadkan pengambilan buah mangga kepada beberapa potong sehari saja...memakan buah-buahan ini memang digalakkan dan ianya memang sesuai dimakan untuk mengempiskan perut dan menguruskan badan..

p/s boring pula dok kat rumah jer hari ni...

Resepi Sambal Telur Goreng Yang Simple Jadi Lauk Sarapan Pagi

January 17, 2014 9 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ini tiada sarapan yang boleh dimakan stok lauk pun dah habis nak tunggu hubby pergi beli...perut pun dah mula berbunyi ni... buka peti ais hanya tinggal 4 biji telur saja...apalah yang boleh dibuat dengan telur 4 biji ni ek...mulalah berfikir nak menjadikan telur tu satu lauk yang boleh dimakan...akhirnya bermulalah operasi di dapur mama ni...

buka bekas cili ada sedikit cili boh yang tinggal dan hanya dapat buat sedikit sambal telur saja...semuanya boleh la asalkan dapat dimasak dan untuk sarapan pagi ni daripada kelaparan nanti...inilah hasilnya sambal telur dimakan dengan nasi putih yang panas...alhamdullilah kenyang perut pagi ni dah tentu kekenyangan ini akan sampai ke tengahari nanti...

Bahan-bahannya:
4 biji telur, cili boh,serai, garam,serbuk perasa,bawang besar dan untuk hiasan 
sedikit daun sup

cara-caranya:
mula-mula telur direbus dulu dan kemudian goreng telur rebus...asingkan dan tumis cili boh hingga garing dan masukkan serai...setelah garing masukkan sedikit air asam,garam dan serbuk perasa...akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng tadi dan letakkan bawang besar yang telah dihiris dan sedikit hiasan daun sup...sambal telur sudah siap dan boleh dihidangkan bersama nasi panas...

16 January 2014

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan

January 16, 2014 22 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Mai dekat! Mai dekat! Ni segmen cari kawan, bukan segmen cari jodoh...hehe

Lately ni sally jarang blogwalking sebab sally dalam mood final exam...sebab tak nak hampakan korang...Sally buat satu segmen...sambil korang cari kawan, sally blogwalking...okay tak ni..?

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/01/segmen-jalan-jalan-cari-kawan.html

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan

Syarat-syaratnya:

  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
Segmen ini akan berlangsung dari  12/1/2014 sehingga 22/1/2014 (10pm)

2 orang blogger yang bertuah akan menerima hadiah saguhati (undian melalui random.org)

1St Mini Giveaway By Ainim Rashihah

January 16, 2014 8 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Buat pertama kalinya, blog ini menganjurkan giveaway sempena menghargai para pengikut dan juga pembaca blog Ainim Rashihah. Sebagai salah satu usaha untuk menghargai sokongan kalian semua, Ainim nak adakan giveaway pertama blog ini.


Semua orang boleh sertai giveaway ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:

1. Follow blog Ainim Rashihah, Add To Circle Google+ Ainimsuju, Follow Twitter Ainimsuju dan Like Fanpage Blog Ainim Rashihah
2. Buat satu entri bertajuk 1st Mini Giveaway by Ainim Rashihah
3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen ini.
5. Tarikh tamat giveaway ini ialah pada 30 Januari 2014.

Pemenang akan diumum pada 6 Februari 2014 dan pemilihan pemenang adalah melalui random.org

15 January 2014

Saya Nak Rm300 Angpow Daripada Nile.com.my

January 15, 2014 7 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Sempena Tahun Baru China ini jom kawan-kawan kita join giveaway dari blog blogger si cantik manis ini yer...pada kawan-kawan semua mari kita rebut hadiah yang cukup menarik ini dari Nile.com.my iaitu berupa hadiah angpow Rm300...
tarikh tutup giveaway ini adalah pada 21 Jan 2014...

Jika ada rezeki dan kalau mama berjaya mendapatkan hadiah Rm300 ini mama ingin membelikan hadiah istimewa untuk hubby sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 28tahun nanti dan keduanya dapat makan malam yang special bersama-samanya di tempat yang istimewa juga...moga berjayalah hendaknya inshaAllah...

Keputusannya nanti bolehlah klik ke laman web http://www.nile.com.my/page.php?cd=87

Ciri-Ciri Suami Romatik

January 15, 2014 4 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..


Pada sesiapa yang berjaya memiliki seorang suami yang romatik memang seronok rasanyakan tapi pada kawan-kawan yang suaminya tak romatik janganlah kecewa yer sebab seorang suami itu adalah anugerah terindah dalam hidup kita walaupun tak romatik pasti ada kelebihan yang lain padanya...jom kawan-kawan kita tengok ciri-ciri seorang suami yang sweet dan romatik...

1-Call isteri masa waktu kerja sebab nak cakap rindu
2- Peluk isteri secara tiba-tiba
3-Puji isteri cantik
4-Bergurau senda dengan isteri masa baru balik kerja
5-Kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur
6-Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela masa bersantai duduk di sofa
sambil tengok tv
7-Tolak stroller baby atau dukung anak masa shopping bersama isteri
8-Berada disisi isteri masa isteri melahirkan anak
9-Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri
10-Belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira
11-Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan hari lahir atau anniversary
12-Dengar luahan isteri semasa isteri tengah bersedih bagi kata-kata semangat
13-Rajin solat berjemaah bersama isteri dan selalu mengajak isteri lebih dekat dengan Allah
14-Buat candle light dinner secara mengejut sekali sekala


Wordless Wednesday # 407....Renew Annual Pass

January 15, 2014 4 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Wordless Wednesday #406....Sedapnya...

January 15, 2014 7 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


14 January 2014

Resepi Sos Tauhu Sumbat

January 14, 2014 18 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
 

Hari ini mama hanya nak share resepi sos tauhu sumbat saja...kalau untuk isi tauhu yang nak disumbat tu mesti semua kawan-kawan dah tahukan...jadi kat sini hanya sosnya saja yang mama nak sharekan bagaimana cara nak membuatnya...sebenarnya ini adalah request dari adik mama nak tahu bagaimana nak mencuba membuat sosnya...okay adikku jom kita mencuba membuatnya yer..

sediakan bahannya yer...
cili kering/cili hidup merah,sos tomato/sos cili,bawang putih, bawang kecil, gula, garam dan air

Cara-cara membuatnya...
Mula-mula blander cili kering/cili hidup merah bersama bawang putih,bawang merah masukkan sekali garam,gula dan tomato sos kisar semuanya..ambil sos yang telah diblend tadi dan masakkan sekejap....rasalah sos itu kalau kurang garam tambahkan sedikit lagi garam dan kalau kurang manis tambahkan sedikit gula...agak-agaklah ikut suka kita sendiri yer... okay itu saja dan selamat mencuba yer kawan-kawan dan juga untuk adikku...



Salam Maulidur Rasul 1435H

January 14, 2014 8 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....

Salam Maulidur Rasul 1435H 


perbanyakkanlah berselawat ke atas Nabi kita moga akan diperbanyakkan iman kita dalam berselawat keatas Baginda SAW,diberikan kita kesedaran agar dapat memperjuangkan amanah Allah dan diberikan kebaikan ke atas kita semua..salam Maulidur Rasul buat semua kawan-kawan dan selamat bercuti hari ini yer...


13 January 2014

Hadiah Dari Blogger Mialiana

January 13, 2014 6 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Sampai sudah hadiah yang ditunggu dan hadiah ini adalah dari teman blogger Mialiana...hadiah sebagai salah seorang pengomen terbanyak di blog beliau...nak tahu tekan entri ini...mama akan tetap menyokong blog Mialiana selalu walaupun kekadang ada juga entri Mialiana yang tak dapat mama kunjungi... 

mama ucapkan ribuan terimakasih buat Mialiana kerana sudi mengirimkan hadiah buat mama dan semua yang telah berjaya...terimakasih juga sebab selalu menghargai teman-teman alam maya ini...moga ikatan ukuhwah antara kita akan terus berkekalan yer...mekacih Mialiana..

12 January 2014

Awisy Dah Pandai Merajuk Pula

January 12, 2014 8 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Awisy main sendiri lepas kena marah...

"Kesian nyer grandma tengok Awisy hari ini...Awisy merajuk yer sebab baru kena marah dengan mama..."
"Awisy jangan merajuk lagi yer sayang...mama Awisy sayang kat Awisy tau ! sebab mama Awisy tak mahu Awisy jatuh dari kerusi lagi...."

 Budak-budak sekarang ni memang tak mudah kenal putus asa...dah jatuh dari kerusi pun masih nak panjat lagi kerusi tu..kita sebagai ibubapa pula yang risau kalau anak-anak kita asyik jatuh saje..takut ianya boleh memudaratkan kesihatan kanak-kanak tersebut...jadi selepas ni grandma kenalah lebih berjaga-jaga supaya Awisy tak memanjat dan jatuh lagi...

Menarik Atau Tidak Header Baru Ini?

January 12, 2014 17 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



tahun baru dah menjelma oleh itu teringin juga di hati nak tukar header baru juga...bila dah menjadi inilah hasilnya...hasil idea anak mama klik sini dan sini blog anak mama tu...pertukaran nama mama kepada grandma adalah perubahan baru di header ini...isi cerita blog mama sekarang ni pun banyak berkisar tentang cucu yang seorang ni..tu yang terpanggil nak bertukar ke header yang baru...

perubahan baru di tahun baru 2014 ini.. walaupun perubahan terjadi di blog mama Maszull tuan punya blog masih tetap orang yang sama dan masih tetap di sini di alam maya...diharap kawan-kawan sudi melawat blog mama atau grandma blog yang baru ini yer... 

 teringin juga mama nak tahu pendapat kawan-kawan alam maya tentang header baru mama ini...cuba kawan-kawan memberikan sedikit pendapat tentang header baru ini...menarik atau tidak dan adakah masih boleh dikenali tak blog mama Maszull ini...?

p/s perubahan pasti berlaku...

11 January 2014

Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih

January 11, 2014 19 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Assalamualaikum


Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih di anjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Zara Nurhaidah dan Iluvtour. Siapa yang nak join sila tekan banner di atas :)