SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Selamat bercuti hari ini pada semua kawan-kawan mama yang bercuti hari ini...pagi tadi anak-anak dok sibuk mengajak mama ke Plaza Angsana untuk ke kiosk tudung Aidijuma...sekarang ni menjadi kegemaran remaja hingga yang dah berusia...mama sendiri tak ketinggalan menggunakan tudung aidijuma ini memang selesa sungguh..


Tudung Aidijuma ini sebenarnya selesa dipakai dan bidangnya besar pula tu ! kiranya paling elok la boleh menutup aurat kita....hari ini disemua outlet tudung Aidijuma ini telah diadakan promosi dan jualan murah...di Johor ini mama telah ke kiosknya di Plaza Angsana...

sampai-sampai jer memang dah ramai peminatnya yang berebut-rebut mengambil dan membeli tudung-tudung disitu...terpaksa kena redah je ambil yang mana yang suka memandangkan kawasan kiosknya yang terhad...sampai tak sanggup nak berebut sebab ramai sangat dan dah ramai yang bersesak-sesak di hadapan kiosk tu..


inilah dia beberapa helai tudung Aidijuma yang sempat dirembat...kegunaan untuk anak-anak dan diri sendiri juga ni...dek kerana anak-anak semuanya perempuan bolehlah bertukar pakai tudung-tudung tu nanti dan setiap seorang pula beli lain-lain color dan coraknya...