SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Dah 2 hari perangai Aiman Nuqman macam ni..semakin susah rasanya nak handle perangainya yang baru ni...ditinggalkan sekejap pun nak menangis bukan ke mana pun hanya ke dapur sekejap untuk membuatkan makanan atau susu untuknya...tak nampak kelibat mama mesti menangis saja...nak dimarah pun tak ada gunanya ! mereka budak-budak lagi jadi biarkanlah perangai mereka tu...
  
menangisnya memang bukan sikit-sikit ! jeritnya tu jer dah macam kena pukul gayanya..kekadang terfikir di fikiran mama rasa dah malas nak menjaga Aiman lagi tapi bila melihat dan memikirkannya kesian pula...sebenarnya kita ni hanya manusia biasa takut nanti hilang pula tahap kesabaran tapi setakat ini alhamdullilah masih boleh dikawal perasaan yang kurang elok itu dari berlaku...


kekadang tu risau juga dibuatnya takut dikatakan jiran tetangga bila mendengar Aiman menangis terjerit-jerit macam tu,takut disalahertikan yang mama pula yang memukulnya...bila dibiarkan saja semakin kuat menjeritnya...memang mama dah tak boleh nak bergerak langsung...

kekadang makan tengahari terpaksalah makan apa yang ada sebab dah memang tak boleh nak bergerak ke dapur untuk memasak...nak makan pun terpaksa tunggu dia tidur dulu barulah boleh makan...nasib baiklah hubby tak balik makan tenghari di rumah kalau tidak susah juga dibuatnya...bila semua dah balik dari kerja,petang barulah boleh ke dapur untuk memasak...

p/s menahan kesabaran jer la hari-hari...kesabaran itu separuh dari imankan...