31 December 2014

Alya Sesal Separuh Nyawa

December 31, 2014 4 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


 
Andai pasti ku tahu
Takkan ku tinggalkan mu
Namun masih keliru teringat masa lalu

Tetap tiada kulupakan 
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
membawa khabar rindu

Tapi sulitku teruskan
Engkau jauh ke hadapan
Aku tabah berjalan sembunyikan harapan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Separuh sayangmu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan...tentukannya...


Al-Fatihah Buar Arwah Afandi Awang

December 31, 2014 1 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Terkejut dengan berita yang baru mama terima dari teman di facebook...suami kawan baik mama baru saja meninggal dunia pada pukul 2 pagi tadi...sebelum ini mama ada juga berwhatsaap dengan beliau bertanya tentang keadaan kesihatan suaminya...beliau berkata doktor masih lagi belum membuat keputusan tapi yang pastinya suami kawan mama itu telah menghidap kanser hati...

Terkejut juga dengan berita yang baru mama terima ini tadi...tak sangka kedatangan mereka sekeluarga ke rumah mama tempohari adalah yang terakhir rupa-rupanya...jika nak lihat dan tahu cerita seterusnya kawan-kawan boleh ke entri ini...

Al-fatihah buat arwah Afandi Bin Awang semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman aamin...


p/s x sempat nak pi melawat di Muar..In sha Allah hujung minggu...

Perlukah Jadi Blogger Yang Baik

December 31, 2014 2 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Sebagai seorang blogger ini bermacam-macam perkara perlu kita pertimbangkan baik dari segi perkara yang baik atau pun yang tak baiknya...jangan kerana kita dianggap sebagai seorang blogger kita boleh buat sesuka hati tanpa mengirakan perasaan blogger yang lain...setiap orang ada perasaan dan hati jadi jika kita mempunyai sikap atau nawaitu yang kurang elok akan terjadilah bermacam-macam perkara yang tidak elok akhirnya..

Perkara yang perlu dituliskan di dalam blog harus dari sesuatu perkara yang benar bukannya yang diada-adakan hanya untuk mendapatkan ranking atau nama di kalangan blogger yang lain...tetapkanlah pendirian kita sebagai blogger yang bersih dari sesuatu perkara yang tidak elok..blogger adalah satu kerjaya yang semakin mendapat perhatian sekarang ini...dulu mungkin boleh dikatakan blogger hanya menulis sesuatu hanya untuk suka-suka atau untuk tatapan sendiri tapi sekarang banyak juga blogger-blogger yang telah mendapat tawaran yang bagus melebihi dari orang yang bekerja...

Bila kita dah dikenali eloklah dijaga semua perilaku dan tata tertib sebagai seorang blogger yang baik...itu semua haruslah dikekalkan selamanya agar nama blogger akan mendapat perhatian di mata umum...orang akan terus menghargai kita walaupun tanpa kita pinta...tak kiralah dalam apa jua yang kita lakukan...kekalkanlah nama sebagai blogger yang begitu disenangi dan dikenali dikalangan blogger-blogger yang lain...itu pun sudah cukup bererti pada seorang blogger...nama blog pun akan jadi ingatan pada semua blogger yang baru walaupun belum pernah mengenali siapa penulisnya yang sebenarnya....



p/s harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama...

Perkahwinan Pelakon Marian Rivera Dan Dingdong Dantes

December 31, 2014 0 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pasti kawan-kawan kenal dengan pelakon cantik jelita dari Filipina Marian Rivera ini...pelakon drama yang popular di tv3 satu ketika dulu "Temption Wife"...beliau telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan pelakon kacak Dingdong Dantes pada 25 Disember yang lalu..memang sama cantik sama padan...jom kita lihat gambar kedua-dua pengantin ini...sumber info...






Wordless Wednesday # 517...Kembang Tomeyyy

December 31, 2014 1 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s kembang tomeyyy...

Wordless Wednesday # 516...Ke Manakah Menghilang

December 31, 2014 4 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s hilang mu tanpa dapat dikesan...

30 December 2014

UJI RASHID - KALI TERAKHIR KULIHAT WAJAHMU

December 30, 2014 1 Comments
SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...


p/s sedih pulak dengar lagu ni...teringat mangsa2 kapal terbang yg hilang..

Pemandu Warga Singapura Kurang Berhemah

December 30, 2014 2 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Suka sangat bila dengar warga asing akan dikenakan kadar bayaran untuk kereta yang masuk ke negara kita...bagus juga sebenarnya diadakan kadar bayaran yang patut pada pengguna kereta warga Singapura di Malaysia...mama memang sokong sangat tentang diadakan kadar bayaran pada kereta warga Singapura yang masuk dan datang ke Malaysia seperti yang dilakukan di Singapura...sepatutnya kadar bayaran tu kenalah setimpal dengan masa dan berapa lama masa berada di negara kita...

Di Johor ini memang dah berlambak-lambak kereta dari warganegara Singapura masuk ke sini...kekadang pemandu kereta warga Singapura ini memang amat menyusahkan kita sebagai warganegara Malaysia...potong ikut suka..nak masuk jalan ke mana-mana simpang pun tak kira ada kereta ke tidak main ikut suka dia jer nak masuk...tak reti pulak tu nak bagi signal...kita sebagai pemandu warga Malaysia ni pula yang mengalah...seolah-oleh macam negara mereka sendiri pulak dibuatnya...


apa-apa pun hormatlah kita sebagai warga negara Malaysia...dah la awak tu menumpang lalu kat jalanraya di Malaysia tapi nak berlagak pula masuk ke Malaysia ni...bila berada di negara mereka sendiri tahu pulak ikut peraturan yang telah ditetapkan...disebabkan negara Singapura ketat peraturan jalan rayanya jadi mereka sesuka hati nak buat onar kat negara orang pulak... 

Pada warganegara Singapura yang berada di Malaysia janganlah nak buat sesuka hati mereka jer ! kat Malaysia pun ada undang-undang juga jadi tak perlulah nak buat perkara yang bukan-bukan bila berada di sini...kalau nak memandu kereta tu ikutlah peraturan walaupun berada di negara orang lain...hormatlah juga pemandu kereta yang lain juga...ikutlah peraturan yang sedia ada...jangan jadikan negara orang lain macam negara awak sendiri pulak...

p/s warga Singapura berhemahlah memandu di Malaysia...

29 December 2014

Skrin Angkasa Besar Tarikan Baru Bandaraya Johor Baharu

December 29, 2014 4 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pada warga Johor pasti dah tahu mengenai "Skrin Angkasa"(Sky Screen)yang terletak di hadapan bangunan Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) di Jalan Ibrahim Sultan..skrin besar yang berada di atas ini telah jadi salah satu tarikan bu buat arpengunjung ke Bandar Johor Baharu...pada kawan-kawan yang belum tahu bolehlah ke Bandaraya Johor Baharu untuk melihat skrin angkasa ini yer...



Sepanjang 90 meter kali 20 meter Skrin Angkasa ini telah diletakkan di luar tanpa bumbung menjadikan MBJB yang pertama memasang skrin angkasa selain tarikan pintu gerbang, jata negara,air pancut berirama dan jam kristal menggunakan huruf Arab..ini adalah salah satu tarikan pengunjung datang ke Bandaraya Johor Baharu dan ianya juga adalah persiapan ke arah "Johor Baharu Bandar Raya Bertaraf Antarabangsa" (International City of Johor Baharu By 2020) menjelang tahun 2020 nanti...


Pengunjung boleh melihat lebih dekat Skrin Besar yang dipasang ini...terdapat juga lampu-lampu berwarna ada disini dan ianya lebih jadi menarik untuk para pengunjung bergambar...kalau tak dapat nak ke I-CITY melihat lampu-lampu yang berwarna-warni bolehlah juga datang ke sini yer...


Malam minggu memang ramai pengunjung datang ke sini...ada yang bergambar sambil berjimba bersama keluarga...mama jer malas nak cari parking kereta semalam kami hanya melintasi kawasan ini sambil mengambil gambar dari dalam kereta saja...




Pada kawan-kawan yang tinggal di sekitar kawasan Bandar Johor Baharu ini pasti jangan ketinggalan untuk datang berjimba bersama-sama keluarga di sini yer...


p/s menikmati pemandangan malam...

Sesi Persekolahan 2015 Tangguh

December 29, 2014 6 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Baru sebentar tadi Menteri Pendidikan Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa sesi persekolahan bagi seluruh negara di tangguhkan akibat masalah banjir yang melanda sekarang ini...
Sesi persekolah bagi negeri-negeri Kelantan,Pahang,Kedah,Trengganu dan Johor akan bermula pada 11 Januari 2015 dan manakala negeri-negeri yang lain bermula pada 12Januari 2015...ingin tahu lebih lanjut boleh tekan sini sumber info...

Semoga mangsa-mangsa banjir semua tabah menghadapi bencana ini dan semoga Allah akan memberikan sebanyak-banyak hikmah pada apa yang berlaku ini...In sha Allah..

p/s tiba-tiba perut memulas pulak...

27 December 2014

Festival Kraf Tangan Johor 2014

December 27, 2014 0 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Mama dan keluarga jenjalan singgah sekejap di Festival Kraf Tangan Johor tadi...memang seronok berada di sini bermacam-macam benda ada dijual di sini...pengunjung pun ramai di Plaza Angsana ni tadi...parking memang dah tentu penuh...terpaksa berpusing dua tiga kali baru dapat parkingnya...


Ambil gambar pun setakat kat gerai yang tak berapa ramai...dan mana yang sempat jer...



Labu sayong yang telah dibuat tempat letak lampu...nampak menarik sekali...


Suka dan tertarik kat gerai ini...gerai yang menjual duit syiling yang dah dicelup dgn emas tiruan...bermacam-macam duit syiling ada dari syiling 10sen hinggalah syiling rm 1...ada duit syiling yang telah dibuat gelang dan dijual mengikut saiz besarnya...


dapat tengok dan pegang cukuplah kan...tapi sempat juga mama beli duit syiling 20sen dan 10sen yang telah dibuat kerongsang dengan harga rm 10...cantik juga kerongsangnya bila dah dipakai...





p/s banyak juga gerai yang kami tak singgah...


Resepi Sambal Korek Jawa

December 27, 2014 7 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Bila sebut sambal korek ni teringat mama masa zaman kanak-kanak dulu...memang suka sangat makan sambal korek ni..mulanya memang tak tahu jugalah apa tu 'sambal korek' ni tapi bila dah diperkenalkan oleh akak saudara mama yang kebetulannya memang orang berketurunan Jawa barulah tahu macam mana rupanya sambal korek ni...kalau dah suka makan memang hari-hari asyik nak bedal jer sambal ni..kalau kawan-kawan orang Jawa mesti tahu buat sambal korek ni... 

Memang terbaik la sambal korek Busu Ana ni ! itulah panggilan mama padanya dulu..masih teringat lagi masa dulu-dulu tu kalau nak makan jer mesti Busu Ana akan buatkan sambal korek ni...sambal korek ini kami akan makan terus dari dalam lesungnya...seronok rasanya bila teringat masa tu ! itulah dia Busu Ana seorang kakak yang baik pada mama dulu...dan sambal koreknya akan jadi pembuka selera mama sentiasa...tiba-tiba teringat kat Busu Ana yang jauh dimata sekarang ini...

abaikanlah lesung batu yang dah lama tu yer...hadiah kawin dulu...

kalau nak tahu resepi Sambal Korek ni mama akan tunjukkan cara-cara nak membuatnya...
memang cukup senang la tak payah nak lama-lama kat dapur tu...setahu mama macam ni lah resepi yang busu ana selalu buatkan untuk mama dulu.. 

Bahan-bahan...
cili padi
garam,serbuk perasa
minyak yang telah digunakan

Caranya...
1-Ambil cili padi dan tumbuk dalam lesung batu sehingga hancur..masukkan sedikit garam dan serbuk perasa..
2-Ambil minyak gorengan yang sudah digunakan masukkan dalam cili padi yang sudah ditumbuk halus tadi...
3-Kacau rata dan sambal korek itu sudah boleh dimakan bersama-sama nasi panas...
terliur rasanya....
selamat mencuba yer...


26 December 2014

CPUV Lagi

December 26, 2014 3 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Ada juga CPUV iklan Maggi Royale dari Mr.Nuffnang kat blog mama ni...mekacih nuffnang walaupun tak seberapa tapi tetap dapat juga income dari blog ni...juga terima kasih buat kawan-kawan yang sudi singgah melawat mama kat sini yer juga mekacih sebab ada kawan-kawan yang sudi like tabungan iklan mama di sini...

p/s rezeki tetap ada walaupun sedikit...

Doa Menolak Banjir

December 26, 2014 4 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Marilah kita sama-sama berdoa agar mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur akan selamat dari bencana ini...jadi marilah kita bersama-sama beristighfar memohon keampunan dari ALLAH dan hanya ALLAH saja yang boleh memberhentikan hujan yang turun dari langit dan ALLAH juga yang boleh membuat bumi menelan air banjir ini ke dasarnya...moga mangsa-mangsa banjir bersabar dan banyak-banyakkanlah berdoa...

p/s sedih bila lihat gambar keadaan banjir di Pantai Timur..

25 December 2014

Banjir Terburuk Pada Tahun Ini

December 25, 2014 1 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Sedih dan sayu bila lihat gambar kawasan-kawasan yang telah dinaiki air banjir semalam...banyak tempat-tempat yang disediakan untuk mangsa-mangsa banjir duduki untuk sementara waktu...banjir kali ini dikatakan yang terburuk berlaku di Pantai Timur...hanya Allah saja Yang Maha Mengetahui segala-galanya...semoga kawan-kawan yang berada di kawasan-kawasan yang dinaiki air banjir segeralah berpindah ke tempat-tempat yang selamat...berdoalah pada Allah agar bencana yang kita terima kali ini akan segera berlalu dan air akan segera surut hendaknya...

p/s tahun 2014 tahun rakyat Malaysia bersedih...

24 December 2014

Wordless Wednesday # 516..I Am

December 24, 2014 7 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Segmen 12 Jam Bloglist # 12 Mialiana.com

December 24, 2014 9 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 Disember 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Wordless Wednesday # 515...Sujud Terakhir

December 24, 2014 2 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

p/s mati itu pasti...

Kedai Optik World Optometry Memang Best

December 24, 2014 3 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ni mama nak promosi sikit tentang Kedai Optik World Optometry ni yer...first time datang masa bawa anak mama buat spec kat kedai ni dulu...masa tu mama tak merasa sendiri pengalaman buat cermin mata ni jadi tak tahu macam mana nak cerita kat sini...jadi kali ni ada pengalaman sendiri boleh la buatkan promosi tentang kedai optik ni yer...


Masuk jer ke kedai ini kita akan dilayan dengan mesra oleh pekerja kedai ini...dari bab memilih bingkai cermin mata ikut kesuaian muka kita mereka akan mengsyorkan mana yang lebih baik pada kita...


Suasana di dalam kedai ini pun memang cukup selesa sekali...kelihatan tersusun cantik dan kemas deretan cermin mata yang dipamerkan untuk dilihat oleh pelanggan...pelanggan boleh memilih dari jenama yang biasa atau jenama yang mahal...jadi kita hanya perlu memilih yang mana satu bungkai yang berkenan di hati...


Tempat ruang untuk menunggu juga ada disediakan di dalam kedai ini...jadi sementara menunggu bolehlah kita melihat katlog promosi yang ada disediakan di atas meja itu..


Layanan mesra diberikan oleh semua pekerja kedai optik ini kepada mama dan hubby...mula-mula mama yang melakukan ujian mata kemudian barulah hubby mama pula...dengan cara yang berhemah optometris ni melakukan kerjanya...memang puas hatilah cara mereka bekerja...


Pilih saja bingkai cermin mata yang berkenan di hati semuanya ada terdapat di Kedai Optik World Optometry ini...


memang banyak susunan bingkai cermin mata yang ada di sini dari bermacam-macam jenis dan paten nyer...

Pada kawan-kawan yang berada disekitar Skudai ini pasti dah tahu dimanakah letaknya kedai ini...kedai ini berada di Pekan Francis Taman Sri Pulai Perdana..terletak dibahagian hadapan deretan kedai berdekatan dengan kedai MarryBrown dan Kedai 1 Malaysia...

Pada yang kurang tahu masih ada lagi cawangan lain kedai Optik World Optometry ini..

1- Kedai Optik World Optometry (HQ)
B07,Blok B Pekan Francis MARA,
Taman Sri Pulai Perdana ,Skudai
Tel: 07-5205421

2- Kedai Optik World Optometry
G23.Umal giant,45 Jalan Pulai 20,
Taman Pulai Utama, Skudai
Tel:07-5201861

3-Kedai Optik World Optometry
10-01,Jalan Nusaria 11,Taman Nusantara,Gelang Patah
Tel:019-7568077

4-Kedai Optik World Optometry
Lot 3,Arked Meranti,UTM Skudai
Tel:013-7503955

5-Kedai Optik World Optometry
No.7,Jalan Mutiara 3,Pusat Pernigaan Benut,
Benut,Pontian
Tel:011-32111707



p/s kalau dah berumur mata mesti dah mula kabur...

23 December 2014

The Hobbit Memang Best

December 23, 2014 9 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Semalam mama dan hubby dok melayan semangat anak-anak nak pergi menonton filem "HOBBIT" di MBO U Mall...memang best la jalan cerita ni...anak-anak mama memang suka menonton filem fiksyen begini...tu yang die orang sibuk ajak mama dan hubby pergi join sekali...sebenarnya mama pun memang teringin juga nak pergi ! nak tahu juga macam mana kesudahannya cerita Hobbit ini..itu yang pujuk-pujuk hubby join sekali...bila hubby nak pi tu memang suka la ada peneman ! pada kawan-kawan yang tonton dari mula cerita Hobbit ni mesti tahu apa yang berlaku sebelum ini kan..boleh bagi 5 bintang la filem ni...

p/s apa pulak cerita seterusnya nanti kn...???



22 December 2014

Terpaksa Juga Buat Spec

December 22, 2014 3 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Umur pun dah semakin meningkat mata pun dah semakin kabur jarak penglihatannya...daripada melarat dan terus tak nampak baiklah grandma buat spec juga...kalau dah teruk lagi susah nanti...kalau ikutkan hati memang tak suka sangat nak pakai spec ni tapi apa boleh buat mata pun dah semakin rabun kena juga pakai spec mata..


Inilah dia wajah grandma yang terpaksa juga pakai cermin mata...tengok la tu warna pilihan cermin mata grandma Awisy ni tak menahan juga ! pilihan warna pink gitu...nak style la tu grandma ni....tak kisah la janji boleh jelas penglihatan mata grandma ni...

bila cermin mata ni dah siap memang jelas sekali pandangan mata grandma ni..sepatutnya kena buat cermin mata grandma ni dengan cermin rabun dekat sekali tapi dek kerana tak pernah cuba lagi grandma cuma buat cermin mata untuk pandangan jauh dahulu...kalau nak nanti boleh buat pula cermin mata untuk pandangan dekat pulak... 


siap juga akhirnya cermin mata grandma Awisy ni...

p/s nanti boleh buat entri kedai cermin mata ni...

21 December 2014

DIY Susun Atur Bekas Mainan Darwisy

December 21, 2014 5 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Semalam mama dah beli 6 storage box di kedai Daiso...nak lihat entry klik sini...bila dah balik mulalah buat operasi meletakkan storage box tu kat almari mainan Awisy...senang lepas ni tak payah la Awisy dengan Aiman susun bersepah lagi hanya masukkan mainan dalan storage box tu...


Dah siap susun atur bekas mainan Awisy ni...nampak lebih kemas jer sekarang ni dari yang dahulu...kalau nak lihat entrinya tekan sini...

p/s cuaca dah mendung jer ni...

Daiso Kedai Shopping Murah..Murah Ke?

December 21, 2014 12 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Kalau ke Bukit Indah memang kena singgah ke kedai Daiso ni...kalau dah masuk ke sini memang ada saja yang hendak dibelinya...semalam inilah benda yang mama angkut dari kedai Daiso tu...storage box tu dibeli sebab nak letakkan mainan budak kecik sorang ni..sunglasses UV tu untuk mama boleh pakai masa cuaca panas dan penyangkut baju tu nak gantikan yang lama  sebab dah patah...


Belikan juga selipar untuk si kecik ni...nampak comel jer bila tengok selipar ni jadi terus belikan Awisy buat pakai-pakai masa jenjalan kat luar rumah...tapi sayang sekali Awisy tak mahu pakai selipar tu...pelik agaknya bila tengok selipar tu...


p/s pantang jumpa kedai Daiso dan DIY...

Inilah Dia Jejaka Hancem

December 21, 2014 2 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..


Kalau bab bergaya memang no 1...pantang jer nak berjalan ada saja cara nak buat semua orang ketawa...tengok la ni mama Awisy dah belikan spec baru untuk Awisy pakai...bila nak berjalan semalam sempat posing dulu baru bergerak.. ni dia jejaka perasan hancem semalam...post sekeping gambar Awisy kat sini buat kawan-kawan semua...

p/s mmg pandai bergaya...