JIRAN TETANGGA

Tuesday, December 31, 2013

Selamat Tinggal 2013

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Selamat tinggal 2013..

semua kenangan indah di tahun 2013 akan menjadi satu memori yang tidak akan dilupakan selamanya...moga segala impian yang tidak tercapai pada tahun ini akan dapat diteruskan di tahun hadapan 2014...semoga tahun baru ini akan memberikan kenangan yang lebih indah dan menjadi yang terbaik...

Selamat datang 2014...

Monday, December 30, 2013

Demam Rindu Agaknya

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Sedihnya grandma hari ini dah la keadaan badan yang kurang sihat ! cucu kesayangan pula tak ada di rumah....dah macam kesepian pula rasanya...betul-betul demam rindu kalau macam ni ! baru sekejap berpisah dengan Awisy kedua-dua grandma dan grandpanya dah demam...

Awisy ! Awisy ! cucu kesayangan grandma/pa ni...kat rumah ni dok teringat-ingat gelak tawa dan senyuman manisnya ni...betul-betul membuat hati grandma pasrah...kalau tidak rumah grandma ni sentiasa bising dengan suara Awisy bercakap saja...sekarang ni sunyi sepi rasanya...baik-baik yer sayang ! bila dah sampai ke rumah atuk dan nenek kat Klang nanti jangan nakal-nakal tau...

p/s sayang Awisy cpt balik yer....

Saturday, December 28, 2013

Seronoknya Awisy Dapat Bermain Di Taman

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Petang tadi bawa Awisy jalan-jalan di Taman Mutiara Rini...seronok Awisy dapat bermain di taman permainan itu...bila kami sampai di taman memang dah ramai orang yang berada di situ bersama anak-anak mereka...taman permainan kanak-kanak la katakan jadi memang ramailah kanak-kanak di situ termasuklah ibubapa mereka yang sama-sama mengawasi anak-anak mereka...



tengok la Awisy ni bukan main seronoknya dia bermain...esok boleh bawa awisy bermain di legoland pula yer...mesti Awisy seronok bermain di sana nanti...


p/s suka hati tengok Awisy seronok bermain...

Friday, December 27, 2013

Tambah Koleksi Fridge Magnet

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


dah semakin banyak koleksi frigemagnet kat peti ais ni...seronok pula tengok FM yang bermacam-macam bentuk kat peti ais ni....niat dihati nak tambah dan cari lagi FM yang baru...biarkan FM ni penuh kat peti ais tu...hubby pun dah mula bercakap ! peti ais mama ni dah penuh dengan FM je ! cara hubby cakap tu macam dah tak boleh nak tambah koleksi FM lagi je tapi mama tahu itu hanya gurauan hubby hendak mengusik mama.. 
 
Sebenarnya bila nampak ada orang menjual FM kat mana-mana mulalah hubby yang melebih-lebih pilihkan mana yang cantik untuk mama...rasanya memang mama nak tambah koleksi FM lagi ni sebab masih ada lagi ruangan kosong yang boleh diletakkan FM yang baru lagi...lepas ni kena la pujuk hubby suruh belikan FM yang baru...kenalah kenyit-kenyit mata dulu yer baru la dapat FM baru...cuti hujung minggu bolehlah ajak hubby cari tempat yang jual FM yang cantik-cantik...

Bab Panjat Memanjat Ni Dah Selalu

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

bercakap depan cermin sendirian...

tengoklah si Awisy ni mana ada meja,kerusi dan lain-lain tempat yang boleh dipanjatnya pasti inilah kerjanya...dah tak larat rasanya grandama ni asyik la dok melarang Awisy memanjat lagi dilarang lagilah suka dan seronok Awisy melakukannya...penat rasanya melayan kerenah Awisy yang dah semakin bijak pandai ini...

p/s hari Jumaat terakhir tahun 2013...

Wednesday, December 25, 2013

BBQ Di Dalam Rumah Jer

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Bila balik dari Plaza Angsana tengahari tadi kami sekeluarga berbbq di rumah memandangkan hari ini semuanya ada di rumah bercuti...buat la sikit untuk kami sekeluarga anak menantu makan.. bakar pun hanya di dalam rumah saja gunakan dapur pemanggang elektrik lebih cepat dan ringkas...


Ini dia proses memangang sedang dilakukan oleh hubby dan menantu mama..semua bahan-bahan yang diperlukan telah tersedia dan yang perlu diperapkan telah diperapkan dari semalam...udang,daging,sotong,kupang,kepak ayam,nasi goreng dan salad sayur...alhamdullilah kekenyangan kami sekeluarga berbbq tadi...

Aidijuma Memikat Semuanya

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Selamat bercuti hari ini pada semua kawan-kawan mama yang bercuti hari ini...pagi tadi anak-anak dok sibuk mengajak mama ke Plaza Angsana untuk ke kiosk tudung Aidijuma...sekarang ni menjadi kegemaran remaja hingga yang dah berusia...mama sendiri tak ketinggalan menggunakan tudung aidijuma ini memang selesa sungguh..


Tudung Aidijuma ini sebenarnya selesa dipakai dan bidangnya besar pula tu ! kiranya paling elok la boleh menutup aurat kita....hari ini disemua outlet tudung Aidijuma ini telah diadakan promosi dan jualan murah...di Johor ini mama telah ke kiosknya di Plaza Angsana...

sampai-sampai jer memang dah ramai peminatnya yang berebut-rebut mengambil dan membeli tudung-tudung disitu...terpaksa kena redah je ambil yang mana yang suka memandangkan kawasan kiosknya yang terhad...sampai tak sanggup nak berebut sebab ramai sangat dan dah ramai yang bersesak-sesak di hadapan kiosk tu..


inilah dia beberapa helai tudung Aidijuma yang sempat dirembat...kegunaan untuk anak-anak dan diri sendiri juga ni...dek kerana anak-anak semuanya perempuan bolehlah bertukar pakai tudung-tudung tu nanti dan setiap seorang pula beli lain-lain color dan coraknya...

Tuesday, December 24, 2013

Incarnation Money Drama Korea

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....


Memang best bila tonton drama korea ni..."Incarnation Money"adalah tajuk ceritanya dan cerita ini baru saja selesai ditayangkan di saluran Astro 393HD...bagi kawan-kawan yang ingin tahu bagaimana disini mama sinopsikan sedikit jalan cerita yer...

jalan cerita ini berkisarkan seorang lelaki jutawan yang telah dibunuh oleh pembantu peribadi nya kerana ingin mendapatkan harta dan anak lelaki tunggal jutawan itu Lee Kang Suk juga turut menjadi mangsa dan akibat dari niat jahatnya Lee Kang Suk telah hilang ingatan dan membesar di rumah anak2 yatim..di rumah anak yatim itu nama beliau telah ditukarkan kepada Lee Cha Don...


Setelah besar Lee Kang Suk yang dilakonkan oleh pelakon korea terkenal Kang Ji Hwan telah menjadi seorang pendakwa raya dan dalam masa yang sama sedikit demi sedikit ingatannya mulai pulih dan mula mengingati siapa yang telah bertanggungjawab atas kematian bapa dan ibunya...dalam masa menjadi pendakwa raya Lee Cha Don telah berkenalan dengan Bok Jae In yang dilakonkan oleh pelakon Hwang Jeong Eum...


Lee Kang Suk / Lee Cha Don memulakan langkahnya untuk memerangkap Ji Se Kwang...dia ingin membalas dendam pada Ji Se Kwang ( Park Sang Min) pembunuh ibubapanya dan dia cuba melakukan sesuatu pada pembunuh ibubapanya sehingga dia berjaya membuat pembunuh bapanya tertangkap dan telah dibicarakan... tetapi akhirnya Ji Se Kwang telah membunuh dirinya sendiri sebelum habis perbicaraan itu..
 

jalan cerita yang menarik hati peminat-peminat cerita Korea..pada sesiapa yang ingin menonton cerita ini bolehlah layari online Dramacrazy...dan boleh ketahui cerita selanjutnya...selamat menonton drama Korea kawan-kawan semua...

Jimat Wang Hanya Guna Downy Parfum Collection Mystique Sebagai Semua Pewangi

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ni mama nak share satu cara yang lebih jimat untuk menggantikan pewangi kereta atau pewangi di rumah...sebenarnya idea ni datangnya dari hubby mama...tak tahu la macam mana boleh timbul idea dari hubby mama ni...bila mula-mula hubby menggunakannya mama rasa macam membazir juga la tapi bila difikirkan semula akhirnya rasa lebih menjimatkan kot ! hanya perlu menggunakan satu jenis pewangi saja boleh digunakan disemua tempat dan keadaan....


Sebenarnya inilah pewangi yang mama katakan itu ! pewangi baju Downy Parfum Collection Mystique memang terbaik la...bila pertama kali menggunakannya boleh terasa keharuman pada baju juga disetiap ruang kereta dan rumah...pewangi Downy Mystique ini boleh digunakan untuk semua cara ! boleh mewangikan baju,boleh jadi pewangi kereta dan juga boleh jadi pewangi di dalam rumah juga...

bila menggunakan satu saja pewangi begini boleh dikatakan lebih menjimatkan duit kita juga la ! dari nak keluar wang yang lebih untuk pewangi kereta dan rumah yang lain tu ! lagi eloklah beli satu saja pewangi Downy ini ! ianya boleh digunakan dengan berbagai-bagai cara dan baunya pun harum semerbak bila digunakan untuk baju,dalaman kereta juga di ruangan rumah...

pada kawan-kawan yang baru mengetahui tentang cara ini bolehlah mencuba menggunakannya..pasti hasilnya lebih menarik hati dan juga lebih menjimatkan wang untuk bahan-bahan pewangi kereta atau rumah yang lain...jika boleh berjimat lebih baik lakukannya daripada membazir membeli pewangi-pewangi yang lain yang ada di pasaran...

pewangi downy berwarna putih yer...yang kat dalam ni hanya air biasa jer belum dicampurkan dengan pewangi Downy...

bahan-bahan yang perlu ada hanya pewangi Downy Mystique dan botol penyemburnya saja..ambil sedikit pewangi Downy Mystique itu masukkan dalam botol penyembur tambahkan air saja...goncangkan dulu dan selepas itu bolehlah disemburkan ke dalam kereta dan ruang dalaman rumah kita...pasti hasilnya lebih menarik hati kawan-kawan jiran mama nanti...berjimat itu lebih baik dari membazir...selamat mencuba yer kawan-kawan semua...


Monday, December 23, 2013

Cuti Hari Ini Awisy Demam

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Semalam bawa Awisy bermain kat legoland tapi melihat keadaan Awisy semalam macam tak berapa larat je nak bermain dan berjalan...kesian pulak tengok Awisy macam tak sihat jadi sekejap jer kami berada di legoland semalam....


bila sampai rumah kesihatan Awisy masih okay lagi....bila tengah malam mulalah badannya menjadi panas tiba-tiba...terpaksalah mama Awisy mengelap kepala Awisy dengan tuala basah untuk mengurangkan bahang kepanasan badannya....

pagi-pagi tadi terus je mama Awisy bawa Awisy ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan ubat demam sekali...kesian cucu grandma ni demam pula hari ni yer...alhamdullilah bila doktor dah masukkan ubat dalam dubur Awisy tadi terus berkurangan sedikit panas badan Awisy...moga Awisy cepat sembuh yer...

hari ni dapatlah mama cuti dari menjaga budak kecik 2 orang ni sebabnya kedua-dua mama mereka bercuti juga hari ni disebabkan anak-anak sakit hari ni...Aiman pun hari ni tak sihat juga dan mama telah diberitahu oleh mama Aiman bahawa Aiman telah mengalami sakit perut sebab tak boleh nak buang air besar senang cerita "berak keras.."

p/s moga Awisy cepat sembuh yer...

Sunday, December 22, 2013

Hadiah Krismas Dari Legoland

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

semalam anak mama dan semua staff Legoland telah mendapat hadiah untuk Hari Krismas nanti...semuanya telah mendapat seorang satu dairy 2014,kalendar tahun 2014 dan juga sekaki payung legoland...


Kalendar lego itu setiap bulan terpaksalah kena tukar kerana ianya menggunakan brick-brick lego...jawabnya kena rajinlah bila nak gunakan kalendar ini...hehehee..


p/s x lama lg tahun yg baru menjelma...

Saturday, December 21, 2013

Petua Dapur Lagi

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Rasanya dah lama sangat mama tak keluarkan petua-petua dari orang lama-lama ni..hari ni mama nak postkan beberapa petua untuk kawan-kawan jiran mama semuanya...moga salah satunya nanti ada juga gunanya bila diperlukan..


1- Rawat Kaki Terseliuh
kaki terseliuh ni kekadang tu memang tersangatlah sakitnya jadi di sini mama nak bagitahu petua yang mudah untuk dilakukan apabila kita nak merawatnya.Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak kemudian tu sapukan pada tempat kaki yang terseliuh tadi.kemudian balutkan dengan daun tembaga suasa atau kain inshaAllah kaki yang terseliuh itu akan sembuh.


2-Hilangkan Gatal Gigitan Nyamuk
Bila digigit nyamuk ni memang akan terasa kegatalan dan kesakitannya..cara yang paling mudah mengatasinya ambil sedikit bedak sejuk dan campurkan dengan sedikit perahan asam jawa...sapukan dibahagian yang digigit nyamuk tadi..selepas beberapa minit pasti tiada lagu bekas gigitan nyamuk dan rasa gatal juga akan hilang...selamat mencuba

3-Kulit Muka Licin
Kalau tidak mampu nak membeli produk yang mahal dipasaran mulakanlah mengamalkan cara mudah ini...Ambil asam jawa secukupnya dan bancuh dengan air masak,sapu pada muka sehingga kering kira-kira 30minit...setelah kering bolehlah dicuci dan jika ada jerawat letakkan lebih sedikit pada jerawat itu...amalkan selalu dan kulit akan licin dan tidak berjerawat tapi cara ini tidak sesuai untuk kulit muka yang kering..



4-Telur Sembuhkan Kulit Melecur
Jika kulit kita melecur terkena minyak panas,ia boleh disembuhkan dengan menggunakan telur...sapukan telur di atas kulit melecur itu dan biarkan sehingga kering kemudian bilas dengan air bersih..cara ini juga membantu agar tidak meninggalkan parut.
selamat mencuba kawan-kawan semua...


Thursday, December 19, 2013

Segmen 12 Jam Bloglist # 5 Mialiana.com

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 19 Disember 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2013.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Mini GA RM600 Disember 2013 By Emas Putih

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


As-Salam


Top Referal 
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan ComelMarqis Careno dan Iluvtour

Wednesday, December 18, 2013

First Time Mandi Kolam Tak Mahu Keluar Pulak

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....


tengok la tu bukan main seronoknya Awisy bila dapat berenang dalam kolam yang baru ni...puas dah mama dan papanya pujuk keluar dari kolam tu tapi masih tak mahu..benda baru la katakan tak mahu Awisy bila dipujuk keluar...


Akhirnya terpaksa juga dipaksa keluar melihatkan badan Awisy dah mengigil kesejukan...kesian Awisy menjerit bila mama dia angkat keluar dari kolam tu...okay Awisy cukup la untuk hari ni yer ! hari cuti nanti kita mandi kolam lagi tau..

Wordless Wednesday # 402...Kolam Renang Awisy

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



p/s petang ni boleh mandi kolam yer...

Selamat Pengantin Baru Buat Aida Dan Fahmy

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pada hari Sabtu 14 Dis mama dan keluarga telah menghadiri majlis persandingan anak saudara mama...majlis pernikahannya telah berlangsung di masjid Bandar Baru Uda pada pagi hari Jumaat tapi sayangnya mama tidak dapat menghadirkan diri kerana terpaksa menjaga budak kecik 2 orang tu sebab mama-mama mereka tidak dapat mencutikan diri dari beban kerja...





kat Johor ni majlis tebus pintu macam ni mesti ada...seronok rasanya dapat mengenakan tol pada pihak lelaki...acara macam ni memang meriah jika kena gayanya... tengok la tu semua anak saudara,pak saudara pengantin perempuan semuanya dok menghalang pihak pengantin lelaki dari laluan ke pelamin...terpaksalah membayar tol untuk semuanya...




bergambar bersama pengantin sebelum bergerak pulang...bergambar pun tak semuanya ada...hubby sedang bersalaman dengan saudara mara jadi tak sempat nak memanggilnya ketika ini...


nasi briyani sudah semestinya memang ada pada majlis perkahwinaan...


majlis bertandang pula diadakan pada 15 Dis disebelah pihak pengantin lelaki di Pasir Gudang Johor...kami sekeluarga bersama-sama mengiringi rombongan pengantin ke sana...


kali ni kami sekeluarga dapat bergambar bersama kedua-dua mempelai... 



kami 3 beradik perempuan bergambar bersama-sama mempelai...


Bergambar bersama-sama kesemua ahli keluarga juga satu kemestian buat kami semua...bergambar bersama dimajlis beginilah akan menjadi satu kenangan di masa akan datang nanti...


Monday, December 16, 2013

Buaian Dah Patut Kena Simpan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Bila terbaca entri dari Ben Ashaari ini teringat mama pada Awisy cucu mama ni...kisahnya sama macam Qhaliff yang dah tak mahu tidur dalam buaian lagi...Awisy pun sama bila nak tidurkan dia dalam buaian tu cepat-cepat dia meronta nak keluar dari buaian tu...bila dah keluar dari buaian tu elok je dia tidur sendiri kat bawah atau kat atas katil...


memang senang bila Awisy dah tidur kat bawah ni tak payah la nak susah-susah lagi nak buaikan dia...lepas ni buaian tu memang dah sepatutnya kena buka besinya dan simpan di stor buat adik-adik Awisy yang akan datang nanti...

27tahun Dalam Kenangan Al-fatihah Buat Arwah Ibu Kesayangan...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Sedih mengingatkan kisah lama tapi masih lekat dihati...mengimbau kenangan bersama arwah amat menguris naluri keibuanku ini...bila sudah bergelar ibu hari ini baru terasa bagaimana dulu mak melayan ku seperti anaknya sendiri..kasih sayangnya masih tetap segar di hati ini jika dapat ku putarkan masa akan ku lakukan apa yang termampu buat mak angkat kesayanganku...hanya Allah bisa mendengarkan apa yang menjadi kerisauan di hati ibu tua yang menjagaku dulu...


hari ini genaplah 27tahun ibu yang menjaga dan membesarkan diri ini meninggalkan dunia yang fana ini menemui Allah Yang Satu...ku hulurkan doa semoga arwah ibu kesayanganku ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...memori indah bersama mu akan tetap menjadi ingatan dalam hidupku selama-lamanya...semoga mak bersemadi dengan aman di sana...Al-fatihah buat arwah ibu kesayangan ku Puan Banon Binti Omar....

p/s mood sedih...

Friday, December 13, 2013

Ada Rezeki Juga

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..

alhamdullilah ada juga rezeki dari blog ni dan terimakasih juga pada nuffnang ni....pada kawan-kawan yang sudi datang ke sini dan klik iklan nuffnang tu mekacih yer...walaupun hanya satu iklan jer dapat amount lebih dan yang lain tu dapat sikit tapi lama2 bila dikumpulkan nanti banyak juga jumlahnyakan...bila la nak cash out amount dari nuffnang ni...walaupun tak banyak macam blogger-blogger yang lain tapi ada juga rezeki dari blog mama ini...


Bila Si Kecik Tidur

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....


bila kedua-duanya dah tidur senang sikit nak buat semua kerja rumah...senyap sikit rumah dari keriuhan suara budak 2 orang ni...okaylah mama nak berundur masuk ke dapur dulu yer...mama nak menyediakan menu makan tengahari untuk keluarga pada hari Jumaat yang indah ini...okay bye semua kawan-kawan kita jumpa lagi nanti...

p/s laju jer buat kerja kat dapur ni sebelum sekecik 2 orang tu bangun....

Selamat Bertunang Nana Dan Nazri

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Rasanya belum terlewat mama nak postkan entri hari Sabtu lepas...cerita dah nak seminggu lamanya tapi masih tak lagi dan tak juga dikeluarkan..hari ni mama postkan buat tatapan kawan-kawan dan jiran mama yang bertandang ke sini yer...majlis ini berlangsung di Kluang Johor..


Kami sekeluarga telah menghadiri majlis pertunangan dan merisik anak saudara mama ...sebenarnya anak saudara mama ini adalah anak perempuan tunggal abang mama...kesemuanya adik-beradik yang lain adalah lelaki..kiranya menantu lelaki pertama la ni...


wakil merisik dari pihak lelaki memulakan bicara dan berbincang mengenai hantaran dan tempoh langsungnya nanti...kami yang perempuan ni hanya mendengarkan jer pihak lelaki berbincang...



inilah barang-barang hantaran dari pihak lelaki dan perempuan...


pengantin tak rasmi ni sibuk nak rasmikan mini pelamin ni...suka Awisy dapat duduk kat atas tu...


selamat dan selesai juga majlis menyarungkan cincin merisik dan cincin bertunang buat anak saudara mama...tahniah Nana semoga akan menjaga nama baik keluarga selepas ini yer...dan bersabar menghadapi dugaan setelah bergelar tunangan orang ni..moga cepat-cepat naik pelamin dan tahun depan dapat makan nasi minyak lagi...


last sekali sesi bergambar pula...


pasangan yang baru bertunang Nana dan Nazri...

Thursday, December 12, 2013

Resepi Ayam Lada Hitam / Chicken Black Paper

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Bahan-bahan yang kita perlukan untuk resepi ini adalah ayam 1/2 ekor pun cukup untuk keluarga mama ni...tapi kalau nak masak lebih tambahkan ayam lagi yer...lada hitam paling penting yer kalau tak,bawang besar,halia,bawang putih,daun sop/daun bawang buat hiasan...mama tak tabur pun sebab daun sop baru kehabisan stok jadi tak payah la letak....sos tiram,sos lada hitam,garam dan serbuk perasa...

okay kita masak yer...perapkan ayam dengan halia, bawang putih dan sedikit kicap pekat   pastu digorengkan yer sebab anak mama suka ayam yang digoreng dulu...bila ayam dah masak diangkat lepas tu barulah kita tumiskan sosnya pula...tumis sedikit bawang putih dan halia yang dicincang halus... dah garing masukkan sos tiram sedikit,sos lada hitam n lada hitam yang ditumbuk sedikit hancur...

last sekali masukkan garam,serbuk perisa agak2 yer bab bubuh garam tu sebab sos tiram tu dah masin...kalau tak nak pekat kuahnya tambahkn air sedikit...dah mendidih sosnya bolehlah dimasukkan ayam yang telah digoreng tadi...letakkan bawang besar yang telah digoreng dan daun bawang untuk hiasan....dah siap boleh la dihidangkan bersama nasi panas...selamat mencuba yer kawan-kawan...

DUIT TABUNG