JIRAN TETANGGA

Saturday, November 30, 2013

SELAMAT HARI LAHIR PAPA BEN ASHAARI

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ini genaplah usia blogger fames kita Mr.Mama Papa Ben Ashaari ke angka 37tahun...ramai blogger kenal akan blogger femes ni dan ramai juga yang mengucapkan ucapan selamat ulangtahun buat beliau hari ini dari facebook hinggalah ke blog dan mungkin mama saja yang lewat wish besday buat beliau hari ni...apa-apa pun mama nak wish juga walaupun dah terlewat yer...

Sebagai seorang blogger yang sudah dikenali beliau selalu jadi pendorong pada semua blogger lama dan juga blogger yang baru...sebut nama beliau semuanya pasti dah mengenalinya...semoga Papa Ben akan terus menjadi seorang blogger yang sporting dan juga seorang blogger idola di kalangan semua blogger-blogger dan terus berjaya dalam kerjaya ini...

Di sini mama juga ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Papa Ben Ashaari semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,akan terus menjadi seorang blogger yang berjaya juga berbahagia selalu bersama isteri dan anak kesayangan Qhaliff...diharap juga Papa Ben dan isteri gembira menanti kehadiran anak yang kedua nanti...mama akan sentiasa mendoakan kegembiraan dan kebahagiaan itu akan sentiasa berada didalam kehidupan Papa Ben sekeluarga InshaAllah amin...


Thursday, November 28, 2013

Legoland Malaysia Hotel Review Part 1

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Di sini mama nak review sikit tentang Hotel Legoland yang baru ini dan baru-baru ini mama dan family dapat menginap di sini..Hotel Legoland ini letaknya di Nusajaya Johor bersebelahan dengan Legoland Park juga Legoland Waterpark...

sebelum ini ada entri ini yang mana mama akan reviewkan tentang hotel inikan...jadi hari ni mama nak bagitahu dan nak tunjukkan kat kawan-kawan semuanya bagaimana dalaman hotel ini yer...jom mama tunjukkan ruang legar lobi hotel ini dulu tau......

Hari sabtu lepas mama dan family telah dapat berehat dan menginap di Hotel Legoland selama 3 hari 3 malam..seronok dan teruja rasanya dapat merasai suasana hotel yang baru ini...hotel ini masih belum dibuka untuk orang luar menginap tetapi ianya akan dibuka juga pada bulan 12 nanti...pada kawan-kawan jangan lupa datang yer dan rasailah sendiri keadaan dan suasananya...

sebenarnya sesi percubaan pertama di hotel ini diberikan pada staff Legoland sahaja dan staff Legoland yang menginap di sini dijadikan model untuk sesi percubaan pada staff-staff yang bekerja di hotel ini...minggu ini sesi percubaan untuk press dan wartawan pula...

masuk ke ruang legar atau lobinya dah membuatkan mama dan pengunjung yang lain teruja sangat untuk merasai dan memasuki ruangan bilik-bilik yang disediakan di hotel ini...pada kawan-kawan yang ingin merasai keterujaan itu juga bolehlah datang menginap di Hotel Legoland ini nanti yer dan rasailah kelainannya bila berada di dalam bilik-bilik yang telah disediakan...



Inilah pintu masuk ke ruang legar lobi hotel ini...semua reka bentuknya memang menarik dan terdapat banyak benda buatannya adalah daripada brick-brick lego....











Inilah dia beribu-ribu minifigure lego yang diletakkan dibelakang kaunter di lobi hotel ini..fungsi minifigure berbasikal bergerak ini diletakkan tergantung di atas itu adalah supaya pengunjung dapat melihat lebih besar minifigure yang terletak dibelakang itu melalui kanta pembesar yang dipasang didepan dan dibelakang rim basikal itu...



Binaan istana di ruangan legar lobi hotel ini memang disediakan untuk pengunjung dan kanak-kanak bermain...kanak-kanak pasti menyukainya dan boleh juga mengambil gambar di sini...


Kaunter reception untuk check in atau check out...tapi yang jadi model tak berbayar kat atas tu bukan staff legoland yer...hehehe nak menyamar jer boleh la...


Sambil menunggu di lobi hotel ini terdapat banyak brick-brick lego disediakan untuk pengunjung melekatkan sendiri brick lego ditiang ini...inilah masa mama nak berehat sambil menunggu anak mama mengambil kunci bilik hotel sambil melekatkan brick-brick  lego itu...seronok juga la sesekali jadi kanak-kanak bermain brick-brick lego ni...hubby pula dok leka juga tapi leka dengan handphone saja...


replika kapal lanun ini pun ada di ruang legar atau lobi hotel ini...tu dia karpet kat bawah tu pun ada gambar brick lego...menarikkan bila tengok suasana di dalam lobi hotel ini...teruja tak kawan-kawan nak datang ke mari...sekali sekala merasai suasana mendamaikan di sini apa salahnya kan...pada kawan-kawan yang berdekatan Johor dan teringin melihat hotel ini bolehlah ke lobi hotel ini sambil mengambil gambar dan bersiar-siar..


kawasan permainan buat kanak-kanak bermain pun ada juga disediakan...bahan-bahan yang diletakkan di sini semuanya lembut dan ianya amat sesuai untuk bayi dan kanak-kanak bermain...


tengoklah tu Awisy seronok sangat dia dapat bermain dengan brick-brock lego tu...semuanya diperbuat dari bahan yang lembut dan amat sesuai untuk kanak-kanak bermain di sini...

lepas ni mama tunjukkan pula kawasan bilik penginapannya pula yer...nak draf sekali dan nak masukkan gambar terus masih tak berkesempatan disebabkan sibuk melayan 2 kanak-kanak kecik di rumah ni...


p/s kita jumpa lagi entri seterusnya yer...

Wednesday, November 27, 2013

Wordless Wednesday # 398....Ingatlah Wahai Suami

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Tuesday, November 26, 2013

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

Sunday, November 24, 2013

Entri Sedih Iyo Hero Kau Pergi Jua...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

kredit gambar  KakimotongFanClub


sedihnya hati mama bila melihat gambar ini terasa air mata dok mengalir dengan derasnya...melihat keadaan Papa Hero lagilah terasa sedihnya...Papa hero mendokong Hero sambil melihat  Iyo Hero kesayangannya pergi buat selama-lamanya menghadap tuhan penciptanya setelah mengalami kesakitan akibat penyakit leukemianya itu...Papa herolah yang telah menjaga Iyo Hero ketika mula-mula berjumpa Iyo yang mengalami kecederaan kakinya dulu...


hanya gambar pengubat rindu dan sekarang hanya tinggal kenangan Iyo Hero bersama Papa Hero...nak tahu cerita selanjutnya jom kita ke blog Papa Hero...

p/s sedih-sedih...:(

Tunggu Yer..!!!

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Legoland Hotel

p/s tunggu entri seterusnya yer...

Friday, November 22, 2013

Daulat Tuanku !!

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum.... 

Daulat Tuanku ! Kami rakyat Johor akan sentiasa mendoakan Negeri Johor akan terus makmur dibawah pemerintahan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke 55 hari ini....
Allah Berkati Johor ! Allah Selamatkan Sultan....

P/S selamat bercuti rakyat Johor semua...

Wednesday, November 20, 2013

Wordless Wednesday # 397....Kasih Dan Sayang

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Kembang :" sayaaang mama..."
Mama : " mama pun sayaaang Kembang juga.."

Tuesday, November 19, 2013

Hepi Anniversary Ain Dan Mie

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ni genaplah 2 tahun anak mama yang sulung mendirikan rumahtangga...hanya doa dari seorang ibu yang dapat mengiringi kebahagian rumahtangga anaknya...semoga along akan sentiasa berbahagia selamanya juga besarkanlah Awisy dengan penuh kasih sayang moga Awisy membesar menjadi anak yang soleh inshaAllah...

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 2 !!!


kek dari mak dan ayah...


kek dari suami untuk isteri tercinta...

Melayan Si Kecik Berdua Ni Bermain

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


tengoklah kedua-dua budak kecik ni leka bermain nampaknya...letakkan mainan apa yang ada kat situ pandai jer masing-masing memainkkannya...mama hanya duduk di tepi melihat dan menemankan budak kecik berdua ni bermain....bila dah penat barulah senang kedua-duanya nak tidur nanti...Awisy nak bermain juga tapi botol susu masih tak lepas dari mulutnya...

Posing Baik Punya

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Jom kekawan kita layan mata tengok aksi posing tidur si Kembang ni... 














p/s sayang si comelku ini..

Monday, November 18, 2013

Kalau Cucu Boleh Saja...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
kasut baru Awisy..

bila jenjalan semalam tersinggahlah ke satu kedai kasut ni dan terus je menghala ke bahagian kasut kanak-kanak..belek punya belek hubby ada terpandang satu kasut kanak-kanak yang agak comel...

mulalah grandpa dan grandmanya berkira-kira nak belikan sepasang kasut untuk cucu kesayangannya...disebabkan pergi ke kedai tu tak bawa Awisy sekali kami dok agak-agak jer saiz kaki Awisy semasa hendak membelinya...

sempat bertanya kat salesgirl tu kalau tak muat boleh ditukar balik tak jawabnya memang boleh tapi dalam masa seminggu...alhamdullilah bila bawa balik memang muat jer kasut tu kat kaki Awisy...comel plak tu bila Awisy memakainya semalam...seronok Awisy dapat kasut baru dari grandpa dan grandmanya...

p/s cucu baru sorang boleh la...

Thursday, November 14, 2013

Resepi Daging Masak Merah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
 

kali ni pula mama nak kongsi resepi yang sedap untuk kawan-kawan semua ! nak kata sedap kena la rasa sendiri bila dah masak nanti yer...simple tak juga la tapi kiranya baiklah untuk juadah kita sekeluarga lebih-lebih lagi pada yang berpuasa hari ini boleh buat menu berbuka nanti...

bahan yang perlu ada dah tentu daging yer ! tapi rebus daging tu dulu bila daging dah lembut potong nipis-nipis..cili kisar, sos tomato, sos cili, sos tiram tu pun kalau suka yer...serai, daun limau,bunga kobis,daun sop dan bawang besar dihiris nipis...

cara-cara nak masak senang jer...tumis dulu cili kisar hingga garing pastu masukkan serai,sos tiram,sos tomato,sos cili biarkan sehingga pekat sedikit...kalau nak berkuah tambahkan air sedikit...daun limau jangan lupa masukkan sekali ke dalam sos tadi...

bila dah pekat masukkan daging yang telah dipotong nipis tadi kacau sekejap kemudian masukkan hirisan bawang besar,hirisan daun sop,bunga kobis dan buat sedikit hiasan di atasnya kalau suka...akhirnya dah pun siap menu daging masak merah kita ini boleh dihidangkan dengan nasi panas-panas...kalau suka bolehlah cuba menu ini ye kawan-kawan semua...

p/s tak suka letak warna merah...

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


hari ni mama nak kongsi gambar dan resepi jer yer...kali ni resepi Ikan Siakap 3 Rasa kiranya resepi ulangan dan saja nak kongsikan dengan kawan-kawan semuanya...

bila dah tengok gambar menu ini terasa dah lapar pula perut ni...pada kawan-kawan yang tidak tahu nak masak apa hari ini bolehlah mencuba resepi ini...nak tengok resepinya boleh tekan sini yer...selamat mencuba yer kawan-kawan semua bye...

Wednesday, November 13, 2013

TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



ASSALAMUALAIKUM

Dengan ini saya Hazwan hairy ingin melancarkan satu lagi contest di penghujung tahun 2013 ni kepada korang blogger dan followers blog hazwanhairy.com ni.. Untuk GA ni saya di wakilkan oleh pihak Tshirt Printing IH untuk menganjurkan Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy yang akan bermula dari 13/11/2013 sehingga 30/11/2013


SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini
2. LIKE page penaja : 
3. Tajuk : TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY
4. Copy Paste kod dalam entry korang
5. Link kan entry anda pada post entry ini..

Simple saja kan..

HADIAH :
1 helai baju I Love Blogging
2 helai baju Geek
2 Fridge Magnet Krabi
5 Keychain Krabi

Pemenang akan di pilih melalui Random.org
Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING 

Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..


Wordless Wednesday # 396...Mengenang Nasib

SALAM 1MALAYSIA
Assalamualaikum...

p/s rindu sangat kat blog ni...

Thursday, November 7, 2013

Malang Tak Berbau

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Malang x berbau !!

tu lah peribahasa yang paling sesuai untuk cerita ini...dan semalam malang tu dah pun berbau pada hubby ! Nak buat lawak pula mama nikan....kejadian ni berlaku di Bandar Baru Uda kat Tampoi..hubby mama sebenarnya keluar makan bersama clientnya di sebuah kedai makan tapi secara tiba-tiba ada seorang lelaki telah memecahkan tingkap kereta belakang...Apa lagi gempar sekejaplah masa tu...


Nasib baik tiada barang lain yang hilang dan rupa-rupanya lelaki itu adalah seorang mat gian yang ingin mencuri jaket yang terletak di seat belakang yang disangkakannya sebuah handbag....


Pencuri itu pun telah dapat ditangkap dengan bantuan orang ramai  yang ada berdekatan di tempat kejadian dan pencuri itu telah diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya...Ingatlah kekawan janganlah meninggalkan sebarang barang yang berharga  di dalam kereta semasa kita meletakkan kereta dimana-mana kerana itu semua akan mengundang bahaya...

p/s berhati-hatilah sebelum terjadi...


Cerita Grandma

Cerita Grandma