12 August 2013

# info

Hujan Meteor Malam Ini

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Malam ini kita boleh saksikan fenomena pancuran hujan meteor Perseid di ruang angkasa negara kita hingga ke subuh esok.Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa Agensi Angkasa Negara (Angkasa)Mhd Fairos Asillam berkata pancuran meteor Perseid adalah antara yang paling menarik kerana cahayanya yang terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.


Pancuran meteor ini terjadi apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan akan menghasilkan pancuran meteor.

Bagi kekawan yang ingin menyaksikan fenomena ini boleh menyaksikannya selepas bulan terbenam bermula jam 11 malam ini hingga subuh hari selasa.Marilah kita saksikan sendiri fenomena pancuran meteor yang akan berlaku pada malam ini yer..


15 comments:

  1. Ada juga masa-masa tertentu kita akan ternampak komet2 nie...siang pun ader...juz tak bleh nmpak dgn mata kasar jerr...malam ni tggu dan lihat...

    ReplyDelete
  2. Kalau dah nak masuk tengahmalam tu, kakcik pun dah tenggelam dalam mimpi... :)

    ReplyDelete
  3. Ramai orang menunggu malam ni. Hehe

    ReplyDelete
  4. Salam MaMa..

    Kalau malam td,
    Akibat kepenatan,
    tak sempat nak tengok...
    terlepas peluang...

    ReplyDelete
  5. Hanya dapat tengok hujan turun dengan mencurah-curah. hehe

    ReplyDelete
  6. kawan cakap die ade nmpk. siap amek gmbr lagi. kat johor. ;)

    ReplyDelete
  7. sayang laa..semalam saya takde member nak ajak teman tengok meteor. kene tengok kat tempat yg betul betul gelap...baru nampak kot. huu~

    ReplyDelete
  8. x tgk pun mama.. sbb kat area rumah queen hujan... ;)

    ReplyDelete
  9. Terlepas .. sebab sibuk ikut FIL beraya.. huhu.. Mama dapat tengok?

    ReplyDelete
  10. Aku terlepas ....huhuhuhuu

    ReplyDelete
  11. indah sekali meteornya, bukan editan photoshopkan

    ReplyDelete
  12. yumida pon de tengok mama
    berkelip2 dri jauh..subhanallah..indah sungguh bila dpt melihat

    jemput baca & komen entry yumida ni mama:

    http://umikasum.blogspot.com/2013/08/jom-komen-blog-jejaka-jambu-aka-mr-nan.html

    pengomen bertuah bakal memenangi hadiah..jemput la singgah :)

    ReplyDelete