14 November 2013

# resepi masakan

Resepi Daging Masak Merah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
 

kali ni pula mama nak kongsi resepi yang sedap untuk kawan-kawan semua ! nak kata sedap kena la rasa sendiri bila dah masak nanti yer...simple tak juga la tapi kiranya baiklah untuk juadah kita sekeluarga lebih-lebih lagi pada yang berpuasa hari ini boleh buat menu berbuka nanti...

bahan yang perlu ada dah tentu daging yer ! tapi rebus daging tu dulu bila daging dah lembut potong nipis-nipis..cili kisar, sos tomato, sos cili, sos tiram tu pun kalau suka yer...serai, daun limau,bunga kobis,daun sop dan bawang besar dihiris nipis...

cara-cara nak masak senang jer...tumis dulu cili kisar hingga garing pastu masukkan serai,sos tiram,sos tomato,sos cili biarkan sehingga pekat sedikit...kalau nak berkuah tambahkan air sedikit...daun limau jangan lupa masukkan sekali ke dalam sos tadi...

bila dah pekat masukkan daging yang telah dipotong nipis tadi kacau sekejap kemudian masukkan hirisan bawang besar,hirisan daun sop,bunga kobis dan buat sedikit hiasan di atasnya kalau suka...akhirnya dah pun siap menu daging masak merah kita ini boleh dihidangkan dengan nasi panas-panas...kalau suka bolehlah cuba menu ini ye kawan-kawan semua...

p/s tak suka letak warna merah...

7 comments:

  1. wahhh sedap ni.. dah lama mia tak masak daging. asyik masak ayam je...

    ReplyDelete
  2. Akk ni memang banyak masa memasak..semua resepi sedap2 tu

    ReplyDelete
  3. suka sgt makan dagingg masak merah... tp xsuka masak...hhee

    ReplyDelete
  4. fuhhh terliiur habis tengok..dah lama umah ni tak masak daging tau kak mas sbb anak anak tak makan..ni kena cari jg la daging ni..slurppp

    ReplyDelete