SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pada hari minggu yang lepas mama telah dipelawa oleh kekawan sekolah dulu untuk pergi menghadiri majlis reunion sekolah kami yang ke dua ini disebab reunion yang pertama dulu mama tak dapat menghadirkan diri ! jadi kali ini mama tak dapat melepaskan diri terpaksa la juga menjoinkan diri sekali...

seronok juga dapat menghadiri majlis reunion sekolah seperti ini kerana di majlis beginilah kami semua akan dapat berjumpa setelah lama tidak bertemu kekawan lama semasa di sekolah dulu dan majlis ini telah diadakan di Hotel Classic Muar Johor pada jam 8 malam...


pakaian dan tema malam itu adalah tradisional Johor... ramai juga kekawan dari sekolah lama dulu hadir ke majlis reunion ni...selepas 29 tahun barulah kami dapat bertemu semula...semuanya sudah berubah cara,gaya dan rupa...jika tiada majlis sebegini mungkin kami semua tidak akan dapat mengenali antara satu sama lain...


inilah di antara pelajar-pelajar kelas mama yang dapat hadir pada malam tu...kami bergambar bersama-sama untuk dijadikan kenangan di masa hadapan...masing-masing semuanya sudah berubah penampilan dan rupa...

ye la dulu-dulu zaman muda remaja comel molek ! sekarang ni masing-masing dah berkeluarga, ada yang dah bercucu macam mama ni dan tengok saiz badan masing-masing pun dah tak macam dulu...alligment badan semuanya dah lari heheheee...


inilah dia diantara guru-guru yang sempat hadir pada malam itu terdiri dari Cikgu Adnan,Cikgu Monoto,Cikgu Bedah,Cikgu Halimah dan Cikgu Tahir...Cikgu Monoto dan Cikgu Bedah ini adalah ibubapa kepada Cik Ezani juara Master Chef musim pertama tu...

Cikgu Monoto inilah jurulatih mama dulu semasa mama mewakili sekolah dan daerah dalam acara lompat tinggi dan lompat jauh...kiranya atlet sekolah jugalah mama ni dulu hehehe perasan la pulak...Cikgu Bedah pula adalah pengerusi Kelab Bola Jaring Sekolah juga jurulatih pasukan bola jaring sekolah...kebetulan mama juga salah seorang pemain bola jaring sekolah dan mewakili sekolah dalam pertandingan MSSD Daerah Muar...



inilah dia Ezani bersama ibunya Cikgu Bedah dan keluarganya...dikesempatan ini Cikgu Monoto dan Cikgu Bedah telah menjemput semua pelajar menghadiri kenduri kahwin anaknya Ezani pada 29 Oktober depan...inshaAllah jika ada kelapangan dan masa ramai juga kekawan yang akan turut serta dalam majlis itu nanti...



semua anak murid sibuk nak bergambar kenang-kenangan dengan bekas cikgu mereka...entah bila la agaknya dapat berkumpul semula macam ni...semoga hubungan ukhwah diantara murid dan guru ini akan terus berkekalan hendaknya...

semua pelajar seronok beramah mesra sesama sendiri sambil menjamu selera dengan makanan yang telah disediakan...bab makanan tu pula terlupa pula mama nak snap satu dua gambar langsung tak teringat nak ambil gambar makanan yang disediakan tu..tapi memang best la semua makanannya sedap-sedap belaka.. 



inilah antara bekas pelajar-pelajar perempuan Sekolah Menengah Dato' Sri Amar Di Raja Muar yang dapat hadir ke majlis reunion ini...


inilah kawan baik mama sejak dari sekolah rendah lagi Pn.Suryani Ahmad Kadari dan Pn.Jariah Mahmod...akhirnya dapat juga bertemu muka setelah lama tidak bersua wajah...




kekawan sekolah dulu tapi berlainan kelas saja...


inilah pelajar-pelajar lelaki yang hadir pada malam itu tapi tak perasan la pula ada seorang teman perempuan kat situ...oh yer ni adalah gambar kelas untuk aliran Sains...disebabkan budak-budak kelas aliran Sains ini ramai yang tidak hadir jadi mereka digabungkan untuk sesi bergambar...

pelajar-pelajar kelas 5A3...


 pelajar-pelajar kelas 5A2

ada beberapa persembahan telah diadakan semasa majlis berlangsung antaranya persembahan nyanyian dari AJK majlis,menari zapin,cabutan nombor bertuah dan pakaian tercantik pada malam tu...jamuan makan 


pelajar-pelajar lelaki yang menyumbangkan suaranya...juga mereka yang berjaya semasa nombor cabutan bertuah...tahniah pada mereka semuanya...jom kita tengok gambar-gambar mereka yang berjaya...







akhir sekali semua ex-pelajar bergambar bersama-sama sebelum majlis bersurai...kenangan indah yang tak dapat dilupakan buat kami semua...semoga ada masa dan panjang umur inshaAllah boleh berjumpa lagi semuanya...

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi