JIRAN TETANGGA

Thursday, January 31, 2013

"2nd Year Ohsem Anniversery Aku Cuma Seorang Kulikutif!!! GiveAway

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Jom kekawan kita join giveaway dari blogger RemyHazza ni blogger yang sememangnya ohsem...memang ohsem la beliau dan beliau juga adalah salah seorang pengomen terbanyak di blog mama ini...

 inilah segmen anniversery blog RemyHazza yang kedua yang mama sertai...kalau kekawan ingin tahu kali pertama tekan sini dan kali ini pula sempena ulangtahun ke 2 pula blog beliau...semoga blog RemyHazza akan terus maju dan berkekalan yer...


Zaman Semakin Canggih

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
 

Lihatlah secomel ni memang dah semakin bijak...bila letakkan jer tab dan pasangkn cerita katun dan lagu pembelajaran leka betul Awisy melihatnya..betul la kan ! budak-budak zaman sekarang ni dah semakin maju, canggih dengan semua kemudahan yang ada sekarang ni...belajar pun gunakan tab saja senangnya cara mengajar anak-anak zaman moden macam sekarang ni...

zaman mama dulu mana ada semua kemudahan yang canggih macam ni ! tapi sekarang ni semuanya ada...semakin canggih dan maju kemudahan yang ada sekarang ni semakin pandailah mereka tapi kenalah ada cara kawalannya jangan dibiarkan anak-anak menggunakan kemudahan canggih itu dengan sesuka hati mereka...

 kita sebagai ibubapa memang mahukan anak-anak berjaya di dalam semua perkara...dan sebagai ibubapa juga kenalah bagi ketetapan masa yang elok untuk menggunakan semua kemudahan yang ada disediakan itu...moga anak-anak kita menjadi seorang insan yang berguna di masa akan datang nanti inshaAllah...


Wednesday, January 30, 2013

Letak Gambar Instagram Di Blog

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Dalam mama BW tadi terbacalah mama di blog HasrulHassan bagaimana nak letakkan foto instagram dalam blog...teringin nak buat juga oleh itu cuba-cubalah godek dan ikut cara-cara macam mana nak buat...

betul ke apa yang Mr.Hasrulhassan katakan bahawa gunakan instagram ini boleh menarik minat orang lain membaca blog???tak tahulah berkesan ke tak tapi kalau berjaya baguslah dan terimakasih la banyak-banyak kat Mr.HH kita tu...

jom kita lihat bagaimana nak menambahkan instagram dalam blog kita ini...pada kekawan yang ingin mencuba boleh la ke Tool Webstagram For Blog..semua caranya ada di situ dan jika masih tidak faham klik jer video yang terdapat di situ yer...okay la kekawan pada yang ingin mencuba tu selamat mencuba yer..



Lat's Place Kampung Boy

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pada kekawan yang dah pernah pergi ke Taman Tema Hello Kitty ini pasti dah tahu sebuah kedai makan yang menggunakan nama katun animasi Lat Kampung Boy dan restoren ini diberi nama "Lat Place".. di dalamnya juga terdapat banyak barang-barang dan cenderahati dari jenama katun ini...  


pada kekawan yang belum tahu lagi marilah mama bagitahu serba sedikit tentangnya yer...
  lokasi restoren baru bercirikan katun Lat ini terletak bersebelahan pintu masuk ke Taman Tema Hello Kitty di Puteri Habour Nusa Jaya...

restoren ini masih belum beroperasi sepenuhnya dan ianya masih dalam pengubahsuaian layout dalamannya...bila dah mula operasinya nanti bolehlah kita sama-sama terjah dan lihat ruangan dalaman restoren ini nanti pasti mengujakan kita semuakan...yer la katun animasi yang pernah kita lihat di komik dan tv tu berada di dalam sebuah restoren mewah tentu menyeronokkan...


inilah sebahagian barang-barang cenderhati yang dijual di ruang depan di dalam restoren ini...



pada mulanya teringin juga kami semua nak mencuba makan makanan di sini tapi bila masuk pekerja di situ memberitahu bahawa restoren itu masih belum siap sepenuhnya dan jika hendak buat tempahan pun boleh atau datang bila sudah siap sepenuhnya nanti...


inilah menu-menu makanan yang akan ada dijual di sini...


sempat lagi berposing di hadapan papan tanda di luar restoren tu...

Jangan Salah Sangka

SALAM 1 MALAYSIA
Assalmualaikum...





Salah sangka atau buruk sangka ini adalah satu sikap yang amat-amat kurang baik dalam hidup kita ini...mempunyai sikap yang berburuk sangka begini haruslah kita elakkan kerana jika berburuk sangka pada perkara yang benar tak apa juga tapi kalau buruk sangka pada perkara yang sebaliknya amatlah tidak elok...

Susah juga kalau kita ada sikap salah sangka atau buruk sangka pada orang lain...walau apa pun jua kenalah selidik dulu samaada perkara itu betul atau pun tidak jangan main serkap jarang jer yer...

berfikiran terbuka la pada semua perkara juga pada orang lain semoga sikap yang buruk itu dapat kita elakkan dari fikiran dan minda kita.. jauhilah sikap buruk ini kerana ianya boleh membuatkan kita jadi seperti seorang yang tidak elok di pandangan mata orang lain...

Wordless Wednesday # 203...Jom Makan Nasi Daging

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hepi Besday Suhida (Zizie Madu)

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ini mama ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Zizie...mama nak cuba teka hari ini ulangtahun Zizie yang ke 21 ke???kalau betul tu alhamdullilah la dan kalau mama tersilap tu mama minta maaf banyak-banyak yer...

dikesempatan ini mama ingin mendoakan semoga Zizie dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,sentiasa berjaya dalam apa jua kerjaya yang diceburi,moga sentiasa dibawah lindungan Allah dan akhir sekali ingatlah kedua-dua ibubapa Zizie kerana merekalah Zizie hadir dan berjaya melihat dan berada di dunia ini yer ...Amin







Wordless Wednesday # 202...Kesian Nyer

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Tuesday, January 29, 2013

Taman Tema Hello Kitty

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari cuti yang lepas mama dan anak-anak telah ke Taman Tema Hello Kitty di Puteri Habour Nusa Jaya...taman tema ini baru saja di buka dan ianya juga salah satu taman tema di bawah naungan Legoland cuma perbezaannya ialah ianya berada di dalam satu bangunan yang besar dan berlainan pentabiran..


boleh tahan jugalah harga tiket nak masuk ke Taman Tema Hello Kitty ni tapi nasib baiklah anak mama bekerja di Legoland dan masuk ke sana hanya menggunakan id pekerjanya saja kiranya redeem tiket la tu...


mama ke sana pun bukan apa saja jer nak tahu macam mana keadaan di taman tema tu..boleh tahan jugalah keadaan taman tema tu tapi yang buat frustnya anak mama tidak boleh pula nak redeem tiketnya pada hari tu ...tiket itu hanya boleh digunakan pada hari biasa saja jadi terpaksalah kami menunggu hari yang sesuai untuk pergi ke sana semula... 


walaupun tak dapat masuk ke dalam kami dapat jugalah bergambar disekitar kawasan dan kedai menjual cenderahati di bahagian bawah tu...


banyak barang-barang permainan yang terdapat di kedai tu... semuanya ada dari yang kecil hinggalah yang besar..kami hanya melihat-lihat saja nak belikan Awisy pun bukannya ada yang menarik hati mamanya tak mahu belikan sebab Awisy budak lelaki tak boleh suka color pink katanya...ada untuk boy tapi tidak sesuai kerana Awisy masih bayi...


comelkan bila Awisy pakai benda ni dan ingatkan nak belikan Awisy topi ni tapi bila diamati rupa-rupanya bukan topi tapi ianya adalah tempat letak tisu terus mama Awisy tak jadi nak membelinya...




lihatlah gelagat budak comel ni kena paksa bergambar dengan patung-patung kat situ rupa macam tak rela sajakan...


grandma dan grandpa yang sibuk juga nak bergambar dengan Hello Kitty tu...sesekali nak juga jadi budak2kan..masa dulu-dulu mana ada dapat peluk Hello Kitty macam ni...

PCL Tolong Review Blog Saya..

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




Jom kita join segmen simple dari blogger PCL ni...pada yang nak join cepat senang jer
"PCL , tolong review blog saya (http://maszull.blogspot.com)''


Indah Kabar Dari Rupa

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....



"Indah Kabar Dari Rupa" itulah peribahasa yang sering kali kita dengar dari dulu lagi....ianya bermaksud menggambarkan sesuatu perkara itu indah atau sempurna tapi rupa-rupanya ianya tidak seperti apa yang kita harapkan....

Janganlah kita terlalu obses mengharapkan sesuatu perkara yang baik itu sebelum kita mengetahui yang ianya sememangnya adalah baik kerana bila kita telah melihatnya sendiri dengan pandangan mata kita barulah kita akan tahu adakah ianya baik atau buruknya...oleh itu selidikilah dulu sesuatu perkara itu dengan jelas agar kita tidak akan tertipu akhirnya...


Monday, January 28, 2013

Selamat Malam Layan Lagu Ni

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....


Best Layan Lagu Jiwang Malam Ni

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Timbang Berat Blog Kita

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Dalam mama BW tadi ke blog Fieda terbacalah n3 terbaru Fieda ini dimana dia dah pun mencuba menimbang berat blog beliau...jadi mama pun ingin juga memcuba menimbang keberatan blog mama...pada kekawan yang teringin nak cuba timbang blog tu bolehlah mencuba yer...pada yang ingin mencuba menimbang tu tekan sini....


percubaan pertama mama menimbang dan inilah hasilnya loadingnya agak lambat juga...susah juga kalau macam ni takut kekawan mama yang singgah ke sini akan terasa lambat loading pula blog mama ni jadi mama pun cubalah membuang widget yang kurang perlu kat sidebar tu... 


mama memcuba sekali lagi dan hasilnya sudah berkurangan masa loadingnya...inilah hasilnya yang kedua sudah berkurangan beratnya dan teringin nak mengurangkan lagi masa loading blog mama ni...cuba buang lagi widget yang masih ada dan nak mama telah mengeluarkan gambar-gambar mama kat sidebar tu dan hasilnya memang memberansangkan....


inilah hasil ujikaji yang ke tiga dan hasilnya memang lagi bestlah... kiranya okay juga masa nak loading blog mama ni...jadi taklah lama sangat kekawan nak tunggu masa loading blog mama ni nantikan...jom kekawan kita mencuba menimbang berat blog kita semua yer...

Sunday, January 27, 2013

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Kalender Islam

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Marilah kita lihat tarikh-tarikh penting dalam kalender Islam...tarikh-tarikh ini dikeluarkan oleh Jawatankuasa Teknikal Kalender Islam,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

1-Maulidur Rasul
24 Januari 2013 bersamaam 12 Rabiulawal 1434

2-Israk dan Mikraj
6Jun 2013 bersamaan 27 Rejab 1434

3-Awal ramadhan/Berpuasa
*10 Julai 2013 bersamaan 1 ramadhan 1434

4-Nuzul Al-Quran
26 Julai 2013 bersamaan 17 ramadhan 1434


5-Hari Raya Puasa/Aidil Fitri
*8 Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434

6-Awal Zulhijjah
6 Oktober 2013 bersamaan 1 Zulhijjah 1434

7-Hari Raya Korban/Haji.Aidil Adha
*15 Oktober 2013 bersamaan 10 Zulhijjah 1434

8-Awal Muharram/Maal Hijrah
5 November 2013 bersamaan 1 Muharam 1435


Doodle Freebies Dari Blogger Fiz

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Cantik tak kekawan doodle freebies dari blogger Fiz ni cutekan doodlenya...mama pun minta satu doodle ni daripada beliau dan kalau kekawan suka juga jom pi jer kat blog Fiz...pilih jer nak color apa yang kekawan suka tu...bila dah minat dengan grafik ni macam-macam doodle boleh dibuat tahniah buat blogger Fiz ni yer....

jom  kekawan ke blog http://www.fizgraphic.com/



Bro Jejai ! Semoga Sihat Kembali

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....

Dalam mama BW tadi terbaca n3 dari blogger broframestone tadi ....sedihnya n3 beliau tentang blogger Jejai tentang kesihatan dan masalah yang dihadapinya sekarang ini...

inilah gambar blogger Jejai semalam semasa majlis Sepetang Bersama Blogger anjuran blogger Denai Hati...


ini adalah gambar Bro Jejai yang terbaru yang mama sharekan dari blog broframestone tadi...kelihatan wajah bro framestone begitu sayu sekali ketika bersama bro Jejai dan isterinya...


pada kekawan yang ingin mengetahuinya cerita selanjutnya silalah ke blog broframestone dan bacalah setiap n3 ini dan ini tentang cerita terbaru kesihatan teman blogger kita bro Jejai ini yer...


kami semua sebagai blogger sangat-sangat mendoakan agar bro Jejai tabah menghadapi semua dugaan ini dan akan kembali pulih,sihat dan bolehlah beliau berblogging kembali ....

p/s kredit gambar dari Broframestone


Friday, January 25, 2013

Jenjalan Di Aeon Bukit Indah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Semalam cuti apa lagi ! apa lagi mama pun ambil peluang jenjalan window shopping ke Aeon Tebrau la...best juga sesekali cuti dapat jenjalan bersama-sama family mama..walaupun berwindow shopping saja tapi seronok sungguh dapat meluangkan masa bersama2 keluarga tersayang..


sambil jenjalan tu kita boleh la cuci mata yer...biasalah jika ada perayaan pasti ada jer deko diletakkan di ruang legar lagi pula nak tahun baru china ni deko untuk tahun baru china tu sudah semestinya ada di ruang legar shopping Aeon tu...


lepas tu teruskan jenjalan ke dalam Aeon ni... kalau dah masuk Aeon memang tak sah kalau tak singgah tempat pakaian baby...ada potongan harga pulak tu dan tak lama lagi kaum China di Malaysia ni nak menyambut tahun baru pasti ada diskaun yang disediakan dimana2 jua...semuanya dok belek2 baju si kecik Awisy ni nak pilih juga mana yang lawa tu... 


 pakaian untuk tahun baru china pun ada banyak dijual..biasa la bagi kaum China color yang membawa ong pada mereka ialah warna merah...banyak juga kedai menjual perhiasan untuk tahun baru china terdapat di sana... 


tak lepas juga melihat mainan untuk kanak2 yang banyak ada dijual di kawasan permainan kanak-kanak tu... melihat2 tu sambil cuci mata kami semua la...


suka Awisy bila mama dan papanya meletakkannya di baby walker tu...tengoklah tu bukan main khusyuk lagi dia bermain...lepas ni Awisy bolehlah suruh papa belikan walker tu yer...


lepas tu dok layan anak-anak pula bermain games yang ada disitu....mula-mula tengok jer anak-anak bermain bila dah lama-lama tu teringin juga nak cuba mencuba juga...memang seronok rasanya kami semua dapat bermain bersama2...


tu dia si ayah dah ikut sekali bermain dengan anak-anak...tengok sapa la yang teror bawa kereta tu jom lumba sesama...


yang ni lagi la seronoknya mama dok lawan dengan hubby bermain.. last sekali mama kalah juga akhirnya di tangan hubby...sesekali enjoy macam ni memang best juga hilang rasa tension tu...

p/s esok cuti lagi mana destinasi yang best nak pergi agaknya...

Bantuan Persekolahan Sudah Dapat

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Alhamdullilah !! dah dapat pun bantuan RM 100 dari kerajaan buat pelajar-pelajar sekolah...sekolah anak mama baru hari ini mereka mula mengagih-agihkan bantuan itu kepada semua ibubapa pelajar sekolah ini..hehehhe suka mama ! almaklum la belum gaji lagi ! bagus juga dapat bantu mama buat tambah duit belanja duit dapur...lainlah kakitangan kerajaan dah pun dapat gaji dan baki bonus pula tu....

moga bertambah maju lagi negara kita Malaysia ini dan tahun depan boleh la dapat lagikan...berterimakasihlah pada Perdana Menteri Malaysia kita kerana menyediakan bantuan seperti ini pada rakyat semua semoga bertambah-tambahlah lagi rezeki buat negara kita dimasa-masa akan datang nanti...InshaAllah


Selamat Ulang Tahun Buat Blogger Gadis Bunga

SALAM 1 MALAYSIA 
Hari ini mama ingin mengucapkan selamat hari lahir buat blogger Gadis Bunga yang ke berapa ?? maaf mama masih tak tahu yer...apa-apa pun semoga Gadis Bunga akan bergembira menyambut ulangtahun kelahiran hari ini yer...

Disini mama ingin mendoakan semoga Gadis Bunga dipanjangkan usia,dimurahkan rezeki selalu,sentiasa berjaya dalam apa jua kerjaya yang dilakukan,sentiasa dibawah lindungan Allah dan ingatlah kedua-dua ibubapa Gadis Bunga hanya kerana merekalah Gadis Bunga hadir ke dunia ini yer InshaAllah... Amin



Thursday, January 24, 2013

Selamat Hari Lahir Buat Adza Irdawati Mak Dara

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Di sini mama hendak mengucapkan selamat ulang tahun buat blogger Mak Dara...sori yer mama terlambat pula nak wish hari ni sebab sibuk sikit...mungkin mama yang last yang wish besday kot hari ni apa-apa pun mama berdoa semoga hari ini Adza Irdawati ( Bicara Mak Dara ) gembira menyambut ulangtahun yang ke 36 dan semoga surprise birthday daripada hubby hari ini dapat mengembirakan Mak Dara yer...

dikesempatan ini mama ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Mak Dara semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,sentiasa bahagia disamping keluarga,sentiasa berjaya dalam apa jua kerjaya yang diceburi,dibawah lindungan Allah selalu dan akhirnya ingatlah kedua-dua orang tua Mak Dara hanya kerana mereka Mak Dara lahir ke dunia ini...Amin



mama kredit gambar dari blog Bicara Mak Dara yer...




Wednesday, January 23, 2013

Salam Maulidur Rasul 2013

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




Akele Hum Akele Tum Di Tv 2

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Jom kekawan kita layan hindustan malam ni di tv2 "Akele Hum Akele Tum"...memang best jalan cerita ni dan yang paling mama suka adalah lagu-lagu dari cerita ini memang menarik...di bawah ni adalah salah satu dari lagu-lagunya jom kita layan cerita dan lagunya yer...


Annual Dinner Legoland

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Rasmilah sudah cloak yang telah mama buat untuk anak mama hari tu...cloak Red Riding Hood versi melayu la kononnya kalau kekawan yang tak tahu baca ini..bila dah di pakai nampak cantik juga hasilnya...tak apalah janji ada rupa Red Riding Hood malaysia sudahlah kan..


nak menyewa kostum dengan harga beratus-ratus ringgit tu kan membazir jer ! pakainya hanya sekejap jer...tapi semalam ramai juga staff Legoland yang memakai kostum-kostum yang cantik2 dan juga menarik... 


inilah antara staff2 yang mengenakan kostum pada malam tu...sebenarnya banyak lagi staff yang memakai kostum yang cantik2 tapi hanya tidak dapat mengambil gambarnya sahaja...


 majlis 1st Annual Dinner ini telah berlangsung di Persada Johor Baharu semalam...ramai juga la staff membanjiri ruang legar Persada semalam antaranya termasuklah anak mama sendiri...masing-masing dengan pakaian kostum yang berbagai rupa dan bentuknya...


bermacam-macam pakaian yang diperagakan oleh staff Legoland semalam tapi sayangnya mama tak dapat hendak mengambil gambar mereka yang berada di sana hanya beberapa keping yang dapat anak mama ambil semasa di dalam dewan itu...


inilah sebahagian gambar yang anak mama ambil semalam...hanya teman berhampiran saja yang ada dalam gambar tu...


Red Riding Hood muslimah hehehhee nama baru la tu...apa-apa pun tetap ada gambaran untuk tema malam tu Fairytales n Superhero..


makanan yang dihidangkan semalam adalah makanan berasaskan Chinese Food...ada yang sedap dan ada juga yang kurang sedapnya...


staff2 yang terpilih dalam pemilihan pakaian tercantik semalam tapi sayang anak mama tak pula mengambil gambar siapa yang telah berjaya...hadiah grand prize untuk cabutan bertuah ini adalah RM 5000,kedua RM 3000 dan ketiga adalah RM 2000...seronoknya siapa yang telah berjaya mendapat hadiah tu semalam...pakaian tercantik juga mendapat hadiah berupa wang tunai RM 3000...


inilah antara aksi-aksi staff untuk nombor cabutan bertuah...alhamdullilah ada juga rezeki anak mama malam semalam kerana no id staffnya telah berjaya dalam cabutan nombor bertuah itu semalam.. semua staff menggunakan nombor id kerja masing-masing sebagai nombor untuk cabutan bertuah tu... 


memang banyak hadiah yang disediakan oleh pihak penaja Samsung dan Apple..hadiah seperti TV samsung,mesin basuh samsung,galaxy tab2,ipad,peti ais,handphone dan macam-macam lagi dan anak mama memang teringinkan ipad tu tapi tak tahu boleh berjaya mendapatkannya atau tidak...



tapi sayangnya hadiahnya masih belum didapati semalam sebab majlis itu terpaksa disegerakan kerana kelewatan pada permulaannya... dan hadiah itu akan diperolehi di pejabat Legoland sendiri...masih tidak tahu apakah hadiahnya ! bila anak mama sudah mendapatkan hadiah itu nanti akan mama updatekan n3 nyer yer...

GRANDMA ON PAPER

GRANDMA ON PAPER