JIRAN TETANGGA

Sunday, March 31, 2013

Penyokong Cilik JDT

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Lihatlah penyokong cilik Johor Darul Takzim(JDT)ini....musim bola sepak sekarang ni dan semua penyokong JDT akan sibuk membeli jersi JDT termasuk la penyokong cilik ini...bukan Awisy ysng beli pun tapi auntynya yang sibuk nak belikan jersi tu..


p/s nak bawa Awisy jenjalan petang ni...

Melayan Awisy Bermain

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
Selamat berhari minggu kekawan semua ! Pasti ada rancangan kekawan pada hari ini...pada yang berada di bandar2 berdekatan Johor Baharu bolehlah ke Plaza Angsana untuk melihat2 xtvt yang ada di jom heboh...nak pergi jom heboh malas pula lebih2 lagi cuaca panas kat luar tu baiklah rehat kat rumah jer...

Mama hari ni tak kemana2 kot...tengahari ni jer petang tak tahu lagi tengok keadaan...sebab cuaca kat luar tu panas la nak ke mana-mana... dok sibuk melayan cucu sorang ni kat rumah...memang seronok dapat bermain bersama-sama dengan Awisy kat rumah ni...





Selamat Hari Lahir Izan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...





Selamat hari lahir buat blogger Izan Mama Mia...semoga sentiasa berada di dalam sihat,semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki selalu,bahagia sentiasa di samping orang-orang tersayang dan ingatlah kedua-dua orang tua mu kerana mereka berdualah Izan lahir ke dunia ini...AMIN



Saturday, March 30, 2013

Cara Elok Ibu Berpantang

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Tadi cara-cara yang elok bagi ibu-ibu yang dalam berpantang lakukan dan kali ini pula sambungan perkara-perkara yang elok bagi ibu yang berada di dalam masa berpantang...

Cara mandi
daun nangka,daun pandan,daun inai hendaklah direbus untuk mandian bagi ibu yang baru lepas melahirkan.Seelok-eloknya hendaklah duduk dibangku tidak boleh bediri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu yang dalam berpantang.

sebelum mandi hendaklah mencebuk dengan air rebusan daun sirih.Gunanya untuk menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan.Jirus dari kepala dengan air rebusan daun-daun tadi ratakan air diseluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan pula.Mandilah pada setiap pagi dan petang selama seminggu.

Cara Berbaring / Tidur
Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu yang di dalam pantang gunakan bantal tinggi adalah digalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.

Lain-lain Amalan Semasa Berpantang
Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 minggu adalah digalakan untuk menjaga kesihatan.Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang.Cara ini untuk mepercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan lebih baik.

Berbedak
Berbedak juga dapat menjaga kesihatan selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas tidak dimasuki angin lakukan selama 1atau 2 bulan.Gunakan selimut jika cuaca sejuk biar keadaan lebih baik bila bangun pagi.


Perkara-perkara yang perlu dalam berpantang...
1-Minum pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.

2-Bertungku adalah amalan baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang kerana dengan bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut.Bertungku hendaklah dilakukan setiap hari pagi petang selama sebulan.

3-Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa dan ianya adalah dilarang memakannya kerana ianya akan boleh menyebabkan turun darah dan bentan.

4-Lobak merah elok dijadikan sayur bagi ibu berpantang kerana ianya mengandungi vitamin.Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu berpantang kerana ianya elok untuk merawat vagina dan penyakit dibahagian vagina.Makanlah 2 kali sehari.

5-Buah anggur amat berkhasiatdan ianya panas dan elok dimakan oleh ibu di dalam masa berpantang.

6-Sayur seperti kangkung,petola,terung dan cili tidak boleh dimakan kerana ianya sejuk dan tidak elok untuk ibu di dalam pantang boleh menyebabkan kembung dan sakit badan.

7-Selain sayur sejuk,buah-buahan seperti nenas,limau dan buah lai tidak boleh dimakan semasa dalam pantang kerana buah ini berbisa dan sejuk dan jika dimakan boleh menyebabkan bentan dan turun darah.

Pantang Larang Ibu Dalam Berpantang

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ni kita cuba lihat apa yang amat penting dalam masa berpantang.. bagi ibu-ibu yang sedang dalam berpantang tu eloklah diamalkan pantang larang ini...buat yang bakal jadi ibu pun elok amalkan sebelum mereka berpantang nanti....sumber info....

1-Dilarang tidur tidak berbantal
Tidur yang tidak berbantal ini mungkin akan membuat ibu-ibu akan mengalami sakit kepala,darah kotor sukar untuk keluar dan angin akan mudah naik kekepala boleh menyebabkan sakit meroyan buat ibu yang masih lemah.

2-Memakai sarung kaki (stokin)
cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasuki angin...pemakaian stokin dalam pantang amat penting untuk kesihatan jika dimasuki angin kesihatan ibu akan terganggu dan menjadi lemah.

3-Jangan duduk mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ianya akan menyebabkan tumpah darah.

4-Mandi duduk dibangku
Ketika mandi eloklah duduk dibangku ianya elok untuk kesihatan peranakan ibu-ibu tak banyak mengeluarkan tenaga kerana baru melahirkan dan masih dalam keadaan lemah.

5-Rapatkan kaki bila tidur
Dengan merapakan kaki boleh mempercepatkan peranakan sembuh semula.

6-Jangan terlalu aktif
Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu dan ianya baik untuk memulihkan tenaga yang hilang semasa melahirkan dan mendapatkan rehat yang secukupnya...ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga.

7-Jangan makan ubi-ubian
Ibu yang dalam pantang  tidak dibenarkan memakan makanan dari jenis ubu seperti ubu keledek,keladi,ubi kayu kerana ianya boleh menganggu pencernaan seperti sakit perut.Bagi ibu yang menyusukan bayi akan lebih mudah dijangkiti pada bayi anda.

8-Jangan tidur di waktu matahari naik
Ibu yang dalam pantang tidak dibenarkan tidur ketika matahari naik kerana ini akan boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit...seelok2nya berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.

9-Jangan tidur waktu senja
Ibu-ibu yang berada di dalam pantang dilarang tidur diwaktu senja kerana dimasa ini syaitan banyak berkeliaran dan mungkin akan mudah diganggu dan boleh menyebabkan gila.

10-Jangan menjahit pakaian dan membaca
Menjagit dan membaca ini akan menyebabkan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.

11- Ibu jari tidak boleh terantuk
Elakkan dari ibu jari dari terantuk kerana ianya akan menyebabkan ibu dalam pantang pitam atau bentan jika ibu seorang yang lemah.



p/s n3 seterusnya cara mandi ibu berpantang...

Friday, March 29, 2013

Tahniah Buat Ayu Raudhah Dan Zaquan Pula

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Wah!! berkongsi tarikh lahir anak-anak mereka tadi Irma Hasmie selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sebentar tadi difahamkan pelakon Ayu Raudhah dan pemain bola sepak Zaquan pula telah juga bergelar ibu dan ayah...

Ayu Raudhah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pertama mereka di Hospital Colombia Asia di Johor Baharu kira-kira jam 2.17 petang tadi...Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Zaquan di laman twitternya sebentar tadi...




Manusia Dan Akal Fikiran

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....
Seronoknya dapat tengok Kembang tidur sedap dan lena jer...senangkan jadi binatang ni tak payah nak susah2 fikir tentang semua masalah ! hanya fikir makan tidur jer...

Itulah perbezaannya antara manusia dengan haiwan ni ! Haiwan tu memang dah dijadikan begitu ! dah lumrah alamkan ! tapi kita yang bergelar manusia ni kekadang pun boleh lalai dan ada juga yang bersikap seperti haiwan...

memang manusia ini telah dikurniakan oleh Allah mempunyai otak dan akal fikiran yang boleh digunakan setiap masa...ada akal fikiran tetapi kekadang akal fikiran tu pun diletakkan dikepala lutut bukan diatas kepala...langsung tak nak pula digunakan sebaik-baiknya...

manusia ini kekadang sering melakukan perkara-perkara yang diluar jangkaan..kenapalah ada juga manusia-manusia yang berperangai seperti haiwan di dunia inikan?oleh itu kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang baik haruslah berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara itu...kaji dan selidikilah dulu mana satu perkara yang benar dan yang salah barulah boleh mengambil tindakan seterusnya....

sentiasalah berdoa semoga kita akan menjadi seorang insan yang selalu menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu perkara itu dengan sebaik-baiknya...


"Rindu Bertamu Di Abu Dhabi"

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Geram sangat dengan watak Shah Jazlee dalam cerita "Rindu Bertamu Di Abu Dhabi" ni...kenalah wataknya sebagai Faiz dalam cerita ni nampak memang menjadi watak jahatnya itu seorang anak yang bermuka-muka di depan bapa dan keluarganya...

kesian juga dengan Firdaus yang difitnah oleh Faiz hingga Firdaus di halau keluar dari rumah oleh bapanya Haji Ilham..Fareez adik bongsu Firdauslah yang selalu mengikuti perkembangan abangnya Firdaus di Abu Dhabi melalui Fatin..Firdaus juga telah kehilangan isterinya Ain semasa beliau melahirkan anaknya...

rasa macam nak sepak2 je muka si Faiz tu ! geram dan benci betul dengan wataknya yang kepura-puraan itu sama je dengan si Fifi kekasihnya itu...bapanya pun satu hal bukan nak siasat dulu atau dok berbincang terus saja memecat si Fatin bekas tunang anak angkatnya Firdaus yang sangat dibenci itu gara2 hasutan si Fais yang busuk hati tu...

atlast Haji Ilham ajak juga Fatin masuk semula bekerja dalam company dia yang dah semakin merundum dek kerana si Faiz yang tak tahu buat kerja tu...nasib baiklah Fatin itu seorang yang berhati mulia sanggup juga dia kembali menolong Haji Ilham semula ke Ilham Holding...

pada kekawan yang tonton drama bersiri ni pasti dah tahukan kenapa semua hal ini terjadi...nak sangat tahu kesudahan drama bersiri ni nanti dan apa yang akan terjadi pada si Fais jahat tu dan pada Firdaus dan Fatin...adakah Firdaus akan mengahwini adik iparnya sendiri demi anaknya.. 



p/s tak sabar nak tunggu minggu depan...

Tahniah Buat Irma Hasmie Dan Redza

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




Tahniah!! buat pasangan Irma Hasmie dan Redza kerana telah selamat bergelar ayah dan ibu pada seorang bayi lelaki yang comel....Irma telah selamat melahirkan bayi lelakinya pagi tadi jam 8.15 pagi...


gambar terbaru Irma Hasmie bersama babynye yang comel...

Awisy Nak Datang Semua Suka

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




sukanya hati grandma dan grandpa sebab cucu kesayangannya ni nak datang hari ini...memang semuanya sedang menunggu Awisy sampai sini termasuk aunty dan cuney ! semuanya rindu sesangat dengan Awisy yang keletah ni...

semakin hari semakin besar dan dah pandai bermacam-macam perkara yer...geram betul grandma tengok gambar Awisy ni ! siaplah Awisy nanti tau ! sampai rumah grandma nanti memang kena gomol la jawabnya...sayangnya cucu grandma sorang ni..!!


p/s cepatlah Awisy sampai..

Thursday, March 28, 2013

Berjumpa Juga Akhirnya !! Dato Siti Nurhaliza

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
Akhirnya dapat juga bersalaman dengan Penyanyi no 1 Malaysia ini iaitu Dato Siti Nurhaliza...beliau berada di Legoland sebentar tadi dari jam 11-3petang...pada kekawan yang ingin melihat gambar-gambar Dato Siti semasa beliau di Legoland tadi pergi jer ke laman web
LEGOLAND MALAYSIA..


sesi bergambar sebentar sebelum meneruskan xtvt yang telah disediakan buat beliau...


bersalaman dengan peminat...mama pun dapat bersalaman dengan beliau tadi...


sempat juga beramah mesra dengan kami semua yang berada di tepi tu...


Kesian kerutan wajah Siti kepenatan dalam kepanasan...


p/s peramah dan comel jer orangnya ...

Bloglist Review And Giveaway By Lieyana Ahmad

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..



jom kekawan join giveaway ini...memang best hadiahnya pun best juga baju peplum lace...pada kekawan yang nak join tekan sini...
okay gud luck yer kekawan...


p/s alhamdullilah !!! hujan pun sejuk bumi... 


Berehat Sebentar Sambil Menunggu

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
Memang ramai pengunjung kat Legoland hari ni....disebabkan penyanyi nombor satu Malaysia ada datang ke Legoland hari ini lagi ramailah pengunjung datang ke sini....tambahan pula musim cuti sekolah pula ni..kat pintu masuk jer dah beratur panjang....



Malas betul nak berjalan sebab cuaca pun panas kat luar tu jadi mama duduk rehat jer kat dalam bangunan Build n Test ni ! Boleh juga sejuk2kan badan..biarlah dia orang dok tengok Siti...tapi pening kepala juga ramai budak2 dan ibubapa kat sini... keluar jugalah sebab nak juga tengok Dato Siti Nurhaliza secara live ni...





P/s nak tengok Dato Siti Nurhaliza ni...

Wednesday, March 27, 2013

Segmen : 300 Bloggers

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Jom kekawan kita sokong segmen dari blogger Paly ini yer...senang dan simple jer cuma nak  300 bloggers dan letakkan link kekawan dalam bloglist beliau...pada yang nak join sekali jom tekan sini...tarikh akhir pada 3 April 2013 jam 11.59 malam...

Sedapnya Jagung Ni !!!


SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


dari semalam nak makan jagung dengan susu ni bila baca kat blog PCL semalam sampailah hari ni asyik tengok gambar jagung je ! makan pula dengan susu dan PCL siap letakkan gambar kat blog dia... makin la terasa sangat-sangat kat tekak ni nak makan jagung tu tapi tak sempat juga nak buat...

sebenarnya malas la nak rebus jagung tu ! jadi kalau dah malas memang tak dapat la nak makan yer tak ! tapi tadi bila hubby balik kerja terus dia tolong rebuskan dan tolong buatkan...wah memang seronok la ada orang yang sayang tolong buatkan...

jadi hari ni dapat juga mama makan jagung dengan susu ni...memang terasa sedapnya bila orang tersayang pula yang buatkan ! dah siap tunggu masuk kat mulut jer apa yang tak sedapnya...


GIVEAWAY : EDY 3 DESTINASI

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum... 

Jom kekawan kita join giveaway ini mmg seronoknya....
mama pun dah lama tak menjoinkan diri dalam segmen kekawan alam maya ni...
pada kekawan yang teringin nak join boleh ke 
 




inilah hadiah-hadiahnya yang menarik pada kekawan yang berjaya nanti ...
tarikh tutup pada 4 April 2013...


Wordless Wednesday # 217...Merenung Masa Depan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Monday, March 25, 2013

Kecuaian Sendiri Membawa Padah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Susah betul nak menaip dengan jari mama yang sakit ini...mama mohon maaf la pada kekawan semua sebab masih tak sempat nak BW ke semua rumah jiran2 tetangga mama ni yer...

Memang banyak sungguh komen yang masih tak dipublishkan inshaAllah bila keadaan dah mengizinkan mama akan BW kembali...

Ini pun terpaksa gunakan sebelah tangan untuk menaip n3 mama ni...bukan langsung tak boleh digunakan tangan kanan mama yang bengkak ni cuma bila lama sikit digunakan mulalah terasa berdenyut2 urat2nya tu...tu yang terpaksa gunakan tangan kiri saja...

Apa-apa pun mama berterimakasih pada kekawan yg masih sudi singgah menjenguk mama di sini yer...


Jari yang lain boleh tegak lagi tapi jari kelengkeng tu jer yang bengkok...itulah jari mama yang sakit akibat kecuaian sendiri tersepit dek pintu kereta...berdenyut sakitnya bila lama sangat menggunakan jari sebelah kanan ni..


P/s nak cepat inilah akibatnya...

Jakel Baru Di Bandar Baru Uda

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum

Pada kekawan yang berada di sekitar Johor pasti sudah mengetahui akan pembukaan bangunan perniagaan Jakel yang baru ini...pembukaan besar2an dan tempat perniagaan baru ini telah dilakukan pada hari sabtu lepas..

Mama masih tidak berkesempatan untuk pergi ke pusat perniagaan Jakel yang baru ini...padahal bukanlah jauh sangat pun dan setiap hari lalu jer di jalan besar di hadapan pusat perniagaan ini...

Teringin juga nak melihat keadaan tempat baru ni ! Tapi masih juga tidak berkesempatan lagi...tak tahu bila la dapat membeli belah di sini...mesti banyak kain ela,kain langsir yang dijual dengan harga yang murah...

Saja la ni nak perhabis duit hubby bagi kat Jakel sebab nak cari kain baju dan langsir untuk persediaan hari raya..biasa la tu kaum wanita ni memang tak habisnya dengan persiapan awalnyakan kekawan...!!Tapi kena beringat beli apa yang patut saja jangan membazir...


P/s tak dapat menaip seperti biasa jari sakit akibat tersepit pintu kete..




Saturday, March 23, 2013

Petua Mudah Untuk Semua

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Hari ni mama nak bagi petua kat kekawan semua la... sebabnya dah lama mama tak keluarkan n3 petua macam selalu..jom kita tengok apa petua2nya yang ada di dapur yang perlu kita kaum ibu atau ayah ketahuinya yer... sebelum kita kaum ibu2 ni bergerak untuk mula memasak di dapur...

1-Jus lemon lebih banyak
Kekadang buah lemon yang akan kita gunakan kurang jusnya jadi untuk menambahkan jusnya kita perlu menyimpan buah lemon itu di dalam balang berisi air yang bertutup rapat...setelah itu lihatlah hasilnya selamat mencuba...

2-Kentang lecek lebih gebu
Bagi penggemar kentang lecek kita boleh menyediakan sendiri kentang lecek yang gebu hasilnya...mula-mula rebus kentang sehingga empuk kemudian masukkan kentang itu ke dalam sebuah bekas, tambahkan satu hingga dua cubit serbuk penaik kemudian barulah kentang itu dilecek atau dipukul.. pasti kentang itu akan menjadi lebih ringan dan gebu....selamat mencuba

3-Bertih jagung rangup
Untuk mendapatkan bertih jagung yang segar dan rangup sebelum membuatnya pastikan dulu butir jagung itu disimpan didalam pendingin beku kemudian barulah dimasak....pasti hasilnya akan lebih menarik lagi...

4-Tomato segar lebih lama
Untuk mendapatkan tomato yang segar dan rangup pastikan kita menyimpan tomato dengan tangkainya sekali dan menghalakannya ke bawah ini akan membuatkan tomato lebih kekal segar dan tahan lama....

P/s ke mana nak jenjalan petang ni ek...


Friday, March 22, 2013

Allhamdullilah !!! Berjaya Juga

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Pagi tadi mama telah menghantar anak mama yang bekerja di Legoland tu untuk sesi temuduga dan tempatnya adalah di Legoland juga....hehehehe macam pelik jer bunyinyakan...kerja di Legoland tapi masih nak ditemuduga di Legoland juga...

sebenarnya anak mama ini telah di offer untuk bertukar ke department yang baru... dari eduction department ke IT department pula bidang yang amat menjadi kegemaran anak mama...kiranya beralih tugas la anak mama ni dari guru yang mengajar budak mengendalikan robot terus ke bahagian komputer pula...

jadi sebelum itu terpaksalah juga menjalani sesi temuduga juga walaupun bekerja di bawah majikan yang sama tapi berlainan pula department dan tugasnya... alhamdullilah !!! Anak mama berjaya dalam temuduga itu dan akan ditukarkan ke bahagian IT bermula pada 1 april nanti....

Mudah2an anak mama akan dapat melakukan pekerjaannya yang baru ini dengan lebih cemerlang lagi dan moga apa yang dicita-citakannya selama ini akan tercapai juga...inshaAllah doa seorang ibu akan sentiasa mengiringi mu selalu sayang...



P/s terasa kurang sikit sakit perut ni bila dah telan ubat tadi...

Kembang ! Oh Kembang !

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Seronoknya kalau dapat tidur macam Kembang ni semua perkara tak payah susah-susah nak fikirkan..hanya tahu makan tidur je ! tengoklah tu tidur pun boleh golek2 dengan muka selamba jer...bila la mama dapat tidur macam Kembang ni....


kalau kita sebagai manusia ni bila nak tidur je mesti teringatkan banyak perkara2 yang akan kita lalui hari ini atau hari esoknya...kalau ada peristiwa menarik atau menyedihkan mungkin akan terbawa2 ke dalam mimpi agaknya


P/s perut sakit nak tidur tapi tak boleh...

Thursday, March 21, 2013

Kalau Mengantuk Jangan Pandu Kereta


SALAM 1MALAYSIA
Assalamualaikum...
Aduh!!! bahayanya kalau bawa kereta dalam keadaan mengantuk ni...nasib baik tak terlelap tadi kalau tak nyaris2 dok sondok kereta kat depan.... kalau tak dok hospital la hari ni....

Pada kekawan yang sedang memandu atau akan memandu sendiri  nanti eloklah elakkan dari terjadi perkara macam ni...kalau mengantuk masa memandu tu eloklah berehat sekejap untuk mengelakkan kita dari mengalami sebarang masalah yer...



 Sempat amik gambar tu...Bahaya !! Bahaya !!

P/s dah sampai rumah nak rest jap....

Perlukan Perubahan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Dah lama juga tak mengubah susun atur perabot kat rumah mama ni..jemu pulak rasanya asyik memandang susun atur yang lama jer ni...sesekali nak juga mengalihkannya ke tempat yang berlainan agar mata yang memandang ni akan terasa akan perubahannya...


sebelum

selepas

sebelum 

selepas

sebelum

selepas


leganya ! dah siap pun semua susun atur baru perabot rumah mama ni... semuanya dah pun bertukar tempat..tiada lagi habuk-habuk yang bersarang semuanya dah pun dibersihkan...memang puas hati bila semuanya dah selesai...

 inilah dia ruang tamu mama yang biasa-biasa jer ni...tiada apa yang specialnya tapi di sinilah tempat kami sekeluarga beristirehat dan berbual-bual...walaupun mempunyai rumah yang kecil tapi ianya akan tetap jadi syurga dunia buat kami sekeluarga...inshaAllah..

Wednesday, March 20, 2013

Wordless Wednesday # 216...I Love U Mom

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




Wordless Wednesday # 215...Ingatan Buat Wanita

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Wordless Wednesday # 214...Rindu Nyer

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




 p/s grandma rindu Awisy...

Tuesday, March 19, 2013

Panasnya Cuaca ! Jom Makan Ais Krim

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ini cuaca panas kat luar tu ! dah panas-panas macam ni eloklah kita basahkan tekak kita  dengan ais krim baru dari Nestle ni...ais krim "KitKat Bites" namanya pun dah terasa keenakkannya apa lagi bila dapat menikmatinya ais krim ni memang terasa kesedapannya... terasa sejuk jer bila masuk ke mulut kita juga terasa akan serpihan biskut coklat kitkat di dalam ais krim ini...jom lah kekawan kita layan aiskrim KitKat Bites ni...




Masjid Sultan Abu Bakar

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Dalam mama BW tadi terjumpa satu info yang menarik ini dan ingin sekali mama sharekan info yang mama ketahui itu dengan kekawan semua...sumber info ini mama ketahui dari blog ini...

untuk pengetahuan kekawan semua Masjid Sultan Abu Bakar Johor Baharu telah dibina pada tahun 1892 dan batu asasnya telah diletakkan sendiri oleh baginda .

keistimewaan masjid ini adalah dari dindingnya yang telah dibina dengan telur putih yang telah dicampurkan dengan simen.Masjid Sultan Abu Bakar ini telah mengambil masa selama 8 tahun untuk menyiapkannya dan ianya berharga $400,000.

Masjid ini juga telah dirasmikan oleh Sultan Ibrahim pada hari raya kedua pada tahun 1900...21 das tembakan meriam dilepaskan sebagai tanda hormat dan secara simboliknya Sultan Ibrahim telah membuka pintu masjid dengan menggunakan kunci yang diperbuat dari Perak.

menurut orang tua dulu Sultan Ibrahim amat gemar bersolat di masjid ini sewaktu hayatnya dan satu lagi keistimewaan masjid ini adalah ianya telah dibina oleh orang-orang Islam dari Teluk Belanga Singapura. 


Dahulu


sekarang

Monday, March 18, 2013

Tips Memudahkan Bersalin

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung eloklah kita kongsikan Tips Memudahkan Bersalin ini yer jom kita sharekan bersama sumber info...


1- Banyakkan berjalan selalu yer kerana ianya elok buat ibu-ibu yang mengandung ini...ianya juga akan membuatkan kita senang semasa bersalin nanti...eloklah berjalan ke mana-mana pun,disekeliling rumah pun elok asalkan dapat berjalan.

2-Kekerapan bersama suami dengan suami dan mengikut sumber sperma merupakan pelincir terbaik untuk proses melahirkan..

3-Gunakan tangga untuk menguatkan otot2 kali supaya dapat membantu semasa proses kelahiran nanti.

4-Amalkan minum minyak kelapa dara setiap hari dalam 5ml.Mula minum bila kandungan nak masuk 6 bulan.Boleh digunakan sebagai pelincir juga.

5-Amalkan membaca ayat bismillah enam setiap Khamis malam Jumaat bacalah 7 kali dan hembuskan ke air minuman atau air untuk mandi.Sebelum baca ayat bismillah keenam itu selawatlah dulu ke atas nabi dan baca ayatkursi ya...


gambar ketika anak mama mengandung dulu...

Air Tangan Isteri Sendiri Lebih Sedap

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua...

Jangan muntah dengan n3 bergambar mama ni yer...sesekali kena puji dengan hubby sendiri seronok rasanya ! terasa diri ini begitu dihargai hehehe dah macam dalam iklan pula...oleh itu pada suami-suami yang diluar sana pujilah isteri selalu yer...pasti hati para isteri-isteri akan selalu berbunga ! lebih rajinlah nanti mereka untuk memasak...pasti akan ada jer masakan yang enak menanti di rumah...


pada masa itulah nanti hati kedua2nya akan bertambah gembira dan bertambahlah kasih sayang di antara satu sama lain...oleh itu wahai sang isteri jangan lupa masaklah masakan yang enak untuk suami-suami kita menjamu selera di rumah nanti yer...kalau nak hubby sentiasa menyayangi kita ikatlah perut mereka dulu dengan masakan yang enak dan sedap2 dari air tangan kita sendiri yer...

sesekali tu boleh juga makan di luar apa salahnyakan ! ajaklah suami kita katakan padanya bahawa kita pula terasa teringin nak makan menu yang orang lain pula masakkan....kalau hubby rajin dan boleh memasak lagilah best ! boleh minta makanan apa yang kita inginkan itu...pasti bertambahlah kasih sayang suami dan isteri..



p/s hari ni masak menu kegemaran semua "Asam Pedas Ikan Parang"...
.

DUIT TABUNG