31 October 2013

Almari Baru Untuk Darwisy

October 31, 2013 10 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari minggu lepas kami sekeluarga telah ke Tesco mulanya nak berwindow shopping jer tapi mama Awisy masih sempat sambar satu dua barang juga bila dah sampai ke sana....ini dia barang Awisy yang sempat dibeli iaitu almari baju kanak-kanak...harga dia sebelum promosi RM1++ agaknya tapi bila ada harga promosinya hanya RM69.00 saja kira murah la tu...

almari Awisy yang telah siap dipasang...

mama Awisy la yang sibuk nak carikan Awisy almari baju baru untuknya...dah terjumpa ni  dan ada harga promosi terus jer beli....soping almari baju baru untuk Awisy jer...senang juga boleh letakkan baju dan barang-barang Awisy yang lain..


bila dah dikemaskan ! tu dia penuh juga satu alamari baju-baju Awisy ni! lepas ni kalau tambah baju lagi mesti penuh juga...kalau dah penuh lagi kena pula cari yang lebih besar lagi pula...semakin membesar semakin banyak barang-barang keperluan Awisy ni...

30 October 2013

Wordless Wednesday # 395...kembang Kacau Mama La !!

October 30, 2013 9 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Wordless Wednesday #394...Nak Juga

October 30, 2013 10 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




25 October 2013

Budget 2014

October 25, 2013 8 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Jom kekawan kita mendengar apa keistimewaan yang akan rakyat perolehi dari budget 2014 yang akan di bentangkan oleh PM kita hari ini...semoga ada berita gembira buat rakyat Malaysia semuanya...lepas ni adalah suara-suara yang puas hati dan juga yang tidak berpuas hati dengan belanjawan yang akan dibentangkan nanti...jom mari kita dengarkan suara PM kita ni bersuara yer...


Diam-Diam Awisy Dah Boleh Memanjat

October 25, 2013 5 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamulaikum...



mula-mula berdiri tengok sendiri kat meja ada apa... tengok grandma ikut die dah senyum ! pandai Awisy yer sebab dah tahu grandma pasti nak angkat balik dia tapi kali ni grandma nak tengokkan macam mana Awisy naik kerusi tu.....



bila dah tahu ada laptop kat atas meja mulalah Awisy memulakan projeknya...perlahan-lahan Awisy memanjat kerusi yang tersedia ada di situ...



bila dah sampai kat atas apa lagi berdiri jer terus pegang mouse laptop tu...bukan main lagi budak kecik sorang ni dah pandai mana nak cari laptop yer...



tengok tu pandai pandang kamera bila grandma nak snap gambar die yer...sudah semakin lasak budak ni sekarang....naik letih badan grandma dibuatnya...


p/s letihnya badan jaga budak-budak yang semakin membesar ni...

Pengasuh

October 25, 2013 9 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamulaikum...

Bila mama terbaca entri blogger Mialiana ini semalam memang terasa sedih juga hati ini..agaknya begitulah rasanya bila anak-anak kita disakiti oleh orang lain...kita sebagai ibubapa memang akan merasa sakitnya juga bila melihat anak-anak kita mengalami perkara yang begitu...

bila kita meninggalkan anak-anak kita di rumah pengasuh ! kita sebagai ibubapa memang kita mahukan tempat yang selesa dan terbaik buat anak-anak kita tapi kalau keadaan persekitaran kurang selesa anak-anak kita nanti akan menjadi lebih tertekan...

bila berlaku perkara-perkara begini pasti anak-anak akan merasa takut untuk ke rumah pengasuh yang menjaga mereka walaupun bukan pengasuh itu yang melakukan perkara begitu...kalau mama mengalami perkara yang sama seperti Mialiana pun akan mengambil tindakan mencari pengasuh yang baru buat anak mama...

sebenarnya Mialiana ada menelefon mama untuk mencari dan bertanya mama tentang penjagaan anak beliau...dari suara mia memang terasa sayunya menceritakan perkara yang terjadi itu dan Mialiana ingin mama menjadi pengasuh anak beliau tapi mama tidak dapat hendak memenuhi permintaan Mialiana itu memandangkan mama sekarang ni masih menjaga 2 orang budak kecik...

mama berharap Mialiana akan segera mendapatkan pengasuh yang baru buat Sofea dan mama juga mohon maaf pada Mialiana kerana mama tidak dapat hendak menjaga Sofea...di sini mama doakan agar Mialiana akan segera mendapat pengasuh yang baru buat Sofea dan semoga Sofea tidak merasa fobia bila berada di tempat pengasuh yang baru nanti...


kredit gambar Sofea dari Mialiana.com

23 October 2013

Tegar Pantaskah Syurga BuatKu

October 23, 2013 6 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamulaikum...



Giveaway Jom Menang

October 23, 2013 5 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....



KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:
i) 1 set perfume bernilai RM120.00
ii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iv) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Keychain

Hadiah ditaja oleh Loveperfume & Yumida


TAMAT: 9 NOVEMBER 2013

FM Dari Teman Alam Maya

October 23, 2013 3 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



 seronok mama hari ini kerana dapat FM dari teman alam maya...FM ini adalah pemberian dari blogger Wie dan mama ucapkan ribuan terimakasih banyak-banyak buat Alwi dan keluarga kerana sudi menghantarkannya buat mama di sini...
semakin bertambahlah koleksi FM mama sekarang ini...

Wordless Wednesday # 393....Asyiknya Dia !!

October 23, 2013 4 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Muhammad Darwisy Zulkarnain ni kalau dah menghadap katun kat tab tu memang lekalah jawabnya...cakap apa pun dengan Awisy ! dia buat dek jer tengoklah tu sampaikan nak ambil gambar ni pun Awisy masih tak sedar...

21 October 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com

October 21, 2013 19 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 21 Oktober 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Selamat Hari Lahir Blogger Boni Kacak

October 21, 2013 0 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ini mama ingin mengucapkan selamat hari lahir buat blogger Boni Kacak yang sememangnya sentiasa kacak sepanjang masa heheheee jangan marah yer Boni...inilah dia kekawan semua seorang jejaka blogger yang selalu buat lawak dalam setiap entri beliau...

okay la mama teruskan dengan ucapan buat besday boy hari ini yer di harap semoga Boni sentiasa kacak selalu wawawa...,dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan moga akan menjadi seorang anak yang selalu berbakti buat kedua-dua orang tua dan juga keluarga...




Legoland Water Park

October 21, 2013 9 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....

Sebenarnya ini adalah entri minggu lepas tapi baru hari ni mama nak tuliskan dan postkan kat sini..sebenarnya pada hari Rabu lepas mama telah pergi ke preview Legoland Water Park...preview permulaan ini disediakan untuk pekerja dan ahli keluarga staff legoland dan kami telah diberikan tiket percuma untuk sesi percubaan ini...pembukaan resmi Legoland Water Park ini adalah pada hari ini 21 Oktober 2013..selepas ini pada kekawan yang teringin nak pergi dan merasa keseronokkan bermandi-manda bolehlah datang ke sini dan rasilah sendiri keseronokakannya... 


Pada mulanya ada juga terfikir nak bermandi manda di sana tapi bila dah sampai ke sini hilang semangat nak mencecahkan kaki ke air...disebabkan terlalu ramai pengunjung itu la yang membuatkan kami hilang semangat nak bermandi manda di sana...kami hanya mampu berjalan-jalan jer sambil melihat kawasan sekeliling dan sambil itu masih sempat juga la nak snap satu dua gambar semasa berada di sana....



tengokla masuk-masuk jer dah nampak keadaan disekeliling dan betapa ramainya pengunjung sedang bermandi-manda...


sempat ambil gambar jer la...nak mandi sori la punya la ramai orang kat sana...kena tunggu la bila dah lega n kurang orang boleh la datang nanti dan test sekali mandi kat sini..itupun kalau ada hati nak mandi-manda kalau tak ada hati lupakan jer...bila senang-senang nanti boleh bawa Awisy je mandi kat sini.. 


tu dia masing-masing kena tunggu giliran nak masuk kat sini...bagaimanalah pengalaman menaiki bendalah ini agaknya...macam rollercoaster juga ni mesti ngeri juga nak naik bendalah ni...



nasib baik ada tempat berlindung dari kepanasan di sini...banyak khemah-khemah macam ni disediakan di sini...siapa yang datang awal boleh ambil satu khemah sambil menunggu keluarga bermandi-manda serta berehat di dalam khemah ni..


curahan air yang besar akan berlaku jika tanki air di atas tu penuh...siapa yang suka bolehlah menunggu di bawah curahan air yang besar itu sambil bermandi-manda...



tengok la tu dalam cuaca panas-panas ni masih sempat nak berposing...Awisy pun dah kepanasan ingatkan nak celupkan kaki Awisy kat dalam kolam tu tapi memikirkan ramai sangat orang terus tak jadi...



seronok juga dapat melihat pengunjung berenang menyusuri sekeliling taman tema air ini sambil menaiki pelampung yang telah disediakan..sambil berenang dan menaiki pelampung itu mereka boleh bermain dengan kiub-kiub lego yang memang ada disediakan di situ...


di setiap kawasan di dalam Water Park ni memang terdapat ramai pekerja penyelamat...mereka akan sentiasa menjaga dan memerhatikan pengunjung yang bermandi-manda di situ...jika berlaku sesuatu pada pengunjung seperti lemas atau yang lain-lainnya merekalah yang akan menjalankan tugas untuk menyelamatkan mangsa...


pada kekawan yang teringin nak pergi ke Legoland Water Park ni boleh la datang mulai hari ini yer...kalau nak lihat harga tiket-tiket yang dijual silalah ke laman web Legoland atau tekan sini...

p/s lepas ni nak tunggu pembukaan hotel Legoland pula...

19 October 2013

Seronoknya Dapat Novel Tambah Koleksi

October 19, 2013 12 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


lama rasanya tak beli buku novel baru-baru ni...tiba-tiba bila dah termasuk ke kedai buku MPH ni memang rambang matalah jadinya sebab banyak buku yang baru dan banyak jugalah yang berkenan di hati..
  

bila dah berkenan kali ni terus jer sambar 2 buah buku sekali...kedua-dua novel ni pun dah diadaptasikan ke drama itu yang terus sambar jer kedua-duanya...sebabnya nak tahu dulu apa pengakhiran ceritanya... seronoknya dapat bawa balik kedua-dua novel ni sambil tu boleh jugalah menambah koleksi novel mama yang sedia ada...

17 October 2013

Beginilah Agaknya Ibu-Ibu Di Jepun

October 17, 2013 10 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Jom kekawan kita lihat video ini bagaimana ibu-ibu kat negeri matahari terbit ini melakukan kerja seharian mereka....memang nak cepat sungguh...

Awisy Demam La Pula

October 17, 2013 10 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....
Rasanya dah lama juga mama tak menulis dan menjengah blog ni...dah sepi tanpa berita terkini nampaknya ! perasan juga mama ni entah ada yang masih ingat ke tidaknyakan...wah ! macam sibuk bebenor mama ni kan..betul kekawan semua ! mama tak tipu ni hehehe gelak jahat pula ni.. 

mama kebelakangan ni sebenarnya sibuk sikit melayan kerenah cucu yang sorang ni lebih-lebih lagi bila Awisy dan semakin membesar ni...lebih-lebih lagi sekarang ni demam pula tu...memang kena bagi lebih lagi la tumpuan padanya ! kesian Awisy demam pula dia  ! moga cucu grandma ni cepat sembuh yer...

Hari ni pun dah terasa kepenatan nyer mengalahkan apa jer..cucu dah la demam panas grandmanya pun dah macam nak demam juga rasanya ! risau juga mama bila Awisy demam panas macam ni...sekejap kebah badannya sekejap panas balik tak tahu la apa yang Awisy nak pandai lepas baik demam ni nanti....


P/s terasa keletihan  urat saraf dan sendi-sendi ni...

12 October 2013

Jamuan Makan Malam Opis Hubby

October 12, 2013 8 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hujung minggu lepas mama dan keluarga ke jamuan makan malam untuk staf kat opis hubby...makan malam ini dibiayai oleh company tempat hubby mama bekerja...tapi tak kesemua staf dapat hadir malam tu disebabkan ada hal yang tidak dapat dielakkan...jamuan makan malam ini hanya diadakan untuk staf cawangan Johor sahaja...jom kekawan kita layan gambar-gambarnya...











hai adik !! kenapa tengok jer lauk tu makan la semuanya sedap jangan takut...hehehee





di kedai makan ini juga terdapat menu specialnya seperti di atas...pada yang dah pernah rasa masakan berasaskan belut ini pasti menyukainya...dengarnya belut ini baik untuk kesihatan badan kita jika terdapat luka-luka di dalam badan elok makan belut ini...

hubby yang tak pernah rasa pun terus mencuba satu menu belut ini iaitu sup belut dan menurut hubby sedap juga rasa isi belut ini dan menurut hubby rasanya macam makan isi ayam...tapi sayangnya tak dapat juga nak ambil gambar sup belut tu..


inilah sebahagian dari juadah yang diorder...ada ikan kerapu masak 3 rasa boleh pilih nak stim atau masak 3 rasa macam ni...kami sekeluarga pilih 3 rasa ni sebab stim anak-anak tak berapa suka...pilihan menu yang lain ada tom yam campur...


burung puyuh goreng, ayam goreng,kailan goreng ikan masin




sotong goreng tepung,bistik telur,ada satay,ada keropok lekur,ada otak-otak tapi tak pula snap gambarnya sebab sampai awal dan awal2 lagi dah makan...



last sekali tepeklah gambar mr and mrs bosnya sekali....hehehee perut dah kenyang hati senang ajak bergambar senang jer kan...okay bye jumpa lagi di n3 seterusnya nanti yer....

11 October 2013

Doa Solat Sunat Dhuha

October 11, 2013 13 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Berdoalah pada Allah mintalah dariNYA jika itu dapat mengurangkan tekanan beban yang harus kita tanggung... semoga Allah akan memperkenankan setiap doa-doa yang kita pohon itu...Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui hanya pada Allah sajalah tempat untuk kita mengadu..setiap waktu Allah akan sentiasa ada untuk mendengar setiap keluhan hati kita...berdoalah dengan sepenuh keiklasan dihati agar Allah mendengar dan memberikan petunjuk agar kita memperolehi rezeki dan rahmat yang diredhai...

09 October 2013

Wordless Wednesday # 392....Awisy ! Awisy ! Kesian Dia

October 09, 2013 13 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Awisy Kena Marah

October 09, 2013 11 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Semalam Awisy tercuri ambil keropok cuneynya... itulah panggilan manja Awisy buat mak usunya...bila cuney makan makanan ringan tu Awisy dok pandang saja apa yang dimakan oleh cuneynya dan Awisy hanya dapat merasa sedikit saja keropok tu...bila tak dibagi keropok tu mulalah dia mencari idea macam mana nak mendapatkannya...


tu dia ! bila dah dapat pandai betul Awisy membuka penutup tin tu...sebenarnya mama Awisy memang tak bagi Awisy makan makanan ringan ni...makanan ringan ni sebenarnya memang tak elok buat kanak-kanak seusia Awisy sebab banyak kandungan bahan-bahan yang kurang elok terdapat di dalamnya tu...


tengok la tu Awisy dah berjaya mendapatkan tin keropok yang telah disorokkan cuneynya...bila mama Awisy nampak terus jer Awisy kena marah dengan mamanya sebab dah berjaya membuka dan memakan keropok itu... Awisy bila dah kena marah terus terdiam kat situ...kesian cucu grandma ni kena marah dengan mama die sebab ambil dan curi-curi makan keropok cuney ni....