30 September 2013

Semakin Hari Semakin Sayang

September 30, 2013 4 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


 p/s kenangan mengusik jiwa...

Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu

September 30, 2013 2 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

 

p/s sedih pula bila dengar lagu ni...

Berbaik Sesama Jiran Itu Amalan Terpuji

September 30, 2013 6 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Alhamdullilah !! Awal pagi lagi dah dapat sesuatu dari jiran tertangga mama...itulah rezeki di awal pagi namanya dapat buah jambu batu yang ditanam oleh jiran tertangga di hadapan rumahnya..sekejap saja sudah mendatangkan hasilnya itulah hikmahnya berbaik sesama jiran tertangga jika ada sesuatu tanaman yang ada boleh juga dikongsi dan dapat merasa bersama-sama...

 
inilah antara buah jambu yang diberi oleh jiran sebelah rumah mama tadi...mulanya ada 5 biji buah jambu ini bila dah dimakan terlupa pula nak ambil gambar tadi...dah tinggal sebiji baru terhegeh-hegeh nak snap gambarnya...manis rasanya buah jambu yang diberi tadi sebaik hati tuannya....


inilah die jiran tertangga yang sering berkongsi hasil tanaman yang ada...bertukar-tukar dan berkongsi sesama jiran itu lebih afdal rasanya...

Sabda Rasulullah SAW, "Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan sahabatnya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan jiran tertangganya..."


Selamat Ulang Tahun Kelahiran Dkna Abza

September 30, 2013 5 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ini mama ingin sangat mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat blogger Dkna Abza yang ke berapa ek? itu mama kurang pasti la tapi lepas ni boleh la kita tanya pada Dkna sendiri yer...beliau baru mendirikan rumahtangga dan ditambah sekarang dengan rezeki yang baru...semoga Dkna sentiasa ceria dan gembira bila diberitahu bakal menjadi seorang ibu tak lama lagi... 

mama kat sini akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Dkna dan baby..semoga Allah sentiasa memberkati Dkna, dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan akan sentiasa berbahagia selalu disamping insan tersayang yer....




jom kekawan kita ke blog Dkna Abza yer...

Pameran Kereta Di Medini Mall Nusa Jaya

September 30, 2013 8 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Setiap hujung minggu jika ada masa terluang mama akan membawa cucu kesayangan mama Awisy berjimba-jimba di luar..banyak tempat yang boleh difikirkan untuk berjimba tu tetapi legoland juga la tempat yang jadi perhatian mama selalunya..sebelum bercerita panjang tentang legoland ni baik mama cerita dulu apa aktiviti yang mama lihat sebelum itu..


Pada Sabtu lepas memang kami sekeluarga ada ke legoland lagi tapi sebelum masuk ke legoland kami melihat dulu satu pameran kereta yang diadakan di Medini Mall dulu..memang seronok dapat melihat-lihat pameran kereta-kereta yang cantik dan menarik hati ini...berada di sini membuatkan kita merasa teruja akan keunikan kereta-kereta yang telah diubah suai itu....


Memang semua kereta yang di pamirkan di sini cantik-cantik belaka,terpaku jugalah sekejap melihat kecantikan kereta-kereta yang telah diubah suai bentuk dan hiasan dalaman dan luarannya itu...


ada juga kereta yang sudah banyak kali memenangi pertandingan berada di pameran ini..jom kita lihat gambar sebahagian dari kereta-kereta yang sempat mama ambil gambarnya...
















27 September 2013

Resepi : Kerang Goreng Bersos Tiram

September 27, 2013 18 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....


Hari ni mama nak share kat kekawan semua resepi yang simple sangat tapi sedap dimakan dengan nasi panas...jom kita tengok dan kalau ada yang nak mencuba memasaknya dipersilakan yer...

Bahan-bahan yang perlu untuk dimasak adalah 
1 kilo kerang (biasa la rasa macam banyakkan tapi bila dah kopek isinya adalah semangkuk jer)...
6 batang cili api kalau suka pedas tambahkan lagi yer...
1 biji bawang besar hiris bulat-bulat...
2 sudu sos tiram sedikit garam dan serbuk perasa...
daun bawang (kat gambar daun bawang tak ada) kalau ada daun bawang hiriskan tabur untuk hiasannya...

Cara memasaknya senang saja...
rebus kerang kopek ambil isinya,gaulkan dengan garam  dan serbuk kunyit sedikit, kemudian gorengkan kerang tu sekejap hingga airnya kering sedikit...
pastu masukkan bahan-bahan yang sudah dihiris tadi ke dalam minyak gorengan kerang tadi...gaulkan semuanya sekejap kemudian tambahkan sos tiram,garam dan serbuk perasa secukup rasa...
angkat kerang yang dah siap dimasak ke dalam mangkuk dan taburkan dengan daun bawang...hidangan sudah siap boleh dihidangkan dengan nasi panas-panas memang best...
itulah dia resepi yang senang dan simple dari mama yer...okaylah pada kekawan semua selamat mencuba dan selamat menjamu selera yer...

Sayang Sangat Kat Cucu

September 27, 2013 8 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Kalau senyap jer satu rumah ni, mesti ada aktiviti yg sedang dilakukan oleh si kecik  Darwisy ni,memang betul pun,bila tengok jer elok dia sudah berdiri atas kereta mainannya itu...kalau dok biarkan memang la lain jadinya..

Awisy ! Awisy ! ada je benda pelik yang nak dilakukannya setiap hari..nak jadi stuntman pun agak-agaklah Awisy, umur baru setahun jagung nak buat gaya pelagak ngeri macam tu ! kalau dah jatuh nanti siapa yang susah, grandma juga la yang susah hatinya...

nak dipukul Awisy ni masih kecik lagi, jadi terpaksalah diperhatikan sekejap biar puas hatinya dengan aktiviti barunya ni...itulah dia kalau dah jadi grandma ni sayang kat cucu melebihi dari sayang kat anak-anak dulu..

p/s  sayang sangat kat cucu...

25 September 2013

Awisy Dah Pandai Panjat Tangga Pula

September 25, 2013 12 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Semakin hari sudah semakin lasak budak kecik sorang ni...lepas satu perkara,satu perkara lagi Awisy dapat tahu dan dah semakin pandai budak kecik sorang ni mempelajarinya..kali ni dah tahu memanjat anak tangga pula...pantang jer kita lepa sekejap pasti Awisy dah naik 2 ke 3 anak tangga..

kalau dibiarkan pasti sampai atas la die menaiki tangga tu.. memang bahaya la budak kecik sorang ni...lepas ni kena la carikan gate penghalang kat tangga tu supaya Awisy tak boleh naik lagi....


Semakin dah besar ni makin dah bertambah akal rupanya budak ni...jadi lepas ni grandmanya kenalah lebih berhati-hati lagi la jawabnya...penat dan letih juga menjaga si kecik ni sekarang, rasa nak pengsan grandma dibuatnya..belum lagi dapat berjalan ni kalau tidak, lagi la kelam kabut dibuatnya...Awisy!Awisy! Lepas ni entah apa la pula aktiviti seterusnya die..

P/s dah lama tak jaga budak kecik ni letih badan dibuatnya....

24 September 2013

Awisy Naik Kete

September 24, 2013 4 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hidup Jangan Bongkak

September 24, 2013 11 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hidup kita ini akan sentiasa dikelilingi dengan seribu macam perangai dan kelakuan dari manusia-manusia yang sentiasa berada disekeliling kita...ada yang suka berpura-pura dihadapan kita tetapi sebaliknya berperangai yang buruk dibelakang kita..

Jadilah insan yang tahu menghargai sesuatu perkara dan janganlah jadi insan yang sentiasa dipengaruhi dengan sikap bongkak dan sombong...setiap apa yang keluar dari mulut kita akan sentiasa jadi ingatan pada orang lain...

kat dunia ni tak payah la kita nak tunjuk lagak sombong pada orang lain...belum tentu amalan yang ada di dada kita itu sudah mencukupi untuk menjamin diri di alam sana nanti...

biarlah buruk rupa tapi jangan buruk perangai...perangai buruk kita itulah nanti yang akan membuat kita dibenci oleh orang lain dan ianya juga akan menjahanamkan kehidupan kita sendiri nanti...

Oleh itu sentiasalah kita beringat hidup di dunia ini hanya sementara saja semuanya adalah milik yang Esa sampai masa nanti semuanya akan ditarik semula...semuanya itu terletak di hati kita jika kita ingin melakukan sesuatu perkara itu biarlah sentiasa mengingati Allah hanya dengan itu setiap perkara itu akan beroleh kebaikan dan keberkatan di dalam hidup kita...

P/s setiap perbuatan jahat tu sekejap je dpt balasannya....

23 September 2013

Segmen Bloglist Oktober Zamani Abe & Menang Hadiah Misteri !

September 23, 2013 11 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat blogger semua. Kali ini Zam ingin menjemput anda untuk menyertai SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE dan di dalam masa yang sama anda juga berpeluang MEMENANGI SATU HADIAH MISTERI dari Zam! Insya Allah segmen ini mampu memberikan manfaat kepada setiap blog yang mengambil bahagian :)

Zam akan memasukkan blog peserta ke dalam bloglist khas Zam di sepanjang bulan Oktober, & di penghujung bulan Zam akan memilih salah seorang peserta untuk menerima sebuah hadiah misteri dengan menggunakan Random.Org.

Segmen ini akan berlangsung mulai 23 September sehingga 27 September (11.59pm).

Syarat-syaratnya:
  1. Masukkan blog ZAMANI ABE ke dalam bloglist di blog anda (Penting).
  2. FOLLOW blog ZAMANI ABE.
  3. LIKE Page Abe Za In Da Blog Di FACEBOOK .
  4. Sediakan entri dengan tajuk SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!  
  5. Copy kod di yang disediakan, paste kan di HTML entri anda, dan publish.
  6. Hantarkan link penyertaan anda di ruangan komen entri ini :)

  7. (kredit idea hasilkan segmen mudah dan pantas ini kepada Mialiana.Com)

22 September 2013

Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

September 22, 2013 11 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


usaha itu adalah satu tangga kejayaan...jika rezeki itu buat kita tetap akan kita perolehi jua dengan izin Allah...inshaAllah
semoga adik Tegar tetap akan menjadi seorang insan yang berjaya dalam hidup dan sentiasalah beringat akan kehidupan yang dahulu...


21 September 2013

Awisy Ke Legoland Saja

September 21, 2013 7 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pantang ada cuti saja mesti nak bawa Awisy jenjalan ke Legoland..seronok sebenarnya dapat bawa cucu kesayangan mama ni jenjalan ke sana...bila bawa Awisy jenjalan ke sana banyak benda yang baru dapat Awisy lihat...kami pergi pun bila dah petang sedikit sebabnya bila petang-petang cuacanya agak nyaman dah redup saja...





seronok Awisy bila dapat jenjalan di dalam Legoland ni kalau die dah dapat kaki nanti lagi haru la dibuatnya pasti letih terpaksa mengejar dia pula...budak kecik sorang ni dari dalam perut lagi hingga sekarang ni,asyik la ke Legoland saja sampai besar la jawabnya membesar di Legoland...

p/s petang ni mungkin bawa Awisy ke Legoland lagi...

20 September 2013

Reunion Sekolah

September 20, 2013 6 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pada hari minggu yang lepas mama telah dipelawa oleh kekawan sekolah dulu untuk pergi menghadiri majlis reunion sekolah kami yang ke dua ini disebab reunion yang pertama dulu mama tak dapat menghadirkan diri ! jadi kali ini mama tak dapat melepaskan diri terpaksa la juga menjoinkan diri sekali...

seronok juga dapat menghadiri majlis reunion sekolah seperti ini kerana di majlis beginilah kami semua akan dapat berjumpa setelah lama tidak bertemu kekawan lama semasa di sekolah dulu dan majlis ini telah diadakan di Hotel Classic Muar Johor pada jam 8 malam...


pakaian dan tema malam itu adalah tradisional Johor... ramai juga kekawan dari sekolah lama dulu hadir ke majlis reunion ni...selepas 29 tahun barulah kami dapat bertemu semula...semuanya sudah berubah cara,gaya dan rupa...jika tiada majlis sebegini mungkin kami semua tidak akan dapat mengenali antara satu sama lain...


inilah di antara pelajar-pelajar kelas mama yang dapat hadir pada malam tu...kami bergambar bersama-sama untuk dijadikan kenangan di masa hadapan...masing-masing semuanya sudah berubah penampilan dan rupa...

ye la dulu-dulu zaman muda remaja comel molek ! sekarang ni masing-masing dah berkeluarga, ada yang dah bercucu macam mama ni dan tengok saiz badan masing-masing pun dah tak macam dulu...alligment badan semuanya dah lari heheheee...


inilah dia diantara guru-guru yang sempat hadir pada malam itu terdiri dari Cikgu Adnan,Cikgu Monoto,Cikgu Bedah,Cikgu Halimah dan Cikgu Tahir...Cikgu Monoto dan Cikgu Bedah ini adalah ibubapa kepada Cik Ezani juara Master Chef musim pertama tu...

Cikgu Monoto inilah jurulatih mama dulu semasa mama mewakili sekolah dan daerah dalam acara lompat tinggi dan lompat jauh...kiranya atlet sekolah jugalah mama ni dulu hehehe perasan la pulak...Cikgu Bedah pula adalah pengerusi Kelab Bola Jaring Sekolah juga jurulatih pasukan bola jaring sekolah...kebetulan mama juga salah seorang pemain bola jaring sekolah dan mewakili sekolah dalam pertandingan MSSD Daerah Muar...



inilah dia Ezani bersama ibunya Cikgu Bedah dan keluarganya...dikesempatan ini Cikgu Monoto dan Cikgu Bedah telah menjemput semua pelajar menghadiri kenduri kahwin anaknya Ezani pada 29 Oktober depan...inshaAllah jika ada kelapangan dan masa ramai juga kekawan yang akan turut serta dalam majlis itu nanti...



semua anak murid sibuk nak bergambar kenang-kenangan dengan bekas cikgu mereka...entah bila la agaknya dapat berkumpul semula macam ni...semoga hubungan ukhwah diantara murid dan guru ini akan terus berkekalan hendaknya...

semua pelajar seronok beramah mesra sesama sendiri sambil menjamu selera dengan makanan yang telah disediakan...bab makanan tu pula terlupa pula mama nak snap satu dua gambar langsung tak teringat nak ambil gambar makanan yang disediakan tu..tapi memang best la semua makanannya sedap-sedap belaka.. 



inilah antara bekas pelajar-pelajar perempuan Sekolah Menengah Dato' Sri Amar Di Raja Muar yang dapat hadir ke majlis reunion ini...


inilah kawan baik mama sejak dari sekolah rendah lagi Pn.Suryani Ahmad Kadari dan Pn.Jariah Mahmod...akhirnya dapat juga bertemu muka setelah lama tidak bersua wajah...




kekawan sekolah dulu tapi berlainan kelas saja...


inilah pelajar-pelajar lelaki yang hadir pada malam itu tapi tak perasan la pula ada seorang teman perempuan kat situ...oh yer ni adalah gambar kelas untuk aliran Sains...disebabkan budak-budak kelas aliran Sains ini ramai yang tidak hadir jadi mereka digabungkan untuk sesi bergambar...

pelajar-pelajar kelas 5A3...


 pelajar-pelajar kelas 5A2

ada beberapa persembahan telah diadakan semasa majlis berlangsung antaranya persembahan nyanyian dari AJK majlis,menari zapin,cabutan nombor bertuah dan pakaian tercantik pada malam tu...jamuan makan 


pelajar-pelajar lelaki yang menyumbangkan suaranya...juga mereka yang berjaya semasa nombor cabutan bertuah...tahniah pada mereka semuanya...jom kita tengok gambar-gambar mereka yang berjaya...







akhir sekali semua ex-pelajar bergambar bersama-sama sebelum majlis bersurai...kenangan indah yang tak dapat dilupakan buat kami semua...semoga ada masa dan panjang umur inshaAllah boleh berjumpa lagi semuanya...

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Doa Sujud Terakhir

September 20, 2013 7 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Salam pagi Jumaat wahai kekawan semua semoga hari ini kita semua berada di dalam keadaan yang lebih baik dari hari-hari semalam...moga kita juga akan dapat menjalankan tugas seharian kita semua dengan lebih sempurna lagi...


''YA ALLAH,TAMBAHKANLAH BAGIKU REZEKI YANG BANYAK LAGI HALAL,IMAM YANG BENAR,ILMU YANG BERMANAFAAT,KESIHATAN YANG ELOK,KECERDIKAN YANG TINGGI,HATI YANG BERSIH DAN KEJAYAAN YANG BESAR'' AMINN...

19 September 2013

"Star Wars Miniland" Kini Di Legoland

September 19, 2013 8 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Sepatutnya entry ni dah lama mama publishkan tapi disebabkan tiada kesempatan masa jadi baru hari ini dapat dipublishkan...semasa kami sekeluarga datang jenjalan ke Legoland 2 minggu lepas terdapat satu miniland baru dibuka untuk kunjungan dari pelawat yang datang ke Legoland ini...miniland yang dimaksudkan ini adalah "Star Wars Miniland"


sempat lagi mama,anak mama dan Awisy bergambar dengan pahlawan dari Star wars ini...


inilah dia miniland terbaru Star Wars yang terdapat di Legoland..


sempat juga bergambar di hadapan miniland ini..


inilah pemandangan yang dapat kita lihat di dalam bangunan Miniland Starwars ini...kapal angkasa dan bangunan yang sedia ada dapat kita lihat semasa menonton cerita Starwars ini...

18 September 2013

Seronoknya Dapat Menjaring Ikan

September 18, 2013 10 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Lamanya mama tak bersiaran di blog ni sentiasa ada saja masalahnya....tertunda juga post-post yg perlu dipublishkan...hari ni kita tengok cerita apa yang menariknya untuk mama kongsikan dengan kekawan semua yer...

pada hari Sabtu lepas mama ke Port Dickson melawat kakak ipar yang mengadakan kenduri kesyukuran kerana beliau akan bertolak ke tanah suci Mekah....beliau pun dah bertolak ke Mekah semalam tapi entry mama masih tersangkut di sini juga...


lupa pula nak ambil gambar semasa jamuan tu asyik sesangat...gambar ni pun setelah semuanya selesai dan ada sesi berborak sesama sendiri...kalau dah berjumpa sesama mereka sampai malam pun tak habis lagi berborak...

yer la ! dah lama sangat tak berjumpa... jadi banyaklah cerita yang seronok untuk dibualkan...berborak sampai larut pagi barulah kami semua dapat melelapkan mata setelah semuanya dah rasa mengantuk sesangat.... 


bila siangnya ada pula xtvt yang perlu dibuat iaitu ke laut menjaring ikan...semuanya nak  ikut sekali pergi ke pantai untuk melihat jaring yang telah dipasang di laut...seronoknya tak terkira dapat melihat pemandangan laut...

bila tarik jaring je dapat ikan seronok pula tengok keadaan begini...agaknya begitulah kehidupan nelayan makan ikan dari hasil tangkapan sendiri...tak payah susah payah nak beli ikan di pasar...masak ikan fresh dari laut lagi best ! manis rasa isi ikannya...dapat juga merasa pengalaman bagaimana nelayan menjaringkan ikan...


kita orang yang mengikut pi ke pantai ni hanya duduk di tepi pantai je...dari tak ada apa-apa yang hendak dilakukan lebih baik tolong akak cari kulit siput yang cantik untuk di buat hiasan...


ramai juga pengunjung dari rumah tumpangan dan hotel berdekatan datang bersiar-siar...ambil angin petang di sini memang nyaman sekali betul-betul di hadapan laut...



inilah hasilnya yang diperolehi dari aktiviti menjaring ini...lepas juga untuk buat lauk juadah makan tengahari...



banyak juga kulit siput yang mama dan kakak perolehi... boleh letakkan dalam akurium ikan buat penyerinya...